Anda di halaman 1dari 7

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017 BAHASA MALAYSIA TINGKATAN TIGA 1/7

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017


BAHASA MALAYSIA
TINGKATAN TIGA
NAMA: __________________________ ( ) TARIKH: 2 OKTOBER 2017
TINGKATAN TIGA: ___________________ MASA: 7:50 – 9:20 Pagi

ARAHAN:
1. Anda dikehendaki menjawab semua soalan.
2. Bagi setiap soalan, pilih jawapan yang betul atau yang paling tepat.
3. Kemudian, hitamkan ruang berkenaan pada kertas jawapan ‘O’ (kad komputer).
4. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 30 minit.

SOALAN 1 HINGGA SOALAN 5


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Kajang untuk menghadiri majlis perkahwinan
anak Pak Long Jaafar. Kami sampai sejurus majlis tersebut dilangsungkan. Setibanya kami di sana, kami
disambut oleh Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah. Saya lihat ramai orang kampung yang sibuk bergotong-
royong di rumah Pak Long. Ada yang sedang memasang khemah, membuat pelamin dan ada juga yang
menyediakan bahan untuk memasak lauk-pauk di penanggah.

Ibu mengajak aku ke ruang dapur. Kami turut membantu mengupas bawang dan ubi kentang.
Suasana riuh-rendah. Ayah dan abang pula membantu menyiang ayam. Aku lihat abang nyaris-nyaris
muntah kerana tidak tertahan dengan bau hanyir ayam.

Upacara pernikahan dilangsungkan pada sebelah malam. Selesai sahaja majlis akad nikah, majlis
berinai diadakan. Para tetamu pula dijemput makan di khemah yang telah disediakan. Keesokan harinya,
majlis persandingan diadakan pada pukul 2.00 petang. Pengantin diarak dengan bunga manggar serta paluan
kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai duduk di atas pelamin.

“Cantik sungguh Kak Sarah,” bisikku kepada emak. Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah dijemput
menepung tawar pengantin diikuti kaum keluarga terdekat. Tetamu yang menepung tawar pengantin
dihadiahkan sekuntum bunga telur. Selesai sahaja upacara menepung tawar, pengantin dan para tetamu
makan di khemah yang telah disediakan.

Selepas selesai makan, tetamu beransur pulang. Kami sekeluarga juga ingin pulang awal kerana
abang akan menduduki peperiksaan SPM pada pukul 8.00 pagi esok. Sebelum pulang, Pak Long Jaafar
sempat mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Mak
Long Kiah pula menghulurkan bungkusan yang berisi nasi dan lauk-pauk sebagai buah tangan untuk kami

1. Bilakah majlis persandingan anak Pak Long Jaafar diadakan ?


A. Hari Jumaat B. Hari Sabtu
C. Hari Ahad D. Hari Isnin

2. Apakah hubungan antara penulis dengan Sarah ?


A. Adik-beradik B. Sepupu
C. Besan D. Anak Saudara
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017 BAHASA MALAYSIA TINGKATAN TIGA 2/7

3. Perkara berikut diadakan semasa hari persandingan, kecuali


A. menepung tawar B. berarak
C. bersanding D. akad nikah

4. Mengapakah abang penulis nyaris-nyaris muntah ?


A. kerana tidak tahan bau hanyir ayam.
B. kerana ayam sudah berbau busuk.
C. kerana tidak tahan melihat darah ayam.
D. kerana ayam yang disiangi terlalu banyak.

5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan di atas.


A. Penulis dan keluarganya tinggal di Kajang.
B. Tetamu yang menepung tawar pengantin dihadiahkan sekuntum bunga.
C. Penulis akan menduduki peperiksaan SPM pada pukul 8.00 pagi esok.
D. Mak Long Kiah memberikan bungkusan yang berisi nasi dan lauk-pauk kepada penulis dan keluarganya.

SOALAN 6 HINGGA SOALAN 10


Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Syair Buat Guruku

Dalam kegelapan kaujalan kebenaran,


dalam kejahilan kaupupuk keilmuan.
dalam kesilapan kautunjuk pembetulan,
dalam kegagalan kautanam kejayaaan.

Sifat penyayang tanda keperibadian,


sifat tabah penuh kesabaran,
sifat dedikasi penuh ketekunan,
sifat tegas penuh keadilan.

Hari ini kuucapkan kesyukuran,


hari ini kuluahkan penghargaan,
hari ini bunga kusematkan,
hari ini Selamat Hari Guru, kuucapkan.

(Lydia Chong)

6. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan rima akhir rangkap pertama?
A. a-b-a-b B. a-a-a-a
C. a-a-b-b D. a-b-b-a

7. Jelaskan maksud perkataan ‘dedikasi’ (baris 7) yang terdapat dalam petikan.


A. galakan B. pengorbanan
C. pengorbanan D. penyerahan

8. Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada rangkap ketiga Syair Buat Guruku?
A. Kita harus menghormati guru kita.
B. Kita perlu berterima kasih atas jasa guru.
C. Kita harus memberikan hadiah kepada guru.
D. Kita mesti mematuhi nasihat yang diberikan oleh guru.
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017 BAHASA MALAYSIA TINGKATAN TIGA 3/7

9. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sifat keperibadian yang perlu ada pada seorang guru?
A. panas baran B. keras kepala
C. ketidakadilan D. bertanggungjawab

10. Antara yang berikut, yang manakah bukan cara membalas jasa guru?
A. mematuhi pesanan dan nasihat guru
B. memberi ucapan penghargaan kepada guru
C. menghadiahi guru cenderamata yang bernilai tinggi
D. menumpukan perhatian di dalam kelas ketika guru mengajar

SOALAN 11 HINGGA SOALAN 25


Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling tepat.

11. Pegawai sukan itu meminta para peserta berkumpul di tempat permulaan. _____________ mengarahkan
____________ berbaris dalam tiga barisan.
A. Dia … awak B. Beliau … mereka C. Dia … kalian D. Baginda … kami

12. Penduduk kampung yang berpendapatan RM 1000 ke bawah akan mendapat bantuan ___________
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
A. daripada B. di C. dari D. dengan

13. Perkara itu _____________ dalam penelitian pihak atasan dan belum memperoleh apa-apa keputusan
lagi.
A. belum B. telah C. masih D. sedang

14. Beberapa ______________ darah yang kelihatan di atas cadar itu dipercayai dimiliki oleh mangsa
pembunuhan itu.
A. ulas B. butir C. cucuk D. tompok

15. Anak lelaki Encik Robert kelihatan ____________ sekali dengan pakaian pengantinnya.
A. ayu B. segak C. manis D. manja

16. Adik Raihan teruja apabila ternampak beberapa ekor ________________ mengeluarkan cahaya di celah-
celah daun.
A. kekuda B. tetikus C. gegendang D. kekunang

17. Pakar perubatan itu ________________ menemukan penawar penyakit misteri yang dihidapi oleh
Sofian.
A. masih belum B. harus sudah C. sudah hendak D. mesti sudah

18. Banyak peminat yang ________________ akan Michael Jackson kerana persembahannya yang menarik
dan memukau para penonton.
A. terhuyung-huyung B. tergoyang-goyang C. teresak-esak D. tergila-gila

19. Seorang ________ yang tidak mahu dikenali telah mendermakan wang sebanyak RM50,000 kepada
budak lelaki yang menghidapi penyakit jantung berlubang.
A. hartawan B. sasterawan C. sukarelawan D. ilmuwan

20. Perjalanan dengan menaiki perahu menjadi semakin lambat kerana terpaksa ______________ arus.
A. mengikut B. menongkah C. meredah D. mengekori
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017 BAHASA MALAYSIA TINGKATAN TIGA 4/7

21. “_______________ engkau menuduh aku melakukan perbuatan khianat itu,” kata Pak Malim kepada
Mahat.
A. Terucap B. Terlucut C. Terkata D. Tergamak

22. Pelbagai usaha sedang dirancang dan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mengembalikan
_________________ ekonomi negara.
A. kehebatan B. keutuhan C. kesempurnaan D. kekuatan

23. Encik Manian berasa serba salah bagai _________________ apabila hendak menghentikan beberapa
orang pekerjanya yaang merupakan saudara terdekatnya.
A. bertih digoreng B. kera kena belacan
C. hati hendak semua jadi D. anjing tersepit di pagar

24. Penerima rasuah itu _______________ kerana sikap tamaknya akhirnya dia telah ditangkap oleh pihak
berkuasa.
A. bagai bulan dipagar bintang
B. seperti kera mendapat bunga
C. seperti anjing menggonggong tulang
D. diam-diam ubi berisi

25. Antara yang berikut, yang manakah bukan ayat suruhan?


A. Engkau berangkatlah sekarang juga.
B. Pujuklah bayi yang sedang menangis itu.
C. Tak usahlah kamu mengenang peristiwa itu.
D. Jaga barang-barang berharga ini dengan baik.

SOALAN 26 HINGGA SOALAN 30


Isi tempat kosong yang bernombor dalam petikan di bawah ini dengan perkataan yang paling tepat.

Setiap hari pasti ada alat baharu yang ________________ (26) untuk memudahkan manusia di
seluruh dunia untuk berkomunikasi. Salah satu alat telekomunikasi yang ________________ (27) ialah
telefon bimbit. Dalam negara kita, penggunaan telefon bimbit amat popular. Hampir setiap rakyat pernah
melihat ataupun menggunakan dan _____________ (28) telefon bimbit. Mereka mengganggap telefon
bimbit sebagai satu keperluan pada zaman moden. Tekologi telefon bimbit juga semakin
________________ (29). Pada peringkat awal, telefon bimbit digunakan untuk menghubungi orang lain.
Namun, pada masa sekarang terdapat pelbagai _________________ (30) pada sebuah telefon bimbit.
Telefon bimbit pada hari ini digunakan untuk menghantar mesej, mengambil gambar atau video, melayari
internet, mendengar lagu serta menonton video.

26. A. cipta B. mencipta C. ciptaan D. dicipta


27. A. kenal B. berkenalan C. terkenal D. dikenali
28. A. milik B. memiliki C. pemilik D. pemilikan
29. A. berkembang B. mengembang C. perkembangan D. mengembangkan
30. A. berguna B. pengguna C. menggunakan D. kegunaan
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017 BAHASA MALAYSIA TINGKATAN TIGA 5/7

SOALAN 31 HINGGA SOALAN 38


Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat tu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan
dalam ayat berkenaan.

31. Dia menyesal kerana selama ini dia tidak pernah mengindahkan nasihat ibunya. Tiada kesalahan
A B C D

32. Belakangan ini, masalah penganggur di kalangan siswazah menjadi satu isu yang hangat dibincangkan
A B
oleh segenap lapisan masyarakat. Tiada kesalahan
C D

33. Kecelakaan jalan raya sering berlaku akibat kegagalan pemandu mengawal kenderaan kerana leka
A B
berbual-bual dengan menggunakan telefon selular. Tiada kesalahan
C D

34. Kita mestilah memahami isi kandungan surat perjanjian terlebih dahulu sebelum menanda tangani surat
A B
perjanjian itu. Tiada kesalahan
C D

35. Pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa terhadap kes kes jenayah itu oleh kerana mereka kekurangan
A B C
bukti yang kukuh. Tiada kesalahan
D

36. Pelancong asing tertarik oleh kepelbagaian jenis kuih-muih untuk juadah berbuka puasa yang dijual di
A B C
Pasar Ramadan Bandar Tun Razak. Tiada kesalahan
D

37. Setelah nama Gina Wong dipanggil, dia timbul untuk menyampaikan syarahannya di pentas dewan.
A B C
Tiada kesalahan
D

38. Walaupun kempen antimerokok telah lama dilaksanakan dan masih banyak rakyat Malaysia yang
A B C
merokok. Tiada kesalahan
D

SOALAN 39 HINGGA SOALAN 42


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan yang dicetak tebal dengan betul dan pastikan anda
memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

39. I. Bas ekspres dua tibgkat yang baru diimport dari negara Jepun bergerak dengan melancarkan.
II. Kereta itu melancarkan dengan lajunya meninggalkan padang pasir di Gurun Sahara.
III. Korea Utara akan melancarkan peluru berpandu nuklear yang canggih pada tahun depan.
IV. Penggunaan suku kata dapat melancarkan sebutan kosa kata dalam bahasa Malaysia.

A. I, II B. I, IV C. II, III D. III, IV


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017 BAHASA MALAYSIA TINGKATAN TIGA 6/7

40. I. Kenaikan harga barang-barang keperluan secara mendadak itu menyusahkan orang ramai..
II. Motosikal merupakan kenaikan yang utama bagi penduduk di Kampung Daik Rotan.
III. Pekerja yang rajin itu telah mendapat kenaikan pangkat pada minggu yang lalu.
IV. Yis digunakan sebagai bahan kenaikan untuk membuat pau dan roti.

A. I, II, III B. I, II, IV C. I, III, IV D. II, III, IV

41. I. Sehelai kain batik lusuh terhampar di atas almari di dalam bilik itu.
II. Budak perempuan yang dikhuatiri lemas itu dijumpai terhampar di tepi pantai.
III. Pak Megat hanya terhampar di atas katil sejak diserang penyakit kanser peparu.
IV. Hanya sebidang permaidani buatan Perancis terhampar di ruang tamu rumah Zakiah.

A. I, II B. I, IV C. II, III D. III, IV

42. I. Angin yang bertiup dari arah gunung itu segar nyaman.
II. Badan kita akan bertambah segar jika kita banyak bersenam.
III. Selera Kamala senakin baik apabila masakan ibunya bertambah segar.
IV. Walaupun peristiwa hitam itu sudah setahun berlalu namun peristiwa itu masih segar dalam
ingatannya.

A. I, II, III B. I, II, IV C. I, III, IV D. II, III, IV

SOALAN 43 HINGGA SOALAN 46


Sebahagian daripada ayat yang dicetak tebal mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau
mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa penggunaan bahasa pada bahagian yang dicetak tebal
itu salah dan perlu diubah, tandakan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan, tandakan D.

43. Marissa menukarkan dengan langsir dengan yang baharu sebelum Tahun Baharu Cina.
A. bertukar dengan langsir dengan yang baharu
B. menukari langsir dengan yang baharu
C. menukarkan langsir dengan yang baharu
D. menukarkan dengan langsir dengan yang baharu

44. Untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh, anggota tentera sentiasa bersiap sedia.
A. pertahankan negara dari serangan
B. mempertahankan negara dari serangan
C. dipertahankan negara daripada serangan
D. mempertahankan negara daripada serangan

45. Mereka menjalin akan persahabatan itu untuk mengeratkan tali silaturahim.
A. menjalin persahabatan
B. jalin akan persahabatan
C. menjalinkan persahabatan
D. menjalin akan persahabatan

46. Gaya penyampaian pemberita itu memukau penonton untuk mendengar berita yang dia sampaikan.
A. untuk mendengar berita yang dia sampaikannya
B. mendengar berita yang dia sampaikan
C. untuk mendengar berita yang disampaikannya.
D. untuk mendengar berita yang dia sampaikan
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017 BAHASA MALAYSIA TINGKATAN TIGA 7/7

SOALAN 47 HINGGA SOALAN 50


Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling
sesuai.

47. I. “Jangan gunakan pinggan mangkuk yang patah ini,” kata Puan Tan kepada Lee Ping.
II. Longkang itu berbau busuk kerana kebanyakan penduduk membuang sisa makanan ke situ.
III. Beberapa buah pintu rumah batu bergegar akibat gempa bumi yang berlaku di daerah itu.
IV. Pengemis itu mundar-mandir di kaki lima Kopitiam Heng setiap hari kerana dia mengharapkan
makanan dripada orang ramai

A. I, II, III B. I, II, IV C. I, III, IV D. II, III, IV

48. I. Suaranya yang kuat itu dapat didengar oleh jiran tetangga.
II. Pokok kelapa yang condong itu telah ditebang oleh Pak Hamid
III. Encik Alan meneliti syarat-syarat kontrak projek jambatan itu di pejabatnya.
IV. Sejak sakit tenat selama beberapa minggu, wajah Katty kelihatan terpucat sekali.

A. I, IV B. II, III C. I,II, III D. II, III, IV

49. I. “Beta mahu rakyat bersikap taat setia kepada negeri ini,” titah Sultan Mahmud Syah.
II. Kelima anak Encik Mohan telah berjaya menjadi usahawan telefon pintar di negara Sudan.
III. Pantai Barat Sabah lebih maju daripada Pantai Timur Sabah kerana terdapat kepelbagaian
ekonomi.
IV. “Usah kamu bersaing dengan adikmu dalam acara lompat tinggi kerana dia lebih cekap ,” kata
Cikgu Ng kepada Chee Haw.

A. I, II, III B. I, II, IV C. I, III, IV D. II, III, IV

50. I. Semalam dias menziarahi rakannya di hospital yang sakit.


II. Pemandu yang mabuk itu kerana ditahan ditahan oleh pihak polis.
III. Sekali-sekala ada juga saya menerima surat daripadanya.
IV. Keputusan peperiksaan akan diumumkan pada esok hari.

A. I, II B. II, IV C. III, IV D. I, II, III

Anda mungkin juga menyukai