Anda di halaman 1dari 9

SISTEM BAHASA

Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

1. Hasil kraf tangan yang dibawa daripada kampung orang asli itu dipamerkan di Festival
Seni Antarabangsa.

_____________________________________

2. Kebanyakan peserta-peserta pertandingan sudah bersedia di tempat permulaan acara 100


meter.

_____________________________________

3. Encik Tan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kota Bestari Jaya sejak sepuluh tahun yang lalu.
_____________________________________

4. Rakyat jelata sangat sukacita apabila menonton istiadat pelantikan sultan di televisyen.

_____________________________________

5. Perkhidmatan bas Alma Ekspres yang telah beroperasi lebih daripada 20 tahun adalah
antara perkhidmatan yang terbaik di negara kita.

_____________________________________

6. Makanan yang terhidang itu tidak mampu adik habiskan kerana banyak sungguh.

_____________________________________

7. “Murid nakal itu selalu mengganggu kamu,” kata Sharifah dan rakan-rakannya kepada
guru disiplin.

_____________________________________

8. Dari masa ke semasa, pihak majikan yang prihatin akan sentiasa berusaha untuk
menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pekerjanya.

_____________________________________

9. Semua borang permohonan ke Universiti Malaya telah dihantar oleh saya melalui Intenet
petang semalam.

_____________________________________

10. Sikap saling membantu antara satu sama lain kita patut amalkan kerana dapat mengeratkan
hubungan silaturahim.

1
_____________________________________
[10 markah]

Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

1. Syarikat yang diisytiharkan bankrap itu mengalami defisit berdasarkan analisa yang
dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

_____________________________________

2. Anggota pasukan kadet polis sekolah itu menghentakkan kaki dengan kuat semasa
berkawat dalam pertandingan peringkat negeri.

_____________________________________

3. Ulasan tentang perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia oleh juru ulas itu sangat
menarik sekali.

_____________________________________

4. Pak Abu mencangkul tanah di tepi bendang itu untuk ditanam nenas.

_____________________________________

5. Encik Samat meminta kontraktor yang berpengalaman luas itu membina landskap di
halaman rumahnya mengikut plan yang ditetapkan.

_____________________________________

6. Kemudahan di stesen keretapi di negara kita sedang dinaik taraf untuk memberikan
keselesaan kepada pelancong domestik dan luar negara.

_____________________________________

7. Dengan menggunakan resepi yang diwarisi sejak turun-temurun, martabak yang dijual di
Restoran Tajmahal itu enak amat.

_____________________________________

8. Guru mata pelajaran Geografi menyuruh murid-muridnya menyediakan alat tulis yang
sesuai untuk memudahkan mereka melukis gambarajah proses pembentukan tasik ladam.

_____________________________________
9. Beberapa orang kontingen berbasikal yang terdiri daripada golongan belia dari negara
ASEAN akan merentasi kampung-kampung yang telah ditetapkan.

2
_____________________________________

10. Perdana Menteri telah mengadap Yang Dipertuan Agung bagi mendapatkan perkenan
baginda tentang cadangan pelantikan senator yang baharu.

_____________________________________
[10 markah]

Latihan 3
Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal. Tulis jawapan anda pada ruang
jawapan yang disediakan.

1. Pemindahan mangsa banjir telah dapat dilakukan dengan sempurna kerana persediaan awal
telah dibuat.
i. ________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________

2. Datuk Osman banyak pengalaman lagi besar pengaruhnya.


i. _______________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________

3. Semua murid perlu sedar bahawa mereka mesti sentiasa mengulang kaji pelajaran untuk
berjaya dalam peperiksaan.
i. ________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________

4. Mereka berteduh di dalam pondok usang itu apabila hujan turun.


i. ________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________

5. Puan Sharifah ialah guru mata pelajaran Sains dan Matematik di SMK Kota Mutiara.
i. ________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________

[10 markah]

3
Latihan 4
Tukarkan ayat tunggal di bawah kepada ayat majmuk dengan mengekalkan maksud asalnya.
Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.

1. a. Murid itu berjalan ke hadapan dewan.


b. Murid itu bertanyakan soalan kepada penceramah.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

2. a. Mereka berdiri di tepi padang.


b. Mereka memerhatikan kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

3. a. Abang memikirkan perkara itu semasak-masaknya.


b. Abang mengambil keputusan untuk berhijrah ke kota.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4. a. Kawasan rekreasi di hutan lipur itu sangat cantik.
b. Kawasan rekreasi di hutan lipur itu tidak diselenggarakan dengan baik.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

5. a. Saya diminta mendaftarkan diri di kaunter.


b. Saya disuruh duduk di ruang menunggu.
c. Saya dibawa masuk untuk sesi temu duga.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[10 markah]

4
Latihan 5
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut, tulis dua
peribahasa yang sesuai.

(i) __________________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________________

[4 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis dua peribahasa yang sesuai dengan
gambar tersebut.
5
(i) __________________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________________

[4 markah]

