Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

hingga apabila semenjak walaupun


dalam sewaktu tentang sementara

Dhia Idrina, Mei Mei dan Rita Mary berlari-lari anak menuju ke perhentian bas. __________
menunggu bas tiba, mereka membaca buku cerita. __________ mereka sedang asyik membaca
buku cerita, muncul Sumit Kaur seraya menegur mereka.
Kamu bertiga sangat menghargai masa. __________ menunggu bas pun masih sempat
menimba ilmu. __________ sekejap, pencarian ilmu mesti diteruskan, ujarnya.

[4 markah]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Jawapan: Bersawah padi adalah pekerjaan utama kaum Banjar di Kampung Sungai Manik.

[2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Baiklah Tuah, hamba akan


pastikan laluan di Perairan
Selat Melaka ini selamat
daripada ancaman lanun.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kuih baulu merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk
membuat kuih baulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses
pembakaran. Kuih baulu telah menjadi menu utama dalam hidangan masyarakat Melayu pada
hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan.
Kemampuan menyediakan kuih baulu yang baik dari segi rupa dan cita rasa menjadi
kebanggaan seseorang individu atau pengusaha makanan kerana produk tersebut akan menjadi
tumpuan atau pilihan kepada penggemar kuih baulu.
Sekarang ini, pembuatan kuih baulu lebih mudah dan hanya memerlukan bahan-bahan
yang mudah dan senang didapati di kedai-kedai runcit seperti tepung gandum, telur ayam dan
gula pasir. Namun, perbezaan bagi setiap kuih baulu yang dihasilkan adalah pada sukatan dan
teknik pembakaran bahan-bahan asas dan pembuatan kuih baulu tersebut.
Dengan keadaan dunia yang semakin moden, teknik pemuatan kuih baulu juga sudah
berbeza berbanding zaman dahulu. Jika dahulu, orang perlu berpenat lelah bagi menggaulkan
bahan-bahan asas seperti tepung gandum, telur dan gula. Selain itu, mereka juga turut membakar
adunan di atas bara api dan perlu diselubungi asap yang menyesakkan.
Namun kini tidak lagi, segala-galanya sudah berubah. Melalui penggunaan alat-alat yang
berteknologi moden seperti oven dan mixer, pembuatan kuih baulu lebih cepat dan ringkas. Para
pengusaha makanan tradisional seperti kuih baulu ini tidak lagi memerlukan masa yang lama
untuk menghasilkannya, malahan turut dapat menghasilkan produk dengan jumlah yang lebih
banyak bagi memenuhi permintaan para pelanggan.

a. Pada masa sekarang, kuih baulu dibakar menggunakan ___________________________.

[1 markah]

b. Apakah tiga bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih baulu?

__________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


sebagai contoh.

Kuih baulu ialah kuih tradisional orang Melayu dari


zaman dahulu hingga sekarang ini.

Kuih baulu masih menjadi hidangan penting dalam


BETUL
majlis perkahwinan dan sambutan Hari Raya.

Kuih baulu tidak dapat dihasilkan pada masa dahulu


SALAH
kerana masalah asap yang menyesakkan nafas.

Kuih baulu yang disediakan dengan baik dari segi


rupa dan cita rasa menjadi kebanggaan seseorang.

[2 markah]
Soalan 24

Baca berita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutya.

Pekan Gemencheh terletak di antara Tampin dan Gemas, Negeri Sembilan.


Kampung Gemencheh terletak berhampiran dengan Sungai Gemencheh, dalam
Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Bagi penduduk asal, Pekan Gemencheh dipanggil
Simpang kerana terdapatnya tiga simpang menghubungkan Tampin, Gemas dan
Gemencheh Lama. Gemencheh ini asalnya adalah di bawah Jelebu.. Negeri Sembilan
memang terkenal dengan kepelbagaian etnik dan budayanya termasuklah Orang
Minang atau Minangkabau.

Pada suatu masa dahulu, orang Minangkabau bertengkar dengan penduduk


asal untuk mendapatkan hak mereka iaitu dari segi pendidikan, kawasan, harta dan
sebagainya. Melihatkan keadaan tersebut, isteri Tok Batin, iaitu ketua bagi penduduk
setempat, berjaya meleraikan pergaduhan tersebut dan mendamaikan kedua-dua
belah pihak yang terlibat. Nama isteri Tok Batin itu ialah Gemencheh. Maka tempat
itu dinamakan Gemencheh iaitu sempena nama beliau yang berjaya mendamaikan
Gemencheh orang Minangkabau dan penduduk asal. Penduduk Negeri Sembilan
memanggil Gemencheh dengan nama Gemencheh, mengikut dialek mereka dan
suka memendek-mendekkan nama.. Oleh sebab itu, Gemencheh lebih dikenali
dengan nama Moncheh yang diambil daripada perkataan Gomoncheh.

a. Bagi penduduk asal, Pekan Gemencheh dipanggil ________________________


[1 markah ]

b. Bagaimanakah Gemencheh mendapat nama?


________________________________________________________________

________________________________________________________________
[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Penduduk Negeri Sembilan memanggil


Gemencheh dengan nama Gomoncheh.

Tok Batin, iaitu ketua bagi penduduk


Tampin. Betul

Isteri Tok Batin, iaitu ketua bagi penduduk


Salah
setempat, Berjaya meleraikan pergaduhan.

Kampung Gemencheh terletak


berhampiran dengan Sungai Gemencheh.
[2 markah]
Soalan 25

Baca berita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Payah kami menanam padi,


Nenas juga ditanam orang;
Payah kami menabur budi,
Emas juga dipandang orang.

Tinggi bukit gilang-gemilang,


Air laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tidakkan hilang,
Bekal menjadi kenang-kenangan.

Jentayu burung jentayu,


Hinggap di balik pokok mayang;
Bunga kembang akan layu,
Budi baik tidakkan hilang.

Biarlah orang bertanam buluh,


Mari kita bertanam padi;
Biarlah orang mencari musuh,
Marilah kita menyemai budi.

Jikalau kita bertanam padi,


Senanglah makan adik-beradik;
Jikalau kita menyemai budi,
Orang yang jahat menjadi baik.

a. Apakah maksud yang hendak disampaikan bagi rangkap ketiga pantun di atas?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

b. Apakah harta yang paling berharga yang dinyatakan dalam pantun di atas?
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[1 markah]

c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Nilai budi sangat tinggi dalam kehidupan bermasyarakat.

Orang jahat diibaratkan seperti bunga yang sudah layu.

[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di bawah ini.

Biarlah orang mencari musuh,


Marilah kita menyemai budi.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai