Anda di halaman 1dari 7

1

SJK(C) CHUNG HUA MARUDI


UJIAN FORMATIF 2/2014
KERTAS PEMAHAMAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5
50 MINIT

Soalan 1 hingga soalan 17
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling
sesuai.

1. _____________________akan mencemar duli
sebagai tetamu kehormat dalam majlis perkahwinan
________________nanti,kata Darnita kepada
wartawan.
A Baginda..beta
B Tuanku .hamba
C Bagindasaya
D Tuanku..patik

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.









2. Azahara _____________________apabila
bahunya dicuit dari belakang oleh seorang
perempuan yang tidak dikenalinya.
A tergamam C terdiam
B tersentak D terpukau

3. __________________betul air teh ini,kata
Kunalan kepada ibunya.
A Payau C Kelat
B Masin D Tawar




4. Adik tidak sabar-sabar mahu makan ubi kayu
yang direbus oleh nenek, tetapi masih belum
_____________.
A garing C empuk
B gebu D lembut

5. Mereka berteduh di kantin sekolah ___________
menunggu hujan berhenti.
A apabila C walaupun
B sementara D sehingga

6. Pemandu itu disaman oleh anggota polis kerana
memandu kereta _________________menggunakan
telefon bimbit.
A sambil C malahan
B kecuali D sementara

7. Mengapakah sejak akhir-akhir ini ___________
sering ________________sahaja?titah Putera
Mahkota Indera kepada isterinya.
A kakandamurka
B adinda..masyghul
C adinda.durjana
D kakandaduka

8. Saya _______________belajar bersungguh-
sungguh ______________lulus cemerlang dalam
peperiksaan UPSR.
A dapat.semoga
B harus.supaya
C boleh agar
D mestiakan


2

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.








9. Mak Cik Jenab sedang ______________ ubi
kayu di dapur dengan berhati-hati.
A mengukur C mencincang
B menyagat D menghiris

10. Tuan Jazlin akan _____________ perniagaan
keluarganya kerana ayahnya telah meninggal dunia.
A urus niaga C ambil alih
B campur aduk D garis pusat

11. Berkat usaha gigihnya,Peah ______________
gaji yang lumayan pada bulan ini.
A pemerolehan C memperolehi
B memperoleh D beroleh

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.









12. Perlawanan Akhir Badminton Olimpik di
London turut ________________oleh Perdana
Menteri.
A bersaksi C menyaksikan
B disaksikan D mempersaksikan

13. Jangan _______________ketika beratur
membeli makanan di kantin,nasihat Cikgu Fong
kepada murid-muridnya.
A tolong-menolong C dengki-mendengki
B tolak-menolak D tipu-menipu

14. Hafiz terpaksa menjadi _____________ dalam
pertandingan congkak kerana Syafiq kurang sihat.
A bidan terjun C batu api
B kera sumbang D ayam tambatan

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.









15. Pengemis yang berpakaian _____________ itu
telah ditangkap oleh pihak berkuasa di pasar malam.
A kusut-masai C haru-biru
B calar-balar D compang-camping

16. Ayah memandu kereta dengan berhati-hati
kerana jalan raya di situ _______________kerana
mempunyai banyak selekoh yang berbahaya.
A seperti ular kena palu
B seperti ayam berak kapur
C seperti tikus membaiki labu
D seperti belut pulang ke lumpur

17. Jangankan se________________durian,
se____________ durian pun Kamil tidak berselera
makan.
A ulasbiji C ulas..bakul
B bijipangsa D bijiulas

3

18. Semangat bergotong-royong penduduk Taman
Pelangi Semenyih telah dipupuk sejak dahulu lagi.
Perkataan seerti bagi dipupuk ialah
A dibuat C disemai
B dilakukan D dibentuk

19. Puan Suhaila menyokong cadangan suaminya
yang ingin bercuti di Pulau Ketam.
Perkataan berlawanan bagi menyokong ialah
A melarang C menyekat
B membantah D menegah

Soalan 20 - 21
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan
bergaris dengan betul.

20. I Pengemis itu menyamar buta matanya
untuk meraih simpati daripada orang
ramai.
II Pak Mai gagal dalam ujian memandu
kereta kerana dia buta warna.
III Bertindak mengikut akal fikiran jangan
lakukan kerja secara buta sahaja.
IV Pagi-pagi buta lagi, ayah sudah bertolak ke
ladang kelapa sawit.
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

21. I Adik menangis kesakitan kerana tapak
kaki tertusuk selumbar.
II Ah Meng terpaksa kaki seribu kerana dikejar
oleh anjing liar.
III Ketinggian Amira cuma kira-kira dua kaki
setengah.
IV Ibu meminta kakak membeli tiga kaki ubi
kentang di kedai.
A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV
22. I Bas itu padat dengan penumpang yang
hendak ke tempat kerja.
II Bahasa yang digunakan dalam cerpen itu
sungguh padat.
III Che Chom padat tanah di dalam pasu bunga
itu.
IV Negara China mempunyai padat penduduk
yang paling tinggi di dunia.
A I dan II
B III dan IV
C I , II dan III
D I , III dan IV

23. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di
bawah.
Sudah berapa lamakah kamu mengenali dia?
A Saya mengenali dia semasa belajar di tadika.
B Sayat tidak pasti dia kenal saya atau tidak.
C Hampir enam belas tahun saya mengenalinya.
D Saya mengenalinya kerana dia seorang yang
pendiam.

24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Songkok yang dibeli oleh datuk berharga RM16.60.
A Di manakah datuk membeli songkok?
B Berapakah harga songkok yang dibeli oleh
datuk?
C Benarkah songkok yang dibeli oleh datuk
berharga RM16.60?
D Mengapakah datuk membeli songkok yang
berharga RM16.60?

Soalan 25-26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.

25. Jangan panjat almari itu, nanti terjatuh,kata
Rodi kepada anaknya.
A Rodi menasihati anaknya supaya tidak memanjat
almari itu nanti terjatuh.
4

B Anaknya yang tidak mengikut nasihat Rodi
terjatuh dari almari.
C Almari yang dipanjat itu telah menyebabkan
anaknya terjatuh.
D Rodi berkata kepada anaknya supaya jangan
terjatuh dari almari itu.

26. Gulai kari kambing ini enak, tetapi agak
masin, kata Lili kepada neneknya.
A Lili memberitahu neneknya bahawa gulai kari
itu enak, tetapi kambing agak masin.
B Lili diberitahu neneknya bahawa gulai kari
kambing itu enak, tetapi agak masin.
C Lili memberitahu neneknya bahawa gulai kari
kambing itu agak enak, tetapi masin.
D Lili dan neneknya memberitahu bahawa gulai
kari kambing itu enak, tetapi agak masin.

Soalan 27 - 30
Pilih ayat yang betul.

27. A Kerjasama di antara ibu bapa dan guru akan
diteruskan lagi bagi meningkatkan prestasi sekolah.
B Salwa rela mengorbankan masa cutinya demi
untuk menjaga ibunya yang sakit.
C Shanti berjaya dalam peperiksaan oleh
usahanya yang bersungguh-sungguh.
D Penduduk kampung mengembleng tenaga
dalam program gotong-royong itu.










28. A Pramugari itu kelihatan ayu ketika
tersenyum semasa bertugas.
B Anis membeli sebatang pensel ke kedai
Abu.
C Damia memiliki koleksi-koleksi album
Najwa Latif.
D Rukumaran makan sebutir murtabak di
kedai Karim.

