Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN A

(20 MARKAH)
SOALAN 1 – 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Kita digalakkan melakukan aktiviti senaman ___________________ tiga kali
seminggu bagi mengeluarkan peluh.
A. seada-adanya
B. selama-lamanya
C. selebih-lebihnya
D. sekurang-kurangnya

2. Kebelakangan ini, kes buli siber semakin _________________________.

A. berterusan
B. berleluasa
C. berlarutan
D. berpanjangan

3. Bekas makanan dan botol sering menjadi tempat _____________________

nyamuk aedes.
A. biak
B. membiak
C. pembiakan
D. membiakkan

4. Hubungan __________________ antara jiran dapat melahirkan ciri-ciri

masyarakat yang berkualiti.
A. erat
B. karib
C. akrab
D. mesra

SOALAN 5 – 6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.
5. Ibu bapa perlu melakukan aktiviti senaman atau beriadah bersama-sama
A
anak-anak di hujung minggu untuk menanam minat anak-anak terhadap
B C
sukan. Tiada kesalahan.
D

1
6. Setiap pengguna bertanggungjawab untuk menggunakan media sosial secara
A B
berhemat dan tidak menyalahgunakan teknologi yang ada. Tiada kesalahan
C D

SOALAN 7 – 8
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
7. I. Banyak faedah yang dapat kita peroleh dengan menyertai aktiviti
kokurikulum.
II. Orang ramai dinasihati agar lebih berhati-hati dengan skim kewangan yang
menjanjikan pulangan tinggi dan menawarkan faedah menarik.
III. Berjoging ialah senaman yang membawa banyak faedah.
IV. Encik Farid terpaksa menghentikan perniagaannya kerana tidak mendapat
faedah yang banyak.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

8. I. Adik makan hidangan yang disediakan oleh ibu dengan berselera sekali
tanpa meninggalkan basi.
II. Dini keracunan makanan kerana termakan lauk yang basi itu.
III. Berita yang disampaikan oleh Rosli telah basi.
IV. Makanan akan basi jika dibiarkan terhidang pada suhu bilik melebihi
empat jam.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I,II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja.
SOALAN 9 – 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A,
B, dan C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.
9. Murid-murid yang bergejala akan menjalani Ujian Kendiri COVID-19 di bawah
pemantauan rapi mengikut SOP oleh guru.
A. akan jalani
B. akan jalankan
C. akan menjalankan
D. akan menjalani

2
10. Orang ramai perlu peka akan keselamatan di pagar agar sentiasa selamat.
A. perlu peka keselamatan
B. perlu peka akan selamat
C. perlu pekakan keselamatan
D. perlu peka akan keselamatan

SOALAN 11 – 12
Pilih ayat-ayat yang betul.
11. I. Remaja perlu menjauhi diri daripada merokok.
II. Setiap pagi, Kelvin akan bersenam agar berat badannya sentiasa ideal.
III. Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat.
IV. Ibu bapa berperanan dalam mengehadkan tempoh anak-anak melayari
media sosial.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II,III dan IV sahaja

12. I. Elakkan datang ke sekolah jika sekiranya bergejala.

II. Aadalh dimaklumkan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat
bermula 1 November.
III. Tabiat pemakanan kana-kanak menjadi punca obesiti.
IV. Kita seharusnya bersenam sekurang-kurangnya tiga puluh minit setiap
hari.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja.

SOALAN 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
13. Amira sentiasa berhati-hati dan cermat Ketika memandu. Tindakan Amira ini
diibaratkan
A. Biar lambat asalkan selamat
B. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
C. Berjagung-jagung dahulu, sementara menanti padi masak.
D. Orang lain yang makan Nangka, orang lain yang kena getah.

