Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN NYANYIAN IRAMA MALAYSIA


PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1 & 2
TAHUN 2023/2024

ANJURAN

UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN
1. MATLAMAT

Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia ini adalah merupakan Pertandingan


Nyanyian Solo dan Duo Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Peringkat Daerah
Seremban 1 & 2 Tahun 2023. Pertandingan ini sebagai memberi pendedahan dan
memupuk penghargaan pendidikan seni muzik dalam bidang nyanyian lagu-lagu
Irama Malaysia kepada murid peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah
serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai
teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2. RASIONAL

2.1 Mengembangkan bakat seni nyanyian lagu-lagu Irama Malaysia yang ada
di dalam jiwa murid ke arah hobi yang berfaedah;

2.2 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang;

2.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti muzik yang


dijalankan di peringkat sekolah secara terancang;

2.4 Sejajar dengan Pelan Pendidikan Seni Daerah Seremban 1 & 2 (PPSK)
2021-2030, seni adalah pelengkap kepada hidup berkualiti seperti yang
dinyatakan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed
(2018), " Tidak ada negara yang boleh mengaku sudah menjadi negara
bertamadun tanpa ada nilai seni tersendiri...". Sehubungan dengan itu,
PPSK dirancang untuk memperbanyakkan program wajib di peringkat
Daerah Seremban 1 & 2 dan antarabangsa seperti berikut:

2.5 PPSK juga menyarankan bahawa setiap sekolah perlu mempunyai satu
kebitaraan seni bagi menyemarakkan seni di sekolah dan mencungkil
bakat dan potensi murid dalam bidang kesenian seperti berikut:

TERAS 1: Seni Untuk Semua

1.3.1 (b) Setiap sekolah mempunyai satu (1) kebitaraan seni dengan:

1.3.1 (c) Pihak pentadbir sekolah boleh memilih kebitaraan sekolah


berpandukan modul kesenian dan kekuatan serta minat murid dalam
program kesenian;

1.3.1(d) Mewajibkan penubuhan Kelab/Persatuan/Badan Beruniform yang


berasaskan seni persembahan dan

1.3.1 (e) Mewajibkan satu (1) aktiviti kesenian dalam program khas seperti
pertandingan kesenian.
3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan platform pameran bakat yang lebih besar di peringkat Daerah
Seremban 1 & 2 kepada murid-murid sekolah di setiap daerah untuk mengasah
dan serlahkan bakat dalam pelbagai cabang seni persembahan;

3.2 Menarik minat murid dan orang ramai amnya terhadap nilai estetika dalam
muzik dalam bidang nyanyian Irama Malaysia;

3.3 Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik dari golongan
murid sekolah, ibubapa dan komuniti setempat;

3.4 Meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penggunaan teknologi; dan

3.5 Menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap elemen Love,


Respect, Happiness and Humanity (LR2H) dalam pendidikan dan
meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid.

4. MOD PROGRAM

4.1 Pertandingan Peringkat Daerah Seremban 1 & Seremban 2

4.2 Pertandingan secara berperingkat pemilihan ke peringkat negeri melalui


pemilihan di peringkat daerah;

4.3 Secara dalam talian dan bersemuka;

5. KUMPULAN SASARAN

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah(tahap 2 -


sekolah rendah) dan sekolah menengah (Tingkatan peralihan hingga
Tingkatan 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan;

5.1.1 Jumlah penyertaan setiap sekolah adalah seramai 3 orang


melibatkan DUA Kategori sahaja :

Kategori Sekolah Rendah

5.1.1.1 Solo

5.1.1.2 Duo/Duet

Kategori Sekolah Menengah

5.2.1.1 Solo

5.2.1.2 Duo/Duet
6. FORMAT PERTANDINGAN DAN SYARAT AM PERTANDINGAN

6.1 Nyanyian diiringi oleh Minus One; dan mestilah dinyanyikan secara
lagu penuh.

6.2 Setiap wakil sekolah akan mempersembahkan sebuah lagu mengikut:

6.2.1 Solo - 1 lagu


6.2.2 Duet - 1 lagu

6.3 Pilihan lagu adalah bertema lagu-lagu Irama Malaysia;


(Asli, Joget, Zapin, Ghazal, Inang, Keroncong)

6.4 Lagu-lagu yang dipilih hendaklah dinyanyikan dalam BAHASA MELAYU


SAHAJA; dan lagu tersebut adalah hasil karya pencipta dari Malaysia
sahaja.