29. I Husin berlari pantas dari Borhan dalam acara
lari 100 meter.
II Sylia tidak pernah mengabaikan ibadat
solatnya setiap hari.
III Zakiah rindu akan adik kandungnya di
Sumatera.
IV Sepasukan pengakap telah tersesat di dalam
hutan.
A I dan IV C I , III dan IV
B II dan III D II, III dan IV

30. I Tolong baiki alat kawalan jauh televisyen saya
ini.
II Jamilah menunggu ayahnya di teksi
perhentian pada pagi ini.
III Nek Nab menjual goreng cempedak di
warungnya.
IV Abang sedang menyiapkan kerja kursusnya
sehingga malam.
A I dan II C II dan III
B III dan IV D I dan IV











5

Soalan 31 hingga soalan 35
Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

































31. Roslina mengucapkan terima kasih kepada
sahabatnya kerana
A menghantar surat kepadanya.
B membawanya melawat negeri Melaka.
C menghadiahkannya sehelai kemeja-T
D menceritakan keindahan Kota A Famosa
































32. Apakah yang dimaksudkan dengan kata
terpegun dalam petikan?
A Bangga C Pelik
B Hairan D Kagum


166, Kg. Sukana,
P/S 394,
91000 Beaufort,
Sabah.
8 Ogos 2014

Menemui sahabatku, saudara Abu yang berada di Melaka. Semoga berada dalam keadaan sihat
sejahtera hendaknya.

Saudara,
Surat saudara yang bertarikh 30 Julai 2014 yang lalu beserta sehelai kemeja-T telah selamat saya
terima. Terima kasih saya ucapkan. Calitan warna pada lukisan Kota A Famosa itu tampak seolah-olah asli.
Kawan-kawan saya terpegun menatap keindahan lukisan tersebut ketika saya memakainya.
Kali ini saya akan bercerita tentang aktiviti yang saya lakukan semasa cuti sekolah yang lepas. Saya
telah mengikut kedua-dua ibu bapa saya mendaki Gunung Kinabalu, iaitu gunung yang tertinggi di Asia
Tenggara. Pada mulanya, saya berasa gerun untuk mendaki gunung itu, tetapi ibu bapa saya memberikan kata-
kata semangat kepada saya.
Kami mula mendaki pada pukul 9.00 pagi. Ketika mendaki, kami terpaksa menempuh pelbagai
rintangan dan cabaran. Untuk pengetahuan saudara, kami terpaksa menempuh tujuh pondok rehat sebelum
sampai di hotel penginapan. Kami hanya sampai di hotel pada pukul 2.30 petang selepas melalui keadaan cuaca
yang buruk.
Keesokan harinya, pada pukul 2.00 pagi, selepas mengambil sedikit makanan, kami memulakan
pendakian. Kami terpaksa menempuh beberapa bahagian gunung yang licin serta curam dengan bantuan tali.
Saya berasa sungguh penat. Tekanan udara pula rendah. Kami dinasihatkan supaya bernafas menggunakan
hidung agar dapat mengurangkan keletihan. Saya kembali bersemangat apabila mula ternampak akan bayangan
puncak Gunung Kinabalu. Kami sampai di puncak kira-kira pukul 4.30 pagi. Kami perlu menunggu seketika
untuk menikmati pemandangan yang sukar saya lupakan,iaitu melihat matahari terbit.
Sampai di sini sahaja yang dapat saya ceritakan kepada saudara kali ini. Pada surat yang akan datang,
saya akan ceritakan pula tentang pengalaman saya menuruni puncak Gunung Kinabalu. Sehingga kita berjumpa
lagi. Sambutlah salam mesra daripada saya buat saudara sekeluarga.

Sahabatmu,
Roslina Masri



6

33. Yang manakah antara yang berikut bukan isi
kandungan surat Roslina?
A Lukisan Kota A Famosa pada kemeja-T amat
menarik
B Kegiatan yang dilakukannya pada cuti sekolah
yang lalu
C Pengalaman menuruni puncak Gunung
Kinabalu
D Keindahan matahari terbit di puncak Gunung
Kinabalu

34. Yang berikut ialah pengalaman Roslina ketika
mendaki Gunung Kinabalu, kecuali
A keadaan cuacanya buruk dan sejuk.
B terdapat bahagian gunung yang licin serta
curam.
C tekanan udara di puncak Gunung Kinabalu
tinggi.
D dia terpaksa bernafas dengan menggunakan
hidung

35. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang
petikan.
A Roslina mengikut ibu bapanya mendaki gunung
yang tertinggi di Asia Tenggara.
B Roslina terpaksa menempuh tujuh pondok rehat
sebelum sampai di hotel penginapan.
C Roslina sampai di hotel penginapan pada pukul
2.30 petang selepas melalui keadaan cuaca yang
buruk.
D Roslina memulakan pendakian ke puncak
Gunung Kinabalu pada pukul 2.00 petang.





Soalan 36 hingga soalan 40
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
















.



















Jiji : Semalam saya dan Suzi pergi ke perpustakaan.
Ami : Apakah yang kalian buat di sana?
Jiji : Kami membuat kamus kecil.
Ami : Bagaimanakah cara kalian membuatnya?
Jiji : Mula-mula kami mengumpulkan kata-kata yang sukar,kemudian kami menyusunnya mengikut
abjad. Selepas itu, kami mencari makna kata-kata tersebut. Akhir sekali, kami membina ayat-ayat yang
sesuai dengan kata-kata itu.
Ami : Siapakah yang menyuruh kalian membuat kamus kecil itu?
Jiji : Cikgu Azian,sebagai aktiviti pengayaan.
Ami : Apakah kegunaan kamus kecil itu?
Jiji : Kamus kecil itu dapat membantu kita mempertingkatkan perbendaharaan kata dan mengingat
makna kata-kata yang sukar.Jadi,apabila kita membaca buku atau petikan yang mengandungi kata-kata
tersebut, kita telah sedia maklum akan maknanya dan kita memahami bacaan kita itu dengan lebih mudah.
Ami : Bolehkah cara yang sama digunakan untuk membuat kamus bagi mata pelajaran yang lain?
Jiji : Boleh. Caranya adalah dengan mengumpulkan semua kata atau istilah mata pelajaran tersebut dan
cari maknanya atau ejaannya. Kemudian, susun mengikut abjad.
Ami : Bagaimanakah pula dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris?
Jiji : Kamu boleh membinanya sama seperti kamus Bahasa Melayu.
Ami : Bolehkah saya pinjam kamus awak yang sudah siap itu?

7







36. Bagaimanakah cara yang betul untuk membuat
kamus itu?
A Menyenaraikan kata,mencari makna dan
menyusunnya mengikut abjad
B Menyenaraikan kata, menyusunnya mengikut
abjad dan mencari makna
C Menyenaraikan kata, menyusun mengikut
abjad, mencari makna dan membina ayat
D Menyenaraikan kata, menyusun mengikut
abjad, membina ayat dan mencari makna

37. Mengapakah ayat-ayat dibina untuk setiap kata
yang dipilih?
A Untuk memantapkan pemahaman tentang kata
yang dipilih
B Untuk melengkapkan usaha penghasilan kamus
C Untuk memberikan maknanya yang khusus
D Untuk menjelaskan lagi maksud kata itu















38. Mengapakah Jiji tidak mahu meminjamkan
kamusnya kepada Ami?
A Kerana dia perlu mendapatkan persetujuan
daripada Suzi terlebih dahulu
B Kerana kamus itu dibina mengikut kesesuaian
individu
C Kerana dia seorang yang kedekut
D Kerana kamus itu baru dibuatnya
D hidup dalam kebuluran

39. Penghasilan kamus seperti itu dapat
A mempertingkat perbendaharaan kata
B mempertingkat kemahiran bahasa
C mempertingkat kreativiti individu
D mempertingkat pemahaman

40. Apakah mata pelajaran yang diajarkan oleh
Cikgu Azian?
A Kajian Tempatan
B Bahasa Inggeris
C Bahasa Melayu
D Sains





SOALAN TAMAT








Jiji : Tidak boleh,kamus ini dibuat atas kemampuan masing-masing. Perbendaharaan kata kamu
mungkin tidak sama dengan perbendaharaan kata saya. Saya mencadangkan agar kamu membuatnya
sendiri.
Ami : Baiklah, saya akan mencuba membuatnya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai