Anda di halaman 1dari 9

BAHASA MELAYU

(KERTAS 1 – PEMAHAMAN) TAHUN 3


PENTAKSIRAN SETARA STANDARD

ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN

A) Bulatkan kata nama am hidup bukan manusia di dalam ayat-ayat yang


diberikan. ( 5x2%= 10%)
burung
Contoh : Mak Cik Salmah membela di dalam sangkar.

1. Pak Samad menggunakan cangkul untuk mencari cacing.

2. Puan Suraya menerima sejambak bunga daripada suaminya.

3. Angin yang bertiup kencang semalam telah menyebabkan banyak


pokok tumbang.

4. Pak Imran mengait buah langsat di dusunnya dengan sebatang galah .

5. Datuk Gunalan memelihara 3 ekor kucing di rumahnya.

B) Bulatkan kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat


dibawah . (6x1%= 6%)

1. Kucing Encik Kumar yang bernama Si Putih sangat manja.

2. Pakcik dan keluarganya akan berpindah ke Kuala Lumpur pada bulan


Ogos.

3. Saya meminjam buku cerita “Puteri Salji” di Perpustakaan Negara.

Bahasa Melayu/Tahun 3/Muka surat 1


C) Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut.
( 5x3%= 15%)

Jemputan
SAMBUTAN HARI KELUARGA
TAMAN DESA AMPANG
Dengan segala hormat dan sukacitanya, Persatuan Penduduk Taman Desa Ampang
menjemput SEMUA PENDUDUK TAMAN DESA AMPANG untuk bersama-sama
meraikan dan memeriahkan sambutan Hari Keluarga pada :

Tarikh : 17 Mac 2017


Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Taman Desa Ampang

Aktiviti
= untuk Dewasa : Sukaneka, Pertandingan Memasak
Aktiviti untuk Kanak-kanak : Pertandingan mewarna dan pertandingan karaoke
Pelbagai hadiah menarik dan cabutan bertuah untuk dimenangi.
Datanglah beramai-ramai.

1. Siapakah yang menganjurkan sambutan Hari Keluarga itu ?

2. Bilakah Hari Keluarga tersebut diadakan ?

3. Di manakah Hari Keluarga itu diadakan ?

.
4. Hari Keluarga itu akan berakhir pada pukul berapa ?

5. Apakah aktiviti yang diadakan untuk kaum ibu ?

D) Bulatkan perkataan yang mengandungi imbuhan yang


sesuai. ( 4x2%= 8%)

1. Bapa ( belajar , mengajar ) Nisya


berenang pada setiap petang.

2. ( Pakaian , memakai ) renang Nisya


bercorak bunga-bunga.

3. Nisya berhati-hati semasa


( berjalan , menjalankan ) di tepi
kolam.

4. Bapa memberikan ( makanan ,


minuman ) kepada Nisya.
E) Baca petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan di bawah.(13%)

Salmi dan kawan - kawannya bekerjasama membersihkan kelas. Sebagai


ketua kelas,Salmi bertanggungjawab mengagihkan tugas yang patut
dilakukan oleh mereka supaya kelas Tahun 3 Cemerlang bertambah ceria.
Mereka mengelap tingkap, menyapu sampah, menyusun meja dan
kerusi serta menampal poster pada papan kenyataan. Mereka melakukan
tugas – tugas yang telah diagihkan dengan ikhlas dan bersungguh –
sungguh.
Kini, kelas Tahun 3 Cemerlang telah bersih dan cantik. Oleh itu, Salmi
dan rakan – rakannya dapat belajar dengan lebih selesa.

1. Salmi dan rakan – rakannya bergotong – royong

. (2m)

2. Akhirnya mereka dapat belajar dalam suasana yang .(2m)

3. Apakah tugasan yang dilakukan oleh Salmi dan rakan – rakannya ?

. (3m)

4. Bagaimanakah mereka melakukan tugas – tugas yang diagihkan ?

. (3m)

5. Siapakah yang mengagihkan tugas – tugas untuk mereka semua ?

. (3m)
F) Padankan simpulan bahasa dengan ayat yang betul. ( 5x2%= 10%)

Puan Suhaila baru menimang


1. cahaya mata setelah sembilan
tahun berkahwin.

