Anda di halaman 1dari 11

[ SULIT ]

SJK ( C ) PEI HWA JB BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 5 PENILAIAN 2


Nama Kelas : __________________ ( :5( ) ) Markah Tarikh T/tangan Ibu Bapa : ________ % : __ /5/2012 : ___________
MASA : 50 Minit

KERTAS 1

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Jawab semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat. Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 - 20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 "_______________ akan bertolak ke Melaka sekarang," kata Encik Razif kepada keluarganya. A. Kita B. Kami C. Kalian D. Mereka

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

Rantau Abang terkenal sebagai tempat pendaratan ___________. A. ikan B. unta C. penyu D. kura-kura

Azlinawatty Binti Daraman / Bahasa Melayu K1 / Tahun 5 / Mei / Muka Surat 1

[ SULIT ] 3 Murid-murid merujuki ____________ untuk mencari maksud perkataan yang tidak faham. A. buku B. kitab C. kamus D. majalah Ceramah itu dianjurkan oleh mahasiswa dari _____________________. A. Media Prima B. Universiti Malaya C. Sekolah Kebangsaan Perling D. Jabatan Pelajaran Johor

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

Pak Mail ______________ dua baldi air untuk menyiram sayur-sayuran tanamannya. A. memikul B. menjinjing C. mengandar D. menjunjung Aiman seorang yang ____________. Dia selalu membantu rakannya dalam pelajaran. A. awal B. pintar C. lincah D. cepat Durian tidak disukai oleh __________________ orang. A. setengah B. sebahagian C. setengah-setengah D. bahagian-bahagian

Azlinawatty Binti Daraman / Bahasa Melayu K1 / Tahun 5 / Mei / Muka Surat 1

[ SULIT ] 8 Sejak sakit sebulan yang lalu, badan Fahmi _______________________. A. kurus seperti lidi B. bulat seperti bola C. keras seperti batu D. gagah seperti gergasi

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

Ayah tinggal di wad hospital _________________ menghidap demam denggi. A. jika B. serta C. kerana D. hingga Chin kehilangan wang belanja sekolahnya. ________________, dia tidak pergi ke kantin pada hari ini. A. Namun begitu B. Sementara itu C. Di samping itu D. Oleh sebab itu

10

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11

Layang-layang itu tersangkut __________ dahan pokok. A. di B. pada C. akan D. sampai

Azlinawatty Binti Daraman / Bahasa Melayu K1 / Tahun 5 / Mei / Muka Surat 1

[ SULIT ] 12 Aina, ___________ ambilkan ayah surat khabar itu. A. sila B. jemput C. jangan D. tolong

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13

" ___________, sakitnya perutku ini!" kata Mei Ling. A. Wah B. Aduh C. Amboi D. Aduhai

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14

Salim berjalan ___________________ kerana kepalanya pening. A. terjengket-jengket B. terhuyung-hayang C. tersengguk-sengguk D. terbongkok-bongkok Suhaimi _________________ perbuatan nakalnya itu. A. menyukai B. menyesali C. mengagumi D. menghargai

15

Azlinawatty Binti Daraman / Bahasa Melayu K1 / Tahun 5 / Mei / Muka Surat 1

[ SULIT ] 16 Makanan yang mengandungi bahan _____________ tidak baik untuk kesihatan. A. pelali B. penapis C. penahan D. pengawet Budak nakal membaling seketul batu _________ arah burung yang hinggap _______ atas dahan pokok. A. ke ... di B. ke ... pada C. kepada ... di D. ke ... kepada

17

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18

Se ____________ sotong yang dijual oleh Pak Kim berharga RM 5.00. A. ikat B. gugus C. tompok D. longgok Walaupun Dewi hanya _________________, namun dia amat disayangi oleh keluarga Encik Raju. A. anak emas B. anak dara C. anak angkat D. anak patung Abang sedang menyisik lidi kelapa untuk membuat penyapu lidi. Perkataan seerti bagi menyisik ialah A. meraut B. membelah C. memotong D. menggesek

19

20

Azlinawatty Binti Daraman / Bahasa Melayu K1 / Tahun 5 / Mei / Muka Surat 1

[ SULIT ] 21 "Kumari sudah pengsan ketika saya menjumpainya pagi tadi," kata ibunya kepada kami. Perkataan berlawanan bagi pengsan ialah A. jaga B. ingat C. sedar D. bangun Soalan 22 - 23 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 22 I II III IV A. B. C. D. 23 I II III IV A. B. C. D. Rambut bayi itu sangat jarang sehingga nampak kulit kepalanya. "Jarang air untuk membuat teh," pesan Puan Maya kepada pembantu rumahnya. Mereka memasang jarang untuk bermain badminton. Kami jarang pulang ke rumah nenek kerana ayah sibuk dengan kerjanya. I dan IV I dan III I, II dan IV I, III dan IV Sejak pulang daripada berkursus, dia kelihatan tajam sahaja. Pisau toreh yang baru diasah oleh Pak Mail itu sungguh tajam. Pemuda yang melakukan pembunuhan tajam telah diberkas polis. Murid yang tajam akal itu dapat menjawab soalan kuiz dengan tepat. I dan IV I dan III II dan IV III dan IV

24

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Apakah rahsia kejayaan pasukan bola sepak sekolah itu? A. Pasukan bola sepak sekolah itu cekap untuk menjaringkan gol. B. Pemain-pemainnya seronok bermain di hadapan penyokong mereka. C. Pasukan bola sepak sekolah itu mempunyai penyokong yang banyak. D. Pemain-pemainnya mempunyai semangat juang ingin menang yang tinggi.

Azlinawatty Binti Daraman / Bahasa Melayu K1 / Tahun 5 / Mei / Muka Surat 1

[ SULIT ] 25 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Brian pergi ke hospital untuk melawat jirannya yang dirawat akibat kemalangan. A. Apakah tujuan Brian pergi ke hospital? B. Apakah tujuan jiran Brian pergi ke hospital? C. Bagaimanakah Brian melawat jirannya di hospital? D. Berapa kalikah Brian telah melawat jirannya di hospital?

Soalan 26 - 27 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 26 Rakyat dinasihati agar bersatu padu demi mengekalkan keharmonian. A. Bersatu padulah wahai rakyat demi keharmonian. B. Keharmonian akan dinikmati jika rakyat bersatu padu. C. Untuk mengekalkan keharmonian, rakyat diseru agar bersatu padu. D. Rakyat yang mahu mengekalkan keharmonian harus bersama padu. Cikgu Mazlan menyuruh murid-muridnya menyiapkan latihan karangan itu sebelum hari Isnin. A. Kata Cikgu Mazlan, "Latihan karangan akan cikgu berikan sebelum hari Isnin." B. Kata Cikgu Mazlan, "Murid-murid siapkan latihan karangan ini pada hari Isnin." C. Kata Cikgu Mazlan, "Latihan karangan murid-murid sudah disiapkan hari Isnin ." D. Kata Cikgu Mazlan, "Murid-murid, siapkan latihan karangan ini sebelum hari Isnin."

27

Soalan 28 - 30 Pilih ayat yang betul. 28 A. B. C. D. Azrul gemar makan goreng ayam. Kami belum pernah berkunjung ke Zoo Negara. Encik Tan tidak membenarkan anak untuk menyertai perkhemahan itu. Untuk menampung hidupnya, Sani sanggup melakukan apa-apa hanya pekerjaan. Pertunjukan itu berlanjutan sehingga larut malam. Saya berasa simpati terhadap keluarga miskin itu. Banyak anak-anak burung itu berkicau di atas pokok. Alice memberitahu bahawa dia akan dari perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran. I dan II I dan IV II dan III III dan IV

29

I II III IV A. B. C. D.

Azlinawatty Binti Daraman / Bahasa Melayu K1 / Tahun 5 / Mei / Muka Surat 1

[ SULIT ] 30 I II III IV A. B. C. D. Bola itu bergolek lalu masuk ke dalam longkang. Ah Seng sekeluarga menuntun televisyen hingga larut malam. Pesta makanan akan bermula pada bulan hadapan. Bunga-bungaan yang ditanam oleh ibu itu sangat cantik dan berbau wangi. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Soalan 31 - 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru dan rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "Menjaga Alam Sekitar Tanggungjawab Kita Bersama". Semua orang suka akan persekitaran yang bersih. Oleh itu, kita hendaklah memastikan alam sekitar sentiasa bersih supaya badan kita sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit. Banyak faktor yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Antaranya ialah membuang sampah di merata-rata tempat. Sikap sedemikin perlu dijauhi. Kita mestilah membuang sampah ke dalam tong sampah untuk mengelakkan bau busuk supaya udara tidak tercemar. Pembakaran sampah secara terbuka juga boleh mencemarkan udara. Semua orang harus bertanggungjawab dan tidak membakar sampah secara terbuka. Hadirin sekalian, Sebelum saya mengakhiri syarahan saya ini, saya ingin mengingatkan bahawa pencemaran alam sekitar mendatangkan banyak kesan negatif. Kita mesti bekerjasama mengawal pencemaran supaya alam sekitar bersih dan kita dapat hidup dengan selesa. Jadi, sekali lagi saya ingin berpesan, jagalah kebersihan alam sekitar. Menjaga kebersihan alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama. Sekian, terima kasih.

31

Apakah kesannya jika alam sekitar tercemar? A. Manusia kehilangan tempat tinggal. B. Manusia kehilangan tempat bergantung. C. Manusia sentiasa sihat dan tiada penyakit. D. Manusia tidak sihat dan mudah dijangkiti penyakit. Apakah punca pencemaran udara? A. Persekitaran yang bersih. B. Pembakaran sampah secara terbuka. C. Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai. D. Pembuangan sampah ke dalam tong sampah.

32

Azlinawatty Binti Daraman / Bahasa Melayu K1 / Tahun 5 / Mei / Muka Surat 1

[ SULIT ] 33 Antara berikut merupakan langkah-langkah yang dapat menghindari alam sekitar daripada tercemar kecuali A. tidak membakar sampah secara terbuka. B. membuang sampah ke dalam longkang. C. tidak membuang sampah di merata-rata tempat. D. mengambil berat tentang kebersihan alam sekitar. Perkataan dijangkiti dalam petikan bermaksud A. dilawati. B. dihurungi. C. dihinggapi. D. diselubungi. Pada pandangan kamu, apakah pesanan utama dalam syarahan tersebut? A. Jaga kebersihan diri. B. Jaga kebersihan tandas. C. Jangan membakar sampah. D. Jaga kebersihan alam sekitar.

34

35

Soalan 36 - 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Rabu, 16 Mei 2012 7.30 pagi : Semua murid berkumpul di dewan untuk meraikan Sambutan Hari Guru di SJK ( C ) Pei Hwa. Acara Sambutan Hari Guru dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar. : Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian Sambutan Hari Guru oleh Encik Abdul Karim bin Ghani, Pegawai Pelajaran Pendidikan Daerah Johor Bahru. : Selepas ucapan perasmian, kami menyaksikan persembahan daripada muridmurid. Antara persembahan yang diadakan ialah nyanyian, tarian, deklamasi sajak dan lakonan. Persembahan itu sangat menarik. Semua penonton memuji kehebatan persembahan tersebut. : Selepas persembahan daripada murid-murid, para guru pula mengambil bahagian dalam pertandingan tarik tali, tiup belon, menyanyi dan menggubah bunga. Pertandingan ini mendapat sambutan hangat daripada semua guru.

8.00 pagi 8.30 pagi

10.00 pagi

12.30 tengah : Sebelum Sambutan Hari Guru berakhir, semua guru menyanyikan lagu Guru hari Malaysia di atas pentas. Semasa guru-guru menyanyikan lagu, para pengawas naik ke pentas untuk memberi bunga kepada semua guru.

Azlinawatty Binti Daraman / Bahasa Melayu K1 / Tahun 5 / Mei / Muka Surat 1

[ SULIT ] 36 Apakah peristiwa yang berlaku di SJK ( C ) Pei Hwa? A. Sambutan Hari Guru. B. Sambutan Hari Sukan. C. Sambutan Hari Sekolah. D. Sambutan Hari Kemerdekaan. Apakah acara yang mendapat sambutan hangat? A. Perasmian Sambutan Hari guru. B. Persembahan nyanyian murid. C. Pertandingan tarik tali, tiup belon dan menggubah bunga. D. Persembahan nyanyian, tarian, deklamasi sajak dan lakonan. Berapa lamakah Sambutan Hari Guru berlangsung? A. dua jam. B. Lima jam. C. Empat jam. D. Sepanjang hari. Perkataan menggubah dalam petikan bermaksud A. memetik. B. menyusun. C. menanam. D. memotong. Pernyataan yang manakah benar tentang petikan. A. Guru Besar yang merasmikan Sambutan Hari Guru. B. Sambutan Hari Guru berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. C. Para guru menyertai acara pertandingan menggubah bunga. D. Murid-murid menyertai acara pertandingan menggubah bunga.

37

38

39

40

Disediakan oleh Disemak oleh

: Cik Azlinawatty Binti Daraman : Tan Siew Fong

Azlinawatty Binti Daraman / Bahasa Melayu K1 / Tahun 5 / Mei / Muka Surat 1

[ SULIT ] SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) / UJIAN MEI 2012 1. A 2. C 3. C 4. B 5. C 6. B 7. C 8. A 9. C 10. D 11. B 12. D 13. B 14. B 15. B 16. D 17. A 18. D 19. C 20. A 21. C 22. A 23. C 24. D 25. A 26. C 27. D 28. B 29. A 30. C 31. D 32. B 33. B 34. C 35. D 36. A 37. C 38. B 39. B 40. C

Azlinawatty Binti Daraman / Bahasa Melayu K1 / Tahun 5 / Mei / Muka Surat 1

Anda mungkin juga menyukai