Anda di halaman 1dari 5

TAJUK: SINGA DAN TIKUS

Pada suatu hari di sebuah hutan, seekor singa sedang


nyenyak tidur. Tidak jauh dari situ, seekor tikus sedang
bermain dengan rama-rama. Perbuatan tikus dan rama-
rama itu telah mengganggu raja rimba.

Singa berasa amat marah dan ingin menyerang tikus.


Tikus cuba melarikan diri. Tiba-tiba, tikus berkata, Jika
awak melepaskan saya, saya tidak akan melupakan
jasa baik awak hingga ke akhir hayat. Singa pun
bersetuju dan melepaskan tikus itu.

Beberapa hari kemudian, singa mengaum sambil


meronta-ronta. Singa terkena perangkap pemburu. Tikus
datang dan memutuskan jaring dengan giginya. Singa
berkata, Kalau engkau tidak menolong aku, sudah
tentu aku dibunuh oleh pemburu. Sejak hari itu,
mereka telah menjadi kawan baik.

Pengajaran dalam cerita ini ialah kita mestilah selalu


menepati janji.
TAJUK: SANG MERBAH DAN SANG MURAI.

Pada suatu hari, seekor burung murai telah bertemu


dengan seekor burung merbah. Pada ketika itu, Sang
Merbah sedang membuat sarangnya. Sambil ketawa,
Sang Murai berkata, Hai Sang Merbah! Aku sangat
kasihan melihat keadaan kamu ini. Setiap masa
kamu terpaksa bermandi peluh. Lihatlah aku ini.
Hidup bebas terbang ke sana sini.

Sang Merbah lalu berkata, Tak apalah, wahai Sang


Murai. Aku membuat sarang ini sebagai langkah
berjaga-jaga. Lagipun, tidak lama lagi musim hujan
akan tiba.

Selang beberapa hari, Sang Murai datang lagi ke tempat


Sang Merbah. Sang Murai terkejut melihat sebuah sarang
yang cantik telah pun siap dibina. Kebetulan pada masa
itu hujan turun dengan lebatnya. Sang Murai basah
kuyup. Sang Merbah pula selesa berlindung di dalam
sarangnya.

Lalu Sang Merbah berkata, Wahai Sang Murai, kalau


kita ringan tulang, tentulah kita akan mendapat
faedahnya. Sebaliknya jika kita berat tulang, diri
sendiri yang akan rugi. Sang Murai berasa sangat
malu, lalu beredar dari situ.

Pengajaran dalam cerita ini ialah kita tidak boleh


memandang rendah kebolehan orang lain.
TAJUK: PANDAI EMAS DAN PANDAI BESI

Dalam sebuah negeri, terdapat seorang pandai emas


yang kaya dan seorang pandai besi. Malangnya, besinya
tidak selaris emas yang dijual oleh pandai emas.

Pandai emas selalu memandang rendah terhadap pandai


besi. Besi tidak berguna. Emas lebih tinggi dan
mahal harganya, kata pandai emas.

Pada suatu malam, pencuri memasuki rumah pandai


emas. Kesemua emasnya telah dicuri. Namun begitu,
pandai emas tidak berputus asa. Dia terus bekerja keras.
Akhirnya, dia berjaya mengumpulkan emas.

Nasib malang menimpa pandai emas lagi. Pencuri masuk


ke rumahnya dan mencuri kesemua emas yang
dikumpulnya.
Pandai emas sungguh kecewa. Akhirnya, dia berjumpa
dan mengadu kepada pandai besi. Pandai besi
mencadangkan pandai emas membuat senjata bagi
mengawal rumahnya. Pandai emas bersetuju. Dengan
menggunakan senjata buatan pandai besi, akhirnya
pencuri itu dapat ditangkap.

Kedua-dua mereka berasa gembira. Pandai emas dan


pandai besi akhirnya menjadi rakan karib.

Pengajaran dalam cerita ini ialah kita tidak boleh


memandang rendah kebolehan orang lain.
ARNAB YANG PEMALAS

Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. Di sebuah


hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor
arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka
menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari,
tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang.
Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada
tempat berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya
berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun
dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah
pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita ada sarang,
tentu kita tak akan basah begini,kata tupai. Ya, betul
kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita akan buat
sarang, kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak


arnab menbuat sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu
untuk membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan
sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa
lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh
lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat sikap
sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai
dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh.
Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok
kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah
seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak
menghiraukan rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok
sahajalah, kata arnab.
KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai


sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe
sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang
cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan
terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie
bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala
kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan
Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka
terserempak dengan seekor singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang


licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu.
Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. Kamu
tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa
itu,kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. Hai, Encik
Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan
keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati
dagingnya yang lazat itu di sana, kata Joe dengan lemah
lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti
bertindak cepat! jawab singa dengan garang. Joe
kembali menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan
kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan
menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk
ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia
membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi
makanan singa.

Anda mungkin juga menyukai