Kaki adik berdarah kerana


2. panjang tangan ber semasa bermain
badminton.

Ahmad tidak disukai kawannya


3. kaki ayam kerana dia tidak pandai bermain
bola sepak.

Afiqah digelar kerana


4. kaki bangku
selalu mendapat nombor satu
didalam kelas.

Lelaki itu telah diberkas polis


5. otak cair
kerana dia selalu mencuri.
_

G) Bulatkan dan isi tempat kosong dengan jawapan yang paling


sesuai. ( 4x2%= 8%)

1 “Adik, tolong ( kakak / abang ) ambilkan majalah


itu,” kata Siti kepada adiknya.

( Baginda / Beliau ) merupakan seorang putera


2 raja.

Puan Maziah seorang Guru Besar. ( Dia / Beliau )


3 bertugas di SK Haji Mat Dahan
Bakari dan keluarga ( -nya / dia ) melawat
4 saudara-mara di Ipoh.

H) Tuliskan jawapan pada ruang yang disediakan. ( 15X2% = 30%)

Contoh: Suriati sangat sukabadminton.


bermainC. mainan
berlariD. mempermainkan A

1. Ibu membeli sayur di .

A. Pasar Taman Skudai C. Kedai Buku Cerdik


B. Restoran Rosmerah D. Kedai Cenderahati Minah

2. “ Ayah, boleh bantu ayah mencuci kereta?”

Tanya Bahari kepada ayahnya.

A. kamu C. dia
B. saya D. kita

3. “Sila duduk , ,” kata kerani itu kepada Puan Laili.

A. encik C. tuan
B. puan D. cik

4. Pak Cik Ismail lubang di belakang rumahnya untuk


menanam tin-tin kosong yang telah dikumpulnya.

A. membaja C. menimbus
B. menggali D. mencabut
5. Bapa keretanya dengan perlahan kerana hujan lebat.

A. memandu C. menunggu
B. menunggang D.menumpang

6. Kamarul Internet untuk mencari maklumat tentang


Sains.

A. membaca C. mendengar
B. melayari D. menonton

GAMBAR 1

Soalan 7 berdasarkan gambar 1.

7. Ibu sedang bawang dan halia.

A. mengisar C. memasang
B. memotong D.membasuh

8. Mahani dimarahi oleh gurunya kerana tulisannya seperti _ _ _ _ _


d a n sukar untuk dibaca .

A. kaki bangku C. kaki ayam


B. cakar ayam D. cepat tangan
GAMBAR 2

Soalan 9 berdasarkan gambar 2.

9. “Selamat pagi. Saya hendak ke Larkin. Boleh hantarkan


saya ke sana?” Kata Puan Goh.

A. cik C. mak cik


B. encik D. puan

10. Apakah perkataan antonim bagi otak cair ?

A. otak udang C. mandi kerbau


B. kaki ayam D. cahaya mata

GAMBAR 3

Soalan 11 berdasarkan gambar 3.

11. Para penonton untuk memberi sokongan kepada


peserta.

A. berbual C. bernyanyi
B. bersorak D.bersenam

12. Pakaian Anis berwarna hijau dan bintik-bintik.

A. bercorak C. berbelang

B. berwarna D.berlubang
13. Murid-murid membantu guru melukis di dinding
bangunan sekolah .

A. mural C. tanaman

B. bacaan D. pakaian

14. Cikgu Zacky poster itu pada papan kenyataan.

A. mencetak C. menconteng

B. menampal D. mengoyak

15. Memerang mempunyai kuku yang kuat untuk ikan.

A. menangkap C. menampar

B. mengikut D. memotong

*** KERTAS SOALAN TAMAT ***

Peringatan: Murid – murid dilarang meniru atau berkongsi jawapan semasa peperiksaan .

Anda mungkin juga menyukai