Anda di halaman 1dari 16

Nama:…………………………………………………… Tingkatan:………………………

BAHASA MELAYU KERTAS 1

JUN / JULAI
1 jam

SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOH,

Jln. BRP 1/10A, Sungai Buloh, Selangor.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Di RUMAH (PPTdR 2021)
TINGKATAN 1

Arahan:
1. Jawab semua soalan dalam masa 1 jam
2. Apabila waktu menjawab telah tamat, tempoh masa 1 jam lagi diberi kepada pelajar
untuk urusan penghantaran jawapan kepada guru melalui aplikasi whatsapp/ google
classroom/ emel dll (mengikut arahan guru mp)
3. Kertas soalan ini mengandungi tiga (3) Bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan
Bahagian C.
4. Jawab semua soalan Bahagian A dan Bahagian B serta satu (1) soalan daripada
Bahagian C.
5. Jawab soalan Bahagian A dalam Google Form.
6. Tulis jawapan Bahagian B dan C di kertas soalan ini.
_________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………….. …………………………… ………………………………

(NAZARUDIN SAMORI) (PN.ASPALELA BT SELEMAN ) (PN.NORLAYLA BT TAYEB)
Guru Mata Pelajaran Ketua Panitia Penolong Kanan Petang
Bahasa Melayu Bahasa Melayu SMK Bandar Baru Sg. Buloh

1
BAHAGIAN A
[ 20 markah ]
( Masa dicadangkan : 30 minit )
Soalan 1 hingga 6
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat _______________

kerana hujan turun dengan lebatnya.
A. Berteduh C. bermalam
B. Bernaung D. bersembunyi

2. Yang di-Pertuan Agong sedang _________________ dengan Perdana Menteri

di balai penghadapan.
A. bercakap C. bertitah
B. bertutur D. berkenan

3. Kakak menggantikan tali ampaian yang sudah _________________ itu dengan

tali yang baharu.
A. kendur C. longgar
B. lembik D. renggang

4. Penonton yang menyaksikan siaran langsung pertandingan bpla sepak itu tidak
berpuas hati kerana ____________________ asyik tersilap menyebut nama
pemain.
A. juruulas C. jurubahasa
B. juruacara D. jururunding

5. Daniel _____________________ tidak percaya akan berita yang disampaikan

oleh abangnya itu.
A. samar-samar C. betul-betul
B. kabur-kabur D. jelas-jelas

6. Kami berempat tersentak apabila terdengar suara _______________ yang kuat

di hutan itu.
A. seruan C. sahutan
B. jeritan D. kicauan

2
Soalan 7 hingga 8
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
7. I Rombongan pengantin lelaki dijangka sampai pada pukul 12.00 tengah hari.
II Saya tidak sampai hati melihat keadaan mangsa kebakaran itu.
III Jarak rumah Adrina ke rumah Sofea tidak sampai dua kilometer.
IV Sampai hari ini, Zarina masih tidak dapat melupakan peristiwa pahit itu.
A. I dan II sahaja C. II,III, dan IV sahaja
B. I, II, dan IV sahaja D. I, II, III, dan IV

8. I Dia sempat menuturkan beberapa patah kata kepada adiknya sebelum

masuk ke bilik pembedahan.
II Kami mendiamkan diri dan memasang telinga setelah bunyi ranting kayu
patah.
III Sejak kisah kemiskinan mereka ditularkan, rezeki keluarganya tidak pernah
patah.
IV Cita-citanya patah di tengah jalan kerana dia terpaksa bekerja untuk
menyara adik-adiknya setelah ayahnya meninggal dunia.
A. I dan II sahaja C. II, III dan IV sahaja
B. I, II, dan IV sahaja D. I, II, III, dan IV

Soalan 9 hingga 10
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat
yang bercetak tebal.
9. Sungai Buloh telah dicemari sampah yang dibuang oleh orang yang tidak
bertanggungjawab.
A. Pencemaran di Sungai Buloh disebabkan oleh sampah yang dibuang oleh
orang ramai.
B. Orang yang tidak bertanggungjawab telah membuang sampah yang
mencemari Sungai Buloh.
C. Sampah telah menyebabkan Sungai Buloh dicemari oleh orang yang tidak
bertanggungjawab.
D. Sampah yang mengotori Sungai Buloh disebabkan oleh sikap orang yang
tidak bertanggungjawab yang membuang sampah di situ.

10. Didikan agama sejak kecil diakui dapat membentuk peribadi yang baik.
A. Peribadi yang baik terbentuk jika diberi didikan agama sejak kecil.
B. Memang tidak dapat dinafikan bahawa peribadi yang baik dapat dibentuk
melalui didikan agama.

3
C. Seseorang yang mengakui bahawa peribadinya yang baik dibentuk melalui
didikan agama.
D. Pembentukan peribadi yang baik terhadap seseorang telah diperakui oleh
agama masing-masing.

Soalan 11 hingga 12
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A,B, atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
11. Sekembalinya pasukan bola sepak Harimau Malaya ke tanah air, mereka telah
diberi sambutan yang teramat meriah sekali.
A. betul meriah
B. meriah agak
C. meriah sekali
D. teramat meriah sekali

12. Aizat telah pulang ke tanah air sejak dari seminggu yang lalu.
A. Daripada seminggu yang lalu
B. Sejak seminggu yang lalu
C. Pada seminggu yang lalu
D. Sejak dari seminggu yang lalu
Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
13. Kita harus banyak membaca surat khabar untuk meluaskan pengetahuan
tentang isu semasa. Jika tidak, kita dikatakan
A. Seperti ulat lupa akan daun.
B. Seperti tikus membaiki labu.
C. Seperti kerbau dicucuk hidung.
D. Seperti katak di bawah tempurung.

4
Soalan 14 hingga 17
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

“Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?”

Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah
lama-lama. Ingin meneka apa-apa yang tersirat di sebalik perkataan “besar” itu.
“Saya tak mampu, cikgu. Saya belajar buat hadiah ini pun kerana saya tak
mampu membeli dengan wang, cikgu. Gaji bapa saya kecil sahaja.Emak taka da gaji
tetap.”Lurus luahan rasa Azizah. Cikgu Azizah memaut bahu kanan Azizah.
“Profesor Azizah, cikgu yakin kamu boleh beri hadiah yang lebih besar maknanya
kerana kamu memang layak, rajin dan kuat berusaha. Hanya orang yang bersikap
seperti Profesor Azizahlah yang akan memberikan kepuasan kepada cikgu. Tolong,
ya?” Dengan bersungguh-sungguh meletakkan Borang Pertandingan Kraftangan
Peringkat Daerah di tangan kanan Azizah. Ceraian B khusus untuk Azizah, iaitu
menghasilkan dua puluh karya anyaman dengan menggunakan bahan semula jadi.
Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai murid yang serba
boleh, Cuma sifat rendah diri dalam diri Azizah itu terlalu tebal.
“Cikgu berbangga kalau Azizah menang tapi kalau Azizah tarik diri … bermakna
Azizah kalah. Yang paling penting, kita sertai peraduan ini kerana peraduan ini
menguji daya usaha dan kreativiti kita.”

(Dipetik daripada cerpen Hadiah oleh Tie Camar,

Antologi kuingin Berterima Kasih,Tingkatan 1,Dewan Bahasa dan Pustaka)

“Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja.”

14.Unsur gaya bahasa yang digunakan pada perkataan yang bergaris di atas ialah
A. Simile C. Sinkope
B. Hiperbola D. Metafora

15. Berdasarkan petikan cerpen, menunjukkan Azizah hidup susah, kecuali

A. Bapa Azizah bergaji kecil.
B. Emak Azizah tidak mempunyai gaji.
C. Azizah tidak mempunyai wang untuk membeli hadiah buat guru
kesayangannya.

5
D. Keluarga Azizah terpaksa makan sekali sehari sahaja.
16. Nilai murni yang manakah terdapat dalam petikan cerpen di atas ?
A. Rasional C. Keadilan
B. Baik hati D. Kegigihan

17. Berikut merupakan sebab kita tidak boleh berputus asa, kecuali
A. Menjadikan kita malas berusaha.
B. Tidak akan menjadikan diri kita lebih baik.
C. Kejayaan yang lebih baik tidak akan tercapai dalam kehidupan.
D. Akan dipandang hina oleh masyarakat.

Soalan 18 hingga 20
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KUINGIN BERTERIMA KASIH

Sesekali kuingin berterima kasih Sesekali kuingin laungkan kagum

kepadamu hujan sebagai tetamu kepadamu pejuang negara
jiwa pun menjadi dingin kerana tanganmu pernah berdarah
api amarah pun terpadam. darah kesetian seorang warga
kepada watan tercintanya.
Sesekali kuingin menyemai budi
kepadamu tanah yang hidup Sesekali kuingin pula menjadi bunga
kerana perutmu setia menghamilkan menebarkan keharuman
rezeki buat petani. di taman-taman keresahan hidup
menyerahkan keinsafan
Sesekali kuingin berbisik kepadamu kepada keangkuhan perang.
ikan-ikan yang riang
liar di belantara samudera Alangkah indahnya dunia
kerana sudi membebaskan derita andai semua merenung
nelayan tua di pondoknya. kekosongan hidup ini.

(Dipetik daripada antologi

Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

18. Yang berikut merupakan imej alam yang terdapat dalam sajak ini, kecuali
A. Nelayan C. Tanah
B. Hujan D. Laut

6
19. Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak “Kuingin Berterima
Kasih ?
A. Kita haruslah sayang akan laut kerana laut dapat memberikan kita
kebahagiaan.
B. Kita haruslah bersyukur terhadap anugerah daripada Tuhan.
C. Kita perlulah bersabar dalam menghadapi dugaan ketika mencari rezeki.
D. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mencari rezeki.

20. Berdasarkan keseluruhan sajak “Kuingin Berterima Kasih ”, dapat disimpulkan

bahawa sajak ini bertemakan…
A. Berterima kasih kepada para nelayan kerana telah memberikan rezeki
kepada manusia.
B. Memberikan sokongan dan bantuan kepada perajurit yang mempertahankan
negara.
C. Bersikap sabar ketika berhadapan dengan ujian Tuhan.
D. Menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia.

BAHAGIAN B
[ 25 markah ]
[ Masa dicadangkan 45 minit ]

Soalan 1a - Kesalahan ejaan.

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Puan Shahida pernah menjadi peramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia
suatu masa dahulu.
________________________________________________

(ii) Pihak kerajaan turut menggalakkan penggunaan teknoloji dalam penorehan

pokok getah.
________________________________________________

(iii) Kami akan menyertai ekpedisi berbasikal ke Pantai Morib pada minggu
hadapan.
________________________________________________

7
(iv) Seseorang yang ingin melancong ke luar Negara haruslah memiliki paspot
perjalanan antarabangsa yang sah.
________________________________________________

(v) Beberapa tempat di Lembah Klang telah mengalami gangguan bekalan letrik
pada tengah malam semalam.
________________________________________________
[ 5 markah ]

Soalan 1b – Kesalahan Bahasa.

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
(i) Negara kita mempunyai saintis yang terbaik sekali di dunia.
_____________________________________

(ii) Bersama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik.

_____________________________________

(iii) Murid lelaki yang sedang berdiri itu adalah kapten pasukan bola sepak
sekolah Iqbal.
_____________________________________

(iv) Kebanyakan para pelanggan sangat berpuas hati dengan kelazatan

makanan di Restoran Kassim.
_____________________________________

(v) Suasana di kawasan pergunungan sangat menenangkan jiwa terutamanya

di waktu pagi.
_____________________________________

[ 5 markah ]

8
Soalan 2 – Pemahaman Teks
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap.
Bahan 1

Tiba-tiba dia terdengar Oren mengiau-ngiau di luar pintu rumah. Dia lantas bangun menuju
ke muka pintu lalu membukanya. Di hadapannya kelihatan Oren dengan raut wajahnya yang
sayu. Dia membongkokkan dirinya untuk mengangkat Oren.
“Ke manakah engkau pergi, Oren?” soalnya sambil mengusap-usap belakang
kucingnya itu.Dia kehairanan kerana bulu Oren terjaga bersih walaupun telah beberapa hari
kucing itu tidak pulang ke rumah seolah-olah ada orang yang membersihkannya.
Kemudian, dia membawa Oren ke dapur. Dia mengambil susu dari peti sejuk dan
disuanya kepada Oren, namun Oren hanya membiarkan susu itu. Dengan manjanya Oren
kembali kepadanya sambil menggeselkan badan di kakinya. Selepas itu dia kembali
mendukung Oren. Oren memandangnya dengan lembut. Lantas dia mencium pipi Oren.
Perbuatannya itu tidak pernah dilakukannya sebelum ini walaupun kepada Kelabu.
“Mengapa, Oren?” Dia tidak tahu akan sebabnya dia menanyakan soalan itu tetapi
dia dapat merasakan perasaanya yang sayu setiap kali mata Oren dan matanya bertemu. Dia
cuba menepis perasaan sayu dan bersalah kerana mengabaikan Oren setelah kehadiran
Kelabu.
Dia membawa Oren ke ruang tamu rumahnya semula. Sambil duduk di sofa dia
membelai-belai Oren dengan manja. Dia mencuba untuk berbual-bual dengan Oren, iaitu
perbuatan yang jarang-jarang dilakukanya. Oren membalasnya dengan mengiau-ngiau.

Dipetik daripada cerpen Oren, antalogi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahan 2

“Nek masih pelihara angsa putih itu?” tanya Sufian.

“Ya, Pian, angsa inilah yang menjadi peneman nenek selama ini.” Ujar Nenek
Siah.
Sufian teringat kembali peristiwa tiga tahun yang lalu. Setiap kali pulang ke
kampung pasti ada sesuatu yang mengganggu keseronokan Sufian menjelajah
kampung neneknya itu. Peristiwa dia berlari pantas seperti kilat semasa diserang oleh
angsa nenek terasa lucu sekali. Wajahnya ketika itu pucat seperti mayat. Amir dan
Yusof yang kurus macam lidi pasti tidak mahu bertandang ke rumah nenek lagi jika
angsa kesayangan nenek itu berkeliaran di halaman rumah. Rancangannya untuk
bermain perang-perang pasti terganggu. Pernah juga Sufian menyuruh Nenek Siah
menjual angsa itu, tetapi nenek enggan.
Ternyata angsa putih yang garang itu turut berjasa kepada nenek. Bunyi

9
bising tiga ekor angsa pada subuh hari telah mengejutkan kami yang sedang diulit
mimpi. Rupa-rupanya, seorang pencuri yang dikejar angsa nenek Berjaya ditangkap
ole Pak Long Man, jiran nenek. Kini, baru Sufian tahu sebab nenek tidak mahu
menjual angsanya dan tetap memelihara tiga ekor angsa itu dengan baik. Nenek
selalu memberi angsa-angsa itu makan. Rasa kasihnya juga tumpah kepada angsa
nenek. Besar sungguh jasa angsa putih nenek!

Dipetik dan diubah suai daripada Angsa Putih Nenek.

Halaman 21, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1

(i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan keistimewaan memelihara

haiwan kesayangan.
______________________________________________________________

[ 3 markah ]

(ii) Berdasarkan kedua-dua petikan, nyatakan persamaan watak “dia” dan Nenek
Siah.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
[ 3 markah ]

(iii) Kita dituntut agar tidak mengabaikan haiwan peliharaan, sebaliknya

mengasihi dan menyayangi haiwan peliharaan.
Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab kita tidak boleh mengabaikan
tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan ?

10
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
[ 4 markah ]

Soalan 3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 1.
(i) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini
(ii) Sejambak Bakti karya Rejab F.I
(iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
(iv) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
Kewujudan pelbagai watak merupakan aspek penting dalam sesebuah karya sastera.

Watak
Firdaus Azlina Johari

Berdasarkan novel Destinasi Impian, pilih satu watak yang diberikan di atas dan
jelaskan perwatakan bagi watak yang telah anda pilih.
______________________________________________________________________

11

[ 10
markah ]

BAHAGIAN C
[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan : 15 minit ]
Jawab satu soalan sahaja sama ada ringkasan (i) atau ulasan (ii).

(i) Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
sebuah ringkasan tentang faedah berjimat cermat. Panjangnya ringkasan
anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat anda tanpa mengubah maksud asal petikan.

12
Kebanyakan daripada kita telah disarankan agar berjimat cermat sejak kecil
lagi. Kita perlu berjimat cermat sama ada dalam perbelanjaan seharian, ketika
menggunakan air dan elaktrik, dan sebagainya. Berjimat membawa maksud berhemat
atau berhati-hati ketika menggunakan sesuatu. Sebenarnya, konsep jimat tidak hanya
berkaitan dengan wang. Jimat merangkumi aspek masa dan tenaga. Misalnya, untuk
menjimatkan masa dan tenaga, kita memilih untuk berbasikal ke sekolah. Contoh lain
ialah kita menelefon kawan lebih dahulu untuk memastikan dia ada di rumah apabila
kita berkunjung ke rumahnya.
Tujuan berjimat adalah supaya kita tidak melakukan sesuatu dengan sia-sia.
Misalnya, kita perlu berjimat menggunakan wang. Caranya, adalah dengan membeli
barangan yang perlu sahaja. Hal ini untuk mengelakkan kita membazirkan wang begitu
sahaja. Berjimat ketika berbelanja membolehkan kita menyimpan wang. Wang tersebut
dapat digunakan pada saat-saat kecemasan. Malah, ibu bapa dapat merancang masa
depan anak-anak mereka dalam pelajaran dengan mengamalkan tabiat berjimat cermat
dari awal. Selain itu, sikap berjimat cermat dapat mengelakkan kita daripada tabiat
suka berhutang.
Amalan berjimat cermat dapat juga menjadikan kita lebih berdisiplin dalam
melakukan sesuatu. Orang yang berjimat dalam menggunakan masa, tidak akan
membiarkan dirimereka lalai tanpa membuat sesuatu yang berfaedah. Peribahasa “
masa itu emas” akan menjadi pendorong kepada golongan ini agar menggunakan
masa dengan sebaik-baik mungkin. Bagi pelajar, mereka perlu mengisi masa terluang
dengan mengulang kaji pelajaran.
Kesimpulannya, amalan berjimat cermat bukanlah sesuatu yang mustahil untuk
dilakukan. Perkara yang perlu diberikan perhatian ialah membuat perancangan
sebelum memulakan sesuatu. Dalam hal ini, kita perlu menanamkan dalam minda
bahawa amalan berjimat cermat pasti akan membawa kebaikan kepada diri.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Utusan Pengguna,

Julai 2018.)

13

14
(ii) Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

15

[ 15
markah ]

--- KERTAS SOALAN TAMAT ---

16

Anda mungkin juga menyukai