Anda di halaman 1dari 12

SJK(C ) KELPIN SEREMBAN

PENILAIAN AKHIR TAHUN


PEMAHAMAN BAHASA MELAYU TAHUN 6
( ) NOVEMBER 2022
MASA : 1 JAM 15 MINIT
NAMA : ______________________ MARKAH : __________________
TAHUN : 6 ( ) GRED : A / B / C / D / E

Soalan 1 hingga 7
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Wahai, rakyat sekalian! ____________ berasa bangga dengan kemajuan yang dicapai oleh negara
kita,” titah sultan kepada rakyat.
A. Baginda
B. Tuanku
C. Patik
D. Beta

2. Pembinaan kedai runcit di kawasan itu telah memudahkan penduduk membeli barang-barang
____________.
A. keperluan
B. memerlukan
C. diperlukan
D. seperlunya

3. Pawagam menjadi ____________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
A. kusut-masai
B. terang-benderang
C. gundah-gulana
D. mundar-mandir

4. ____________ itu sedang memberikan penerangan ringkas tentang produk yang dijualnya kepada para
pelanggan.
A. Jurutera
B. Juruacara
C. Jurujual
D. Juruhebah
5. Fatimah membuang lauk-pauk yang sudah ____________ ke dalam tong sampah.
A. hapak

1
B. hanyir
C. basi
D. rangup

6. Encik Ling telah membeli beberapa ____________ mercun hiasan sempena Tahun Baharu Cina.
A. papan
B. pucuk
C. pangsa
D. pasang

7. Seorang wartawan ____________ murid cemerlang yang menerima anugerah Tokoh Murid itu.
A. menemu duga
B. menyoal siasat
C. menemu ramah
D. menyoal selidik

8. Hujan lebat yang turun selama tiga jam di Kampung Indah telah menyebabkan kampung tersebut
dilanda banjir.
Pilih perkataan antonim bagi lebat.
A. sikit-sikit
B. nipis-nipis
C. renyai-renyai
D. jarang-jarang

9. Puan Mahani menyiram pokok bunga itu supaya sentiasa segar.


Pilih perkataan sinonim bagi segar.
A. layu
B. subur
C. sihat
D. nyaman

10. Pilih peribahasa yang paling sesuai


Tulisan Dinesh yang seperti ____________ itu tidak dapat difahami oleh Cikgu Laila.
A. anak ayam
B. kaki ayam
C. cakar ayam
2
D. rabun ayam

11. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul.


I. Pak Mat menaiki tangga rumahnya dengan berhati-hati.
II. Li Chen pergi ke rumah neneknya dengan menaiki bas.
III. Monyet itu diarahkan oleh tuannya untuk menaiki pokok kelapa.
IV. Beberapa orang pendaki bersiap sedia untuk menaiki Gunung Kinabalu.
A. I dan II
B. I danIV
C. II dan III
D. III dan IV

12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Tarian zapin dipersembahkan sebelum acara penyampaian hadiah dimulakan.
A. Bilakah tarian zapin akan dipersembahkan ?
B. Apakah tujuan tarian zapin dipersembahkan ?
C. Adakah tarian zapin dipersembahkan sebelum acara penyampaian hadiah ?
D. Mengapakah acara penyampaian hadiah dimulakan selepas persembahan tarian zapin ?

13. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Mengapakah kamu tidak menemani ibu ke pasar ?
A. Ya, saya tidak suka pergi ke pasar.
B. Ibu ke pasar dengan menaiki kereta.
C. Ibu ke pasar untuk membeli ikan.
D. Ibu meminta saya menjaga adik di rumah.

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Cikgu Idayu melarang murid-muridnya memetik bunga di taman sains itu.
A. “Kita tidak dibenarkan memetik bunga di taman sains ini,” kata Cikgu Idayu kepada murid-
muridnya.
B. “Jangan petik bunga yang dilarang di taman sains ini.” kata Cikgu Idayu kepada murid-muridnya.
C. “Kamu semua tidak dibenarkan memetik bunga di taman sains ini,” kata Cikgu Idayu kepada
murid-muridnya.
D. “Mereka memetik bunga di taman sains ini,”kata Cikgu Idayu kepada murid-muridnya.
3
15. Pilih ayat yang betul.
A. Harap lekatkan lencana itu pada baju sekolah kamu.
B. Tolong berikan kad undangan ini kepada ayah kamu.
C. Jemput berkumpul di dalam dewan sekarang juga.
D. Minta jangan pijak rumput di taman ini.

Soalan 16 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

IPOH, 28 Mac – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa telah mengadakan majlis perasmian
perpustakaan baharu sekolah. Perpustakaan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah
Ipoh.
Para jemputan yang terdiri daripada ibu bapa dan warga sekolah telah memenuhi perkarangan
perpustakaan seawall 7.15 pagi. Ketibaan tetamu kehormat telah disambut dalam suasana yang
sungguh meriah.
Tetamu kehormat telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan bangunan
perpustakaan baharu itu. Dalam ucapannya, beliau menasihati murid-murid supaya rajin menimba
ilmu. Salah satu caranya adalah dengan membaca bu-buku yang terdapat di perpustakaan.

4
Perpustakaan yang dibina memuatkan pelbagai jenis buku yang disusun di rak mengikut kategori.
Kemudahan Internet juga turut disediakan untuk memudahkan murid-murid mencari maklumat.
Pelbagai acara diadakan sempena majlis perasmian perpustakaan baharu tersebut seperti
pertandingan kuiz, bercerita dan mendeklamasikan sajak. Para tetamu turut dihiburkan dengan
persembahan drama oleh murid-murid tahap dua. Pihak sekolah berharap perputakaan tersebut akan
memberikan banyak manfaat kepada murid-murid.

16. Perpustakaan baharu itu dirasmikan oleh


A. ibu bapa
B. para tetamu
C. warga sekolah
D. tetamu kehormat

17. Apakah antara cara murid-murid menimba ilmu ?


A. Membaca buku-buku yang terdapat di perpustakaan
B. Menyediakan kemudahan Internet di perpustakaan
C. Memuatkan pelbagai jenis buku di perpustakaan
D. Menyusun buku-buku di rak mengikut kategori

18. Apakah manfaat yang dapat diperoleh oleh murid-murid melalui perpustakaan baharu itu ?
A. Dapat menonton persembahan drama
B. Dapat menyusun buku-buku di rak
C. Dapat membaca buku-buku
D. Dapat mendeklamasi sajak

19. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A. Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan drama oleh warga sekolah
B. Kemudahan Internet disediakan di perpustakaan baharu untuk mencari maklumat.
C. Perpustakaan baharu dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa.
D. Tetamu kehormat menasihati murid-murid supaya memuatkan pelbagai jenis buku di perpustakkan
baharu.

20. Perkataan manfaat dalam petikan bermaksud


A. faedah
B. langkah
5
C. kelebihan
D. kemudahan

Bahagian B
[ 30 markah ]
Soalan 21
a} Padankan perkataan yang betul bagi melengkapkan ayat-ayat berikut. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

i) Pegawai pertanian itu ambil berat


____________ kebajikan petani-petani di daripada
Kuala Selangor.

ii) Kerepek yang rangup itu diperbuat


____________ rumpai laut segar di
kepada
Sandakan.

iii) Tong mudah alih itu akan diberikan


secara percuma ____________ penduduk tentang
kampung.

iv)Kompleks itu dibina ____________


menempatkan pelajar-pelajar yang terpilih untuk
sebagai Program Permata Pintar.

[ 2 markah ]
b) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

6
dan lalu kerana jika
sambil yang agar tetapi

i. Jia Yi mengemas rumah ____________ mendengar radio.


ii. Razi menyayangi adiknya ____________ dia tidak gemar akan sikap adiknya yang malas itu.
iii. Marsha tidak dapat membantu ibunya berniaga di pasar tani ____________ dia perlu menjalani latihan
sukan di sekolah.
iv. Kanak-kanak perempuan itu terjatuh dari basikalnya ____________ menangis.

[ 4 markah ]

Soalan 22
a)Tandakan bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai berdasarkan gambar.

i. Amirah menerima se buah poskad daripada rakannya yang berada di Australia.


keping

ii. Kok Meng membantu gurunya menggantung se bidang kain rentang di dewan itu.
naskhah
[ 2 markah ]
b) Tulis BETUL atau SALAH bagi penggunaan perkataan yang bergaris dalam ayat.
Contoh :
Wah, bersihnya bilik air kamu ! BETUL

i. Wanita yang cantik itu bukan suka makan buah-buahan.


7
ii. Encik Mohan tidak berasal dari negeri Johor.

iii. Tolong buangkan sampah ke dalam tong sampah.

iv. Wahai murid-murid, ingatlah pesanan guru tadi!

[ 4 markah ]

Soalan 23
a) Pilih dan tandakan bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
i. “Tahniah adik kerana telah berjaya dalam Pertandingan Adik Pintar,” kata Citra kepada
Nalini.
Nalini mengucapkan tahniah kepada adiknya, Citra kerana telah berjaya
dalam Pertandingan Adik Pintar.
Citra mengucapkan tahniah kepada adiknya, Nalini kerana telah berjaya
dalam Pertandingan Adik Pintar.

ii. Mazli mengajak Utaya dan Karimun mengambil bahagian dalam aktiviti sukaneka semasa
Minggu Perpaduan Sekolah.
“Marilah kita mengambil bahagian dalam aktiviti sukaneka semasa Minggu
Perpaduan Sekolah,” ajak Mazli kepada Utaya dan Karimun.
“Saya mencadangkan agar kalian mengambil bahagian dalam aktiviti
sukaneka semasa Minggu Perpaduan Sekolah,” ujar Mazli kepada Utaya dan
Karimun.

[ 2 markah ]
b) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

8
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada cuti persekolahan yang lalu, kami sekeluarga telah makan angin ke “Mutiara Borneo”. Kami
bertolak menaiki pesawat MAS dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul
8.35 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Labuan pada pukul 11.00 pagi.
Selepas itu, pemandu pelancong telah membawa kami ke Kampung Air Patau-Patau 2. Di sana,
rombongan kami telah disajikan dengan makanan tradisional masyarakat Melayu Brunei, iaitu ambuyat.
Kami makan ambuyat yang dicicah dengan ikan bakar dan ikan rebus.
Seterusnya, kami ke Kampung Bebuloh Laut untuk melihat perusahaan ikan bilis. Di Labuan
pengusahanya menggunakan teknik bagang. Kami berpeluang melihat pemprosesan ikan bilis secara
tradisional. Ibu membeli ikan bilis segar dan produk sambal ikan bilis sebagai oleh-oleh. Kemudian, kami
melawat ke Taman Damai yang dibina untuk memperingati para pejuang yang terkorban di Borneo
semasa Perang Dunia Kedua.
Kami pulang ke hotel penginapan untuk membersihkan diri dan berehat. Kami makan malam di
tepi pantai resort sambil makan piza yang dibakar menggunakan ketuhar batu dan kayu bakar bersama-
sama air kelapa.
Pada keesokan harinya, kami berlepas ke Labuan Marina untuk menaiki bot penumpang ke Pulau
Rusukan Besar. Banyak aktiviti yang kami lakukan di sana.

a) Perkataan makan angin dalam petikan bermaksud _______________________________.

9
[ 1 markah ]
b) Nyatakan tempat-tempat menarik di Labuan yang dikunjungi oleh penulis dan keluarganya.

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c) Tulis BETUL pada pernyataan yang betul dan SALAH pada pernyataan yang salah

i) Penulis dan keluarganya bercuti ke Labuan pada hujung minggu yang lalu.
ii) Penulis makan pizza yang dibakar di dalam ketuhar batu dan kayu bakar serta
air kelapa di tepi pantai resort.

[ 2 markah ]

d) Pada pendapat kamu, apakah manfaat-manfaat yang kamu peroleh dengan melawat ke tempat-tempat

menarik di dalam negara ?

Jawapan kamu hendaklah dalam ayat yang lengkap.

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[ 3 markah ]

Soalan 25

10
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tatatertib Semasa di Kantin Sekolah

Jaga Kebersihan Duduk di tempat yang Beratur Bersopan


- Buang sampah ke dalam disediakan - Beratur ketika - Makanlah dengan
tong sampah yang - Semasa hendak makan, hendak membeli tenang. Jangan
disediakan. Jangan biarkan duduklah di tempat yang makanan. Jangan mengganggu rakan
sisa makanan berterabur di disediakan. Elakkan memotong barisan yang sedang makan.
atas meja. Basuh tangan daripada melakukan atau menolak rakan Kurangkan bercakap
sebelum makan dan perbuatan yang kurang di hadapan. ketika makan.
selepas makan. Letakkan sopan seperti berdiri di
pinggan dan cawan di atas bangku atau duduk
dalam bekas yang di atas meja.
disediakan selepas makan
dan minum.
a) Apakah yang tidak patut kita lakukan semasa membeli makanan ?
_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[ 1 markah ]
b) Nyatakan dua cara untuk menjaga kebersihan semasa di kantin sekolah.
i. ______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

ii. ______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

[ 2 markah ]
c) Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu menjaga tatatertib semasa berada di kantin ?
_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[ 3 markah ]

______________________________________________________________________________________
SELAMAT MENJAWAB

11
Disediakan :Cikgu Yap Kee Siang Tandatangan : _____________
Disemak Oleh :Cikgu Che Wan Norliza Tarikh : _____________

12

Anda mungkin juga menyukai