Anda di halaman 1dari 24

TAKLIMAT

PENGAWAS
PUSAT SUMBER
ISNIN 3.4.2023 BILIK SAMSUNG & PSS
APA ITU PUSAT SUMBER?
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan
akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai
sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak
dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen
bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan
pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
PERANAN PUSAT SUMBER

Pusat Ilmu Pusat Pusat


Penemuan Pembelajaran
dan Pengajaran

Pusat Pusat Pusat


Pengajaran Profesional Hubungan
Masyarakat
FUNGSI PUSAT SUMBER

Memberi panduan dan kemahiran kepada


Merancang dan mengurus perolehan bagi
warga sekolah berkaitan proses carian,

01 02
membina koleksi yang komprehensif,
penghasilan dan penggunaan maklumat serta
seimbang dan kemas kini yang selaras
Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan
dengan keperluan kurikulum dan
supaya sentiasa dalam keadaan baik dan
memenuhi keperluan warga sekolah.
berfungsi

Menjalin
Menyediakan kemudahan perkongsian pintar dan
dan perkhidmatan akses
maklumat bagi kegunaan
individu atau kumpulan
03 04 rangkaian strategik dengan
pelbagai agensi untuk
meningkatkan kualiti
perkhidmatan.
SIAPA YANG
MENGURUS PUSAT
SUMBER?

GURU PERPUSTAKAAN
& MEDIA
SIAPA YANG MEMBANTU GPM

KAMU
MENGURUS PUSAT SUMBER?

!PENGAWAS PUSAT
SUMBER
Tahniah!!
kerana kamu berjaya berada di sini
dan terpilih sebagai
PENGAWAS PUSAT SUMBER
Tahun 2022/2023
KUALITI SEORANG
PPSS
Bertanggungjawab

Rajin membaca buku

Berdisiplin

Jujur

Amanah

Berperilaku yang baik

Berani
CARTA ORGANISASI PENGAWAS PSS
TUGAS UMUM
● Memastikan PSS diuruskan dengan baik bersama GPM dan guru lain
● Menjaga kebersihan dan keceriaan PSS dan bilik-bilik khas.
● Menyusun buku mengikut rak pengelasan DEWEY
● Melaksanakan program PSS dengan baik
TUGAS PENGERUSI PENGAWAS PSS
● Mempengerusikan setiap mesyuarat am JK Pengawas PSS
● Bertanggungjawab di atas perjalanan Lembaga PSS
● Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru,Penasihat
● Menyusun jadual tugas bagi pengawas PPS
● Menjadi penasihat kepada pengawas pusat sumber
● Membuat penyelarasan dan mengemaskini system organisasi
● Mengawasi perjalanan aktiviti dan tugasan setiap pengawas PPS
● Senaraikan alat tulis atau bahan lain yang perlu dibeli oleh sekolah kepada
guru penasihat.
TUGAS NAIB PENGERUSI
● Mempengerusikan mesyuarat jika tiada Ketua Pengawas PSS
● Menjalankan tugas-tugas khas yang diarahkan oleh Guru Penasihat PSS
● Bertanggungjawab di atas perjalanan Lembaga Pengawas PSS
● Bertindak sebagai penolong utama ketua pengawas PPS
● Mengawal disiplin pengawas pusat sumber
● Mengutip wang hukuman yang tertangguh lama bersama dengan bendahari
setiap bulan. (jika ada).
● Mengendalikan jamuan tahunan pengawas pusat sumber
TUGAS SETIAUSAHA PENGAWAS PSS
● Menyediakan agenda dan minit mesyuarat
● Menyediakan surat menyurat hal pusat sumber
● Menyediakan laporan aktiviti untuk direkodkan
● Memfailkan segala surat-menyurat bagi lembaga pengawas pusat sumber
● Menyediakan senarai nama dan biodata bagi pengawas pusat sumber
● Menyediakan dan mengemaskinikan fail pengawas pusat sumber sekolah.
● Memeriksa fail pengawas pusat sumber setiap minggu
TUGAS BENDAHARI PENGAWAS PSS
● Mengutip wang denda dan bayaran ganti rugi (alatan dan buku)
● Mengurus wang hasil perkhidmatan PSS (fotokopi, laminat,
percetakan dll)
● Menyerahkan wang kepada Guru Penasihat
● Menyediakan laporan kewangan terkini pada setiap mesyuarat.
TUGAS KEDAI BUKU
● Membantu guru menguruskan kedai buku.
● Menjaga jualan kedai buku harian.
● Mengira jualan kedai buku.
● Mengira stok kedai buku.
TUGAS PENGKATALOGAN

● Melabelkan buku mengikut pengelasan Dewey


● Menaipkan maklumat buku ke dalam sistem komputer
● Masukkan data-data pelajar yang terkini
● Menyediakan kod bar yang baru serta menggantikan yang hilang,rosak atau
buku baru
● Membantu guru penasihat dalam menjayakan pengautomasian dan
pembinaan laman web pusat sumber sekolah
TUGAS BILIK KHAS –
BILIK SAMSUNG, MAKMAL KOMPUTER, SPBT, BILIK TAYANG

● Membantu menguruskan alat pandang dengar, bahan bantu mengajar, bahan bukan
buku termasuk perkakasan dan bahan perisian.
● Merekodkan maklumat-maklumat bahan bukan buku ke dalam buku rekod dan
komputer.
● Membantu dalam mengendalikan dan mengurus bilik khas.
● Mengemaskini rekod bahan bantu mengajar dan bahan bukan buku dari semasa ke
semasa.
● Menghasilkan kod bar untuk setiap BBM dan BBB
● Memastikan semua peralatan yang terdapat di dalam PSS berada dalam keadaan baik
dan berfungi dengan sempurna
TUGAS UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
● Menjaga kebersihan perpustakaan
● Memastikan kerja pembersihan dijalankan dengan sempurna.
● Melaporkan sebarang kerosakan kepada guru penasihat demi bantuan
juruteknik
● Menjaga kecantikan perpustakaan dan menguruskan segala kerja pembaikan
● Melakukan kerja penghiasan bilik sumber dari semasa ke semasa
● Bertanggungjawab terhadap kecantikan dan penghiasan papan notis (3 bulan
sekali ) dan papan notis di kawasan sekolah.
TUGAS PROMOSI & JUALAN
● Mengumpulkan maklumat isu-isu semasa dari suratkhabar dan failkan.
● Mendapatkan majalah-majalah lama daripada AJK
● Majalah/Akhbar untuk dijilidkan (6 atau 12 buah majalah)
● Membuat dokumentasi bagi semua aktiviti pusat sumber sekolah.
● Mengutip wang jualan ketika program PSS di bawah kawalan GPM.
● Membantu kira-kira pembelian dan jualan bersama bendahari.
TUGAS UNIT NILAM
● Membantu mempromosikan program NILAM di sekolah
● Membantu GPM dan guru NILAM membuat analisis data NILAM
TUGAS PPKI
● Membantu mempromosikan program PSS di PPKI
● Mengutip wang jualan buku PSS di unit PPKI
● Membantu program NILAM di unit PPKI
● Bekerjasama membantu unit lain menguruskan PSS
TUGAS-TUGAS KHAS
● Membantu mempromosikan program PSS
● Mengutip wang jualan buku PSS
● Membantu program NILAM
● Bekerjasama membantu unit lain menguruskan PSS
TAKWIM PSS 2023
1. Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah
2. Pembukaan PSS untuk pinjaman dan pemulangan
SELAMAT MENJALANKAN
TUGAS DENGAN PENUH
DEDIKASI

Anda mungkin juga menyukai