Anda di halaman 1dari 8

SJK(C) TAI TONG, SANDAKAN

Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu Tahun 2 Sesi 2021

Nama:_____________________________ ( )

Kelas :_____________________________
1

BAHAGIAN A ( 20 markah )
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Abang ___________ awal setiap pagi.


A. tidur B. mandi C. makan D. bangun

2. Guan Hong dan adiknya bermain ________ dengan gembira.


A. layang-layang B. gelongsor C. buaian D. gitar

3. Kamu mahu makan buah epal _________ buah oren?

A. kerana B. dan C. tetapi D. atau


4. Zali dan adiknya ________ di tepi sungai dengan gembira.
A. memancing B. berkelah C. berenang D. memasak

5. “Bolehkah saya tolong ________?” tanya Mei Ling kepada Tina.

A. mereka B. saya C. awak D. beliau

6. Mereka makan hidangan yang _______ di restoran makanan laut.

A. enak B. harum C. seronok D. cantik

7. Abu dan Ryan membeli se ________ album gambar untuk mak cik mereka.

A. utas B. helai C. buah D. tandan


8. Amira dan Sandra _____ akan peraturan perpustakaan . Mereka tidak
berbuat bising.

A. suka B. takut C. patuh D. ingkar

9. Encik Wong membaca _______________.

A. buku komik C. kamus


B. surat khabar D. buku aktiviti

10. Encik Raman _________ sebagai seorang polis.

A. bermain B. bekerja C. bercuti D. berenang

11. ________ melukis gambar pada kertas lukisan.

A. sandra B. Sandra C. sanDRa D. SanDra

12. Meja dan kerusi di dalam kelas disusun dengan ______.

A. kemas B. sihat C. rajin D. licin

13. Wei Han ________ sampah ke dalam tong sampah.

A. memasak C. mencuci
B. menyapu D. membuang

14. Julia ada sebuah radio. _____ suka mendengar lagu.


A. Mereka B. Dia C. Saya D. Beta

15. Peter dan Ravi pergi ke bilik guru. ______ ingin berjumpa dengan Cikgu Lee.

A. Mereka B. Kita C. Awak D. Engkau


16. Guan Ming dan pak ciknya makan buah durian di ________.
A. kelas B. dusun C. dewan D. kantin

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Naik Feri

Guan Hong dan keluarganya bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Mereka


mengemas barang-barang.
Mereka bertolak menuju ke jeti Pulau Pinang. Jalan raya pada masa itu
sesak dengan kenderaan. Kenderaan bergerak lambat seperti kura-kura.
Suasana di jeti Pulau Pinang riuh seperti pasar.

17. Guan Hong dan keluarganya bertolak menuju ke mana?

A. Jeti Sabah. B. Jeti Pulau Pinang. C. Jeti Kedah. D. Jeti


Sarawak.

18. Keadaan jalan raya sangat ______________.

A. sesak B. lengang C. kasar D. licin

19. Maksud ‘riuh seperti pasar’ ialah ______________.

A. sesak B. senyap C. bising D. sunyi

20. Mengapakah orang ramai berada di jeti Pulau Pinang?

A. Mereka ingin naik lori.

B. Mereka ingin naik bas.

C. Mereka ingin naik feri.

D. Mereka ingin naik kereta api.

BAHAGIAN B ( 30 markah )
Soalan 21 : Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. ( 4 markah )

dan atau sambil untuk


Kebun Datuk Anand

Datuk Anand suka berkebun. Anand membawa Amira ______ Zhi Ying ke

kebun datuknya. Mereka berbual-bual ________ melihat datuk menyiram

sayur.

Anand : Datuk saya menanam sawi dan lobak.

Datuk Anand : Amira, kamu suka makan sawi _________ lobak?

Amira : Saya suka makan lobak.

Zhi Ying : Lobak ini boleh dimakan mentah atau dimasak sup.

Datuk Anand memberi Zhi Ying dan Amira beberapa biji lobak ________

dibawa pulang. Mereka berterima kasih kepada datuk Anand.

Soalan 22 : ( 6 markah )

a) Tulis ayat tanya yang sesuai berdasarkan jawapan yang diberi. (2 markah )

Apakah pekerjaan ibu kamu?


Bilakah ibu kamu pulang dari pejabat?

___________________________________________________________
Jawapan : Ibu saya bekerja sebagai seorang guru.

b) Tulis dialog yang sesuai berdasarkan watak di bawah. ( 2 markah )


Saya tinggal bersama-sama dengan ibu.
Saya tinggal di Taman Permata.

Di manakah kamu tinggal?


_________________________________________________________

_________________________________________________________
c) Tulis simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di bawah. (2 markah )

Ringan tulang
Berat tulang

_________________________________________________________
Soalan 23 : Baca dan tulis jawapan yang betul. ( 6 markah )

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA


Tema : Kerjasama dan Tolong-menolong
Tarikh : 14 April 2018
Tempat : Dewan Seri Mutiara SJKC Triang
Terbuka untuk 20 orang peserta sahaja.

a. Apakah tema pertandingan itu?


Tema pertandingan itu ialah
______________________________________.
( 2 markah )
b. Bilakah pertandingan itu akan diadakan?
Pertandingan itu akan dijalankan pada
______________________________.
( 2 markah )
c. Di manakah pertandingan itu akan diadakan?
Pertandingan itu akan diadakan di
_________________________________.
( 2 markah )

Soalan 24 : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya.
( 8 markah )

Keluarga Bahagia
Kok Wen mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Bapa Kok Wen
bernama Chong Man dan ibunya pula bernama Mei Ling. Kok Wen mempunyai dua
orang adik, iaitu Kok Ting dan Kok Meng.
Bapa Kok Wen bekerja sebagai seorang guru manakala ibunya pula seorang
jururawat. Setiap hujung minggu, Kok Wen dan adik-adiknya rajin membantu ibu
bapa mereka. Mereka sangat rajin mengemas rumah. Keadaan rumah mereka
bersih dan cantik.
Kok Wen tidak suka bergaduh dengan adik-adiknya. Ibu bapa Kok Wen
berasa sangat gembira mempunyai anak-anak yang baik. Pada hari cuti, bapa Kok
Wen akan membawa mereka sekeluarga bercuti. Mereka sekeluarga hidup
gembira.

Tandakan () pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang
salah.
(2

markah )

a. i) Kok Wen mempunyai dua orang adik. ……………………………………………………. (


)
ii) Kok Wen dan adiknya membantu ibu bapa mereka pada hari Jumaat. ..(

b. Apakah pekerjaan ibu Kok Wen?


Ibu Kok Wen bekerja sebagai seorang
____________________________ .
(2
markah )
c. Apakah pekerjaan bapa Kok Wen?
Bapa Kok Wen bekerja sebagai seorang
___________________________ .
(2
markah )
d. Bagaimanakah keadaan rumah mereka?
Keadaan rumah mereka
_______________________________________ .
(2
markah )

Soalan 25 : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya.
( 6 markah )

Menabung Amalan Mulia

Encik Tan menghadiahi Ai Lin sebuah tabung. Encik Tan ingin mengajar Ai
Lin supaya berjimat cermat.
Setiap hari, Ai Lin diberi wang saku sebanyak RM2.00. Dia menggunakan
sebahagian daripada wang saku itu untuk membeli makanan, selebihnya disimpan
di dalam tabung.
Encik Tan membawa Ai Lin ke Bank Simpanan Nasional. Ai Lin akan terus
menyimpan kerana dia ingin menggunakan wang simpanannya untuk melanjutkan
pelajarannya nanti.

a. i) Perkataan wang saku boleh diganti dengan perkataan


__________________.
( wang belanja , wang kecil ) (1
markah )

ii) Perkataan mengajar boleh diganti dengan perkataan


__________________.
( mengajak , mendidik ) (1

markah )

b. Berapakah wang saku yang diterima oleh Ai Lin setiap hari?

Setiap hari, wang saku yang diterima oleh Ai Lin adalah sebanyak
___________
____________________________. (2

markah )

c. Di manakah Ai Lin menyimpan wang tabungnya ?


Ai Lin menyimpan wang tabungnya di
________________________________.
(2

markah )

Disediakan oleh :LCM( )


Disemak oleh: JSL ( )WPE(

Anda mungkin juga menyukai