Anda di halaman 1dari 6

SJK (C) PEI HWA JB

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2


PENILAIAN 1
Nama :__________________( ) Markah: _________%

Kelas : 2 ( ) Tarikh : ___/3/2018

T/tangan Ibu Bapa : __________

Bahagian A : (20%)

Soalan 1 hingga 16 : Bulatkan jawapan yang paling tepat.

1. Mei Mei dan Suki rajin membaca ___________.


A. buku B. surat C. gambar

Gambar soalan 1
2. Puan Lee memimpin ___________ anaknya.
A. seluar B. tangan C. bagasi

Gambar soalan 2
3. Adik Mei Ling bernama ______________.
A. Puan Nora B. Guan Hong C. Encik Selva
Gambar soalan 3

4. Mizi dan keluarganya makan tengah hari


di __________________.
A. Hospital Tampoi
B. Zoo Negara Gambar soalan 4
C. Restoran Selesa

5. Kim Ho dan datuknya ______________ di taman.


A. bersenam B. berkebun C. berehat

Gambar soalan 5
6. Ben Li ____________ cermin tingkap.
A. menjaga B. menanam C. mengelap

Gambar soalan 6

Han Chien Hui/ Bahasa Melayu K1/Tahun 2/Mac/Muka surat 1


7. Cikgu Tan mengajar di sekolah rendah. _________ seorang guru yang
bertanggungjawab.
A. Kami B. Beliau C. Saya

8. Beego dan Mizi berkawan baik. ____________ belajar


di Kelas 2 Mawar.
A. Mereka B. Dia C. Kamu
Gambar soalan 8

9. Sandra meletakkan se___________ pensel di


atas meja.
A. biji B. helai C. batang
Gambar soalan 9

10. Kim Soon mempunyai se_________ album setem.


A. helai B. buah C. ekor

Gambar soalan 10

11. Wei Han sayang akan datuk ________ neneknya.


A. tetapi B. sambil C. dan

12. Kamu hendak makan nasi lemak _________ mi goreng ?


A. atau B. lalu C. kerana

13. Guan Hong berasa ______________ kerana dapat melawat ke zoo.


A. ulat buku B. suka hati C. ringan tulang

14.
Maria membuat kerja dengan pantas.
Berdasarkan ayat di atas, pilih simpulan bahasa yang sesuai.
A. lipas kudung B. ambil berat C. jejak langkah

15. Kaki Mizi sakit. Dia berjalan ________________.


A. laju seperti kilat
B. manis seperti madu
C. lambat seperti kura-kura

Han Chien Hui/ Bahasa Melayu K1/Tahun 2/Mac/Muka surat 2


16. Keluarga Guan Hong melawat ke Muzium
Samudera. Saiz muzium itu _______________.
A. ringan seperti kapas
B. besar seperti gajah
C. riuh seperti pasar Gambar soalan 16

Soalan 17 hingga soalan 20

Baca petikan di bawah dengan teliti.Kemudian, pilih jawapan yang paling


tepat berdasarkan petikan tersebut.

Keluarga Mizi berpindah ke rumah baharu. Keluarga Mizi mengadakan


majlis rumah terbuka untuk saudara-mara dan kawan-kawan. Pak cik dan
mak cik Mizi dijemput datang ke rumah baharu. Pelbagai hidangan yang
enak telah disediakan oleh nenek Mizi. Mereka makan sambil berbual-bual.
Suasana di rumah sangat meriah.

17. Mizi sekeluarga berpindah ke _________________.


A. sekolah lama B. taman bunga C. rumah baharu

18. Mengapakah pak cik dan mak cik Mizi datang ke rumah baharunya ?
A. untuk menghadiri majlis perkahwinan
B. untuk menghadiri majlis rumah terbuka
C. untuk menghadiri majlis hari lahir

19. Siapakah yang menyediakan pelbagai makanan yang enak ?


A. nenek Mizi B. ayah Mizi C. kakak Mizi

20. Bagaimanakah suasana di rumah baharu ?


A. senyap B. lemah C. meriah

Han Chien Hui/ Bahasa Melayu K1/Tahun 2/Mac/Muka surat 3


Bahagian B : (30%)

Soalan 21

Kenal pasti ayat-ayat di bawah. Tandakan ( √ ) pada jawapan yang tepat.


(5%)
ayat tunggal ayat majmuk
1. Nama saya Kim Ho.
2. Ali dan Beego pergi ke pasar malam.
3. Sin Ling murid Tahun 2 Cemerlang.
4. Ibu Biki mendengar muzik sambil
memasak.
5. Kakak Anand pandai membuat kuih.

Soalan 22

(a) Bulatkan respons yang betul bagi dialog di bawah. (4%)

Selamat hari jadi, Mei Hari ini kita akan


Mei. Ini hadiah untuk bercuti di Melaka.
kamu.

A. Baiklah,Sin Ling. A. Wah, seronoknya!


B. Terima kasih,Sin Ling. B. Sama-sama,ayah.
C. Boleh,Sin Ling. C. Usahlah pergi,ayah.

(b) Padankan ayat dengan nilai murni yang tepat. (2%)

1. Helmi mendengar nasihat ibu . . kerjasama


bapanya.
2. Guan Hong dan Amira menyiapkan . . menghormati ibu bapa
poster bersama-sama.

Han Chien Hui/ Bahasa Melayu K1/Tahun 2/Mac/Muka surat 4


Soalan 23

Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai. (4%)

mengait membuka bermain menaiki

1. Nora pulang ke rumah dengan ______________ kereta Puan Siti.

2. Hobi Anand ialah ______________ badminton.

3. Guan Hong ________________ buah rambutan dengan sebatang galah.

4. Zhi Ying ingin _________________ sebuah kedai roti.

Soalan 24

Padankan gambar dengan penjodoh bilangan yang paling tepat. (5%)

. . helai

. . kuntum

. . utas

. . keping

. . buah

Han Chien Hui/ Bahasa Melayu K1/Tahun 2/Mac/Muka surat 5


Soalan 25

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan berdasarkan


petikan tersebut.(10%)

Pada cuti sekolah yang lalu, keluarga Mei Ling bercuti di Pulau Pinang. Pada
hari pertama, mereka melawat ke Tokong Ular. Mei Ling kagum melihat
loceng besar yang terdapat di dalam tokong itu. Abang Mei Ling mengambil
gambar pelbagai jenis ular. Mei Ling sekeluarga bergambar di tokong itu
sebagai kenangan.

Pada keesokan harinya, mereka menaiki kereta api ke Bukit Bendera.


Mei Ling berpeluang untuk menikmati pemandangan yang indah dari puncak
bukit. Selepas makan malam di restoran makanan laut, mereka pun pulang ke
rumah dengan gembira.

1. Mei Ling dan keluarganya bercuti di __________________________. (2%)

2. Siapakah yang mengambil gambar pelbagai jenis ular ?

______________________ yang mengambil gambar pelbagai jenis ular. (2%)

3. Bagaimanakah Mei Ling sekeluarga ke Bukit Bendera ?

Mei Ling sekeluarga ke Bukit Bendera dengan ____________________

______________________________________________________ (2%)

4. Di manakah Mei Ling dan keluarga makan malam ?

______________________________________________________

______________________________________________________ (2%)

5. Berapa harikah keluarga Mei Ling bercuti di Pulau Pinang ?

A. 1 hari B. 2 hari C. 3 hari (2%)

Disediakan oleh: Cik Han Chien Hui

Disemak oleh: Pn. Gan Yek See

Han Chien Hui/ Bahasa Melayu K1/Tahun 2/Mac/Muka surat 6

Anda mungkin juga menyukai