Anda di halaman 1dari 12

SULIT

02
Bahasa Melayu
Kertas 1
OGOS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR
2023
1 ½ Jam PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023

UJIAN BERTULIS
BAHASA MELAYU 02
KERTAS 1 (02/1) 1 Jam 30 Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN:
1. Tulis nama dan kelas pada ruang yang disediakan.

2. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan

Bahagian C.

3. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Baca arahan
bagi setiap bahagian dan soalan dengan teliti.

4. Jawapan Bahagian A hendaklah ditulis pada ruangan jawapan di kertas soalan ini.
Bagi Bahagian B dan Bahagian C, tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang
disediakan di dalam kertas soalan ini.

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Nama Pemeriksa:
Bahagian Markah Penuh Markah Diperoleh
A 20

B 25

C 15

Jumlah 60

NAMA : ........................................................
KELAS : ........................................................

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………………………………. …………………………………………………………. ……………………………………………………..

(PUAN NORAINI @ NAIMAH BINTI
ABD RAHMAN)

0
BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga Soalan 4
Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Gadis itu berjanji kepada ibunya __________ dia tidak akan mengabaikan pelajarannya.
A. yang
B. agar
C. bahawa
D. sementara

2. Kita hendaklah sentiasa menjaga ___________ dan menunjukkan budi pekerti yang mulia.
A. tatacara
B. tatasusila
C. tatatertib
D. tatanegara

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini.

3. Air sungai itu _________ ke kawasan perumahan selepas hujan lebat sejak tiga hari yang lalu.
A. membuak
B. melonjak
C. menolak
D. melimpah

4. Encik Shafiq tidak pernah ___________ cita-cita anaknya untuk menjadi seorang juruterbang.
A. menghalang
B. melarang
C. menahan
D. menekan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

1
5. Kenderaan pacuan empat roda keluaran baharu itu akan __________ terlebih dahulu sebelum dilancarkan.
A. dikawal selia
B. dipandu uji
C. diambil alih
D. diusul periksa

Soalan 6 hingga Soalan 8

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda
dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

6. Kejayaan Haris dalam pelajaran merupakan hadiah yang paling berharga kepada kedua ibu bapanya.
A B C
Tiada kesalahan.
D

7. Dalam sesi temu duga itu, hanya seorang pemohon yang menepati syarat dari sepuluh orang yang hadir.
A B C
Tiada kesalahan.
D

8. Jangan tergopoh-gapah ketika menaiki tangga kerana kamu mungkin akan tergelincir. Tiada kesalahan.
A B C D

Soalan 9 dan Soalan 10

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

9. I Sudah sepuluh tahun Sumayah tinggal di taman perumahan Seri Kejora.

II Wang sakunya yang tinggal satu ringgit itu diberikan kepada adiknya.
III Rumah lama ini sahaja tinggal ibu dan ayahnya.
IV Baginda telah menamakan tempat itu dan tinggallah nama tersebut hingga sekarang.
A. I dan III sahaja.
B. II dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. I, II, dan IV sahaja.

10. I Pak Cik ahmad dan isterinya kini hidup senang setelah mendapat durian runtuh.
II Soalan teka teki yang dikemukakan oleh pengacara majlis itu sangat senang.
III Sejak jatuh sakit, nenek tidak senang makan walaupun ibu memasak makanan kegemarannya.
IV Walaupun karangan yang ditulisnya panjang, tetapi sangat senang ceritanya.
A. I dan II sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I dan IV sahaja.
D. I, II, dan IV sahaja.

2
Soalan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga
tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

11. Banyak hadiah yang mereka terima selepas memenangi pertandingan itu.
A. mereka diterima
B. mereka menerima
C. diterima oleh mereka
D. mereka terima

Soalan 12 dan Soalan 13.

Pilih ayat-ayat yang betul.

12. I Tokoh-tokoh negara yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan haruslah kita hargai.
II Kami berasa kagum akan sikap keluarga Puan Anum yang saling sayang-menyayangi.
III Murid-murid yang aktif di dalam kokurikulum tidak seharusnya mengabaikan pelajaran.
IV Kerajaan perlu mengambil pelbagai inisiatif untuk memperkasakan penglibatan wanita dalam ekonomi.
A. I dan II sahaja.
B. I dan IV sahaja.
C. II dan IV sahaja
D. III dan IV sahaja.

13. I Golongan peniaga-peniaga haruslah bijak menggunakan media sosial untuk mengembangkan perniagaan
mereka.
II Puan Maria dan suaminya berasa bimbang akan keadaan anak mereka yang termenung sejak dari tadi lagi.
III Laporan minit mesyuarat ini disediakan oleh setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Haslina binti Harun.
IV Kerajaan melancarkan program khusus untuk memelihara bangunan warisan.
A. I dan III sahaja.
B. II dan IV sahaja.
C. III dan IV sahaja.
D. I, II, dan III sahaja.

Soalan 14
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

14. Mereka melakukan aktiviti pemanasan sebelum bersukan bagi mengelakkan kekejangan otot.
A. Aktiviti pemanasan sebelum bersukan dilakukan supaya tidak berlaku kekejangan otot.
B. Mereka mengalami kekejangan otot sebelum bersukan kerana melakukan aktiviti pemanasan.
C. Kekejangan otot berlaku ketika bersukan selepas mereka melakukan aktiviti pemanasan.
D. Aktiviti pemanasan dilakukan supaya tidak berlaku kekejangan otot selepas bersukan.

Soalan 15
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

15. Ketika pulang dari sekolah, Samira berjalan lambat-lambat dengan langkah yang perlahan kerana terlalu penat.
A. Ada udang disebalik batu.
B. Bagai itik pulang petang.
C. Bagai kaduk naik junjung.
D. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

3
Soalan 16 hingga 20
Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PANTUN BUDI

Tenang-tenang air di laut, Anak beruk di tepi pantai,

Sampan kolek mudik ke tanjung; Pandai melompat pandai berlari;
1 Hati terkenang mulut menyebut, 5 Biar buruk kain dipakai,
Budi yang baik rasa nak junjung. Asal hidup pandai berbudi.

Yang kurik kundi, Tingkap papan kayu bersegi,

2 Yang merah saga; 6 Sampan sakat di Pulau Angsa;
Yang baik budi, Indah tampan kerana budi,
Yang indah bahasa. Tinggi bangsa kerana bahasa.

Bunga Melati bunga di darat, Padang Temu padang baiduri,

3 7
Bunga Seroja di tepi kali; Tempat raja membangun kota;
Hina besi kerana karat, Bijak bertemu dengan jauhari,
Hina manusia tidak berbudi. Bagai cincin dengan permata.

4 Bunga cina di atas batu,

Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu
Sebab emas budi terbuang.
Dipetik daripada antologi Baik Budi Indah Bahasa,
Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia

Hina manusia tidak berbudi

16. Apakah maksud ayat di atas?

A. Orang yang hinaan tiada budi bahasa.
B. Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
C. Orang yang berbudi bahasa akan dipandang hina.
D. Orang yang menghina manusia tidak berbudi bahasa.

17. Berdasarkan rangkap kelima Pantun Budi, pemantun menyatakan bahawa biarlah kita miskin asalkan __________.
A. kita pandai menangih budi.
B. kita bijak memilih pakaian.
C. kita bijak menguruskan hidup.
D. kita pandai berbudi bahasa.

18. Gaya bahasa yang terdapat pada rangkap kedua Pantun Budi ialah ____________.
A. Personifikasi
B. Epifora
C. Anafora
D. Metafora

4
19. Bentuk yang terdapat dalam Pantun Budi di atas ialah ________________.
A. Rima akhir ab, ab
B. lapan rangkap
C. Rima akhir aa, aa
D. Satu rangkap dua baris

20. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berbudi bahasa?

A. Supaya negara kita akan bertambah maju
B. Supaya kita akan menjadi masyarakat yang lebih baik
C. Supaya kita tidak dianggap ketinggalan zaman oleh masyarakat luar.
D. Kerana orang yang berbudi bahasa akan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat.

Bahagian A : 20 markah
(Jawapan)

Sila hitamkan ruang jawapan yang disediakan di bawah.

1. A B C D 11. A B C D

2. A B C D 12. A B C D

3. A B C D 13. A B C D

4. A B C D 14. A B C D

5. A B C D 15. A B C D

6. A B C D 16. A B C D

7. A B C D 17. A B C D

8. A B C D 18. A B C D

9. A B C D 19. A B C D

10. A B C D 20. A B C D

5
Arahan :
Bahagian B merangkumi tiga soalan. Soalan 1 ialah Sistem Bahasa, Soalan 2 ialah Pemahaman dan Soalan 3 ialah
Novel. Jawab semua soalan.

Bahagian B - Soalan 1
(Sistem Bahasa)

a) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis
jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Cara untuk menunjukkan rasa cintakan negara adalah dengan menjadi warganegara yang baik dan
mematuhi undang-undang.

_________________________________________________________________________________

(ii) Mereka mengagihkan makanan dan berbagai keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat
pemindahan itu.

_________________________________________________________________________________
[2 markah]

b) Dalam dialog di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul
pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin dialog itu semula.

Fikri : Selamat pagi, cik.

Kerani : Selamat pagi. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
Fikri : Saya Fikri bin Abdul Halim. Saya datang untuk menghadiri temuduga bagi jawatan Penolong
Pegawai Tadbir.
Kerani : Sila isi burang ini dahulu. Encik boleh duduk di meja kosong itu sementara saya maaklumkan
kedatangan encik kepada Pengurus Bahagian Sumber Manusia.
Fikri : Baiklah, terima kasih.