6
Bahagian C : Ringkasan
[15 markah] Masa dicadangkan : 15 minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan berpeluh kepada manusia. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Dalam suasana kehidupan di bandar, kebanyakan penduduknya tidak suka akan


pekerjaan yang terlalu banyak mengerah tenaga. Mereka lebih suka bekerja di pejabat tanpa
mengeluarkan peluh. Sikap ini perlu diubah kerana pakar perubatan telah membuktikan bahawa
berpeluh amat penting untuk penjagaan kesihatan kerana peluh mengalirkan kotoran keluar
daripada tubuh manusia dan tidak membiarkan bahan toksin bergelumang dalam darah.
Berdasarkan sistem biologi tubuh manusia, orang yang sering berpeluh akan mempunyai kulit
yang lebih bersih. Kulit yang berpeluh mampu membuang kotoran yang sama banyak dengan
kerja yang dilakukan oleh ginjal selama 24 jam. Peluh yang keluar dapat mengekalkan
keanjalan kulit secara semula jadi kerana kadar peluh yang keluar itu dikawal oleh sel saraf di
bahagian otak yang mendapat input daripada reseptor yang mengesan suhu pada permukaan
kulit.
Tujuan pengeluaran peluh ini adalah untuk menyejukkan tubuh badan kerana peluh dapat
mengimbangkan suhu tubuh supaya kekal stabil. Oleh sebab itu, terapi peluh dilakukan di
rumah mandi wap sebagai salah satu cara perubatan tertua di dunia seperti sauna di Finland,
hamam di Timur Tengah, sifutu di Afrika, dan sento di Jepun. Di samping itu, rembesan peluh
dapat mencegah penyakit ekzema dan jerawat yang berpunca daripada liang roma yang
tersumbat.
Kajian perubatan telah membuktikan bahawa berpeluh sebenarnya dapat mengurangkan
keletihan di samping untuk membuang asid laktik yang terkumpul dalam otot. Selain melalui
najis dan kencing, bahan urea atau sisa metabolisme juga dinyahkan dengan cara berpeluh.
Perlu diingat bahawa sisa urea boleh menyebabkan sakit kepala dan loya. Tidak dapat dinafikan
bahawa banyak sekali kebaikan berpeluh dalam kehidupan seharian.

(Dipetik dan diubah suai daripada


‘Bukan Sekadar Keringat’ oleh
Saharil Hasrin Sanin
Dewan Kosmik, November 2009)

7
Bahagian C : Ringkasan
[15 markah] Masa dicadangkan : 15 minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kesan pemanasan global. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Fenomena pemanasan global atau peningkatan suhu bumi telah lama mendapat
perhatian pakar meteorologi dan pakar sains di seluruh dunia. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa suhu bumi meningkat secara mendadak yang akan menyebabkan bongkah ais di
kawasan kutub semakin mencair. Akibatnya, kawasan pinggir di seluruh dunia akan tenggelam
dan menyebabkan kemusnahan harta benda. Oleh itu, pelbagai ikhtiar dilakukan untuk
kesejahteraan hidup penduduk dunia tidak terjejas.
Pemanasan global turut menyebabkan cuaca dunia berubah di luar jangkaan. Buktinya,
benua Eropah biasanya cuaca sejuk berubah coraknya menjadi panas. Fenomena ini juga
diramal akan mengubah arah tiupan angin monsun yang pasti menjejaskan ekosistem bumi. Di
samping itu, pemanasan melampau mengakibatkan tumbesaran tanaman dalam sektor pertanian
terganggu sehingga menjejaskan produktiviti.
Antara punca utama pemanasan global ialah pelepasan asap kenderaan dan kilang serta
pembakaran terbuka yang membebaskan gas karbon dioksida berlebihan ke atmosfera. Hal ini
menyebabkan peningkatan tahap keasidan laut hingga menjejaskan hidupan marin terutamanya
terumbu karang. Manusia juga terdedah kepada pelbagai jenis penyakit akibat fenomena ini
misalnya penyakit kulit dan penyakit katarak mata.
Perkara yang lebih membimbangkan masyarakat dunia adalah apabila suhu yang
melampau turut mengancam nyawa manusia sehingga berlaku kematian di beberapa buah
negara. Sehubungan dengan itu, penduduk dunia harus mengubah cara hidup agar alam kembali
sihat. Sumbangan paling mudah adalah dengan mengurangkan penggunaan elektrik dan
mengutamakan pengangkutan awam. Sekurang-kurangnya, sedikit sumbangan yang dilakukan
mampu melambatkan kemusnahan bumi.

(Dipetik dan diubah suai daripada


‘Pemanasan Global’
oleh Zurin M. Zain
Dewan Masyarakat, Julai 2007)

8
Bahagian A
[10 markah] [Masa dicadangkan : 15 minit]

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.

HARI KANTIN SEKOLAH

persiapan tempat

bergotong -royong -
perasmian
bersurai

pertandingan HARI
mengumpul dana
nyanyian KANTIN SEKOLAH

cabutan bertuah kemahiran berniaga

banyak gerai

Anda mungkin juga menyukai