Anda di halaman 1dari 13

1

SULIT

BAHASA MELAYU
Kertas 1 - Pemahaman
011
Oktober
2019
1
1 jam
4

SK TIGA KAMPONG, LIMBANG.


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
2019

Nama : ……………………………………………………… Kelas :


………………………

BAHASA MELAYU
Kertas 1 - Pemahaman

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian


B.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu
A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan
jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

PAT SKTK © 2019 [Lihat halaman sebelah


2

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Ampunkan ______________, tuanku,” kata Tun Ali kepada Sultan Abu


Bakar.

A. patik C. beta
B. saya D. baginda

2. Beg yang berat itu tidak _______________ olehnya.

A. bergalas C. tergalas
B. penggalas D. menggalas

3. Sambutan orang ramai terhadap telefon pintar keluaran terbaharu itu


sangat

_________________.

A. lesu C. hambar
B. meriah D. bosan

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Encik Fairus melayan tetamu yang hadir ke rumahnya dengan penuh

_________________.

A. kagum C. indah
B. bahagia D. mesra

5. Bola jaring adalah __________________ permainan yang amat digemari di


negara kita.

A. antara C. seperti
B. bagi D. umpama

PAT SKTK © 2019 [Lihat halaman sebelah


3

6. “Kita telah _______________ pelbagai cabaran dan _______________ banyak


kejayaan,” kata jurulatih hoki kepada semua pemain.

A. melalui … menceburi C. mendepani … melalui


B. melalui … mendapati D. menghadapi … mengecapi

7. Belakangan ini, badannya semakin _______________ kerana hilang selera


makan.

A. nipis C. kecil
B. susut D. kempis

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Suresh _______________ gitar manakala Anthony pula meniup trompet.

A. memukul C. memetik
B. menepuk D. menjentik

9. Janganlah membuat tuduhan secara ___________________________ sebelum


kita mendapat bukti yang kukuh.

A. separuh tiang C. bidan terjun


B. serkap jarang D. khabar angin

10. Pertunjukan pakaian beragam murid tahun dua baru sahaja habis.
Pilih perkataan sinonim bagi habis.

A. selesai C. tiada
B. berlabuh D. hilang

11. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Adik saya, Aidill memang panjang akal orangnya.


II. Zulhelmi ternyata seorang pelari jarak dekat yang panjang.
III. Fairuzi tidak terangkat guni yang berisi kentang itu kerana panjang.
IV. Perjalanan pulang ke kampung kami mengambil masa yang
panjang.

PAT SKTK © 2019 [Lihat halaman sebelah


4

A. I dan II C. I dan IV
B. II dan III D. III dan IV

12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Sejak akhir-akhir ini, Datuk Rahim selalu termenung kerana


mengenangkan syarikatnya yang hampir muflis.

A. Mengapakah Datuk Rahim selalu termenung sejak akhir-akhir ini?


B. Bilakah syarikat Datuk Rahim menjadi hampir muflis?
C. Bagaimanakah keadaan syarikat Datuk Rahim sejak akhir-akhir ini?
D. Apakah yang selalu dilakukan oleh Datuk Rahim sejak akhir-akhir
ini?

13. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Apakah yang dipertandingkan semasa Minggu Karnival Robotik peringkat


kebangsaan?

A. Pertandingan reka cipta tidak dipertandingkan semasa Minggu


Karnival Robotik peringkat kebangsaan.
B. Kamu boleh menyertai pertandingan robotik semasa Minggu
Karnival Robotik peringkat kebangsaan.
C. Pelbagai jenis robotik yang dipertandingkan semasa Minggu
Karnival Robotik peringkat kebangsaan.
D. Minggu Karnival Robotik peringkat kebangsaan mempamerkan
pelbagai jenis robotik dari luar negara.

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Hanya awak yang mampu mengubah masa depan awak sendiri dan
bukan orang lain sekiranya awak berusaha,” kata Doraemon kepada
Nobita.

A. Masa depan Nobita dan orang lain akan diubah oleh Doraemon.
B. Nobita akan dapat mengubah takdir hidupnya dengan usahanya
sendiri, bukan orang lain.
C. Tanpa bantuan sesiapa, Nobita pasti akan mampu mengenal arah
tuju hidupnya, sekiranya Nobita sering membantu ibunya.
D. Hanya Nobita sahaja yang mampu mengubah masa depannya
sendiri dan orang lain.

15. Pilih ayat yang betul.

A. Buku-buku nota Bahasa Inggeris itu tebal-tebal belaka.


B. Adik sedang memegang sebatang bunga ros merah.
C. Segerombolan polis berpakaian seragam mengadakan rondaan di
kawasan perumahan kami pada minggu lepas.
D. Kita akan mendapat banyak pengetahuan sekiranya kita rajin ke
perpustakaan.
Soalan 16 hingga 20

PAT SKTK © 2019 [Lihat halaman sebelah


5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

16. Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Shell telah berakhir pada

A. 4 Julai . C. 6 Julai.
B. 5 Julai . D. 7 Julai.

17. Menteri Besar Johor dijemput hadir ke majlis penutup pertandingan


tersebut sebagai

A. penerima hadiah. C. peserta pertandingan.


B. penyampai hadiah. D. penganjur pertandingan.

18. Semua pernyataan di bawah mengenai kontinjen tuan rumah yang


menjadi johan keseluruhan, kecuali

A. menerima wang tunai sebanyak RM9 000.


B. menjuarai kategori sekolah menengah.
C. naib johan kategori sekolah rendah.
D. dianggotai oleh 600 orang murid.

19. Pilih pernyataan yang benar tentang Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas
Shell tersebut.

PAT SKTK © 2019 [Lihat halaman sebelah


6

A. Pertandingan disertai oleh murid-murid sekolah menengah seluruh


negeri Johor.
B. Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Shell tersebut merupakan kali
yang ke-20.
C. Matlamat pertandingan agar peserta prihatin terhadap aspek
keselamatan semasa di jalan raya.
D. Pertandingan dianjurkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan
Kementerian Pendidikan.

20. Maksud rangkai kata tuan rumah dalam petikan ialah

A. negeri yang mengadakan pertandingan.


B. pertandingan yang dilaksanakan.
C. peserta yang mewakili setiap negeri.
D. penganjur yang mengadakan pertandingan.

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21

PAT SKTK © 2019 [Lihat halaman sebelah


7

(a) Pilih perkataan paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-
ayat di bawah.

kenalan kejayaan keindahan impian

pujian anjuran sambutan cadangan

(i) Kejayaan Thaqif mencipta mesin pengupas kelapa telah mendapat

________________________ daripada guru-gurunya.

(ii) ________________________ Deris untuk membuka bengkel motosikal dibantah

oleh abangnya.

(iii) Program Larian Amal 2019 itu mendapat _______________________ daripada

warga kota.

(iv) ________________________ pemandangan di Tasik Jitra menjadi tarikan para


pelancong.

[4 markah]

(b) Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah.

(i) Lelaki berbadan tegap itu sedang memikulkan seguni padi.

(ii) Beberapa orang pendatang asing tidur beralaskan kotak.

(iii) Bungkusan yang berwarna hitam itu telah diserahkan kepada


Cikgu Shima.

(iv) Dedaun pokok getah itu berterbangan apabila ditiup angin.

[4 markah]

Soalan 22

(a) Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai.

(i)
ulas

ruas

butir
PAT SKTK © 2019 [Lihat halaman sebelah
8

(ii)
segulung

segelung

serelung

[2 markah]

(b) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar dan pernyataan


di bawah.

Kebanyakan peniaga tidak berani untuk mengambil risiko untuk

mengeluarkan modal yang besar seperti kata peribahasa

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

Soalan 23
Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat yang lengkap.

PAT SKTK © 2019 [Lihat halaman sebelah


9

(a) Nyatakan acara yang dipertandingkan di Sekolah Kebangsaan Taman


Indah,Selangor.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

(b) Murid-murid yang bertanding permainan tradisional hendaklah ke


__________

___________________________________________________________________________

[1 markah]

(c) Pada pendapat kamu, mengapakah kuiz Bahasa Melayu diadakan?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[3 markah]
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

PAT SKTK © 2019 [Lihat halaman sebelah


10

(a) Bagaimanakah ulser mulut terjadi?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang
salah.

Ulser ini terjadi kerana cukup tidur dan berehat.

Ulser mulut ini disebabkan oleh kecederaan pada lapisan


nipis dalam mulut.
[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah untuk mengelakkan diri daripada


terkena ulser mulut ini?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[3 markah]
Soalan 25

PAT SKTK © 2019 [Lihat halaman sebelah


11

Baca maklumat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya


dengan menggunakan ayat yang lengkap.

(a) Nyatakan kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap orang sehari?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Bagaimanakah kekurangan air boleh menyebabkan masalah buah


pinggang?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Apakah cara untuk memastikan kamu meminum secukupnya air semasa
di sekolah?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]
Kertas soalan tamat
SKEMA JAWAPAN

PAT SKTK © 2019 [Lihat halaman sebelah


12

Bahagian A

1. A
2. C
3. B
4. D
5. A
6. D
7. B
8. C
9. B
10.A
11.C
12.A
13.C
14.B
15.D
16.A
17.B
18.D
19.C
20.A

Bahagian B

Soalan 21

(a) (i) pujian (ii) Cadangan (iii) sambutan (iv) Keindahan

(b) (i) salah (ii) betul (iii) betul (iv) betul

Soalan 22

(a) (i) ulas (ii) segulung

(b) andai takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Soalan 23

(a) Acara yang dipertandingkan ialah pertandingan mendeklamasikan sajak,


syarahan dan melafazkan puisi Melayu serta kuiz bahasa Melayu.

(b) Sekolah Kebangsaan Megah Perdana.

(c) Pada pendapat saya, kuiz bahasa Melayu diadakan supaya murid
menguasai bahasa Melayu dengan lebih mendalam lagi.

Soalan 24

(a) Ulser mulut terjadi apabila terdapat sejenis kudis di tempat-tempat yang
lembut di dalam mulut seperti lidah, gusi dan bahagian dalam pipi.

PAT SKTK © 2019 [Lihat halaman sebelah


13

(b) X

(c) Cara untuk mengelakkan diri daripada terkena ulser mulut ialah sentiasa
mengambil makanan yang berzat, cukup tidur dan menjaga kebersihan
mulut.

Soalan 25

(a) Kuantiti air yang perlu diminum setiap hari ialah enam hingga lapan gelas.

(b) Apabila badan kekurangan air, toksik dalam badan akan berkumpul dan
membentuk batu karang dalam buah pinggang.

(c) Saya akan membawa air minuman di dalam bekas air atau botol yang
besar dan menghabiskannya untuk memastikan saya minum air yang
secukupnya semasa di sekolah.

PAT SKTK © 2019 [Lihat halaman sebelah

Anda mungkin juga menyukai