Anda di halaman 1dari 26

2.

0 BIODATA

2. Nama IPGK : Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku


1 Ampuan Afzan

2. Gambar :
2

2. Nama Pelajar : Leo Isnel Bin Long Roslee


3
2. No. Kad Pengenalan : 020306-08-0049
4
2. Alamat Tetap : 32, Persiaran Sengat Baru 36, Taman
5 Bersatu, Simpang Pulai, 31300 Kampung
kepayang, Perak
2. No. Telefon dan E-mel : 017-5344743 / leoisnel2002@gmail.com
6
2. Ambilan Dan Pengkhususan : Jun 2021 / Bahasa Melayu SK
7
2. Tahun Dan Semester : Tahun 1 Semester 2
8
2. Tarikh PBS : 10 Oktober 2022 – 14 Oktober 2022
9
3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL

3.1 PERNYATAAN SEBELUM PBS

Saya, Leo Isnel Bin Long Roslee, iaitu pelajar PISMP Tagun 1 Semester 2 Bahasa
Melayu 1 telah ditugaskan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama
seminggu yang bermula pada 10 Oktober 2022 sehingga 14 Oktober 2022. Selain itu, ini
merupakan Pengalaman Berasaskan sekolah (PBS) yang kedua bagi diri saya sebagai guru
pelatih PISMP ambilan Jun 2021. Seterusnya, bagi Pengalaman Berasaskan Sekolah ini,
saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Ulu Geruntum, Gopeng, Perak.

Sebelum menjalani Pengalaman Berasaskan sekolah (PBS), saya telah diberi taklimat
berkaitan dengan PBS secara bersemuka iaitu di Dewan Darul Makmur untuk semua guru
pelatih ambilan Jun 2021. PBS ini juga bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru
pelatih tentang alam persekolahan dan juga memahami perspektif seorang guru untuk
melihat suasana pembelajaran di atas talian.

Antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman kepada guru pelatih
tentang budaya sekolah, melatih siswa guru untuk menyesuaikan diri di sekolah dan
suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu PBS ini juga bertujuan untuk
memberi pendedahan awal tentang pembelajaran murid dan membantu guru pelatih untuk
memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung,
pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah juga
merupakan salah satu objektif Pengalaman Berasaskan Sekolah.

Melalui dapatan Pengalaman Berasaskan Sekolah, guru pelatih dapat membina


kemahiran mengumpul maklumat tentang peranan dan tanggungjawab guru dan juga
pentadbiran sekolah yang berkaitan dengan bilik darjah. Di samping itu, PBS membina
kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitik selain
membolehkan guru pelatih membina sikap positif terhadap profesion keguruan.
3.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Semasa menjalani PBS selama seminggu iaitu dari 10 Oktober 2022 sehingga 14
Oktober 2022, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang
berpandukan senarai semak tugasan yang telah dilampirkan. Berikut adalah tindakan yang
telah dilakukan sepanjang tempoh PBS di SK Ulu Geruntum.

Bil. Tarikh Tindakan


1. 10 Oktober - Cuti Umum
2022 (Isnin)
2. 11 Oktober - Melapor diri melalui Guru Besar
2022 (Selasa) - Guru Besar meminta berjumpa dengan GPK Pentadbiran
- Menghadiri perhimpunan rasmi
- GPK Pentadbiran memperkenalkan saya kepada guru-guru
dan staf sekolah
- Mendapatkan buku perancangan sekolah dan majalah
sekolah melalui GPK Pentadbiran
- Mengambil gambar perjalanan sekolah
- Mengumpul maklumat sekolah
 Sejarah
 Carta Organisasi
 Kemudahan

- Mengambil gambar persekitaran sekolah


3. 12 Oktober - Mendapatkan maklumat
2022 (Rabu) - Mengemaskini laporan
- Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di semua kelas
4. 13 Oktober - Menemu ramah guru berkaitan dengan aktiviti yang
2022 dijalankan
(Khamis) - Mengemaskini laporan dan maklumat
5. 14 Oktober - Menghadirkan diri ke sekolah untuk memberikan borang
2022 penilaian kepada guru besar.
(Jumaat) - Meminta kata kata semangat daripada guru besar
4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

