Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24(2) JALAN CILI BUNGA 24/25 BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 UJIAN 1 (MAC) 2010

(1 JAM) Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap- tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap- tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Soalan 1 - 7 Lengkapkan ayat- ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. "Nenek, biar _________ membantu nenek membawa barang yang berat ini," kata Tina kepada Nenek Som. kita C aku B hamba D saya 2 Antara yang berikut, siapakah yang memegang tompok pemerintahan negara Malaysia? A Ketua Menteri B Presiden C Perdana Menteri D Menteri Besar 3 Semua pelajar dikehendaki duduk di tempat ________________ kerana kertas soalan akan diedarkan sekejap lagi. A siapa-siapa C masing- masing B mana- mana D apa- apa Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah. 1 6 Air Sungai Kali memang terkenal kerana arusnya yang ________________ dan amat sesuai untuk aktiviti berkayak yang ekstrim. A cepat B pantas C deras D lekas Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah

7 Kami membentangkan tikar di tempat yang _____________ sebelum ibu menghidangkan makanan. A aman B teduh C sejuk D gelap Soalan 8 - 14 Ayat- ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

4 Pokok kelapa itu ______________ kerana ditiup angin kencang semalam. A runtuh B tumbang C jatuh D rebah 5 Dalam mesyuarat itu, penduduk kampung telah ________________ bersetuju terhadap cadangan Tuk Ketua untuk manghantar permohonan kepada Wakil Rakyat agar jalan kampung mereka diperbesarkan. A sebulat hati B sebulat tekad C sebulat suara D sebulat keazaman

8 Rambut abang menjadi beku selepas menggunakan A B minyak rambut itu. Tiada kesalahan. C D 9 "Apa yang sedang kalian tulis di atas kertas itu?" tanya A B Cikgu Hamimah kepada Radhi.Tiada kesalahan. C D 10 Amalan hidup kita hendaklah berpegang pada agama A B dan adat resam agar masyarakat dapat hidup dengan C harmoni. Tiada kesalahan. D

11 Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas terhadap A mana-mana syarikat yang membuang sisa toksik B sesuka hati andainya keadaan terpaksa. C Tiada kesalahan. D 12 Para pemohon yang hendak dapat borang rumah kos A rendah itu terpaksa berbaris hingga pukul 5.00 petang. B C Tiada kesalahan. D 13 Ibu sangat gembira apabila anak-anaknya berjaya A B mendapat keputusan yang gemilang dalam C peperiksaan mereka. Tiada kesalahan. D 14 Swee Ling dan Hanna amat seronok sekali kerana A B telah berjaya dipilih untuk mengikuti Program C Pertukaran Pelajar Asing. Tiada kesalahan. D Soalan 15 - 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15 I Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, Ramli hinggap sebentar di rumah abangnya di Besut. II Rama-rama itu hinggap di atas bunga mawar yang sedang berkembang. III Penampar abangnya hinggap di pipi Kumar. IV Lembu itu hinggap di kandangnya menjelang malam. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 16 I Adila membuka pintu bilik apabila diketuk oleh ibunya. II Misya membuka radio untuk mendengar celoteh juruhebah kegemarannya. III Pembinaan sebuah kompleks beli-belah di kawasan itu akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. IV Puan Umaira membuka pakaian anaknya untuk dimandikan. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV 23 Perigi itu mereka gali secara bergotong- royong.

17 I Pak Akob mengambil galah untuk menggugurkan layang-layang anaknya yang tersangkut di pokok pulasan. II Pesawat pejuang itu menggugurkan bom di kawasan perkhemahan musuh. III Suraya menggugurkan duit syiling itu ke dalam tabung. IV Monyet itu berjaya menggugurkan buah kelapa yang dipetiknya. A I dan II sahaja B II dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III dan IV sahaja. Soalan 18 - 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan pengunaaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18 Semua pelajar- pelajar dikehendaki hadir ke sekolah pada hari Sabtu untuk menyertai kegiatan kokurikulum. A Semua-semua pelajar dikehendaki B Kesemua pelajar-pelajar dikehendaki C Semua pelajar dikehendaki D Semua pelajar-pelajar dikehendaki 19 Lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut dengan bimbingan guru Pendidikan Visual. A pelajar sekolah tersebut lukis B dilukis pelajar sekolah tersebut C pelajar sekolah tersebut melukis D dilukis oleh pelajar sekolah tersebut 20 Dia memasak pelbagai-bagai lauk untuk hidangan tetamu yang akan datang sebentar lagi. A memasak pelbagai lauk B memasakkan pelbagai lauk C memasak berbagai-bagai lauk pauk D memasak pelbagai-bagai lauk 21 Ramai pelajar berpendapat mengulang kaji pelajaran di waktu malam amat berkesan sekali. A di waktu lewat malam amat berkesan B pada waktu lewat malam berkesan sekali C di waktu lewat malam amat kesan sekali D di waktu malam amat berkesan sekali. Soalan 22 - 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22 Ayah menghadiahi ibu sebentuk cincin. A Ibu menghadiahkan ayah sebentuk cincin B Ayah menghadiahi sebentuk cincin kepada ibu. C Ayah dihadiahkan sebentuk cincin kepada ibu. D Sebentuk cincin telah dihadiahkan ayah kepada ibu.

A B C D

Mereka menggali perigi itu secara bekerjasama. Mereka menggali perigi itu secara bergilir- gilir. Mereka menimbus perigi itu secara bergilir-gilir. Perigi itu ditimbus oleh mereka secara bergotongroyong.

A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan IV sahaja D III dan IV sahaja. Soalan 28 - 30 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut. 28 Walaupun dia seorang yang lemah dalam pelajaran,tetapi berkat kesungguhannya mengulang kaji pelajaran akhirnya dia memperoleh kejayaan yang cemerlang. Hal ini kerana A belakang parang kalau diasah nescaya tajam. B bagaimana acuan begitulah kuihnya. C belum duduk sudah terlanjur. D batu direbus masakan empuk.

24 Mastura dan Nalini pergi ke pasar raya untuk membeli barang-barang keperluan harian. A Setiap hari Mastura dan Nalini pergi ke pasar raya untuk membeli barang-barang keperluan. B Barang-barang keperluan harian Mastura dan Nalini ada di pasar raya untuk dibeli. C Ke pasar raya Mastura dan Nalini pergi untuk membeli barang-barang keperluan harian. D Barang-barang keperluan harian dibeli oleh Mastura dan Nalini di pasar raya. Soalan 25 - 27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25 I Selain daripada belajar, Hazli bekerja pada waktu malam. II Kakak mengangkat kain di jemuran manakala hujan turun. III Tok Wan memayungi dirinya daripada panas cahaya matahari. IV Mak Besah menggoreng pisang untuk dijual di kaki lima bangunan itu. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I dan III sahaja D III dan IV sahaja 26 I Kedatangan para pelancung dari China sejak akhir-akhir ini berlipat kali ganda. II Tidak diketahui entah dari mana datangnya binatang yang ganjil itu. III Setiap dugaan yang datang patut kita hadapi dengan perasaan tabah. IV Pekerja itu disayangi majikannya kerana sering datang lewat ke pejabat. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 27 I Kumar terbaring keletihan selepas pulang daripada menoreh getah. II Salina memasuki sedikit serbuk cili ke dalam masakannya. III Saidi tidak tahu apa-apa tentang perkara itu kerana dia baru balik dari luar negara. IV Warna seluar adik telah luput kerana sudah lama dipakai.

Bagai kacang melupakan kulit


29 Peribahasa di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya A tidak lupa akan orang tua. B mengenang jasa- jasa orang yang membantu kita. C pergi jauh daripada orang-orang yang bermasalah. D berkawan dengan orang yang boleh memberikan keuntungan kepada kita sahaja.
Hisham dididik oleh ibunya dengan nilai-nilai murni sejak dari kecil lagi agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat apabilia besar nanti.

30 Hal ini boleh diibaratkan A kalau hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. B malu bertanya sesat jalan, malu berdayung, perahu hanyut. C sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. D mengajar itik berenang.

Soalan 31 - 35

PANTUN EMPAT KERAT 3 (BERJIMAT CERMAT) Pergi ke belukar memasang pemikat, Pulanglah lewat di hujung petang, Jikalau sentiasa berjimat cermat,

Indah nian pemandangan dunia, Dati timur hingga selatan, Sikap berjimat amalan mulia, Orang boros sahabat syaitan. Masak meranum buah ara, Jatuh di bawah papan, Baca pantunsebiji di atasdengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya. Pilih jawapan Jika sesuai. yang paling berjimat setiap perkara, Pasti terjamin masa depan. Sungguh pahit buah peria, Dimakan juga dibuat sayuran, Membesar belanja sikap sesia, Hanya menambah beban kewangan. Singgah berehat di Kota Lama, Kuih dijamah air dihirup, Berjimat cermat suruhan agama, Jika diamal sejahteralah hidup. Inderagiri pasirnya lumat, Tempat berkelah putera raja, Baik sedikit tetapi berjimat, Daripada banyak membazir sahaja. Turun ke ladang memetik kacang, Hendak dibuat masak lemak, Segala urusan jika terancang, Sikap membazir pasti terelak. Zailani Taslim (Penyelenggara) Antalogi Kasut Kelopak Jantung, D Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.

Jikalau sentiasa berjimat cermat, Rezeki secupak terasa segantang.

31 Berdasakan baris di atas, orang yang berjimat akan merasakan rezeki yang dimilikinya A akan bertambah B kekal tidak berubah C semakin banyak dengan tiba-tiba D boleh digunakan untuk menolong orang ain. 32 Kita dilarang berbelanja berlebih-lebihan,kerana perbuatan tersebut akan A ditegah oleh agama B masa depan tidak terjamin C menambahkan perbelanjaan seharian. D menambahkan kesusahan yang ditanggung. 33 Baris "Masak meranum buah ara" sepatutnya "Buah ara masak ranum". Ayat tersebut dipanggil A inversi B anafora C metafora D hiperbola

34 Kita perlu berjimat untuk menjamin masa akan datang. Pengajaran tersebut diambil daripada rangkup pantun yang berbunyi. A "Berjimat cermat suruhan agama,jika diamal sejahteralah hidup". B "Segala urusan jika terancang, sikap membazir pasti terelak". C "Sikap berjimat amalan mulia, orang boros sahabat syaitan". D "Jika berjimat setiap perkara, pasti terjamin masa hadapan". 35 Tema pantun di atas ialah A sikap boros kawan syaitan B berbelanja jika perlu sahaja C perlu mengatur kewangan untuk menghadapi kesusahan. D kita perlu berhemat dalam menguruskan sumber kewangan.

Soalan 36 - 40 Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya. Pilih jawapan yang paling sesuai. "Kasut sekolah tak pakai, baju sukan tak bawa! Apa nak jadi dengan kamu ini?" leter Cikgu Harun setelah melihat Ahmad hanya diam membatu. Mahu sahaja dipukul budak itu sekuat hati. Namun, kesabaran masih tersisa dalam jiwanya.

"Saya dah tak tahan dengan kamu. Hari ini saya nak denda kamu!" kata Cikgu Harun. Dia segera bangun dan mencari sesuatu. Dia ke tepi pagar sekolah. Barangkali mahu mencari ranting pokok di tepi pagar. Jika ada ranting itu, punggung Ahamad akan disebatnya kuat-kuat, fikirnya. Ilmu psikologi yang dipelajarinya di maktab dahulu tidak boleh dipakai ketika berdepan dengan budak seperti itu. Begitu pula fikir Cikgu Harun. Ahmad tetap tercegat dan terkebil- kebil menanti hukuman guru yang berasal dari bandar itu. Tiba- tiba Cikgu Harun terpandang rumpun pisang merimbun di tepi pagar sekolah. Beberapa tandan pisang terjuntai di celah- celah rumpun pisang itu. Di bawahnya bertaburan kelopak jantung yang gugur. Besar- besar dan berwarna merah hari. Cikgu Harun memungut kelopak jantung itu lalu kembali ke tempat Ahmad sedang berdiri. Seperti menanti hukuman gurunya. "Pergi cari tali!" arah Cikgu Harun kepada Ahmad. Murid itu tidak berkata apa-apa. Dia terus beredar ke arah kantin sekolah. Sebentar kemudian dia kembali dengan seutas tali rafia berwarna merah. "Kamu pakai benda ini. Ikat elok-elok!" Cikgu Harun memberikan perintah. Jarinya dituding tepat ke arah kelopak jantung pisang. Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta simpati. "Cepat!" jerkah Cikgu Harun apabila melihat Ahmad masih tercegat. Kali ini Ahmad tidak membantah. Dia mencangkung dengan sebelah kaki dihulurkan ke depan. Kelopak jantung diacukan ke tapak kakinya yang comot. Kemudian, tali rafia dilalukan di bawah tapak kakinya itu. Kelopak jantung itu kemudian diikat kemas-kemas, melekap sendat pada kaki kematu Ahmad. Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan, seperti memakai kasut sekolah. 36 Apakah faktor yang menyebabkan Cikgu Harun memarahi Ahmad? A Ahmad tidak mendengar kata B Ahmad melannggar disiplin sekolah. C Ahmad mengulangi perbuatan yang dilarangnya. D Ahmad tidak memakai uniform sekolah yang lengkap. 37 Mengapakah Ahmad mematuhi arahan yang Cikgu Harun pinta? A Dia tahu akan kesalahannya. B Dia bimbang dibuang sekolah. C Dia tahu guru itu sedang marah. D Dia tidak mampu untuk melawan. 38 Pernyataan yang berikut merupakan perwatakan Cikgu Harun, kecuali A mementingkan disiplin. B tegas dalm membuat keputusan. C menyuruh anak muridnya beruniform lengkap. D suka membuli murid yang suka melawannya. 39 Pengajaran yang diperoleh daripada petikan di atas ialah A kita perlu mematuhi disiplin sekolah untuk mengelakkan dikenakan hukuman. B jangan kita menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak sekolah. C setiap perbuatan baik akan menerima balasan yang baik. D mereka yang dalam kesusahan hendaklah dibantu. 40 Nyatakan peleraian cerpen "Kasut Kelopak Jantung". A Hubungan Cikgu Harun dan Ahmad akhir pulih seperti asal. B Ahmad tidak datang ke sekolah untuk beberapa hari kerana malu. C Cikgu Harun mencari Ahmad di rumahnya di kawasan pedalaman. D Cikgu Harun membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut untuk Ahmad.

- SOALAN TAMAT-

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

................................ Cik Zalila bt Zakaria Guru Bahasa Melayu

................................... Pn Nor Haliza bt Haron Ketua Panitia Bahasa Melayu

........................................... Pn Munaliza bt. Mohd Seran Guru Kanan Mata Pelajaran

Anda mungkin juga menyukai