Anda di halaman 1dari 11

[ SULIT ]

SJK ( C ) PEI HWA, JOHOR BAHRU


BAHASA MALAYSIA ( PEMAHAMAN ) TAHUN 5
UJIAN BULAN MAC TAHUN 2014
Nama
Kelas

: __________________ (
:5( )

Markah
Tarikh
T/tangan Ibu Bapa

KERTAS 1

: ________ %
: __ /3/2014
: ___________
MASA : 50 Minit

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Jawab
semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat.
Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas
jawapan.
Soalan 1 - 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1

Sejak Amylia melanjutkan pelajaran di Australia, _________ selalu berhubung


dengan keluarganya melalui internet.
A. kalian
B. dia
C. mereka
D. beliau

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

Penjenayah itu ditangkap setelah _________ bersalah.


A. terbukti
B. terlihat
C. terdapat
D. terjamin

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Malaysia K1 / Tahun 5 / Mac / Muka Surat 1

[ SULIT ]
3

Sufian tidak tidur semalaman __________ menyiapkan kertas kerja itu.


A. supaya
B. kerana
C. sambil
D. malahan

Wei Lun menolong ibunya _________ bakul ketika membeli barang-barang


keperluan harian di pasar tani.
A. mengandar
B. menatang
C. memikul
D. membimbit

Encik Devan terlalu sayang ________ anaknya.


A. demi
B. terhadap
C. akan
D. tentang

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

Istana Kenangan Kuala Kangsar mempunyai _________ yang unik dan menarik.
A. seni ukir
B. seni bina
C. reka cipta
D. seni anyaman

Wei Siong cemerlang dalam semua bidang. ________, dia dipilih sebagai Tokoh
Murid sekolah saya.
A. Kemudian
B. Selain itu
C. Justeru
D. Sebaliknya

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Malaysia K1 / Tahun 5 / Mac / Muka Surat 2

[ SULIT ]

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

Pak Cik Kassim dan anaknya __________ rumah Encik Teoh pada hari Tahun
Baru Cina.
A. mengunjungi
B. melawati
C. menghadiri
D. menghampiri

" ___________, bisanya gigitan semut ini!" jerit Chin Hui sambil mengerang
kesakitan.
A. Amboi
B. Aduh
C. Wah
D. Aduhai

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10

Muka Yuk Sing __________ menahan kesakitan akibat terjatuh dari basikalnya.
A. berseri-seri
B. berkerut-kerut
C. bertompok-tompok
D. berbukit-bukit

11

Puan Samantha bekerja sebagai jururawat di __________.


A. Restoran Sri Aji
B. Universiti Putra Malaysia
C. Pusat Perubatan Universiti Malaya
D. Bank Muamalat

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Malaysia K1 / Tahun 5 / Mac / Muka Surat 3

[ SULIT ]

12

Kerja-kerja pemuliharaan sungai itu ___________ kerana sungai tersebut masih


tercemar.
A. bagai pahat dengan penukul
B. bagai melepaskan batok di tangga
C. bagai telur di hujung tanduk
D. bagai kera mendapat bunga

13

Cikgu Irfan menyuruh murid-muridnya merujuki ___________ untuk mencari


maksud perkataan yang tidak difahami oleh mereka.
A. majalah
B. buku
C. kamus
D. kitab

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14

Puan Kok menggunting kaki seluar suaminya yang terlalu _________.


A. ketat
B. lebar
C. labuh
D. besar

15

__________ simpan semula buku-buku yang sudah dibaca di rak, kata


pengawas perpustakaan itu kepada Shafiya.
A. Tolong
B. Usah
C. Jangan
D. Jemput

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Malaysia K1 / Tahun 5 / Mac / Muka Surat 4

[ SULIT ]
Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16

___________ jam yang encik mahu? tanya seorang pekedai itu kepada Encik
Badrul.
A. Siapakah
B. Apakah
C. Bilakah
D. Mengapakah

17

Adik Nadira ___________ belum bersekolah tetapi dia sudah pandai membaca
dan menulis.
A. sudah
B. sedang
C. masih
D. akan

18

Antara selendang-selendang itu, selendang jenis sutera itulah yang _________


mahal.
A. paling
B. nian
C. sekali
D. sungguh

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19

Peminat bola sepak _________ Stadium Darul Aman untuk menyaksikan


perlawanan akhir Piala Liga Super Malaysia.
A. merempuhi
B. menyertai
C. menghampiri
D. membanjiri

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Malaysia K1 / Tahun 5 / Mac / Muka Surat 5

[ SULIT ]
Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20

Puan Salmah melarang anaknya mandi di sungai yang terletak di _________


rumah mereka.
A. hujung
B. pinggir
C. hadapan
D. agak

21

Zulfahmi belajar bersungguh-sungguh agar hasratnya untuk menjadi pelumba


motosikal profesional tercapai.
Perkataan seerti bagi hasrat ialah
A. minat
B. impian
C. khayalan
D. cita-cita

22

Murid-murid yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan disiplin.


