Anda di halaman 1dari 11

SULIT SULIT B.Melayu Ting. 1 I Jam OKT 2007 SMK. Mambau Seremban, N.

Sembilan Peperiksaan Akhir Tahun 2007 Bahasa Melayu Tingkatan Satu Satu Jam Kelas: ______________________ Nama:__________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan di ikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pi lih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objekti f yang disediakan. Berfikirlah dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda h endak menukar sesuatu jawapan, padamkan tanda yang tidak dikehendaki itu sehingg a bersih dan kemudian hitamkan pilihan anda yang baharu. Soalan 1 hingga Soalan 7. Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. I bu sibuk ______________ minuman petang untuk tetamu yang datang. A menyaji B mem beri C mengagih D menghidang 2. Dia akhimya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia sentiasa _____________________ dengan buku. A bersamaan B berdekatan C bergandin gan D berdampingan 3. Kabus tebal pada pagi itu telah ______________ puncak gunung yang bakal kami daki. A menutupi B mengaburi C melingkari akhimya pihak D menyelubungi tentera t elah berjaya menawan 4 Setelah seharian bertempur, _____________pengganas. A sekawan B sepasukan C seangkatan D segerombolan 5 Jambatan yang roboh itu telah dibaiki oleh penduduk kampung secara ___________ __. A gotong-royong C berhempas-pulas B berganding bahu D bantu-membantu 6 Sudah berulang kali peniaga itu menggunakan minyak masak tersebut menyebabkan pengunjung menghidu bau _____________. A basi B busuk C tengik D hangit 7. Kerja-kerja ___________ untuk mendapatkan harta karun yang dikatakan peningga lan tentera Jepun memerlukan kesabaran yang tinggi. A menggali B mengorek C meni mbus D memperoleh Soalan 8 hingga Soalan 14 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Ji ka terdapat kesalahan, kesalahan 1

SULIT SULIT itu telah ditanda dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat i tu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaa n. 8 Oleh kerana kerusi tidak mencukupi, para jemputan yang datang lewat terpaks a berdiri A di luar dewan. Tiada kesalahan. D 9 Hakim telah menjatuhi pesalah it u hukuman penjara seumur hidup. Tiada kesalahan A B C D B C 10 Gajah yang mengganas di kampung itu telah ditangkap hidup-hidup sebelum dihan tar ke A Zoo Melaka. Tiada kesalahan. D 11 Setengah orang yang berkunjung ke pam eran komputer ini akan diberi cenderamata A B. C B C Tiada kesalahan. D 12 Mereka sedang berbincang dari hati ke hati tentang cara-ca ra memajukan perniagaan A keluarga mereka. C Tiada kesalahan. D B 13 Hadiah yang disumbangkan oleh bank tempatan itu ialah untuk pelajar yang pand ai A B tetapi miskin. Tiada kesalahan. C D 14 Pemadam api itu perlu diperiksa secara berkala dari masa ke masa oleh pegawai A bomba yang bertugas. Tiada kesalahan. C Soalan 15 hingga Soalan 17 Pilih ayat -ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan baha wa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 15 I "Mengapa agaknya berlainan sekali perasaan ibumu pada hari ini," luah ayah. II Hubungan mereka t etap mesra walaupun berlainan bangsa dan agama. Ill Mukanya kelihatan berlainan apabila disebut tentang bekas isterinya. 2 B D

SULIT IV Anda berdua tidak dapat sampai ke pulau itu berlainan sekiranya menaiki bot. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D I, II, dan IV sa haja 16 I Haji Safuan berpegang teguh pada adat dan agama. II Dua sahabat baik itu be rjalan berpegang tangan ketika melintas jalan. Ill Nelayan yang hanyut itu berpe gang pada sekeping papan. IV Mereka berdua berpegang pada janji untuk bertemu di perpustakaan awam pada petang nanti. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D I, II, III, dan IV 17 I Dia harus dihukum kerana mengkhianati bangsa dan negaranya sendiri. II Raju mengkhianati majikannya apabila dia tidur pada waktu pejabat. Ill Harun tidak m ahu mendengar nasihat ibu bapanya sebab itulah dia dianggap anak yang mengkhiana ti orang tuanya. IV Pengurus syarikat itu telah mengkhianati kepercayaan yang di berikan kepadanya dengan menggelapkan wang syarikat. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D I, II, dan IV sahaja Soalan 18 hingga Soalan 21 Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Baha gian yang bergaris. itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mun gkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang hergaris itu s alah dan perlu diuhah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan ja wapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D. 18 Sebelum meninggalkaan kilang itu , setiap pelawat dihadiahkan sehelai kain batik sebagai cenderamata. A setiap or ang pelawat dihadiahkan sehelai kain C sehelai kain batik dihadiahi setiap pelaw at B setiap pelawat dihadiahi sehelai kain D setiap pelawat dihadiahkan sehelai kain 19 Semua calon peperiksaan dikehendaki menjawab setiap soalan Matematik tanpa me nggunakan mesin kira. A Semua calun peperiksaan dikehendaki C Peperiksaan menghe ndaki semua calon B Semua orang calon peperiksaan dikehendaki D Semua calon pepe riksaan dikehendaki 20 Kita wajib tegakkan kebenaran walaupun kadangkala amat sukar dilakukan. A Kit a wajib menegakkan kebenaran C Kebenaran wajib tegak B Kita harus tegak kebenara n D Kita wajib tegakkan kebenaran 21 Kata orang-orang tua, anak dara tidak elok duduk di muka pintu. A Perkataan o rang tua B Kata orang tua-tua 3

SULIT C Berkata orang-orang tua D Kata orang-orang tua Soalan 22 hingga Soalan 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22 Malaysia lebih berminat jika Ba rat menyalurkan teknologi pemeliharaan hutan berbanding memberi bantuan kewangan tetapi pada masa yang sama mensyaratkan negara supaya mengikut telunjuk mereka. A Adalah lebih jika Barat menyalurkan teknologi pemeliharaan hutan daripada mem beri bantuan dalam bentuk wang ringgit sambil mensyaratkan negara supaya mengiku t kehendak mereka. B Berbanding bantuan kewangan, teknologi pemeliharaan hutan y ang disalurkan dari Barat lebih banyak mendatangkan faedah kepada negara. C Mala ysia mengalu-alukan teknologi pemeliharaan hutan dan bantuan kewangan yang disal urkan dari Barat dengan syarat kita tidak perlu mengikut segala kehendak mereka. D Negara lebih cenderung menerima teknologi pemeliharaan hutan dari Barat darip ada menerima bantuan berbentuk kewangan yang mensyaratkan negara mengikut arahan mereka. 23 Bayi mungkin berisiko tinggi dijangkiti AIDS daripada ibu yang menja di pembawa kuman HIV menerusi proses penyusuan ibu. A Proses penyusuan bayi bias anya tidak begitu terdedah dengan kuman HIV sekiranya ibu tersebut tidak menjadi pembawa kuman AIDS. B Ibu yang dijangkiti kuman HIV berkemungkinan besar mempun yai anak yang menghidap penyakit AIDS jika anak itu menyusu badan. C Kuman HIV b oleh merebak melalui penyusuan ibu jika tidak dielak dan dicegah secepat mungkin . D Ramai kanak-anak menjadi pembawa kuman HIV lantaran ibu mereka menghidap HIV . 24 Para lepasan sekolah tidak perlu berasa kecewa sekiranya mereka tidak berpe luang melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi tempatan. A Pusat-pu sat pengajian tempatan banyak menyediakan peluang belajar kepada pelajar lepasan sekolah. B Rasa kecewa tidak perlu wujud di dalam hati lepasan sekolah jika mer eka tidak ditawarkan melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi di Ma laysia. C Kekecewaan selalu melanda diri para pelajar yang gagal dalam peperiksa an dan seterusnya gagal dalam hidup. D Lepasan sekolah biasanya berusaha untuk m endapatkan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi tempatan. Soalan 25 hingga Soa lan 27 Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadanga n jawapan yang paling sesuai. 25 I Dia sedang menidurkan kedua anak perempuannya itu. II Berduyun-duyun penduduk Gelang Patah pergi ke tepi pantai untuk melihat dugong. Ill Dia tidak pandai memandu kereta walaupun sudah berusia 21 tahun. IV Sudah puas dia mengulang kaji pelajaran, namun keputusan peperiksaannya masih b elum memuaskan. A I dan II sahaja B I, II dan III sahaja C I, III, dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja 4

SULIT 26 I Sudah puas abang memujuk adik, tetapi adik berterusan menangis. II Setelah turun dari mini bas, Hamdan terus ke warung Pak Hitam untuk membeli makanan teng ah hari. Ill Pihak polis terpaksa membebaskan penjahat yang baharu ditangkap itu kerana kekurangan bukti. IV Hujan lebat yang turun di pagi ini menggendalakan t ugas hariannya A I dan III sahaja B I, II dan III sahaja C I, II, dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja 27 I Persembahannya pada malam itu telah berjaya memika t hati ribuan penonton yang hadir. II Tingkah lakunya yang sopan amat disenangi oleh guru-guru. Ill "Jika kita bersikap tidak amanah, lama-kelamaan orang tidak mempercayai kita lagi," kata Pak Zahid. IV Tembikar daripada tanah liat itu amat halus perbuatannya. A I dan II sahaja B I, II dan III sahaja C I, III, dan IV s ahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pern yataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini. Televisyen yang kamu baiki asalnya rosak sedikit, setelah kamu baiki semakin ros ak pula. 28 Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah A bagai tikus membaiki la bu. B harapkan pagar, pagar makan padi. C bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai. D berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian. 29 Perbuatannya yang suka mencuri akhirnya diketahui orang ramai. Dia berasa malu untuk keluar dari rumah . Apa yang berlaku seperti dikatakan orang A ayam terlepas tangan bau tahi. B ay am bertelur di atas padi, mati kelaparan. C ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam. D ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang. 30 Sesua tu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai. Keterangan ter sebut sesuai bagi peribahasa 5

SULIT A alah bisa, tegal biasa. B alang-alang berminyak biar licin. C genggam bara api biar sampai jadi arang. D alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal l engan. Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab s oalan-soalan yang berikutnya. Maka Raja Iskandar Syah pun berdiri di bawah sepoh on kayu, terlalulah rendang. Maka baginda pun berburu, maka anjing perburuan itu pun diterajang oleh pelanduk putih, jatuh ke air. Maka titah Raja Iskandar Syah , "Baik tempat ini, sedang pelanduknya lagi gagah; baiklah kita berbuat negeri d i sini." Maka sembah segala orang besar-besar, "Benarlah tuanku, seperti titah D uli Yang Dipertuan itu." Maka disuruh baginda perbuat negeri pada tempat itu. Ma ka Raja Iskandar bertanya, "Apa nama kayu ini, tempat kita bersandar?" Maka semb ah orang, "Kayu Melaka namanya, tuanku." Maka titah baginda, " Jika demikian, Me lakalah nama negeri ini." Maka Raja Iskandar Syah pun diamlah di Melaka. Adapun Raja Iskandar tatkala diam di Singapura, tiga puluh dua tahun, maka Singapura al ah oleh Jawa: maka kararlah baginda di Melaka tiga tahun. Maka datanglah peredar an dunia, baginda pun hilanglah, dan anakanda baginda Raja Besar Mudalah ganti k erajaan ayahanda baginda, terlalu adil perintah baginda. Maka Raja Besar Muda pu n memerintahkan istiadat takhta kerajaan baginda. Syahadan, bagindalah yang pert ama berbuat menteri mengajari orang di balai, dan mengadakan bentara empat puluh berdiri di ketapakan balai akan menjunjungkan titah raja dan menyampaikan semba h sekalian orang ke bawah dull baginda; dan bagindalah menjadikan anak tuan-tuan biduanda kecil akan suruh-suruhan raja membawa segala alat raja, barang ke mana dan barang sebagainya. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada prosa "Susur Galur A sal Usul Negeri Melaka", antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1, DBP) 31 Nyatakan punca Raja Iskandar meninggalkan Singapura. A Baginda ditewaskan ole h kerajaan Jawa B Baginda terkena sumpahan Raja Besar Muda C Baginda telah hilan g keyakinan terhadap kerajaan Singapura D Baginda telah berjanji dengan pemerint ah Singapura sebelumnya 32 Frasa maka kararlah baginda di Melaka tiga tahun yang terdapat dalam petikan membawa maksud A Raja Iskandar menetap di negeri Melaka selama tiga tahun B Raja Iskandar mangkat setelah tiga tahun memerintah Melaka. C Raja Iskandar memerintah di negeri Melaka selama tiga tahun. D Raja Iskandar b erasa kecewa tinggal di negeri Melaka selama tiga tahun 6

SULIT 33 Persoalan yang berikut terdapat dalam petikan prosa "Susur Galur Asal Usul Ne geri Melaka", kecuali A adat istiadat di negeri Melaka. B asal usul pembukaan ne geri Melaka C salasilah keturunan raja-raja Melaka D kedaulatan kerajaan dalam j ajahan Melaka 34 Pernyataan yang berikut merupakan perwatakan Raja Besar Muda, k ecuali A pemerintah yang sangat adil mentadbir negara. B pemerintah yang mementi ngkan golongan diraja. C pemerintah yang mentadbir negara secara sistematik. D p emerintah yang memperkenalkan adat istiadat kerajaan Melaka. 35 Pilih salasilah raja-raja Melaka mengikut urutan yang betul. A Raja Besar Muda - Raja Kecil Besa r Raden Tengah Raja Iskandar Syah B Raja Iskandar Syah - Raja Besar Muda - Raden Teng ah Raja Kecil Besar C Raja Iskandar Muda - Sultan Mahmud - Raja Besar Muda -- Rade n Tengah D Raja Iskandar Syah - 'Raja Kecil Besar - Raden Tengah - Raja Besar Mu da Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya. SYAIR MENYAMBUT PELAJARAN Anakku sayang salahmu nyata, Dalam pelajaran bertutur kata, Duduk menulis kalam di lata, Kembali kepada sekalian pendeta. Kerana pelaj aran beratur pangkatnya, Jangan dicampur yang bukan masanya, Kerja demikian besa r salahnya, Faham tak lekat dalam keduanya. Pendengaran pasti menjadi haru, Yang ditulis pun tentu keliru, Laksana menumbuk beralas nyiru, Berasnya luluh antah menderu. Ilmu lisan tatkala disyarahkan, Sekalian anggota wajib satukan, Ke hati semuanya kamu kumpulkan, Barulah pendengaran dapat difahamkan. Semasa mendengar orang berkata, Tangan menulis pula serta, 7

Disemak oleh, (PN. mata, Telinga diasingkan daripadaNorehan Bt. Md. Nor) Mustahillah faham ter angnyaKetua Panitia B. Melayu nyata. (Dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1,DBP.) 36 Apakah pesan an utama yang ingin disampaikan oleh penyair? A Menyampaikan pesanan perlu betul B Hendaklah mendengar nasihat orang lain C Mestilah mendengar kata-kata yang be nar D Perlu menuntut ilmu dengan cara yang betui 37 Maksud baris Telinga diasing kan daripada mata yang terdapat dalam rangkap terakhir ialah A kerap memandang k in dan kanan. B kedudukan mata dan telinga yang tidak betui. C tidak memberi per hatian terhadap apa yang orang tuturkan. D memikirkan perkara lain ketika menden gar orang lain bercakap. Laksana menumbuk beralas nyiru, 38 Gaya bahasa baris sy air di atas ialah A simile A Sinis B inversi. B Patriotik C metafora. C Romantik D simpulan bahasa. D Melankolik 39 Apakah nada "Syair Menyambut Pelajaran?" 40 Nyatakan pengajaran utama yang diperoleh setelah membaca syair di sebelah. A Sem asa belajar kita perlu mencatat B Mestilah serius ketika menuntut ilmu C Perlu m emberi tumpuan semasa guru mengajar D Jangan melakukan kesalahan ketika membuat latihan ************************************************************************ ******************************* Selamat Maju Jaya. Disediakan oleh,, (MOHD MUSTAFFA) JAWAPAN BM PAT 2007 TING. SATU I D 13 A B 25 D 35 B 2D 14 B 26 A 36 D 3D 15 A 4D 16 D 5A 17 D 28 A 6C I8 D 29 A 7B 19 D 30 B 40 C 8A 20 A 31 A 9A 32 A 10 D 22 D 33 D 11 A 34 B 12 D 24 21 D 23 B 27 B 37 C 38 A 39 C 8 MUS KERTAS 1 (SULIT)

Anda mungkin juga menyukai