Anda di halaman 1dari 2

Kertas Kerja

Program Bengkel Cemerlang Matematik UPSR


SK Kampung Bungai 2018

Pendahuluan
Kecemerlangan merupakan perkara yang diimpikan setiap insan. Usaha melahirkan pelajar
yang cemerlang segenap aspek merupakan fokus utama setiap pendidik. Oleh itu, Unit
Kurikulum berhasrat untuk menganjurkan program Bengkel Cemerlang Matematik UPSR
sebagai usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam UPSR 2018.

Matlamat
Membantu pelajar untuk lebih memahami subjek Matematik. Meningkatkan kefahaman
pelajar terhadap subjek yang diajar sekaligus meningkatkan peluang lulus untuk pelajar.

Objektif
1. Menarik perhatian pelajar terhadap subjek subjek Matematik. Ini kerana mungkin
pelajar berasa jemu dengan guru subjek asal yang telah dilihat dan mungkin telah
mengajar mereka daripada Tahun 1 – 6.
2. Membantu pelajar untuk lebih memahami subjek yang diajar dengan cara dan teknik
pengajaran yang berbeza dan mungkin lebih menarik.
3. Membantu ibubapa yang kurang mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke
kelas tuisyen. Ada ibubapa yang berpendapat bahawa mungkin anak-anak mereka
sudah tepu dengan cara dan teknik guru lama (asal) dan dengan adanya guru lain yang
mengajar diharap dapat membantu mereka untuk lebih memahami dan bertukar
angin.

SASARAN
Murid Tahap 2

CADANGAN PROGRAM
Tarikh : 22 September 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

1
Belanjawan atau Anggaran Kos
Bil. Harga dan Kuantiti Jumlah
1 Bayaran Guru (upah) RM 200 x 1 org RM 200

2 Bahan;
1. Fotostat latihan RM 100 RM 100
2. Makanan dan Minuman RM 10 X 40 orang murid RM 400
RM 10 X 10 orang guru & penceramah RM 100
Jumlah Keseluruhan RM 800

Penutup
Diharapkan kertas kerja program ini dapat diluluskan sebagai usaha ke arah kecemerlangan
pelajar.

Disediakan oleh, Diisemak oleh, Disahkan oleh,

………………………………………….. …………………………………….. ……………………………………….


(DYG. ANA NADIA SOFIANA) (NORFIZAHTUN BINTI MUHAMAD) (ISMAIL BIN HASSAN)
Ketua Panitia Matematik, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN GURU BESAR
SK KAMPUNG BUNGAI SK KAMPUNG BUNGAI SK KAMPUNG BUNGAI

Anda mungkin juga menyukai