Anda di halaman 1dari 9

SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS RENDAH

Aku Sepasang Kasut


Aku sepasang kasut.
Namaku Puma. Aku diproses di
sebuah kilang di Shah Alam.
Badanku diperbuat daripada
kulit dan kain yang berkualiti.
Tapakku pula diperbuat
daripada getah. Badanku
berwarna kuning.
Setelah siap diproses, aku
disusun ke dalam kotak bersama kawan-kawanku untuk dihantar ke
Kedai Kasut Tesco. Aku dipamerkan di atas rak. Ramai yang suka
pada warnaku yang menarik. Aku kemudiannya dibeli oleh seorang
kanak-kanak bernama Aiman Tino.
Aiman memakaiku pada setiap petang untuk bermain bola di
sekolahnya. Aku dijaga dengan baik. Badanku dicuci dengan cermat
pabila kotor. Aku sangat gembira bersama tuanku, Aiman kerana
beliau jagaku dengan baik.
Pada suatu hari, Aiman tersepak seketul batu yang besar. Aiman
terjatuh dan badanku pula koyak teruk. Aiman menangis melihat
keadaan aku. Aku pula sedih melihat Aiman menangis menahan sakit.
Ayah Aiman telah
membelikannya kasut baharu. Aku
dibuang ke dalam tong sampah
kerana tidak dapat digunakan lagi.
Walaupun sedih, aku tetap gembira
kerana pernah berbakti kepada
tuanku. Tamatlah riwayat saya.

Cita-Cita Saya
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS RENDAH
Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita itulah yang akan
menjadi pendorong kepada seseorang untuk belajar bersungguh-
sungguh. Cita-cita yang dipilih haruslah manfaat untuk diri,
masyarakat dan negara.

Saya bercita-cita ingin menjadi doktor. Saya bercita-cita


menjadi doktor kerana saya ingin membantu orang sakit. Dalam
keluarga saya masih belum lagi adik-beradik yang ingin menjadi
doktor. Saya yakin suatu hari nanti saya akan dapat jadi doktor yang
baik dan dedikasi.

          Kerjaya doktor menjadi pilihan saya kerana saya ingin


berkhidmat kepada masyarakat. Selain itu,saya berazam untuk
mendidik masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Saya
ingin memastikan ibu bapa dan ahli keluarga saya sihat. Saya berazam
untuk memberi rawatan yang sebaik-baik kepada pesakit.

Dalam mengejar impian saya ini, ibu bapa saya adalah insan
yang banyak memberi dorongan. Mereka sentiasa memberi kata-kata
peransang dan membantu saya dapat pelajaran. Selain itu, guru-guru
dan rakan -rakan juga sentiasa memberi dorongan kepada saya. Saya
yakin suatu hari nanti cita-cita saya pasti tercapai.

Aku Sebuah Televisyen


Aku dilahirkan di sebuah
kilang televisyen Panasonic di Shah
Alam. Badanku berbentuk leper dan
kebanyakan bahagian badanku
diperbuat daripada plastik. Aku
dicipta untuk membolehkan
manusia menonton berita, cerita
dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka sering menggunakan aku
untuk berhibur.
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS RENDAH
Setelah aku dan rakan-rakan selesai dipasang dan diuji, kami
diletakkan di dalam sebuah kotak yang selesa untuk dihantar ke
kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke sebuah
kedai di Bandar Kuala Lipis, Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di
dalam almari kaca di kedai tersebut.

Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki muda. Dia
sangat meminati ku lalu cuba tawar-menawar dengan tuan kedai
untuk membeli ku. Akhirnya dia bersetuju membeli ku dengan harga
RM3600.00. Selepas itu, aku dibawa balik ke rumahnya di Kampung
Merapoh dan diletakkan di ruang tamu rumahnya.

Aku melihat isteri dan anak-anaknya sangat gembira


memperolehi aku. Sejak dari hari itu, aku sering digunakan oleh
mereka tanpa mengira waktu. Walaupun aku berasa sangat penat, aku
akan sedaya upaya menunaikan tanggungjawab aku menghiburkan
mereka.

Cara-cara Menjaga Keselamatan di Rumah


Menjaga keselamatan di rumah amatlah penting kerana bahaya
terdapat di mana-mana jua. Terdapat pelbagai cara saya menjaga
keselamatan ketika berada di rumah.
Antaranya, saya tidak akan bermain dengan peralatan tajam
ketika di rumah. Contohnya, ibu melarang saya bermain
menggunakan pisau, gunting dan jarum. Ini kerana peralatan ini boleh
mencederakan saya.
Selain itu, saya juga dilarang untuk bermain api di dalam rumah.
Ibu tidak membenarkan saya menggunakan mancis. Saya faham
larangan ibu itu kerana menggunakan mancis boleh menyebabkan
rumah saya terbakar.
Seterusnya, saya akan mencuci bilik air saya dan memastikan
bilik air sentiasa kering. Bilik air yang berair akan menjadi licin. Saya
boleh terjatuh dan cedera jika bilik air saya basah dan bersabun.
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS RENDAH
Di samping itu, saya dan adik beradik yang lain mengelakkan
diri daripada berlari-lari ketika berada di dalam rumah. Sekiranya
kami bermain kejar-kejar di dalam rumah, kami boleh terjatuh lalu
kepala terhantuk pada bucu meja. Saya tidak mahu mengalami
kecederaan kerana kecuaian diri sendiri.
Kesimpulannya, saya mesti berhati-hati ketika berada di dalam
rumah. Mematuhi dan mendengar
nasihat ibu dan bapa akan memastikan
saya sentiasa selamat ketika berada di
rumah.

