Anda di halaman 1dari 7

Bahasa Melayu-Kertas Pemahaman

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 9
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Kita mestilah __________ makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang baik dan segar.
A. pilih B. pilihan C. dipilih D. memilih

2. “__________, cantik sungguh rumah kamu, Didi!” kata Aina.


A. Oh B. Wah C. Ceh D. Syabas

3. Bas ekspres yang dinaiki oleh Encik Zulhari tiba di __________ pada pukul 8.00 malam.
A. Menara Telekom B. Institut Jantung Negara
C. Terminal Bersepadu Selatan D. Lapagan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur

4. “Baju kurung ini __________ kawan baik saya,” kata Siti kepada Nurul.
A. dari B. daripada C. tentang D. kepada

5. Puan Mona mengambil sehelai __________ lalu menyelimuti tubuh anaknya, Fariq.
A. gebar B. langsir C. tuala D. permaidani

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.


6. Puan Sukma amat teliti ketika melakukan kerja-kerja
__________ songket.
A. menjahit B. menyulam
C. menenun D. mencanting

7. Sesudah __________ bertitah di negeri Inderapura Sakti, maka tibalah masanya untuk
berangkat ke istana semula.
A. beta B. tuanku C. hamba D. bagida

8. “Prema dan Shanty sudah pun berbaik-baik, janganlah kamu menjadi __________ pula,”
kata Rose kepada Tina.

Simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosng ialah


A. lapik perut B. angkat kaki C. batu api D. angkat tangan

9. “Sudah __________ ayah saya menderita sakit gout,” kata Zuhair kepada Lukman.
A. sekalian B. bertahun-tahun C. berkali-kali D. berbagai-bagai

1
Kertas Model Bahasa Melayu Set 1
10. Burung berkicau alamat hari sudah siang.
Pilih perkataan sinonim bagi alamat.
A. butiran B. tujuan C. alahan D. petanda

11. Pak Najib berundur perlahan-lahan ketika berdepan dengan harimau itu.
Pilih perkataan antonim bagi berundur.
A. pindah B. pusing C. jalan D. mara

12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Encik Abdul Rahman merupakan guru besar di sekolah kita.


A. Di manakah Encik Abdul Rahman tinggal?
B. Siapakah yang kenal Encik Abdul Rahman?
C. Siapakah Encik Abdul Rahman?
D. Adakah kamu mengenali Encik Abdul Rahman?

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat yang betul.
13. A. Semua murid dikehendaki hadir ke majlis itu.
B. Saya akan menyertakan progrom gotong-royong esok pagi.
C. Di hujung minggu, Ramli tergemar beriadah.
D. Tolong jangan terbabitkan Lina dalam hal ini.

14. A. Lelaki yang berbaju biru itu tidak abang Zaquan.


B. Ayah dan kakak ke bandar dengan menaiki teksi.
C. “Sila gantung jam ini atas dinding,” kata ibu.
D. Seluar bercorak jalur ini perlu sesuai untuk adik pakai.

Soalan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
15. Layang-layang yang baru dibuat oleh Amin terputus apabila angin bertiup kencang.
A. Layang-layang Amin terbang tinggi apabila angin kencang.
B. Layang-layang Amin bertiup dibawa angin kencang.
C. Angin yang baru bertiup menyebabkan layang-layang Amin terputus.
D. Angin yang bertiup kencang menyebabkan layang-layang baru dibuat oleh Amin
terputus.

2
Disediakan oleh Chan Jian Yun
Soalan 16 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

‘MARI MENABUNG BERSAMA BANK BESTARI’


TABUNGANKU MASA DEPANKU

1. Buat julang kalinya Bank Bestari menawarkan pelbagai


keistimewaan dan hadiah untuk dimenangi bersempena ulang
tahun penubuhan Bank Bestari yang kelima.
2. Para pelanggan bertuah akan mendapat pelbagai keistimewaan
jika membuka akuan dengan Bank Bestari.
3. Syarikat memenangi hadiah khas:
(a) Warganegara Malaysia
(b) Cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2021
(c) Membawa Salinan keputusan peperiksaan
4. Pelanggang berpeluang untuk memiliki sebuah tabung edisi khas
apabila mendepositkan RM250 setelah akuan dibuka.
5. Borang peraduan bagi teka jumlah wang boleh diambil di mana-
mana cawangan seluruh Malaysia.
16. Berikut merupakan syarat untuk memenangi hadiah khas, kecuali
A. warganegara Malaysia.
B. cemerlang dalam peperiksaan.
C. membuka akaun di Bank Bestari.
D. membawa salinan keputusan peperiksaan.

17. Program merupakan syarat untuk memenangi hadiah khas, kecuali


A. Mari Belajar. B. Mari Menabung.
C. Kumpul Koleksi Tabung. D. Peraduan Teks Jumlah Wang.

18. Mengapakah Bank Bestari membuat pelbagai tawaran menarik tersebut?


A. Memberikan peluang kepada kanak-kanak menabung.
B. Melatih kanak-kanak belajar menabung.
C. Bersempena ulang tahun penubuhan yang kelima.
D. Pembukaan cawangan-cawangan di seluruh Malaysia.

19. Pelanggan layak menerima sebuah tabung sekiranya


A. mendepositkan sebanyak RM250.
B. menyertai peraduan anjuran bank.
C. lulus cemerlang dalam setiap peperiksaan.
D. membawa salinan kad pengenalan dan keputusan peperiksaan.

20. Rangkai kata julang kali dalam petikan bermaksud


A. paling ungguk. B. saat terakhir. C. kali pertama. D. teratas.
3
Kertas Model Bahasa Melayu Set 1
BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.
duduk-duduk hitam-hitam banyak-banyak cari-cari
kisi-kisi cantik-cantik kejar-kejar nyanyi-nyanyi

(i) Julie, Logeswary dan Sofea bermain _______________ di halaman rumah.


(ii) Ayah _______________ sebentar di bangku panjang kerana terlalu penat setelah
seharian bekerja.
(iii) Lukisan minyak yang dipamerkan di Dewan Unggul itu _______________.
(iv) Haja Zainal sedang menukar _______________ tingkap rumahnya yang telah
reput.
[4 markah]

(b) Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah.

Contoh:
salah
Kereta Encik Wong terangkat ke dalam gaung sedalam 50 meter.

(i) Dahi Farid bengkak kerana terbaring pada bucu tangga rumahnya.

(ii) Lily berjalan terhincut-hincut kerana kakinya luka terpijak kaca.

(iii) Pak Cik Mahat melonggok tulang-temulang di kebun sayur miliknya.


[3 markah]

Soalan 22
(a) Tandakan (✓) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai.
(i)
sikat
ikat
tandan

(ii)
helai
buku
keping

[2 markah]
4
Disediakan oleh Chan Jian Yun
(b) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar dan pernyataan di bawah.

Fazirah tidak dapat melakukan sebarang


kerjanya kerana pembantu utamanya
tidak hadir seperti kata peribahasa
__________________________.

[2 markah]

Soalan 23
(a) Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan untuk melengkapkan dialog di
bawah.

Kamal : __________________________________________________________
__________________________________________________________
Rajen : Keluarga saya bercadang untuk bercuti di Pulau Perhentian pada cuti sekolah.
[2 markah]

(b) Baca petikan berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
SABAK BERNAM, 18 Disember – Seorang murid perempuan, Siti Nuraisyah Sahrin, 13
berjaya merangkul pingat perak dalam Kejohanan Powerlifting Sirkit Akhir Kebangsaan
2019 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Nuraisyah yang menyertai pertandingan tersebut menjadi peserta termuda dan atlet
wanita tunggal yang mewakili negeri Selangor.
Nuraisyah mulai berjinak dalam sukan angkat berat setelah kedua-dua kakinya
putus kerana digilis lori pada tahun 2019. Siri Nuraisyah yang ketika itu menaiki sebuah
motosikal dikatakan terjatuh akibat bergesel dengan sebuah kereta kancil ketika pulang
dari sekolah. Pelbagai bantuan yang diberikan untuk membantu murid tersebut.
Dalam pertandingan yang disertainya itu, Nuraisyah menyertai kategori wanita 50
kilogram hingga 60 kilogram berjaya melepasi angkatan seberat 37 kilogram. Walaupun
hanya memenangi pingat perak, pencapaian pertamanya itu mendorong untuk dia
bergerak lebih jauh dalam sukan angkat berat. Murid tersebut baru menceburi sukan ini
beberapa bulan sebelum pertandingan. Seterusnya, Nuraisyah berazam untuk mendalami
teknik angkat berat dengan lebih baik.

(i) Siti Nuraisyah mendapat perhatian dalam pertandingan tersebut kerana


_____________________________________________________________.
[2 markah]

5
Kertas Model Bahasa Melayu Set 1
(ii) Pada pendapat kamu, adakah golongan kurung upaya mempunyai peluang yang cerah
dalam bidang sukan?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 24
Baca maklumat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

• Gunakan deria anda untuk mengenal pasti makanan yang sudah rosak.
• Pastikan makanan yang dimakan bersih dan selamat.
• Kenal pasti makanan yang sudah rosak berdasarkan perubahan warna, bau dan rasa.
• Rujuk ibu bapa jika masih tidak dapat mengenal pasti makanan yang sudah rosak.

(a) Makmumat di atas khusus untuk memberikan peringatan kepada


___________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Pada pendapat kamu, adakah kempen seperti itu dapat melindungi orang ramai daripada
mengalami keracunan makanan?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[3 markah]

6
Disediakan oleh Chan Jian Yun
Soalan 25
Baca notis di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
yang lengkap.

KEJOHANAN BOLA JARING DAN


BOLA TAMPAR PERINGKAT SEKOLAH

SK SRI MUTIARA, TUARAN SABAH


Tarikh : 16 Mac 2021
Tempat Dewan Rakan Sukan, SK Sri Mutiara

Kategori Perempuan : 10 Pasukan


Kategori Lelaki : 12 Pasukan
Yuran Penyertaan : RM50 Setiap Pasukan

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 14 Mac 2021

• Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, sila hubungi


Cikgu Kamarul (018-479 7088)
• Terbuka kepada murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 sahaja.
• Sekolah boleh menghantar tidak lebih daripada 3 paskan.

Juara : RM 350
Hadiah-hadiah untuk Dimenangi :
Naib Juara : RM250
Ketiga : RM150

(a) Berapa lamakah kejohanan sukan tersebut akan berlangsung?


___________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Nyatakan jenis pertandingan yang akan diadakan di SK Sri Mutiara.


i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Sekiranya, pihak sekolah mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan sukan, apakah
faedah yang akan diperolehi murid?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[3 markah]
7

Anda mungkin juga menyukai