Anda di halaman 1dari 8

Peperiksaan Akhir Penggal Kedua 2018

Bahasa Malaysia – Pemahaman Tahun Satu

Nama: ___________________ Kelas : 1 ( ) Markah : / 50

BAHAGIAN A [ 20 markah ]
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 ____________ diperbuat daripada besi.

A Kipas angin B Pintu pagar C Kerusi plastik D Meja tulis

2 Ibu Mei Ling bertugas sebagai seorang ____________.

A polis B kerani C jururawat D guru

3 Sherkinah menunggang ____________ dengan berhati-hati.

A teksi B kereta C motosikal D basikal

4 Sin Ling sekeluarga berkelah di tepi ____________ .

A sungai B air terjun C hutan D rumah

5 Murid-murid harus ____________ tegak semasa menyanyikan


lagu Negaraku.
A beratur B berdiri C bersenam D bermain

6 Abang ____________ baja dengan berhati-hati.

A membeli B menanam C membubuh D menyimpan

7 Layang-layang yang cantik itu milik ____________?

A bagaimana B bila C apa D siapa

8 Fahmi ____________ dari tangga kerana tersilap langkah.

A terlompat B terlanggar C terkena D terjatuh

9 Farisha ____________ Nurien ialah kawan baik.

A dan B tetapi C atau D lalu

10 Kamu hendak ke kantin ____________ ke dewan?


A tetapi B lalu C atau D dan

11 Ibu hendak membeli ____________?


A siapa B apa C mengapa D berapa

12 Kakak membeli ____________ di pasar raya.

A alat tulis B buah tangan C cincin emas D alat mainan

13 Bendera Malaysia berkibar ____________ angkasa.


A di B pada C ke D dari

14 Jaslan suka melukis ____________ haiwan.


A buku-buku B bunyi-bunyi C kata-kata D gambar-gambar

15 ____________, mudahnya membuat pasu bunga ini!


A Amboi B Hai C Wah D Cis

16 Bunga ____________ merupakan bunga kebangsaan Malaysia.


A ros B raya C orkid D matahari

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada minggu lepas, Jonathan pulang ke kampung. Dia begitu seronok kerana
dia dapat melawat ke kebun sayur datuknya. Kebun itu terletak di belakang rumah
datuknya. Jonathan berasa seronok melihat sayur-sayuran di kebun datuknya yang
tumbuh dengan subur. Ada pelbagai jenis sayur yang ditanam. Jonathan juga telah
membantu datuknya memetik sayur terung dan bendi.

17 Ke manakah Jonathan pergi pada minggu lepas?


A Pergi ke kedai. C Pulang ke asrama.
B Pergi ke sekolah. D Pulang ke kampung.
18 Jonathan melawat ke kebun sayur siapa?
A Datuk. B Nenek. C Ayah. D Ibu.
19 Kebun sayur datuk terletak di mana?
A Di belakang kedai C Di belakang rumah datuk
B Di belakang sekolah D Di belakang rumah Jonathan

20 Jonathan telah membantu datuknya memetik sayur _________________.


A bendi dan sawi C terung dan timun
B terung dan bendi D timun dan cendawan

BAHAGIAN B [ 30 markah ]
Soalan 21
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

budaya Sarawak nyanyian kapal terbang menarik

Pada minggu lalu , Rani sekeluarga pergi ke 1.________________. Mereka

mahu melawat ke tempat-tempat yang 2.________________. Mereka pergi ke

sana dengan menaiki 3.________________. Mereka melawat ke Kampung Budaya

Sarawak. Rani berasa sangat gembira. Dia dapat belajar tentang

4.________________ masyarakat Sarawak.

[ 4 markah ]

Soalan 22
(a) Tulis jawapan yang paling sesuai berdasarkan ayat tanya yang diberi.
Khabar baik. Terima kasih.
Apa khabar, Amin?

_____________________________________________________________
[ 2 markah ]
(b) Tulis respons yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.

Terima kasih, ayah. Baiklah, ayah.

Mari kita pergi ke pasar.

Ayah Anak
_____________________________________________________________
[ 2 markah ]
(c) Tulis frasa yang sesuai berdasarkan gambar.

melawat Melaka menziarahi saudara

_____________________________________________

[ 2 markah ]

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian bulatkan jawapan yang betul.
Pinggan ini mesra alam.
Pinggan ini mudah mereput apabila dibuang.
Kemudian, menjadi baja untuk pokok-pokok lain.
Pokok akan subur apabila mendapat baja.

a. Pinggan ini ( mesra selalu , mesra alam ). [1

markah ]

b. Mengapakah pinggan ini mesra alam?

Pinggan ini mesra alam kerana mudah ( mereput , membakar ). [ 2

markah]

c. Apakah yang akan terjadi jika pinggan ini mereput?

Selepas pinggan ini mereput, ia akan menjadi ( bunga , baja ). [ 2

markah ]

d. Apakah kebaikan baja kepada pokok bunga?

Pokok bunga akan tumbuh dengan ( sihat , subur ) [2

markah ]
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Lampu pintar

Wei Han sedang melayari Internet. Dia membaca maklumat tentang

lampu pintar. Lampu pintar sangat istimewa. Lampu itu bernyala dan

terpadam secara automatik. Wei Han berasa sangat kagum.

a. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

Wei Han membaca maklumat tentang Internet. Betul

Lampu pintar boleh terpadam secara automatik. Salah

[ 2 markah ]
Soalan b : Gariskan jawapan yang betul.
b. Lampu pintar sangat ( baik , istimewa ). [ 1 markah ]

c. Apakah fungsi lampu pintar?

Lampu pintar itu _______________________________________________

___________________________________________________________

[ 2 markah ]

d. Bagaimanakah perasaan Wei Han terhadap lampu ini?

Wei Han berasa ______________________________________________


__________________________________________________________.

[ 2 markah ]

Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari ini Hari Raya Aidilfitri. Wei Han dan Arun datang ke rumah
Zali. Mereka datang bersama-sama dengan keluarga.
Encik Kamal dan Puan Aini menyambut tetamu yang datang. Pelbagai
kuih dan lauk disediakan.
"Jemputlah makan. Kuih dan hidangan ini ibu saya yang masak," Zali
memberitahu Wei Han dan Arun.
"Wah, sedapnya rendang ini!" kata Wei Han.
Arun makan lemang dan ketupat. Zali sekeluarga sibuk melayan
tetamu. Mereka berbual dan makan bersama.

a. Mengapakah Wei Han dan Arun sekeluarga datang ke rumah Zali?

Wei Han dan Arun sekeluarga datang ke rumah Zali untuk menyambut

____________________________________________________________

[ 2 markah ]

b. Siapakah yang menyambut tetamu yang datang?

____________________________________________________________

yang menyambut tetamu yang datang.

[ 2 markah ]

Soalan c dan d : Gariskan jawapan yang betul.

c. ( Arun , Zali ) yang makan lemang dan ketupat. [1

markah ]
d. Mereka ( bermain, berbual ) sambil makan bersama. [ 1

markah ]

Anda mungkin juga menyukai