Anda di halaman 1dari 6

KOLEKSI CERITA PENDEK

December 2011
Posted by AZMAN HASHIM

http://azman-hashim.blogspot.my

ARNAB YANG PEMALAS

Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat.


Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah
seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka
menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari,
tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang.
Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada
tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya
berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun
dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah
pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada
sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya,
betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat
sarang,” kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak


arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu
untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan
sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa
lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh
lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap
sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai
dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh.
“Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok
kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti
ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalas itu tidak
menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok
sahajalah,” kata arnab.
KERBAU BALAR

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar.


Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau
yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu,
kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-
duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur
sekandang.

"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang


lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka
selalu disisihkan.

Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu


mendengar tuan mereka akan menangkap mereka.
Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang
merah.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke


tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat
beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di
kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang
sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor


kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau
yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-
duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap
lagi.
KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai


sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe
sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik.
Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap
kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi
mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala
kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan
Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka
terserempak dengan seekor singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik


mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia
berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu
tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa
itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa!
Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu
ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang
lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut.
“Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak
cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali
menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita
sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan
menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk
ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia
membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi
makanan singa.
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal.


Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya
kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan
mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan
menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan
itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah
batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan
kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu
akan memakan mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony


menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia
berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-
rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun
mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari,
Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin
mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul
seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak
menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!”
Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu
bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak
menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka
mereka cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu
semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah
kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony.
Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat
melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.
BUJANG TERBOYOI

Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri


baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki. Mereka
menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum
menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan
menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.

Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas


hutan Mereka mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi
berlagu memujuk ibunya.

“Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-


sama saya. Pergilah emak pulang. Doakanlah saya.
Maafkanlah saya,” katanya Si ibu amat terharu tetapi
apalah dayanya Anak ecilnya itu terpaksa ditinggalkan.
Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi
pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam,
Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu
bapanya amat merindukannya.

Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke


istana. Dalam perjalanan, dia berjumpa bermacam-
macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang
perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang
Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi
hendak mencari ibu bapanya.

Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau


mengajarnya ilmu melawan musuh. Gajah mengajarnya
ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya
sebentuk cincin sakti.

Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di


istana. Semua yang melihatnya hairan. Mereka tertanya-
tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari manakah
gerangannya?
Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan
memperkenankan permohonannya . Baginda bertanya
akan hajat Bujang Terboyoi.

“Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku.


Patik kasihan melihat mereka,” kata Bujang Terboyoi. Dia
menunjuk kea rah sepasang suami isteri,pekerja istana.

“Silakanlah, beta tiada halangan,” titah sultan. Bujang


Terboyoi membawa mereka ke air terjun. Dia memandikan
dan melangirkan mereka pakaian yang indah-indah. Dia
member mereka makan makanan yang lazat-lazat.
Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin
saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat
cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat.
Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.

“Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi.


Ampunkanlah saya ibu dan ayah,” kata Bujang Terboyoi
dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira.
Mereka menangis kegembiraan.

Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan


puterinya. Apabila sultan mangkat, Bujang Terboyoi di
tabalkan menjadi raja.

Anda mungkin juga menyukai