6.5 Lagu-lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh manamana


sensitiviti kaum di Malaysia dan lagu yang DIHARAMKAN di Malaysia

6.6 5 PESERTA TERBAIK untuk setiap kategori akan bertanding secara


BERSEMUKA.

7. FORMAT RAKAMAN

7.1 Rakaman hendaklah dilakukan dalam format MP4 dengan minima 720 High Pixel
dan maksima 1080 High Pixel; dan view LANDSCAPE ( MELINTANG )

7.2 Rakaman yang dilakukan adalah dari arah HADAPAN sahaja dan menampakkan
seluruh bahagian badan penyanyi.

7.3 Penggunaan layar hijau ( GREEN SCREEN ) TIDAK DIBENARKAN.

7.4 TIDAK DIBENARKAN meletakkan nama dan logo pada rakaman video.

7.5 Rakaman video perlu dimuatnaik ke laman Youtube dan ditetapkan pada tetapan
Unlisted. Alamat URL video Youtube yang telah dimuatnaik perlu diletakkan di
dalam Google Form yang disediakan oleh pihak sekolah pengelola.

8. MASA PERSEMBAHAN

8.1 Masa persembahan yang diperuntukkan bagi setiap persembahan adalah 3


hingga 7 minit (termasuk montaj persembahan)

9. ETIKA PAKAIAN

Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.


10. PEMARKAHAN

i. Wajaran (SOLO)

i. Pic 10

Vokal ii. Ton 15

iii. Dinamik 15

Patah Lagu Patah Lagu 10

Sebutan Sebutan 10

Tempo Tempo 10

Ekspresi Penghayatan 10

i. Gaya 10
Kreativiti
ii. Pakaian 10

Jumlah Keseluruhan 100 markah

ii. Wajaran (DUET)

i. Pic 10

Vokal ii. Ton 10

iii. Dinamik 10

Harmoni Harmoni 10

Patah Lagu Patah Lagu 10

Sebutan Sebutan 10

Tempo Tempo 10

Ekspresi Penghayatan 10

i. Gaya 10
Kreativiti
ii. Pakaian 10

Jumlah Keseluruhan 100 markah


11. PENGHAKIMAN

11.1 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

12. HADIAH / SIJIL

BIL PERKARA CATATAN

1 Johan Hadiah berupa trofi dan sijil

2 Naib Johan Hadiah berupa trofi dan sijil

3 Tempat ke-3 Hadiah berupa trofi dan sijil

4 Tempat ke-4 Hadiah berupa trofi dan sijil

5 Tempat ke-5 Hadiah berupa trofi dan sijil

13. TARIKH PERTANDINGAN

13.1 Secara Dalam Talian ( Rakaman Video )

Tarikh akhir penghantaran video : 13 MEI 2023 (SABTU)

13.2 Secara Besemuka ( 5 Terbaik Setiap Kategori )

Tarikh : 18 MEI 2023


Tempat : TBA ( akan dimaklumkan )
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
LAMPIRAN 1 ( CONTOH LAGU IRAMA MALAYSIA )

LAGU ASLI LAGU JOGET


• Jalak Lenteng • Joget Pahang
• Seri Banang • Joget Berhibur
• Patah Hati • Joget Sayang di Sayang
• Sri Mersing • Joget Siapa Dia
• Syurga Telapak Kaki Ibu • Joget Kasih Tak Sudah
• Makan Sirih • Joget Angan Tak Sudah
• Selasihku Sayang • Umpan Jinak di Air Tenang
• Gurindam Jiwa • Joget Kenangan Manis
• Lela Manja • Joget Orang Bertunang
• Damak • Joget Menyanyi
• Seni Berzaman

LAGU INANG LAGU ZAPIN


• Pandang - Pandang , Jeling - Jeling • Zapin Yang Tinggal
• Gerimis Di Lautan • Sirih Pinang
• Ianang Merindu • Candak
• Kaparinyo • Bakawali
• Selendang Mak Inang • Zapin Pusaka
• Sulam Sembilan • Zapin Melayu
• Tenung - Tenung , Renung - Renung • Dondang Dendang
• Tari Tualang Tiga • Zapin Usik Mengusik
• Cindai
• Pantun Budi

LAGU KERONCONG LAGU GHAZAL


• Sayang di Sayang • Pak Ngah Balik
• Selamat Tinggal Bungaku • Sayang Musalmah
• Bisikan Hati • Di Pinggir Kayangan
• Keroncong Hujan • Kuala Mersing
• Jangan di Tanya • Merak di Sangkar
 Seri Sedili

Anda mungkin juga menyukai