Arnab yang Pemalas


Di sebuah hutan tinggal
sepasang sahabat yang sangat
comel. Mereka ialah seekor arnab
dan seekor tupai. Setiap hari
mereka menghabiskan masa
bersama-sama di hutan itu.

Pada suatu hari, tupai berkata


kepada arnab, “Mari kita buat
sarang. Sekarang dah tiba musim
hujan. Apabila hujan, kita ada
tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat
dulu,” jawab arnab.

Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab
berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada
sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata
awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab
lagi.
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab
menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat
sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS RENDAH
ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh
lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu.
Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup
kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada
sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus
basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab sedih dengan sikap malasnya.

Kerbau Balar
Dalam sekumpulan kerbau, ada
sepasang kerbau balar. Warna
kulitnya merah, tidak hitam seperti
kerbau-kerbau yang lain. Oleh
kerana kulit yang berbeza warnanya
itu, kerbau balar selalu dihalau oleh
kerbau lain. Kedua-duanya tidak
dibenarkan makan bersama dan tidur
sekandang.

"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain
itu. Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu
disisihkan.

Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar
tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan
akan dipakaikan gelang merah.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat


orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala
dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu
tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap, kedua-dua ekor kerbau


balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya
di sembelih.
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS RENDAH
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Kerbau balar gembira mereka
dapat menyelamatkan diri daripada tempat sembelih. Mereka juga
kasihan melihat kerbau-kerbau lain yang disembelih.

Kawan yang Tidak Jujur


Terdapat seekor rusa bernama Joe. Ia
mempunyai sahabat bernama Ronnie.
Ronnie ialah seekor kerbau. Joe sangat
licik. Ronnie pula seekor kerbau yang
kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering
mengambil kesempatan terhadap kawannya itu.

Joe kerap menggunakan Ronnie bagi


mendapatkan makanan. Roni hanya menurut
segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu
petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam
hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan
seekor singa.

Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa
itu. Joe berjalan ke arah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan
makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh
menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah
lembut.

“Baiklah, aku akan lepaskan kau! Tapi, kau mesti bertindak


cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie.
“Singa itu tidak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi
segera dari sini dan menyorok di dalam gua,” kata Joe. Ketika mereka
masuk ke dalam gua, singa terus menerkam dan akhirnya, kedua-dua
sahabat itu menjadi makanan singa.
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS RENDAH

Anak Ikan Tony


Di sebuah lautan, terdapat seekor anak
ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak
disenangi rakan-rakanya kerana ia suka
menipu dan mempermain-mainkan mereka.
Ketika ikan-ikan lain sedang bermain,
Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan
itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan
mentertawakan rakannya itu.
Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang
itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan. Sebab itulah mereka
akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!”
Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat
mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu
mempercayai Tony walaupun mereka selalu tertipu dengan helah
Tony.
Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakannya itu. Ia ingin
mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung
menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung
itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu.
Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony
menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu
semua menang! Di sini mana ada jerung! Jangan mempermainkan
aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak
sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

Ibu Saya
Ibu merupakan orang yang melahirkan kita serta memelihara
kita sejak kecil. Tanpa ibu, kita tidak mungkin lahir ke dunia ini. Oleh
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS RENDAH
itu, kita mestilah menghormati dan mendengar cakap ibu. Janganlah
kita sesekalipun menyakiti hati ibu.

Nama ibu saya ialah Anita. Beliau berusia 55 tahun. Ibu saya
seorang suri rumah tangga yang rajin dalam melakukan tugas-tugas
seharian. Ibu sentiasa sibuk menguruskan rumah dan keperluan kami
sekeluarga seperti mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak dan
sebagainya.

Ibu saya juga seorang yang penyayang. Beliau sentiasa


mengambil berat tentang keluarga, terutamanya pelajaran saya, abang
dan adik. Ibu jarang marah-marah malahan sentiasa bersabar dan
tenang dalam menghadapi apa jua masalah.

Sekiranya saya melakukan apa-apa kesalahan, ibu akan menegur


dan menasihati saya dengan baik. Beliau selalu
menasihatkan saya agar belajar dengan bersungguh-
sungguh supaya menjadi insan yang berguna.

Saya amat menyayanginya. Saya berasa amat


beruntung mendapat seorang ibu yang baik. Saya berjanji
akan membalas jasa ibu saya pada suatu hari nanti. Saya
berjanji saya akan membuatkan ibu saya bangga
melahirkan saya.

Keluarga Saya
Keluarga saya terdiri daripada
lima orang, iaitu ayah, emak, saya
dan dua orang adik lelaki. Hubungan
kami sekeluarga sangat rapat. Kami
sekeluarga sering meluangkan masa
bersama-sama.
SJK(T) LADANG BAHAU MODUL BACAAN PAGI ARAS RENDAH
Ayah saya bernama Muniandy. Beliau seorang guru yang
mengajar di SJK(T) Ladang Bahau yang terletak berhampiran dengan
rumah kami. Ayah saya seorang yang tegas tetapi baik hati serta
pemurah.

Ibu saya seorang suri rumah tangga. Beliau menguruskan rumah


tangga serta keperluan kami sekeluarga. Ibu saya seorang yang sangat
rajin dan pandai memasak.

Saya anak yang sulung. Saya belajar di sekolah yang sama


dengan tempat ayah saya bekerja. Saya belajar dalam tahun empat.
Saya mempunyai adik lelaki yang bernama Nalini. Dia masih
bersekolah tadika. Adik- saya sangat comel dan manja.

Saya amat menyayangi keluarga saya. Kami sayang-


menyayangi serta mengambil berat antara satu sama lain. Saya berasa
amat bangga mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya
berharap keluarga saya akan kekal bahagia selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai