Anda di halaman 1dari 9

Pentaksiran Pertengahan tahun Tahun 6

Soalan 1 hingga 9

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “________ akan menyertai program senam robik itu,” kata Farah dan Alia kepada
gurunya.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka

2 Suasana pada malam itu sangat indah apabila dihiasi oleh bintang yang ________
di langit.
A berkilau-kilauan
B berkelip-kelipan
C bersahut-sahutan
D berkicau-kicauan

3 Syarikat Seri Megah memerlukan pemuda yang berkelayakan untuk bekerja


________ mereka.
A Pada
B Demi
C Dengan
D Sehingga

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Puan Azida sedang menumbuk cili menggunakan lesung batu di ________ ruang
dapur rumahnya.
A Sudut
B Antara
C Hujung
D belakang
5 “Bau ikan yang dijual di pasar itu sungguh_____________________.
A Kelat
B Hanyir
C Tawar
D Masam

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Puan Joanne Lim terpaksa ________ air menggunakan dapur gas kerana cerek
elektriknya baru sahaja rosak.
A merebus
B menanak
C mengukus
D menjerang

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Se ________ lanun berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa di perairan Selat


Melaka hasil maklumat daripada para nelayan.
A Kawan
B Pasang
C Pasukan
D Gerombolan
8 Puan Suhana berasa pening ketika melalui jalan yang ________ sepanjang
perjalanan dari Tapah ke Cameron Highlands.
A licin-licau
B lekak-lekuk
C lintang-pukang
D bengkang-bengkok

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah

9 Puan Rohaizat sedang menyediakan juadah makan tengah hari yang masih
________ untuk dinikmati oleh keluarganya.
A Enak
B Lazat
C Sejuk

10. Puan Kamariah membeli lima ________ petai serta keperluan dapur di pasar
tani pagi tadi.
A Ruas
B Papan
C Batang
D Tangkai

1 ________ mesti menjaga kebersihan kelas agar dapat belajar dalam keadaan
selesa.
A Kita
B Kami
C Beliau
D Engkau
12. Zulhelmi merakamkan aktiviti berenang di dalam kolam renang bersamasama
dengan keluarga menggunakan ______________ digitalnya.
A. telefon
C. video
B. kamera
D. computer
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 “__________, besarnya rumah di atas bukit itu!” kata Badrul.


A Eh
B Cis
C Aduhai
D Wah

Perangai Rizal yang nakal dan malas belajar itu tetap tidak berubah walaupun
dinasihati oleh ibu dan guru-gurunya berkali-kali.

14 Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah


A Bagai kera dapat bunga
B Bagai tanduk bersendi gading
C Bagai mencurah air ke daun keladi
D Bagai mencurah garam ke laut

15 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Pemenang pertama pertandingan melukis itu akan mendapat RM500 berserta trofi
kemenangan.
A Siapakah yang akan memenangi oleh pemenang pertama?
B Berapakah jumlah wang yang akan diterima oleh pemenang pertama?
C Apakah pemenang pertama akan dapat apabila memenangi pertandingan
melukis itu?
D Bagaimanakah cara mendapatkan RM500 beserta trofi kemenangan ?
16 “Kita hendaklah berhemah semasa berbelanja,” ibu menasihati Rita.

A Rita dinasihati oleh ibunya supaya berhemah semasa berbelanja.


B Rita dan ibunya dinasihatkan supaya berhemah semasa berbelanja.
C Rita mula berjimat cermat semasa berbelanja setelah dinasihatkan oleh ibu.
D Rita menasihati ibunya agar berhemah semasa berbelanja.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak


melalui gigitan nyamuk Aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes
denggi di serata dunia setiap tahun.

Terdapat pelbagai langkah yang perlu diambil untuk mencegah


pembiakan nyamuk Aedes. Antaranya ialah membuat semburan kabus
skala besar di sekitar kawasan perumahan pada waktu pagi dan
petang.

Selain itu, kita hendaklah menutup bekas takungan air dengan


rapat agar nyamuk Aedes tidak dapat membiak. Kita juga perlu
pastikan tangki air dan bekas tadahan hujan ditutup dengan penutup.
Air yang berada di dalam alas pasu-pasu bunga dan bekas tadahan
air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kita juga perlu
memastikan saliran atap sentiasa mengalir dan membela ikan di
dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

Di samping itu kita juga hendaklah membubuh ubat Abate ke


dalam kolah untuk membunuh jejentik. Kesimpulannya, kita perlu
berusaha untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes demi kebaikan
bersama.

17 Kes demam denggi di serata dunia yang berlaku pada setiap tahun ialah
A Lebih 100 kes
B Lebih 100 ribu kes
C Lebih 100 juta kes
D Lebih 1001 kes
18 Berikut ialah cara-cara untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes kecuali
A membela ikan dalam kolam
B membubuh abate
C memastikan saliran atap mengalir
D membuka bekas tadahan air

19 Berapa kerapkah air yang berada di dalam alas pasu-pasu bunga dan bekas
tadahan air dibuang?
A setiap hari
B setiap minggu
C setiap bulan
D setiap tahun

20 Perkataan mencegah bermaksud seperti berikut kecuali


A Menghalang
B Mengelak
C Menolak
D Menggalakkan

BAHAGIAN A TAMAT
BAHAGIAN B
(30 markah)
Soalan 21

(a Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di
) bawah ini.

keping sebuah deret sebidang

sehelai Sepasang seorang selaras

Puan Zainab ialah seorang usahawan songket yang terkenal di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau mewarisi perusahaan kain songket daripada ibunya yang telah memulakan

perniagaan menenun songket sejak remaja lagi. Puan Zainab menggajikan seramai 100

orang pekerja di (1) ________________ kilang yang dibina diatas (2)_____________

tanah milik arwah ayah beliau. Selain daripada kilang songket, Puan Zainab juga
memiliki

beberapa (3) _____________ kedai yang dijadikan sebagai butik batik di seluruh
negara.

(4)______________ kain songket hasil tenunan butiknya mampu mencapai ratusan

ringgit.

[4 markah]
Soalan 22

(a Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai berpandukan gambar.


)
(i)
sebiji
sebuah
sesisir
(i)
sebentuk
seutas
seketul

[2 markah]

(b) Nyatakan peribahasa yang sesuai.

___________________________________________________________________

[2 markah]
Soalan 23

(a Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan untuk
) melengkapkan dialog di bawah ini:

Arif : ______________________________________________________________

______________________________________________________________

Adam : Saya suka makan buah-buahan tempatan kerana harganya yang murah dan
berkhasiat.

[2 markah]

(b Teliti maklumat di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan


) menggunakan ayat yang lengkap.
PESTA BUKU CUTI
SEKOLAH 2021
BERSEMPENA DENGAN CUTI SEKOLAH
PENGGAL PERTAMA

19 Mac hingga 26 Mac 2021


10 pagi hingga 10 malam
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Kuala Lumpur

 Belon dan penanda buku percuma kepada


semua yang hadir
 3 buah buku percuma kepada 20 pembeli
pertama!
 Penulis jemputan: Ain Haris

(i) Di manakah Pesta Buku Cuti Sekolah 2021 itu diadakan?


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

[1 markah]

(ii) Pada pendapat kamu, mengapakah pesta buku ini diadakan semasa cuti sekolah?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

[3 markah]

Anda mungkin juga menyukai