Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA:

PERTANDINGAN MENYANYI PERINGKAT SEKOLAH


ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2022

1 PENDAHULUAN
1.1 Panitia Pendidikan Muzik dengan kerjasama semua staf sekolah akan mengadakan
Pertandingan Menyanyi Peringkat Sekolah 2022. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah
diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti
yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain
sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan
murid dan guru-guru.

2 MATLAMAT
2.1 Matlamat utama penganjuran aktiviti adalah bagi memupuk semangat bersaing secara
sihat serta menghiburkan diri di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid
secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenalpasti potensi murid yang mampu
mengharumkan nama baik sekolah di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang
dianjurkan antara sekolah dan daerah.

3 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan minat murid terhadap subjek Pendidikan Muzik.
2.2 Mencungkil bakat murid-murid dalam bidang nyanyian.
2.3 Meningkatkan keyakinan murid untuk mempersembahkan bakat diri dalam bidang seni
muzik.
2.4 Menghayati lagu kanak-kanak yang dinyayikan.

4 PERATURAN DAN SYARAT


4.1 Pertandingan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu:
4.1.1 Perempuan Tahap 1 (Tahun 1-3)
4.1.2 Perempuan Tahap 2 (Tahun 4-6)
4.1.3 Lelaki Tahap 1 (Tahun 1-3)
4.1.4 Lelaki Tahap 2 (Tahun 4-6)
4.2 Setiap kategori mempunyai 3 pemenang iaitu Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga.
4.3 Setiap kategori juga akan memilih seorang pemenang Persembahan Terbaik dan Pakaian
Terunik.
4.4 Setiap peserta juga akan diberikan hadiah kecil.
4.5 Lagu pertandingan mesti dipilih dari senarai lagu kanak-kanak yang disediakan.
4.6 Peserta perlu menyediakan lagu (minus) dalam VCD/DVD/pendrive.
4.7 Murid yang berminat untuk menyertai pertandingan mesti mendaftar dengan guru kelas
pada atau sebelum 29 April 2022 (Jumaat).
4.8 Lagu pertandingan juga perlu dihantar kepada guru muzik atau penyelaras pertandingan
pada atau sebelum 9 Mei 2022 (Isnin).
5 SASARAN
5.1 Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6

6 TARIKH/TEMPAT/MASA
6.1 20 Mei 2021 (Jumaat) / Dewan Sekolah / 1300-1530

7 JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Penasihat :
Pengerusi :
Penyelaras :
Setiausaha :
AJK Hadiah :
Juruacara :
Siaraya :
Jurugambar :
Backdrop & Persiapan Tempat :
Pendaftaran dan persembahan :
Hakim Tahap 1 :

Hakim Tahap 2 :

8 ANGGARAN BELANJAWAN
8.1 Perbelanjaan
Bil
Perkara Butiran Jumlah (RM)
.
i. Standing Medal Emas (RM3.00 x 4) RM 12.00
ii. Set Alat Tulis (RM4.40 x 4) RM 17.60
1 Hadiah Johan - Whiteboard Marker x 1 = RM1.40
- Pembaris 8 inci x 1 = RM0.60
- buku nota x 1 = RM2.40

i. Standing Medal Perak (RM3.00 x 4) RM 12.00


ii. Set Alat Tulis (RM3.80 x 4) RM 15.20
2 Hadiah Naib Johan - Whiteboard Marker x 1 = RM1.40
- buku nota x 1 = RM2.40

i. Standing Medal Gangsa (RM3.00 x 4) RM 12.00


ii. Set Alat Tulis (RM2.40 x 4) RM 9.60
3 Hadiah Tempat Ketiga - buku nota x 1 = RM2.40

4 Hadiah Pakaian Terunik Set Alat Tulis (RM3.40 x 4) RM 13.60

5 Hadiah Persembahan Terbaik Set Alat Tulis (RM3.40 x 4) RM 13.60

6 Hadiah Penyertaan Fail Pocket Plastik (RM1.50 x 36) RM 54.00

JUMLAH PERBELANJAAN RM 159.60

8.2 Sumber Kewangan


Peruntukan PCG Panitia Pendidikan Muzik untuk tahun 2022 sebanyak.

9 PENUTUP
9.1 Penganjuran aktiviti panitia ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak
bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej
sekolah yang positif. Aktiviti seumpama ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim yang
sedia ada dalam kalangan guru dan murid serta dapat mencungkil bakat terpendam murid-
murid. Penganjuran aktiviti sebegini akan diteruskan pada tahun akan datang. Kerjasama
semua pihak diucapkan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_______________ _______________ _______________


( ) ( ) ( )
Ketua Panitia Muzik Pk Pentadbiran Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai