Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN A

[10 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan amalan dan aktiviti bagi mengisi masa lapang.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara mengisi masa lapang berdasarkan gambar.

AKTIVITI
MASA LAPANG

1
BAHAGIAN B
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 25 minit]

Gambar di bawah menunjukkan poster produk hasilan lembu.


Tulis ulasan tentang produk hasilan lembu tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

PRODUK HASILAN LEMBU

2
BAHAGIAN B (MENULIS ULASAN)

Bahan Rangsangan
Teks (Cara-cara) Teks (Kegunaan) Teks (Faedah) Teks (Kebaikan)
Teks (Situasi) Teks (Aktiviti) Petikan (NM) Petikan (Pengajaran)
Poster / Iklan Resipi / Menu Peta / Carta Carta Alir
Peta Minda Peta i-Think Bahan Sastera

Lima Panduan Asas (PW) Ulasan {Maklumat Soalan / Bahan Rangsangan}


(Anda Mesti Hafal) (Cari dan Tulis Semula)

u v
SATU (Pendahuluan) Buah-buahan tempatan ada yang bermusim dan ada yang
tidak bermusim. Misalnya, durian, cempedak, dan manggis
(Soalan; Apakah Topik Ulasan)
adalah antara buah-buahan yang bermusim. Manakala,
Isi Satu : Misalnya, tembikai, betik dan, belimbing pula merupakan buah-buahan
tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun. Selain itu,
Isi Dua : Manakala, buah-buahan tempatan ini mudah didapati sama ada di gerai-
gerai tepi jalan, warung buah-buahan atau di pasar raya.
Isi Tiga : Selain itu, Seterusnya, harga yang ditawarkan bagi buah-buahan ini amat
Isi Empat : Seterusnya, berpatutan. Justeru, buah-buahan ini juga boleh dijadikan
perasa makanan dan jus minuman yang enak dan
Isi Kelima : Justeru, menyegarkan. Kesimpulannya, buah-buahan tempatan
setanding dengan buah-buahan yang diimport. Oleh itu,
Penutup : Kesimpulannya, makanlah buah-buahan tempatan.

Gambar di bawah menunjukkan poster tentang buah-buahan tempatan.


Tulis ulasan tentang buah-buahan tempatan dan produk yang dihasilkan daripada buah-
buahan tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

3
Soalan 21
Garisi perkataan yang salah penggunaan imbuhannya bagi ayat-ayat di bawah. Tulis perkataan
yang betul ejaannya dalam ruang disediakan.

Ayat yang mengandungi kesalahan penggunaan kata berimbuhan Jawapan

a Kami mendengar datuk bercerita kisah silam dengan kusyuk sekali.


Bas penyiaran yang membawa pelancong itu bertolak ke arah
b
utara.
c Majlis perlantikan pengawas sekolah akan diadakan pada hari Isnin.
d Guru-guru sedang membincangkan tentang tempat yang menarik
untuk dilawati.

[4 markah]

Soalan 21
a. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan kata kerja yang diberi. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Pak Alias menakik batang pokok kelapa itu dengan


sebilah parang yang tajam.

Ibu sedang menyiram pokok bunga di taman mini


supaya hidup subur.
BETUL

Pekerja-pekerja itu memperlebarkan jalan untuk


masuk ke Kampung Damai.
SALAH

4
Budak-budak prasekolah itu menunggu giliran
untuk memperaga pakaian beragam masing-
masing.
[2 markah]

Soalan 21
b. Betulkan kesalahan penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat yang diberi.

Ayat yang mengandungi kesalahan penggunaan penjodoh bilangan Jawapan

Tiap-tiap pagi, ayah saya makan seketul telur ayam kampung


masak separuh sebagai sarapannya.

Buruh-buruh binaan itu sedang mengalihkan beberapa tongkol


batu bata yang ada di tepi jalan itu.

Berat timbangan dua ruas pisang nangka yang baru ayah


tebang itu ialah sepuluh kilogram.

[2 markah]

Soalan 22
c. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Tahniah Alif Imran, atas


kejayaan kamu sebagai
murid cemerlang UPSR.

__________________________________________________________________________________________

5
__________________________________________________________________________________________

[2 markah]
Soalan 22
a. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

Soalan 22
b. Tuliskan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan maksud yang diberi.

orang harapan ________________________ ayam api

penghasut ________________________ cacing emas

gelisah ________________________ batu tambatan

baik hati ________________________ hati kepanasan

sombong ________________________ naik tinggi

meradang ________________________ hidung angin

6
[3 markah]

Soalan 22
c. Nyatakan perumpamaan yang sesuai berdasarkan pernyataan di bawah ini.

Amirul dan Ismail ________, apabila bertemu pasti bertengkar. Antara mereka amat sukar
untuk mencari persamaan pendapat.

Jawapan: _____________________________________________________________________
[2 markah]
Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Menara ini asalnya dikenali
sebagai Jam Tinggi kerana di bahagian atasnya terdapat sebuah jam. Orang yang bertanggang
jawab membuat Menara Jam Tinggi ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah Cheong. Sebagai
arkitek, beliau telah mendapat ilham membina reka bentuk Jam Tinggi sedemikian berdasarkan
bangunan pagoda di Negara China.

Tujuan asal pembinaan menara Jam Tinggi pada tahun 1885 adalah untuk menempatkan
sebuah tangki air. Air daripada tangki ini sebagai kegunaan penduduk setempat apabila musim
kemarau atau sebagai keperluan memadamkan kebakaran. Hal ini kerana pada waktu itu tidak
ada perkhidmatan bomba. Pada tahun 1895 berlaku banjir besar di Teluk Intan menyebabkan
tapak dan tingkat bawah menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku serta bebanan air yang
berat dipercayai punca menara ini mula condong ke arah barat.

Pada zaman pemerintahan Jepun (1942 - 1945), bangunan Menara Condong ini
dijadikan pusat kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini yang digunakan
sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada
bahagian atas. Menara Condong mempunyai ketinggian 85 kaki dari aras bumi. Secara umum,
bangunan ini mempunyai tiga tingkat, setiap aras mempunyai ketinggian 15.5 kaki. Menara
Condong juga mempunyai 110 anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Namun begitu,
pandangan dari luar, bangunan ini seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.

a. Nama lain bagi bangunan Jam Tinggi ialah ______________________________________________


[1 markah]

b. Apakah punca bangunan Jam Tinggi ini condong ke arah barat?

7
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


sebagai contoh.

Menara Condong mempunyai 110 anak tangga


yang diperbuat daripada kayu.

Sepuluh tahun selepas Jam Tinggi siap dibina, banjir


besar telah melanda pekan Teluk Intan.
BETUL

Orang yang bertanggang jawab membuat Menara


Jam Tinggi ini ialah Leong Cheong Choon.
SALAH

Hampir lapan tahun Jam Tinggi digunakan oleh


askar Jepun sebagai pusat kawalan ketenteraan.

[2 markah]

Soalan 24

Baca berita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA LUMPUR, 11 Julai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memaklumkan
perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari stesen KL Sentral ke Padang Besar, Perlis dan Ipoh, Perak
ke Padang Besar telah bermula hari ini. KTMB dalam kenyataannya memberitahu, kedua-dua
perkhidmatan tren tersebut dikendalikan oleh KTM Intercity.
Buat permulaan KTMB hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah
bagi dua unit ETS. Kekerapan tren akan ditambah dari semasa ke semasa apabila ETS baharu
mula beroperasi. Perkhidmatan ETS Ekspres ke Padang Besar hanya akan berhenti di 15 buah
stesen atau hentian bermula dari KL Sentral.
Laluan tren dari KL Sentral ke Padang Besar berlepas pada pukul 9:30 pagi dan dijangka
tiba pada pukul 3:00 petang manakala, perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral pula bertolak
pada pukul 4:00 petang dan sampai 9:15 malam. Harga tiket untuk perjalanan sehala adalah
RM80.00, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KTMB hari ini.

8
Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh ke
Butterworth ke Padang Besar dan sebaliknya telah bermula semalam. Perkhidmatan transit ini
akan berhenti di kesemua 24 stesen dari Ipoh ke Padang Besar.
Tambah kenyataan itu, sebanyak sepuluh stesen atau hentian baharu turut
diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang
Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.
Penumpang boleh membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini. Untuk
maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my atau menghubungi
Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862, kata kenyataan tersebut.
(Dipetik daripada Utusan Online)

a. Perkataan tren dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


_____________________

[1 markah]

b. Nyatakan laluan yang diperkenalkan oleh KTMB melalui perkhidmatan tren elektrik (ETS)
yang bermula pada 11 Julai.

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Apakah nama sepuluh stesen atau hentian baharu yang diperkenalkan oleh KTMB melalui
perjalanan ETS dari Ipoh ke Padang Besar?

9
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

d. Berapakah harga tiket yang dikenakan bagi perjalanan sehala menggunakan perkhidmatan
ETS dari KL Sentral ke Padang Besar? Nyatakan dua cara untuk membeli dan menempah
tiket ETS tersebut?

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

[3 markah]

Soalan 25

Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kelip-kelip disangka api,


Kalau api mana puntungnya;
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?

Orang Rengat menanam betik,


Betik disiram air berlinang;
Hilang semangat penghulu itik,
Melihat ayam lumba berenang.

Air melurut ke tepian mandi,


Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resminya padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

10
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.

Letak bunga di dalam loyang,


Hiasan rumah seindah rasa;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampuni segala dosa.

a. Apakah jawapan bagi rangkap pertama pantun di atas dan apakah jenis pantun tersebut?

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

b. Apakah yang harus kita lakukan selepas menunaikan sembahyang?

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

[1 markah]

c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Semakin tinggi ilmunya semakin mantap akhlaknya.

Darjat yang tinggi dapat menghapuskan segala dosa.

[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di bawah ini.

11
Elok diturut resminya padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

[3 markah]

12

Anda mungkin juga menyukai