Perkataan berlawan bagi mematuhi ialah
A. menafi
B. mengingkari
C. menghalangi
D. menuruti

Soalan 23 dan Soalan 24


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
23

I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

Jimmy telah tewas dalam ujian pertengahan itu.


Mereka berasa tewas kerana dimarahi oleh guru.
Askar-askar itu menjadi tawanan kerana tewas dalam peperangan.
Para pemain berasa sedih kerana tewas dalam perlawanan bola sepak
itu.
I dan II
II dan III
III dan IV
I, II dan IV

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Malaysia K1 / Tahun 5 / Mac / Muka Surat 6

[ SULIT ]
24

I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

Eddy menutup bekas itu dengan rapat.


Siew Hwa amat rapat dengan Vashanti.
Kedudukan rumah yang terlalu rapat menyebabkan api semakin marak.
Adik Vivon duduk rapat ke dinding.
I dan II
I dan IV
II dan III
I. II, III dan IV

Soalan 25
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
25

Mengapakah ayah masih belum pulang lagi?


A. Ayah berjanji akan pulang sebentar lagi.
B. Ayah akan pulang pada pukul 6.00 petang.
C. Mungkin ayah terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
D. Ayah mungkin pulang lewat hari ini.

Soalan 26
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
26

Teck Rong pergi ke rumah datuknya pada waktu pagi.


A. Bilakah Teck Rong pergi ke rumah datuknya?
B. Siapakah yang pergi ke rumah datuk Teck Rong?
C. Mengapakah Teck Rong pergi ke rumah datuknya setiap pagi?
D. Bagaimanakah Teck Rong pergi ke rumah datuknya?

Soalan 27 hingga Soalan 28


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
27

Kami telah melawat Pak Cik Balanathan yang terlantar sakit di hospital.
A. Pak Cik Balanathan telah melawat kami yang terlantar sakit di hospital.
B. Kami telah dilawati oleh Pak Cik Balanathan yang terlantar sakit di
hospital.
C. Pak Cik Balanathan yang terlantar sakit di hospital telah kami kunjungi.
D. Hospital Pak Cik Balanathan telah melawat kami yang terlantar sakit.

28

Wah, tidak sangka Shan Rou boleh melukis secantik itu! kata Kar Hin.
A. Shan Rou tidak menyangka Kar Hin akan memuji lukisannya.
B. Lukisan Shan Rou yang cantik itu dikata oleh Kar Hin.
C. Shan Rou memuji lukisan Kar Hin yang cantik itu.
D. Kar Hin terkejut kerana dia tidak menyangka Shan Rou pandai melukis.

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Malaysia K1 / Tahun 5 / Mac / Muka Surat 7

[ SULIT ]
Soalan 29 hingga Soalan 30
Pilih ayat yang betul.
29

A.
B.
C.
D.

30

I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

Badannya berbau hangus kerana sudah dua hari dia tidak mandi.
Manaf ialah pemain bola sepak sekolah saya.
Xin Yong akan melawat ke Sabah di cuti sekolah nanti.
Pak Cik Muthu membelikan baju sekolah baharu daripada adik.
Wanita tua itu mengucapkan beberapa terima kasih kepada Siew
Cheng.
Oleh kerana hujan lebat, Pavani tidak datang di pejabat.
Vivon telah membeli tiga buku sabun di pasar raya itu.
Anjing liar itu berkeliaran di kawasan pakir sekolah saya.
I dan III
I dan IV
I dan II
III dan IV

Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sabtu, 9 Februari 2013
6.30 pagi
Dalam suasana kesejukan pagi, kami tiba di kaki Gunung Ledang setelah satu jam tiga puluh
minit melalui jalan sempit dan becak. Ketibaan kami disambut oleh Pak Andak yang menjadi
jurupandu pendakian kami. Pak Andak sangat mahir tentang selok-belok di kawasan berkenaan.
8.30 pagi
Kami memulakan pendakian. Di sepanjang perjalanan, kami dapat melihat pelbagai flora yang
menakjubkan. Pak Andak memperkenalkan kepada kami pokok Tongkat Ali, Keduduk Hutan dan
Kacip Fatimah.
12.30 tengah hari
Kami berhenti rehat di tebing sebatang anak sungai. Setakat ini, kami tidak mempunyai sebarang
masalah. Namun begitu, cabaran yang lebih hebat bakal kami tempuhi nanti.
1.30 petang
Kami meneruskan perjalanan dengan pendakian yang semakin mencabar. Ketahanan fizikal dan
mental kami benar-benar teruji. Kami terpaksa menyeberangi empat batang anak sungai yang
deras airnya. Setelah empat jam menempuh pelbagai rintangan dan dugaan, kami pun tiba di
Lata Ledang. Kemudian, kami mencari tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah.

31

Pukul berapakah penulis tiba di kaki Gunung Ledang?


A. 7.30 pagi
B. 8.00 pagi
C. 8.30 pagi
D. 9.00 pagi

32

Mengapakah Pak Andak dipilih menjadi jurupandu dalam pendakian itu?


A. Pak Andak amat arif tentang daun-daun ubat tradisional.
B. Pak Andak mahir tentang selok-belok kawasan gunung itu.
C. Pak Andak tinggal di gunung itu.
D. Pak Andak sangat baik hati.

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Malaysia K1 / Tahun 5 / Mac / Muka Surat 8

[ SULIT ]
33

Berapa lamakah penulis dan rakan-rakannya berhenti rehat?


A. Empat jam
B. Dua jam
C. Tiga jam
D. Sejam

34

Mengapakah penulis mengatakan bahawa pendakian mereka semakin


mencabar?
A. kerana terpaksa memasang khemah
B. kerana terpaksa meniti batang balak
C. kerana terpaksa berjalan di lereng bukit
D. kerana terpaksa menyeberangi empat batang sungai yang deras

35

Rangkai kata benar-benar teruji dalam petikan bermaksud


A. berasa sangat letih.
B. berasa sangat panas.
C. mengerah seluruh tenaga.
D. menghadapi ujian.

Soalan 36 - 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Buah betik buah rambutan,
Banyak ditanam di tepi perigi;
Rasanya enak bila dimakan,
Banyak dijual di pekan sari.
Buah durian kulit berduri,
Berbuah pula mengikut masa;
Banyak khasiat pada diri,
Segala vitamin ada di dalamnya.
Buah pulasan buah delima,
Ditanam di ladang juga di dusun;
Enak dimakan tidak terkira,
Boleh didapati setiap tahun.
Berbudi pada tanah yang subur,
Tanah subur anugerah Tuhan;
Rakyat sihat negara makmur,
Hidup harmoni sepanjang zaman.

36

Buah-buahan banyak dijual di


A. dusun.
B. ladang.
C. pekan sari.
D. tepi perigi.

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Malaysia K1 / Tahun 5 / Mac / Muka Surat 9

[ SULIT ]
37

Buah apakah yang berbuah mengikut musim?


A. Betik
B. Jambu
C. Delima
D. Durian

38

Frasa boleh didapati setiap tahun bermaksud


A. mudah diperoleh pada bila-bila masa.
B. sukar diperoleh apabila perlu.
C. buah-buahan senang ditanam.
D. buah-buahan mempunyai banyak khasiat.

39

Apabila rakyat hidup sihat negara akan


A. miskin.
B. huru-hara.
C. makmur.
D. kacau-bilau.

40

Apakah jenis puisi di atas?


A. Gurindam
B. Pantun
C. Sajak
D. Syair

Disediakan oleh
Disemak oleh

: Encik Ikhwari Bin Ismail


: Puan Rahimah Binti Mohd Khatib

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 5/ UJIAN MAC 2014


Ikhwari bin Ismail / Bahasa Malaysia K1 / Tahun 5 / Mac / Muka Surat 10

[ SULIT ]

1.

11.

21.

31.

2.

12.

22.

32.

3.

13.

23.

33.

4.

14.

24.

34.

5.

15.

25.

35.

6.

16.

26.

36.

7.

17.

27.

37.

8.

18.

28.

38.

9.

19.

29.

39.

10.

20.

30.

40.

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Malaysia K1 / Tahun 5 / Mac / Muka Surat 11

Anda mungkin juga menyukai