Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN ST EDWARD BELIMBING

KERTAS KERJA PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN MORAL

1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan salah satu mata pelajaran yang penting dalam
pembelajaran pelajar. Mata pelajaran ini merupakan saluran guru untuk menerapkan nilai murni
sekaligus melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek emosi, akhlak dan rohani. Panitia
Pendidikan Moral akan menganjurkan beberapa aktiviti sepanjang tahun ini yang bertujuan memupuk
nilai-nilai murni dan meningkatkan jati diri pelajar untuk terus maju dan mengharumkan nama negara
Malaysia di mata dunia kelak.

2.0 OBJEKTIF

Panitia Pendidikan Moral merupakan salah satu panitia naungan di bawah Bidang Kemanusiaan.
Oleh yang demikian berikut merupakan beberapa objektif aktiviti yang akan dilaksanakan:

(i) Memberi kesedaran betapa pentingnya nilai kerjasama dalam sesebuah pasukan atau kumpulan.

(ii) Memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar

(iii) Memantapkan pengetahuan pelajar dalam isu-isu yang berkaitan dengan unsur-unsur nilai-nilai
dan norma-norma kehidupan.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK St Edward Belimbing

4.0 TARIKH PERLAKSANAAN

16 Mei 2022 - 20 Mei 2022 (1 minggu)

5.0 PENGISIAN PROGRAM

1. Pertandingan Merekacipta Kad Ucapan Hari Guru / Hari Ibu / Hari Bapa

2. Pertandingan Melukis Poster (Bidang Alam Sekitar)

3. Pertandingan Permainan Rakyat (Guli & Batu Seremban)

6.0 MASA DAN TEMPAT

AKTIVITI KATEGORI MASA TEMPAT

Pertandingan Tahun 1, 2 dan 3 1 minggu Dewan sekolah


merekacipta Kad
Ucapan Hari Guru/
Hari Ibu/ Hari Bapa
Pertandingan Melukis Tahun 4,5 dan 6 1 minggu Kelas Tahun 4,5,6
Poster (Bidang Alam
Sekitar)

Pertandingan Terbuka kepada Tahun Rabu Guli – padang sekolah


permainan rakyat (guli 1 hingga 6
dan batu Seremban) Batu Seremban –
dewan sekolah

7.0 PENGLIBATAN GURU

Semua Guru Pendidikan Moral

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

AKTIVITI KATEGORI SEUNIT JUMLAH

Pertandingan Tahun 1, 2 dan 3 HAMPER


merekacipta Kad JOHAN JOHAN – RM25 x 3 =RM75
Ucapan Hari Guru/ NAIB JOHAN N.JOHAN – RM20 x 3 =RM60
Hari Ibu/ Hari Bapa KETIGA KETIGA – RM15 x 3 =RM45
Pertandingan Melukis Tahun 4,5 dan 6) HAMPER
Poster (Bidang Alam JOHAN – RM25 x 3 =RM75
Sekitar) N.JOHAN – RM20 x 3 =RM60
KETIGA – RM15 x 3 =RM45

Pertandingan Terbuka kepada Tahun HAMPER


permainan rakyat (guli 1–6 JOHAN – RM25 =RM25
dan batu Seremban) N.JOHAN – RM20 =RM20
KETIGA – RM15 =RM15

Lain-lain - Sijil RM80


- Pembalut hamper
- Ink printer
JUMLAH KESELURUHAN RM500.00

9.0 GURU-GURU YANG TERLIBAT:

Semua guru-guru Pendidikan Moral Sk St Edward Belimbing.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

---------------------------------- -----------------------------------

(FIRDA BINTI MARTIN) (MASAIMAN BIN SAPAWI)


K. Panitia Pendidikan Moral Guru Besar
SK ST EDWARD BELIMBING SK ST EDWARD BELIMBING

Anda mungkin juga menyukai