Anda di halaman 1dari 5

Rusa yang Bongkak

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi
ke tepi kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat
tanduknya yang cantik.

Oh, cantiknya tandukku! kata rusa itu kepada dirinya. Namun
demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus.Hai, lihatlah betapa
kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik
dari kepala hingga hujung kaki, rungutnya.

Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam,
rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu
sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.

Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut
pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta
untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah
cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya
yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri. Namun,
tanduknya patahnya sedikit.

Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana
ia boleh berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah
membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.

Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu
yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu
kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa
kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.















KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama
Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor
keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan
terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan
makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe.

Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan.
Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa. Kedua-duanya tidak
dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari
singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. Kamu tunggu di
sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,kata Joe. Joe berjalan kea rah
singa. Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan
keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di
sana, kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi,
kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang. Joe kembali
menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita
pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu
masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham
keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.

















ARNAB YANG PEMALAS

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab
dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama.
Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang.
Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.
Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab arnab. Pada
petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah
pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan
basah begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita
akan buat sarang, kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat
sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata tupai.
Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa lagi.
Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-
geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai
dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. Alangkah baiknya jika
kita ada sarang, kata tupai. Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu
terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak
menghiraukan rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.








Sang Merak dengan Sang Gagak
Di dalam sebuah rimba yang permai terdapat dua ekor burung yang
bersahabat baik iaitu Sang Gagak dan Sang Merak. Pada masa itu Sang
Gagak dan Sang Merak tidak mempunyai warna pada bulu mereka apatah
lagi corak yang menarik

Disebutkan dalam kisah mereka, pada suatu hari sedang mereka bersiar-siar
di rimba itu, mereka terjumpa dengan beberapa tong cat yang bermacam-
macam warna. Lantas timbullah idea dalam diri Sang Gagak untuk
menggunakan cat tersebut untuk mewarnakan dirinya yang tidak berwarna
berserta sahabat baiknya.

Hal tersebut dipersetujui oleh Sang Merak yang juga mahukan warna pada
badannya. Dia mengemukakan cadangan untuk Sang Gagak melukis di
badannya dulu sebelum dia pula mewarnakan badan Sang Gagak.

Sang Gagak yang dikenali sebagai seekor binatang yang kreatif dan berbakat
mula melukis corak dan mewarnakan badan sang Merak. Hasilnya Sang
Merak kelihatan cantik dengan warna barunya. Sesudah itu tibalah giliran
Sang Merak untuk mewarnakan badan Sang Gagak.

Tetapi Sang Merak pula dikenali sebagai binatang yang tidak mempunyai
bakat dan amat pemalas. Tanpa mahu memikir panjang, Sang Merak terus
mengambil cat hitam dan dicampakkannya ke arah badan Sang Gagak.
Hasilnya tubuh Sang Gagak berwarna hitam legam keseluruhannya.

Sang Merak yang kaget dengan kejadian itu terus melarikan diri. Setelah
beberapa ketika Sang Gagak sudah tidak sabar untuk melihat dirinya yang
baru. Dia berjalan cepat-cepat ke arah sungai berdekatan dan melihat dirinya
pada riak air sungai tersebut.

Alangkah terkejutnya sang Gagak apabila melihat dirinya yang berwarna
hitam keseluruhannya dari atas hingga ke bawah. Dengan rasa marah yang
teramat sangat Sang Gagak terus mencari Sang Merak yang sudah lari jauh
ke dalam rimba itu.

Begitulah ceritanya kenapa gagak membuat bunyi, "akk, akk" singkatan
kepada "merak, merak". Ada yang mengatakan Sang Gagak terus mencari
Sang Merak hingga ke hari ini. Dan Sang Merak terus menyembunyikan diri
dari Sang Gagak walaupun dia selalu bermegah-megah dengan
kecantikannya.



Sang Kancil dan Sang Gajah
Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-
siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah
terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali
malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun
berfikir, "Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini."

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil
keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa.
Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki
yang besar.

"Kalau bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain, mesti gajah ni!" Tiba-tiba
Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk
keluar dari lubang.

Kemudian Sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil, "Eh sang
kancil, tengah buat apa?" Tanya si Gajah.

"Menyelamatkan diri!" Jawab Sang Kancil.

"Dari apa?" Tanya gajah lagi.

"Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam." Balas
sang kancil.

Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat.
"Habis tu macam mana nak selamatkan diri?" Tanya si gajah.

"Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita
dekat sini."

Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam
lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil
kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang
yang dalam itu.

"Haha, padan muka engkau, selamat aku." Kemudian sang kancil pun
berlalu pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam
lubang tadi.

Anda mungkin juga menyukai