Anda di halaman 1dari 5

1. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa.

Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Haji Zainal akan menjalankan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara
pada minggu hadapan.
______________________________________________________________

ii) Qusyairi merupakan salah seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
Elektrik dari Universiti Malaysia Pahang.
______________________________________________________________

iii) Mak Long memotong sayur daripada sebilah pisau yang tajam.
______________________________________________________________

2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan
pembakaran secara terbuka.
________________________________________________________________

ii) Penghulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan dan sumbangan
yang diberikan bagi membantu mangsa banjir tersebut.
________________________________________________________________

iii) “Beta ingin tidur sekarang kerana hari sudah larut malam, ”titah Sultan Abdullah
kepada pegawai istana.
________________________________________________________________

3. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Kapal terbang itu dibenarkan mendarat setelah juruterbangnya menerima isyarat
daripada menara kawalan.
________________________________________________________________
ii) Semasa semua murid sedang menjalani latihan amali, Mahmud terhapus dengan
tiba-tiba.
________________________________________________________________

iii) Lagu yang sering berkumandang di radio itu direka oleh seorang pencipta lagu
tanah air.
________________________________________________________________

4. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Produk berdasarkan tumbuh-tumbuhan herba yang dihasilkan oleh masyarakat desa
ialah barang yang terlaris sekali dalam pameran itu.
_____________________________________________________________________
ii) Perdana Menteri telah menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan
persetujuan baginda tentang cadangan pelantikan senator yang baharu.
_____________________________________________________________________
iii) Pasar Raya Hebat terletak berdekatan dengan Dr.Izzani Klinik Gigi iaitu di hujung
jalan sehala.
_____________________________________________________________________
iv) iv. Jika sekiranya penyakit itu tidak dirawat, remaja itu mungkin akan lumpuh
sepanjang hayatnya.
_____________________________________________________________________

5. Dalam petikan di bawah ini terdapat empat kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan
tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
petikan itu semula.

Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, istiadat pelantikan baginda


sebagai Sultan Perak bukan satu pesta untuk bersuka-suka. Baginda bertitah, istiadat
itu bertujuan untuk mengingatkan rakyat kembali tentang sejarah negara bangsa
yang memiliki tamadun bangsa, berlandaskan adab yang bertiangkan pada
adat.Baginda menegaskan yang istiadat itu bukan satu pesta untuk bersuka-suka dan
berpesta-pesta.Sesungguhnya, baginda amat sensitif tentang aspek perbelanjaan
pada zaman kemelesetan ekonomi ini.Semasa berucap dalam Mesyuarat Dewan
Negeri Perak di Istana Iskandariah, baginda memperingatkan ahli-ahli Jawatankuasa
Istiadat Pertabalan agar memastikan elemen bermewah-mewah dan bermegah-
megah dihindarkan.
i. _______________
ii. ______________
iii. ______________
iv. ______________

6. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Kamus dwi-bahasa itu sangat sesuai untuk kegunaan segenap lapisan masyarakat.
_____________________________________________________________________

ii) “Saya akan ke pamiran multimedia di makmal komputer,” kata Afiq kepada Danesh.
_____________________________________________________________________

iii) Program Kem Kecemerlangan Insan ini turut disertai oleh 40 orang anggota badan
beruniform dan tiga orang guru penasihat.
_____________________________________________________________________

iv) Penggunaan aplikasi jaringan sosial menyebabkan pelbagai kegiatan jenayah siber
dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
_____________________________________________________________________

v) Langkah menggantikan helikopter Nuri yang sudah usang itu akan dapat
meningkatkan tahap keselamatan sekali gus dapat memantapkan keupayaan lojistik
Negara.
_____________________________________________________________________
7. Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut.Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Graduan perlu menyiapkan diri agar lebih berdayasaing untuk menghadapi kerja dan
sifat negatif sesetengahoganisasi. Harga nilai kesabaran yang mendalam ketika
mengharungi alam pekerjaan perludi mantapkan. Minda yang positif perlu dipupuk agar
lebih bersedia menghadapi cabaran dalam dunia kerjaya yang mencabar.

i. ____________
ii. ____________
iii. ____________

8. Dalam petikan dialog di bawah,terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut

dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin

petikan dialog itu semula.

Juruacara A: Selamat pagi dan salam sejahtera. Selamat datang ke pertandingan


mewarna dwi-tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan
Awam Negeri Johor.

Juruacara B : Untuk maklumat para hadirin, peserta pada hari ini terdiri daripada
murid-murid tadika dan prasekolah. Aturcara pada hari ini dimulakan
dengan taklimat kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

Juruacara A : Sementara menunggu para peserta mendengar taklimat di oditorium,


wakil peserta sama ada ibu bapa atau penjaga diminta untuk
melengkapkan borang penyertaan anak masingmasing.

i. _____________
ii. _____________
iii. _____________

Anda mungkin juga menyukai