(i) ________________________________________________________________________________
(ii) ________________________________________________________________________________
(iii) ________________________________________________________________________________
[3 markah]

6
Bahagian B
[10 markah]

Soalan 2
Baca bahan-bahan di bawah dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Petikan 1 Petikan 2
KUCARI DAMAI DI SINI PADA SEKUNTUM MAWAR
Kucari damai di sini Sehelai kelopakmu gugur
Di tanah subur makmur dan merdeka Adalah titis air mata bonda
Yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi Yang luruh dalam lipatan usia
Membebat perasaan kehidupan
Dengan sejarah persaudaraan Merenung pada malam yang kematian angin
Mengikut naluri kemanusiaan Pada laut yang kematian ombak
Seperti telah menutup
Kucari damai di sini Pintu kehidupan ini
Cinta dan jati diri Menjadi sepi dan lara
Bersemarak dilaman sukma Pada kemusnahan yang tak pernah dipinta
Dengan kasih sayang
Bersemadi naluri Sekuntum mawar
Bukan melontar harum indahmu
Di sini damainya abadi Di hujung lembah tapi mengangkat seri mahkotamu
Moga gemilang sepanjang zaman Ke puncak iman
Menjadi catatan sejarah kebanggaan

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, (Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia)

(i) Berdasarkan petikan 1 dan petikan 2, nyatakan tema yang hendak disampaikan oleh pengarang kepada
pembaca.
_______________________________________________________________________________________

[4 markah]

(ii) Berdasarkan kedua-dua petikan, nyatakan dua nilai yang sama yang terdapat dalam kedua-dua sajak tersebut.
________________________________________________________________________________________

7
(iii) Berdasarkan petikan-petikan tersebut, kemukakan dua pengajaran yang dapat dijadikan teladan dalam
kehidupan seharian.
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
[4 markah]

Bahagian B
[10 markah]

Soalan 3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.

Nilai yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam sesebuah karya digambarkan menerusi peristiwa-peristiwa yang
dilalui oleh watak-watak dalam karya tersebut.

Berdasarkan sebuah novel di atas, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan tiga peristiwa yang sesuai
dengan nilai yang diberikan melalui watak yang telah disenaraikan.

Novel Nilai Watak

•Jalan ke •Ketabahan •Laiman

Puncak

8
________________________________________________________________________________________________

9
Bahagian C
[15 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang faedah-faedah menabung
kepada remaja. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.
Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini mempunyai masa yang amat terhad dengan keluarga terutamanya dengan anak-
anak. Oleh sebab itu, tidak hairanlah rata-rata ibu bapa pada hari ini memanjakan anak-anak remaja mereka dengan
wang ringgit. Walaupun ibu bapanya mempunyai harta yang banyak dan dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa
had, perkara itu bukan alasan bagi remaja untuk bersikap boros dan tidak mengendahkan amalan menabung yang dapat
dijadikan sebagai simpanan masa depan.

Amalan menabung ini juga dapat mendidik golongan remaja agar berjimat cermat tatkala tangan mereka memegang
wang dengan banyak. Selain itu, amalan ini juga dapat mendidik golongan remaja untuk merancang perbelanjaan
dengan bijak. Sikap beringat-ingat semasa senang mampu mengelakkan golongan remaja daripada menghadapi
masalah kewangan. Hal ini dikatakan demikian kerana duit simpanan amat penting terutamanya untuk digunakan pada
masa-masa kecemasan, misalnya untuk menggantikan barang-barang keperluan yang rosak atau hilang terutamanya
bagi remaja yang menuntut di kolej atau tinggal di asrama yang jauh daripada keluarga.

Remaja yang gemar menabung dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit simpanan mereka dapat digunakan
untuk melanjutkan pelajaran. Dengan cara ini, remaja dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung pada ibu bapa. Hal
ini dikatakan demikian kerana kos belajar di institusi pengajian tinggi agak mahal. Sekiranya seseorang itu mempunyai
wang tabungan, mereka dapat mengurangkan beban hutang pendidikan yang terpaksa ditanggung selepas mereka
menamatkan pengajian kelak.

Amalan menabung dalam kalangan remaja dapat membentuk golongan remaja yang berdisiplin dan bermaruah.
Mereka dapat menilai keperluan hidup dengan bijak supaya tidak melepasi batas keperluan sehingga berlaku
pembaziran. Remaja yang terdidik dengan sikap berjimat cermat dan suka menabung pula akan memperoleh pulangan
yang lumayan sekiranya mereka memilih untuk menabung dengan institusi perbankan konvensional yang
mengamalkan kadar faedah tetap ataupun sistem perbankan Islam berdasarkan kaedah perkongsian untung dan
beberapa syarat lain mengikut syariat Islam.

(Dipetik dan diubah suai daripada "Budaya Menabung Masih Rendah"

oleh Mohd. Khairul Mohd. Ali, Utusan Malaysia, 22 April 2015)

10

11

Anda mungkin juga menyukai