4.1 PEMERHATIAN

Dalam menjalankan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk
mengumpul data yang berhubung dengan tugasan. Antara kaedah tersebut ialah
pemerhatian. Selama seminggu saya berada di SK Ulu Geruntum, saya mendapati
kemudahan yang terdapat di sekolah ini lengkap, amat membantu dan mampu mewujudkan
suasana pembelajaran yang selesa dan menyeronokkan bagi murid-murid di sini. Namun
begitu, masih terdapat kemudahan infrastruktur yang masih berada dalam proses
penambahbaikan.

Selain itu, saya juga telah memerhatikan kawasan persekitaran sekolah ini. Landskap
sekolah ini hanya berada dalam keadaan yang memuaskan. Namun begitu, kebanyakan
daripada bangunan dan infrakstruktur di sekolah ini merupakan bangunan baharu.
Kemudahan bagi sesi P&P di dalam kelas seperti kerusi, meja dan papan putih juga adalah
baru. Manakala, hiasan di sekitar kawasan sekolah seperti tumbuhan hiasan tidak terlalu
banyak namun masih mampu menceriakan suasana di sekolah. Terdapat juga mural-mural
yang dilukis di dinding sekolah dan juga ruang maklumat di sekitar kawasan sekolah.

Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
sekolah ini. Dari pemerhatian saya, hampir kesemua guru yang mengajar di dalam kelas
amat berdedikasi sepanjang proses P&P tersebut.
SUASANA SEKOLAH

Gambar 1 Gambar 2

Perhimpunan Pagi Aktiviti Sebelum Kelas

Gambar 3 Gambar 4

Aktiviti Sukan Bersama Pelajar

Gambar 5 Gambar 6

Sesi PdP Sesi PdP


4.2 SENARAI SEMAK

SENARAI SEMAK BAGI PENGUMPULAN DATA DI SK ULU GERUNTUM

SENARAI SEMAK KEMUDAHAN KELAS

BIL PERKARA ADA TIAD CATATAN


. A
1. Papan notis /
• Visi dan misi sekolah /
• Peraturan kelas /
• Jadual waktu /
2. Keceriaan kelas /
3. Kelengkapan kemudahan /
• Kerusi dan meja /
• Tong sampah /
• Lampu dan kipas /
• Jam dinding /
• Papan putih /
• Sudut pembacaan /

SENARAI SEMAK PERWATAKAN GURU GURU DI SEKOLAH

BIL PERKARA ADA TIAD CATATAN


. A
1. Peramah /
2. Keterampilan yang kemas /
3. Prihatin /
4. Berkomunikasi dengan berkesan /
5. Mengamalkan budaya ilmu /
SENARAI SEMAK BILIK BILIK KHAS

BIL PERKARA ADA TIAD CATATAN


. A
1. Pejabat /
2. Bilik guru besar /
3. Bilik bilik GPK /
4. Bilik guru /
5. Bilik komputer /
6. Perpustakaan /
7. Bilik SPBT /
8. Stor sukan /
9. Makmal sains /
10. Surau /
11. Bilik JQAF /
12. Bilik rehat guru /
13. Bilik BBM /
14. Bilik dokumentasi /
15. Bilik seni /
16. Bilik mesyuarat /
17. Bilik Pemulihan /
18. Bilik Media /
19. Bilik Kaunseling /
4.3 TEMU BUAL

Kaedah temu bual juga telah saya gunakan dalam menjalani tugasan ini. Saya telah
menemu bual beberapa orang guru seperti guru besar, ketua panitia Bahasa Melayu.
Semasa menjalankan temu bual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan
kepada mereka. Kerjasama yang diberikan oleh mereka sangat baik dan saya
mendapat jawapan yang saya inginkan.

Guru yang saya temu bual mengatakan respon yang ditunjukkan oleh murid semasa
kelas, apabila soalan diajukan kepada mereka adalah amat bersemangat dan
memberangsangkan. Murid murid berlumba lumba untuk menjawab soalan yang diajukan.
Namun begitu, ada juga pelajar yang pendiam dan tidak menjawab soalan dan hanya
menjawab apabila namanya disebut oleh guru tersebut.

Guru yang ditemubual mengatakan bahawa murid yang pendiam itu bukan malas tetapi
murid berasa takut di samping mempunyai masalah internet untuk menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru tersebut. Seterusnya mereka tidak berani menjawab soalan
jika jawapan yang diberikan adalah salah maka dikhuatiri akan dimarahi oleh guru. Oleh
sebab itu, murid tersebut hanya mendiamkan diri dan melihat sahaja apa yang berlaku di
depannya. Oleh itu, kita sebagai guru perlulah bersabardan sentiasa membimbing
pelajar jika mereka melakukan kesalahan. Kita juga jangan cepat menghukum kerana
kanak kanak berada dalam proses belajar. Oleh itu wajarlah ada kesalahan yang
berlaku kerana kesalahan merupakan guru terbaik bagi mencapai kejayaan.
4.4 SOAL SELIDIK

Soal selidik ialah persoalan yang akan dikemukakan pada guru-guru yang terdapat dalam
senarai temubual diatas. Malah saya turut merangka beberapa bentuk soalan untuk
dikemukakan kepada pelajar. Soal selidik ini mempunyai skop soalan yang luas kerana ia
boleh menjadi pelbagai yang berkaitan dengan:

 Latar belakang orang yang ditemubual


 Berkaitan dengan soal P&P dalam kelas
 Peranan yang dimainkan oleh guru dan murid
 Pembelajaran dalam kelas bagi murid-murid dari sudut bahan bantu mengajar dan
juga penglibatan murid-murid.
 Pengalaman
 Sumbangan
 Cabaran
 Harapan/nasihat/pedoman

Soal selidik penting kerana terdapat tatacara untuk menemubual seseorang. Oleh itu,
seseorang itu perlulah mengetahui ;

 Siapa yang ditanya?


 Kerana apa?
 Bagaimana untuk melakukan temuduga?
 Bilakah waktu yang sesuai?
 Mengapa orang berkenaan yang dipilh
 Persoalan yang berkaitan dengan orang yang dipilih.
 Tempat temuduga yang hendak dijalankan adalah bersesuaian.
5.0 KOLABORATIF
BERSAMA PIHAK
SEKOLAH
6.0 ILMU / PENGETAHUAN BAHARU MELALUI

6.1 PEMERHATIAN

Melalui pemerhatian saya, SK Ulu Geruntum merupakan sebuah sekolah yang indah dan
bersih. Guru-gurunya sangat menitikberatkan unsur penerapan nilai murni dalam kalangan
pelajar melalui budaya memberi salam apabila berjumpa dengan guru mahupun individu
yang melawat sekolah mereka. Mereka juga turut diterapkan dengan unsur kerohanian
dengan mengadakan pengayatan moral pada setiap hari Jumaat. Tambahan lagi, murid-
murid di sekolah ini bijak dalam menguruskan soal kebersihan.

Saya juga dapat lihat guru sangat bijak mengawal pelajar di dalam kelas walaupun
mengajar kelas paling tercorot. Selain itu, mereka sangat kreatif dalam penggunaan bahan
bantu mengajar (BBM), ini membuatkan pelajar sangat berminat untuk belajar malah
lembaran kerja yang diberikan mengikut tahap kemampuan pelajar agar tidak menjadi
bebanan kepada mereka. Disamping itu, saya dapat simpulkan bahawa penggunaan papan
kenyataan di belakang kelas sangat penting kerana pelajar akan mencari maklumat
berkaitan topik yang diajar. Malah penggunaan papan kenyataan ini adalah bersifat tetap
dan boleh digunakan secara berulang kali. Maklumat yang ditampal dapat ditanggalkan dan
diganti dengan maklumat yang terkini agar para pelajar tidak ketinggalan dengan
perkembangan semasa. Murid-murid juga tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan
sebarang maklumat berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari.Murid-murid hanya perlu
pergi ke kawasan belakang kelas untuk membuat rujukan terus tanpa perlu membuang
masa di tempat lain.

6.2 SENARAI SEMAK

Semasa menjalani PBS, saya telah belajar menggunakan senarai semak dengan
betul. Ketika mencari maklumat berhubung dengan tugasan ini, senarai semak
digunakan sepenuhnya agar tiada perkara yang dikehendaki tertinggal. Senarai semak
merupakan satu borang yang sangat penting dalam menjalankan tugasan atau kajian.
Perkara yang terdapat dalam senarai semak yang perlu saya penuhi adalah pengurusan
dan organisasi sekolah, prasarana, maklumat murid dan berkenaan dengan
kokurikulum sekolah.Semasa proses mencari dan mengumpul maklumat maklumat ini,
banyak pengetahuan mengenai pendidikan , pengurusan pentadbiran telah saya pelajari
dan perolehi. Sebagai contoh mengenai bilangan murid dan guru yag terdapat di sekolah
tersebut.Selain itu juga tidak semua kemudahan yang disenaraikan di dalam senarai
semak terdapat di sekolah yang saya jalani PBS tersebut seperti bilik ABM.
6.3 TEMU BUAL

Semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah saya telah mempelajari pelbagai


teknik pertanyaan yang baik dan berkesan. Saya juga telah mengetahui mengenai kesan
sesebuah teknik pertanyaan terhadap hasil yang diperolehi.Teknik pertanyaan yang tidak
baik akan membuahkan hasil yang tidak baik manakala teknik yang baik dan berkesan akan
memberikan hasil yang memuaskan hati kedua belah pihak. Semasa menjalani PBS, saya
telah menemubual Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Kokurikulum, para guru, staf
sokongan dan murid-murid.

Melalui temubual saya dengan tokoh guru yang dipilih, saya dapat mengetahui pelbagai
pengalaman manis dan pahit sepanjang beliau bergelar seorang pendidik. Beliau juga
banyak menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan ini. Selain itu, beliau banyak
memberi nasihat kepada saya agar menjadi guru yang berinovasi dan berdedikasi apabila
bergelar seorang guru kelak.
7.0
REFLEKSI
8.0 LAPORAN AKHIR

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang wajib dilakukan


selama seminggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia ini. Mereka
dikehendaki menjalankan PBS di sekolah-sekolah kerajaan dalam Negara. PBS merupakan
pengalaman pertama bagi saya. PBS ini meminta untuk saya ke sekolah bagi menjalani
tugasan yang diberikan. Saya telah menjalani PBS di Sekolah Kebangsaan Ulu Geruntum,
Perak. Sekolah ini dipilih kerana berdekatan dengan rumah saya. Tujuan utama saya untuk
ke sekolah itu kerana ingin mengetahui lebih mendalam lagi tentang sekolah tersebut dan
mendapatkan ilmu pengetahuan serta pengalaman.

Sepanjang saya berada di sekolah ini, saya telah mempelajari banyak perkara baru
berkenaan suasana dan realiti sebenar keadaan seorang guru semasa mengajar dan
suasana serta iklim kelas itu sendiri. Semasa melaksanakan PBS, saya mendapati diri saya
banyak berlaku perubahan dalam melengkapkan diri untuk menjadi seorang guru yang baik
dan berdedikasi. Antaranya ialah dari aspek penampilan, pergaulan, komunikasi dan
pengurusan sama ada dengan pihak sekolah, para guru dan murid-murid serta kakitangan
sekolah. Melalui PBS juga, saya mendapati diri saya banyak berubah ke arah pemikiran dan
pengurusan emosi yang positif, bukan dengan cara memberi tekanan kepada perasaan.
Kawalan emosi sangat penting, kerana emosi merupakan segala tunjang perbuatan yang
bakal kita lakukan. Emosi yang negatif membawa keburukan kepada diri kita.

Selain itu, saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya selepas menjalani PBS ini. PBS
ini mengajar saya untuk lebih berketerampilan dan berkeupayaan bergaul mesra dengan
masyarakat sekeliling terutamanya ketika berhadapan dengan murid-murid. Selain itu, ia
juga menambahkan semangat saya untuk menimba ilmu pengetahuan. PBS juga banyak
mengajar saya tentang menyedari keperluan orang lain terutamanya murid-murid yang
untuk mereka membangun dan meningkatkan potensi diri sendiri. Selain itu, PBS juga
membolehkan saya menjadi bijak dalam berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai.
Tambahan lagi, saya dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan meyakinkan orang
ramai dengan mewujudkan dasar keterbukaan dan telus dalm pergaulan. Melalui PBS juga,
saya dapat memupuk kepercayaan di antara satu sama lain, rasa hormat di kalangan para
guru, staf sekolah dan murid-murid serta berkongsi pemikiran untuk mencapai
kesefahaman. Malah saya juga dapat menyesuaikan diri dengan idea-idea, pendekatan dan
maklumat yang baru diterima.

Di samping itu, saya menyedari bahawa tanggungjawab seorang bukanlah perkara yang
mudah lebih-lebih lagi dalam menyediakan sebuah kelas yang lengkap dari segi kemudahan
dan informasi. Selain itu, suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang
pembelajaran adalah sangat penting melahirkan murid yang harmonis dan menyeluruh dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Untuk mencapai hasrat ini, iklim dan budaya
sekolah mestilah berada dalam keadaan selesa dan aman damai.

Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak memberi input yang


berguna kepada semua guru pelatih. Oleh itu, saya berasa amat bersyukur kerana diberi
peluang untuk menjalani PBS ini walaupun ini merupakan pengalaman pertama saya. Saya
berasa sungguh sedih untuk meninggalkan sekolah ini kerana warga sekolah tersebut
sangat baik dan memberi kerjasama yang baik. Pengalaman yang diperolehi akan diingati
serta akan diaplikasikan apabila saya bergelar seorang guru kelak.
MURID DAN ALAM BELAJAR
a) Lukiskan pelan susun atur bilik darjah dan huraikan kesesuaiannya mengikut kaedah PdP
semasa.

Murid-murid belajar dengan cara melakukan dan guru bertindak sebagai coach,
membantu murid ketika mereka bekerja dengan projek mereka. Murid belajar menggunakan
kaedah siasatan dan bekerjasama dengan orang lain. Murid tidak lagi belajar setiap mata
pelajaran secara berasingan. Sebaliknya, mereka bekerja melalui projek antara disiplin yang
menggunakan maklumat dan kemahiran daripada pelbagai mata pelajaran dan
menunjukkan beberapa standard akademik yang penting. Buku-buku teks tidak lagi sumber
utama maklumat.

Di dalam kelas, guru masih menggunakan arahan kepada kumpulan keseluruhan, tetapi
kaedah pengajaran primer tidak digunakan. Selain itu, fokus pembelajaran murid di dalam
kelas adalah berbeza. Tumpuan tidak lagi pada pembelajaran dengan menghafal dan
mengingati maklumat tetapi bagaimana untuk belajar. Murid belajar bagaimana untuk
bertanya soalan yang betul, bagaimana mencari jawapan dan cara untuk menggunakan
maklumat.
b. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid?
Terdapat banyak bahan dan sumber yang mudah digunakan oleh murid. Antaranya ialah
kad-kad imbasan atau dikenali sebagai ‘flashcard’ yang mengandungi pelbagai gambar
menarik dan perkataan yang jelas dan terang. Gambar-gambar pada kad imbasan ini
menggunakan kombinasi warna yang terang dan menarik sekaligus dapat menarik minat
murid dan merangsang perkembangan kognitif mereka. Jika gambar yang digunakan tidak
menarik, ini akan membuatkan murid cepat bosan dan tidak menumpukan perhatian semasa
pengajaran.

Selain itu, penggunaan bahan audio visual juga dapat memudahkan murid. Sebagai
contoh, penggunaan radio dalam Pendidikan Muzik. Murid dapat mendengar lagu dan bunyi
dengan menggunakan radio.

c. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan

TMK?

Ya, semua murid sentiasa diberikan peluang untuk menggunakan sumber pembelajaran
yang berasaskan TMK. Contohnya, murid-murid Tahun 2 dalam subjek Sains telah dibawa
masuk ke dalam makmal komputer untuk mempelajari Sains. Antara aktiviti yang dilakukan
ialah cikgu Sains menyuruh murid-murid untuk membuka komputer, kemudian mengarahkan
mereka membuka ‘Microsoft Word’ dan manaip perkataan “Sayangi tumbuhan, Tumbuhan
melindungi kita daripada panas”. Melalui aktiviti ini, murid dapat mempelajari fungsi
tumbuhan malah juga dapat memberi peluang kepada murid menggunakan sumber
pembelajaran yang berasaskan TMK.
d. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti

pembelajaran?

Murid-murid di dalam kelas digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap
mata pelajaran yang sedang dipelajari. Hal ini adalah untuk memastikan setiap murid
mendapat input yang sama daripada guru. Ianya juga adalah bagi memastikan pencapaian
yang seimbang antara murid. Melalui pemerhatian saya semasa PBS, para guru banyak
menggunakan teknik perbualan. Guru tersebut bertanya tentang sesuatu topic yang ingin
diajar dan dikaitkan dengan pengalaman sedia ada pada murid-murid. Teknik ini juga
digunakan supaya murid dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam proses
pembelajaran. Guru-guru juga berpeluang untuk mengenali murid-murid secara lebih
mendalam. Murid akan berasa lebih tertarik dengan aktiviti yang sedang dijalankan. Murid
juga digalakkan untuk bertanya terus jika ada perkara yang tidak difahami tentang sesuatu
pelajaran yang diajar. Kaedah ini melatih pelajar untuk berani meluahkan pendapat secara
terbuka dan mengikis perasaan malu yang masih kuat membelenggu diri sesetengah
mereka.
TUGASAN 1
1.0 PENGENALAN

Pada tarikh 10 Oktober 2022, saya telah memulakan Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) fasa dua di Sekolah Kebangsaan Ulu Geruntum, Gopeng, Perak. PBS ini dijalankan
selama lima hari dan berakhir pada 14 Oktober 2022. PBS yang dijalankan ini adalah
sebagai satu wacana untuk mendedahkan diri siswa pendidik kepada profesion keguruan
pada masa akan datang. PBS juga menggalakkan siswa pendidik untuk membuat
pemerhatian, penelitian, interaksi, kolaborasi dan refleksi tentang suasana persekolahan,
pengurusan sekolah serta bilik darjah dan tingkah laku murid. Tugasan pada kali ini
memerlukan saya untuk membuat pemerhatian  penilaian dan analisis terhadap strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru
Bahasa Melayu di sekolah. Oleh itu, saya telah memilih Kelas Empat Cerdik yang diajar oleh
Puan Ilya bagi menjalankan pemerhatian.
2.0 STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari
pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang
sama (Noriati, 2012). Pembelajaran koperatif bertujuan untuk meningkatkan pencapaian
murid, pemikiran kreatif dan kritikal, kemahiran sosial dan interaksi kumpulan. Kaedah
koperatif sesuai digunakan untuk mengalakkan kumpulan murid yang lemah dalam sesuatu
mata pelajaran untuk berkongsi pandangan dan perbincangan secara bersungguh-sungguh
bagi menyelesaikan masalah. Guru sebagai fasilitator adalah kunci kepada kejayaan
koperatif.

Contoh kaedah dan teknik pengajaran dalam strategi pembelajaran koperatif adalah seperti
projek, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main
peranan, sumbangsaran, dan kumpulan kecil. Dalam hal ini, Puan Ilya telah menggunakan
Kaedah STAD iaitu pembelajaran dalam kumpulan kecil yang lazimnya dilakukan dalam
sesuatu topik Bahasa.

3.0 KAEDAH TERUS

Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer (1920-1935). Kaedah
ini mengutamakan prinsip-prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Puan Ilya
telah menggunakan Kaedah Terus kerana melihat kepada potensi dan pemahaman sedia
ada murid yang mantap terhadap PdP pada hari tersebut. Seterusnya, pengajaran dikaitkan
dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada, dimana murid-murid telah
didedahkan tentang “Keselamatan di jalan raya” sewaktu kecil lagi. Selain itu, beliau juga
telah menimbulkan perasaan ingin tahu murid-murid melalui soalan-soalan yang telah
dirancangkan.
4.0 TEKNIK LATIH TUBI

Teknik latih tubi merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan sesuatu
perkara yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan
kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Teknik ini sesuai digunakan dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Ia boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran menyebut perkataan, kemahiran menyebut ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta
penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat dan
memikirkan maksud perkataan-perkataan.

Pada awal pembelajaran, Puan Ilya telah melakukan sesi soal jawab, dimana beliau telah
mengajukan beberapa soalan berdasarkan pengetahuan am murid-murid berkaitan papan
tanda jalan raya. Pembelajaran diperkukuhkan lagi dengan mengadakan aktiviti “menjawab
soalan”. Murid-murid diedarkan dengan lembaran soalan, dimana berdasarkan soalan
tersebut murid-murid dikehendaki untuk mengisikan tempat kosong dengan jawapan yang
betul secara berkumpulan.

5.0 CADANGAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERBAHASA DALAM PDP

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita
menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang
cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu
'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk
menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa
yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenal pasti
untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.
6.0 KESIMPULAN 

Bagi mencapai matlamat pendidikan yang telah digariskan oleh kerajaan, bukanlah satu
perkara yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhkan.kebijaksanaan dan ketabahan
kedua belah pihak iaitu guru dan murid-murid itu sendiri. Sebagai seorang guru Bahasa
Malaysia, kita perlulah menggunakan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang
bersesuaian dengan tahap dan kemampuan murid-murid supaya dapat menjamin
keberkesanan  penyampaian sesuatu pengajaran dan objektif pembelajaran dapat dicapai.

Pemahaman mengenai strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah. Bagi tujuan
menentukan strategi, pendekatan, kaedah serta teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran berbahasa guru perlulah betul-betul mahir dan guru perlulah bijak
menggabungkan keempat-empat elemen tersebut. Kebijaksanaan guru memilih strategi,
pendekatan, kaedah serta teknik yang sesuai  akan memberi kesan kepaa pembelajaran.
Disamping itu sebagai guru, kita juga boleh mengukur kebolehan serta kemampuan kita
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sama ada tercapai atau tidak objektif
pengajaran pada hari itu Kesimpulannya, sesuatu strategi pengajaran menggabungkan
pelbagai kaedah, pendekatan dan juga teknik pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran
yang paling optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang
paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.
RUJUKAN

Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Edisi Guru.
Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn. Bhd.

Anthony & Henson K.T . (1963). Introduction to counseling and guidance. New Jersey: Prentice-
Hall.

Baharom Mohamad & Iliyas Hashim. (2010). Gaya Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Faridah Nazir dan Faiziah Shamsudin. (2016). Kemahiran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Sasbadi
Sdn. Bhd

Ishak Ramly. (2006). Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.

Kamaruddin Hussin dan Siti Hajar. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Kayazano
Enterprise.

Kamus Dewan Bahasa. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khadijah Rohani Mohd Yusof. (2007). Psikologi pendidikan . Kuala Lumpur: Open University. 

Mohamed Amin Embi. (2016). Pemikiran Dan Reka Bentuk Semula Pengajaran dan Pembelajaran
Abad ke-21. Bangi : Penerbitan Kebangsaan Malaysia.
Mok Soon Sang . (1996). Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah. Kajang, Selangor Darul Ehsan.:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid dan Alam
Belajar. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Norliza Jaafar, Lew Mon Moii PH.D, Norulazilah Md. Nordin. (2015). Perkembangan Kanak-Kanak.
Kuala Lumpur. Pelangi Profesional Publishing Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai