Anda di halaman 1dari 7

Marjorie anak Albert Chagat

SISC+ Sains dan Matematik

KERTAS KERJA

BENGKEL KERJA PBL STEM BERSEPADU


ANJURAN BERSAMA SEKTOR PEMBANGUNAN BAKAT
MURID DAN SEKTOR PEMBELAJARAN
PERINGKAT PPD TATAU SEBAUH TAHUN 2024

DI BAWAH

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PROGRAM PEMBANGUNAN PRESTASI SEKOLAH
SERTA PROGRAM TRANSFORMASI PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH
ANJAKAN KE-6 MENGUPAYA JPN, PPD DAN
SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN
KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN

1 PPD TATAU SEBAUH


Marjorie anak Albert Chagat
SISC+ Sains dan Matematik

1.0 PENGENALAN
Pendidikan alaf baru memerlukan adanya literasi sains dan matematik yang
merangkumi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam bidang sains dan
matematik dalam diri setiap guru dan murid. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) pula, ianya
merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sedia ada dalam semua mata
pelajaran STEM. Pengetahuan, kemahiran dan nilai ini telah dimasukkan ke dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang digunakan sebagai
panduan di sekolah.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 adalah bertujuan


untuk meningkatkan taraf sistem pendidikan sekolah agar selaras dengan sistem
pendidikan terbaik seperti di negara maju. Dalam konteks pendidikan di Malaysia,
Inisiatif #49 (PPPM) 2013-2025: Pengukuhan Pendidikan STEM yang diterajui oleh
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) KPM merujuk
kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum bertujuan untuk meningkatkan daya
saing dalam bidang sains dan teknologi di sekolah. Oleh yang demikian, PPPM
gelombang ketiga menekankan setiap guru perlu berinovatif dalam memperbaiki
kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran masing-masing.

Oleh itu, kertas kerja ini dikemukakan bagi tujuan untuk melaksanakan Bengkel dan
Karnival PBL STEM Bersepadu dengan anjuran bersama oleh dua sektor iaitu Sektor
Pembangunan Bakat Murid dan Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah
Tatau dan Sebauh. PBL STEM Bersepadu dipilih bagi melihat bagaimana integrasi dan
interdisiplin pelbagai mata pelajaran dapat diupayakan dalam memperkasakan
pengajaran dan pembelajaran guru. Bagi memastikan pembudayaan pendidikan
STEM berkembang secara menyeluruh dalam kalangan warga pendidikan daerah
Tatau dan Sebauh maka, program ini diperkembangkan dengan memastikan adanya
penyertaan dari semua stakeholder, guru-guru dan murid.

2 PPD TATAU SEBAUH


Marjorie anak Albert Chagat
SISC+ Sains dan Matematik

Impak dari program ini nanti, diharapkan dapat membantu dalam membudayakan
pendidikan STEM dan meningkatkan kecenderungan murid untuk memilih aliran
STEM di peringkat sekolah menengah dan seterusnya hingga ke peringkat pengajian
tinggi serta seterusnya memperkasakan pendidikan dan melestarikan kemenjadian
murid di Tatau dan Sebauh.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Membantu guru dalam mempelbagaikan corak pengajaran bagi
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
2.2 Meningkatkan daya mereka cipta dan kreativiti murid melalui penghasilan
sesuatu yang baharu serta dapat menerapkan pendidikan STEM di
sekolah.
2.3 Memantapkan kemahiran menyelesaikan masalah dengan menggunakan
pendekatan PBL STEM Bersepadu dalam kalangan murid sekolah rendah
dan sekolah menengah di Daerah Tatau/Sebauh.
2.4 Memperkasakan PBL STEM Bersepadu dalam PdP di sekolah rendah dan
menengah di Daerah Tatau/Sebauh.

3.0 SASARAN
2 wakil guru dari setiap sekolah rendah dan 4 wakil guru dari setiap sekolah
menengah. Jumlah keseluruhan peserta guru adalah 64 orang.

4.0 MAKLUMAT BENGKEL


4.1 Bengkel PBL STEM Bersepadu pada 11 & 12 Januari 2024: 2 orang wakil
guru dari setiap sekolah rendah dan 4 orang guru dari setiap sekolah
menengah akan mengikuti bengkel secara bersemuka.

5.0 FORMAT BENGKEL


5.1 Bengkel dijalankan secara bersemuka.

5.2 Bengkel diadakan selama dua hari.


5.2.1 Hari Pertama

3 PPD TATAU SEBAUH


Marjorie anak Albert Chagat
SISC+ Sains dan Matematik

Tarikh : 11 Januari 2024


Hari: Khamis
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Modul: 1 hingga 3
Tempat: Bilik Mesyuarat, SJK Sebiew Chinese, Bintulu, Sarawak

5.2.2 Hari Ke-Dua


Tarikh : 12 Januari 2024
Hari: Jumaat
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Modul : 4 hingga 6
Tempat: Bilik Mesyuarat, SJK Sebiew Chinese, Bintulu, Sarawak

5.3 Pautan ke Bahan Bengkel: https://tinyurl.com/bahanPBLSB2023

6.0 JADUAL BENGKEL


Rujuk Lampiran.

7.0 TENTATIF MAJLIS PENANGGUHAN


Tarikh : 12 Januari 2024
Hari : Jumaat
Masa : 3:30 – 4:30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SJK Sebiew Chinese, Bintulu, Sarawak
*Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

8.0 PENCERAMAH PBL STEM Bersepadu


No. Nama Peranan PPD/Sekolah Jawatan
1 Raymond Lubun anak Tinsang JU SMK Tatau GAB

2 Broneka Uding Kirew JU SK Kuala Serupai GAB

3 Annie Wong Ai Yuan JU SJKC Chung Hua GAB


Tatau
Jumlah 3 orang

4 PPD TATAU SEBAUH


Marjorie anak Albert Chagat
SISC+ Sains dan Matematik

9.0 JAWATANKUASA/URUS SETIA/AJK PELAKSANA


No Nama Peranan
1 Fred anak Entau Penasihat
Pegawai Pendidikan Daerah - Memberi bimbingan dalam
Tatau/Sebauh pelaksanaan program
2 Zulfaddly bin Ahmad Pengerusi
Timbalan SPBM - Mempengerusikan mesyuarat
jawatankuasa mengikut keperluan
Koleh Anyan
Timbalan SPB
3 Kezie bin Matusup Penyelaras/JU
Marjorie anak Albert Chagat - Menyelaraskan urus setia dan AJK
Pelaksana dari semasa ke semasa
- Menyampaikan modul bengkel
- Dokumentasi dan pelaporan
4 Norziana binti Mohd Saifuddin Bendahari
- Menguruskan kewangan program
- Menyimpan rekod kewangan
berkaitan program
5 Feizlina binti Talip Fasilitator
Tania anak Nicholas Munong - membantu JU dalam membimbing
Carmenchita anak Mekai peserta
Agnes anak Engai - mengambil gambar sepanjang
bengkel berlangsung
5 Stella Edmund Gelau Setiausaha
- Menyediakan surat-menyurat
jemputan/panggilan/lantikan
6 Razlie bin Maidin Pengacara
- Hari pertama dan Hari Terakhir
- Majlis Penangguhan
7 Sylvia Amaya-Lyn anak Lindang Makan dan Minum
- Hari Pertama
- Hari Ke-Dua
- Majlis Penangguhan
8 Anne Anyie Pendaftaran
- QR Code & Link GF untuk kehadiran
dan rumusan maklum balas
Jumlah 14 orang

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Kos (RM)
1 Makan dan Minum (Bengkel) 15 x 81 orang x 2 hari
= 2,430.00

2 Makan dan Minum (Majlis Penangguhan – 10 x 30 orang x 1 hari

5 PPD TATAU SEBAUH


Marjorie anak Albert Chagat
SISC+ Sains dan Matematik

jemputan PGB) = 300.00

3 Alat tulis 10 x 30 buah sekolah


= 300.00

4 Plak Penghargaan JU 50 x 4 orang


= 200.00
Jumlah RM3,230.00

11.0 PELAN KONTIJENSI


ASPEK RISIKO TINDAKAN MENANGANI
RISIKO
Kewangan Peruntukan tidak mencukupi. Mengubahsuai aktiviti dengan
menggunakan peruntukan
sedia ada.
Kewangan Peruntukan lewat diterima. Menjadualkan semula aktiviti.
Peserta Guru tidak dapat hadir secara Pemilihan waktu yang sesuai
bersemuka. dengan situasi dan mod secara
maya.

12.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, pertandingan ini amat bermanfaat bagi memperkasakan
guru-guru dalam melahirkan murid-murid yang berfikiran kreatif, inovatif dan
berdaya saing. Diharapkan semoga program ini mendapat sumbangan dan kerjasama
yang sewajarnya dari semua pihak agar dapat merealisasikan pengukuhan
pendidikan STEM di Daerah Tatau dan Sebauh.

13.0 KAJIAN IMPAK PROGRAM


13.1 Kertas kerja dibentangkan di depan PPD Tatau Sebauh.
13.2 Pelaporan Jawatankuasa
13.3 Semakan dokumen maklum balas bengkel.
13.4 Gambar-gambar sepanjang program berlangsung.
13.5 Maklum balas secara Google Forms.

6 PPD TATAU SEBAUH


Marjorie anak Albert Chagat
SISC+ Sains dan Matematik

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ __________________
MARJORIE ANAK ALBERT CHAGAT ZULFADDLY BIN AHMAD
SISC+ SAINS DAN MATEMATIK TIMBALAN PPD
PPD TATAU/SEBAUH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
PPD TATAU/SEBAUH

Ulasan PPD:
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

Diluluskan oleh:

____________________________
FRED ANAK ENTAU
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PPD TATAU SEBAUH

7 PPD TATAU SEBAUH

Anda mungkin juga menyukai