Anda di halaman 1dari 7

PSST4 2 SK

BAHASA MELAYU TAHUN EMPAT


Arahan kepada guru
Untuk Soalan 1, sila imbas kod QR dan perdengarkan kepada murid-murid.
Ulang sekali lagi.
Murid akan menjawab soalan 1 berdasarkan audio yang diperdengarkan.
PSST4 3 SK

Soalan 1
Tulis maklumat kamu berdasarkan situasi yang diperdengarkan.

Tulis jawapan kamu dalam ruangan yang disediakan.

[4 markah]
PSST4 4 SK

Soalan 2 (a)

Baca petikan. Berdasarkan petikan, lengkapkan grafik tentang keistimewaan komputer riba.

Semalam Izara menyambut hari lahirnya yang ke-10. Ibu Izara telah menghadiahi
Izara sebuah komputer riba. Komputer itu dilengkapi dengan kemudahan Internet.
Menurut ibu Izara, komputer riba banyak kelebihannya. Komputer riba kecil, nipis
serta mudah dibawa ke mana-mana.
Izara dapat menggunakan komputer riba itu untuk mencari pelbagai maklumat.
Oleh itu, Izara dapat menjimatkan masa berbanding dengan mencari maklumat
dalam buku.
Selain itu, komputer merupakan alat perhubungan yang canggih. Izara dapat
berbual-bual dengan kawan-kawannya secara dalam talian sahaja. Izara berasa
sungguh gembira.

KEISTIMEWAAN
KOMPUTER
RIBA

[5 markah]
PSST4 5 SK

Soalan 2 (b)
Baca petikan dialog di bawah. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

Izhan sedang menaip perancangan masa cutinya. Dia bertanya kepada bapanya, Encik Nazri,
tentang rancangan beliau.

Izhan: Ayah, bilakah kita akan pergi bercuti?

Encik Nazri: Izhan, kita akan pergi bercuti pada 20 Julai. Kita akan berada di sana selama tiga
hari.

Izhan: Oleh itu, saya mesti merancang aktiviti sebelum pulang ke kampung.

Encik Nazri: Bagus, Izhan. Kita perlu merancang aktiviti mengikut keutamaan agar masa kita
tidak sia-sia.

Pada pandangan kamu , bagaimanakah Izhan merancang aktivitinya sebelum pergi bercuti?

[5 markah]
PSST4 6 SK

Soalan 3
Baca petikan bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

Ribu-ribu ialah sejenis tumbuhan paku pakis yang boleh dibuat anyaman. Penggunaan ribu-ribu
bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Kelantan dan di Terengganu. Cara untuk membuat anyaman
ribu-ribu sebenarnya tidak sukar namun memerlukan kesungguhan.
Langkah-langkah untuk menghasilkan produk berasaskan pokok ribu-ribu adalah seperti berikut.

 Batang dan akarnya dicabut menggunakan tangan atau cangkul.

 Bahagian pangkal ribu-ribu sahaja dibelah menggunakan pisau kecil.

 Belahan seterusnya pada batang ribu-ribu perlu menggunakan jari supaya seimbang
dan tidak mudah putus.

 Helaian yang telah kering diraut dengan pisau. Helaian tersebut tidak boleh terkena
air sebelum digunakan.

 Helaian ribu-ribu diukur menggunakan lubang tin yang telah ditebuk.

 Helaian ribu-ribu dianyam untuk dijadikan kraf tangan.

a) Apakah nama tumbuhan yang boleh dibuat anyaman?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
[2 markah]

b) Mengapakah batang ribu-ribu dibelah menggunakan jari?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[2 markah]
c) Tandakan √ pada pernyataan yang betul dan X pada pernyataan yang salah.
i. Helaian ribu-ribu boleh direndam setelah diraut.

ii. Anyaman ribu-ribu popular di Kelantan, Terengganu


dan Sabah.

[2 markah]

Soalan 4
PSST4 7 SK

4 (a) Bina ayat berdasarkan gambar yang diberikan.

[10 markah]
4 (b) Tulis ayat-ayat tersebut dalam perenggan.

[10 markah]

Soalan 5
PSST4 8 SK

a) Baca gambar di bawah. Kemudian, lengkapkan grafik berdasarkan gambar yang diberikan.

Nilai murni atau


pengajaran

[4

markah]
b) Betulkan kesalahan dalam teks di bawah.
Kemudian, tulis jawapan yang betul dalam ruangan yang disediakan.

Dapur kayu lame ini kebiasaannya terdapat di rumah rumah tradisional.


Dapur kayu ini berbentuk kotak. Batu bata digunai untuk membuat tungku. Di
bawah dapur tedapat seberkas kayu api untuk dijadikan ungun.

[6 markah]
Disemak oleh, Disahkan oleh,

------------------------ -------------------------
(Salmiah binti Ismail) (Karmizan bin Karim)
Ketua Panitia Bahasa Melayu PK Pentadbiran

Anda mungkin juga menyukai