3
SOALAN 14 – 17 berdasarkan petikan cerpen di bawah.
Sekarang, dia hanya menunggu kepulangan Oren. Dia ingin mengotakan
janjinya kepada dirinya dahulu sewaktu membawa Oren pulang. Dahulu, dia berjanji
untuk memelihara Oren seperti anaknya sendiri. Janjinya itu adalah untuk menebus
kesalahan dirinya mengakibatkan Oren kehilangan ibunya. Segala egonya dahulu
yang tidak membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah dipadamkan.
Sebaliknya, dia yang membawa Oren pulang ke rumah.
Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan
membawa Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. Kelabu ditemukan
sewaktu anak kucing jantan itu mengekorinya yang sedang menuju ke kereta dan
hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabu untuk menjadi teman Oren
bermain.
Pada mulanya dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya.
Setelah dia melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan
sering menarik perhatian, mereka sekeluarga lebih sukan akan Kelabu. Oren yang
lebih suka mnyendiri dan pendiam semakin tersisih.
Hari terus berlalu. Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada setiap kali
dia pulang ke rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan Oren hanya
mengangkat kepala apabila melihatnya dan melihat tingkah laku Kelabu.
Sejak kedatangan Kelabu juga, Oren selalu membiarkan Kelabu menjamah
makanan dahulu dan setelah selesai barulah Oren makan sisa-sisa makanan yang
ditinggalkan oleh Kelabu. Dia juga tidak pernah melihat Oren dan Kelabu bermain
bersama-sama apatah lagi bergaduh.
Dipetik daripada cerpen ‘Oren’
Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

14. Maksud rangkai kata semakin tersisih ialah

A. kian tersingkir
B. kian dipisahkan
C. kian menjauhkan diri
D. kian diabaikan dan dilupakan

15. Antara yang berikut ialah sebab Ayah bersikap pilih kasih antara Kelabu
dengan Oren, kecuali
A. Oren lebih suka menyendiri dan pendiam
B. Kelabu lebih manja dan suka menarik perhatian
C. Oren tidak mahu bermain bersama-sama Kelabu
D. Kelabulah yang selalu menyambut kepulangan ayah.

4
16. Apakah perwatakan yang jelas terdapat pada Oren seperti yang digambarkan
dalam petikan?
A. Seekor kucing yang pasif
B. Seekor kucing yang malas
C. Seekor kucing yang suka bermanja
D. Seekor kucing yang pandai menarik perhatian

17. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan cerpen di atas?
A. Kelabu merupakan kucing betina
B. Ayah memungut Kelabu kerana ingin menjadikan Kelabu sebagai teman
Oren
C. Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing itu mengekori ayah pulang ke
rumah
D. Oren akan menjamah makanan dahulu dan membiarkan Kelabu makan
sisa-sisa makanan yang ditinggalkan.

SOALAN 18 – 20 berdasarkan petikan drama di bawah.

HAYATI : Adakah peluang Yati untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu, tuk?
PAK MAIL : Tuk akan ikhtiarkan, Yati. Pagi tadi tuk sudah berjumpa dengan Datuk
Penghulu. Tuk terangkan masalah kita.
HAYATI : Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah
berjanji untuk menolong Yati.
PAK MAIL : Baguslah, Yati. Moga-moga Tuhan akan menolong kita.
FAUZIAH : Pergilah masuk, Yati. Tukar pakaian itu. Kalau engkau lapar, nasi ada
di dapur.
HAYATI : Mak dan datuk sudah makan?
FAUZIAH : Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu nak makan, makanlah
dulu. Mak akan makan kemudian.
ARAHAN : (HAYATI masuk membawa begnya ke dalam)
PAK MAIL : beginilah hidup kita di dunia, Fauziah. Segala-galanya dalam kuasa
Tuhan. Ada isteri yang kehilangan suami. Ada anak yang kehilangan
bapa. Kita menganggap bahawa kitalah orang yang paling malang di
dunia tetapi yang sebenarnya ada orang lebih malang daripada kita.
FAUZIAH : Beginilah hidup kita di dunia, Fauziah. Segala-galanya dalam kuasa
Tuhan. Ada isteri yang kehilangan suami. Ada anak yang kehilangan
bapa. Kita menganggap bahawa kitalah orang yang lebih malang
daripada kita.
PAK MAIL : Kematian Akhbar menyebabkan engkau kehilangan suami. Aku
kehilangan menantu. Hayati dan Farid pula kehilangan bapa. Akhbar

5
tidak sempat melihat anaknya yang bongsu, Farid tetapi kita harus
berbangga kerana kematiannya itu sebagai seorang pahlawan.
Sekarang, kita haruslah berani mewarisi kehidupan yang ditinggalkan.
Dipetik daripada drama ‘Hadiah”
Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

18. Apakah usaha yang dilakukan oleh Pak Mail supaya cucunya, Hayati boleh
meneruskan pelajarannya?
A. Memohon bantuan daripada Guru Besar Hayati.
B. Memujuk dan meyakinkan Hayati bahawa mereka akan berikhtiar
Bersama-sama
C. Berjumpa dengan Datuk Penghulu untuk menerangkan masalah yang
dihadapi mereka.
D. Berjumpa dengan Guru Besar Hayati untuk menerangkan masalah yang
dihadapi mereka.

19. “Entahlah, ayah. Saya……. Saya tidak tahu apa nak buat lagi”.
Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan Fauziah
ialah
A. bagai layang-layang putus talinya
B. seperti hujan jatuh ke pasir
C. bagai kaca jatuh ke batu
D. bagai cacing kepanasan

20. Yang berikut merupakan nilai yang terdapat dalam petikan drama, kecuali
A. amanah
B. keredaan
C. berterus terang
D. bertanggungjawab

6
BAHAGIAN B
(25 MARKAH)

1. Dalam brosur di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti

kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin brosur itu semula.

i. __________________________________
ii. __________________________________
iii. __________________________________ (3 markah)

2. Dalam setiap ayat dibawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula
i. Setengah ibu bapa kurang menitikberatkan kepentingan mengambil
sarapan pagi terutamanya sebelum anak mereka pergi ke sekolah.
__________________________________________

ii. Para pengguna-pengguna jalan raya harus peka agar dapat mengatasi
kemalangan jalan raya.
__________________________________________
(2 markah)

7
3. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Petang itu, dia pulang dari pejabat agak lewat daripada biasa. Sedang dia
memandu keretanya di jalan taman perumahannya, tiba-tiba dia berasa
bahawa dia terlanggar sesuatu. Kemudian dia memberhentikan keretanya
untuk meninjau benda yang dilanggarnya itu. Dia hanya mampu mengucap
apabila seekor kucing terlantar mati di bawah tayar keretanya. Namun,
hatinya lebih tersentuh apabila dating seekor anak kucing mengiau-ngiau di
hadapan kucing yang tidak bernyawa itu. “Mungkin ibunya”, detik hatinya.
Petang itu, dia pulang Bersama-sama dengan seekor anak kucing jantan
yang paling gembira menyambut kepulangan dia ialah Anis. Cepat-cepat
anak bongsunya itu mendukung anak kucing tersebut sambal bertanya,
“Apakah namanya?” Dengan spontan dia menjawab, “Oren”. Nama itu
diberikan kerana seluruh bulu kucing itu berwarna oren.
Isterinya hairan kerana suaminya tiba-tiba membawa pulang seekor anak
kucing. Isterinya tahu bahawa dia tidak berminat untuk memelihara kucing
kerana telah beberapa kali anaknya, Azura dan Anis meminta ibunya untuk
memelihara haiwan tersebut tetapi dia tidak membenarkannya. Hanya pada
malam harinya barulah dia menceritakan perkara yang terjadi untuk
menjawab kehairanan isterinya itu. Isterinya mengerti dan memberikan kasih
saying kepada Oren sebagai sebahagian daripada ahli keluarga mereka.

Dipetik daripada cerpen “Oren”

Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1
Kementerian Pelajaran Malaysia

i. Berdasarkan petikan diatas, nyatakan tindakan yang dilakukan oleh

ayah terhadap haiwan yang ditemuinya. (3 markah)
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

ii. Nyatakan dua perwatakan ayah yang terdapat dalam petikan tersebut.
(3 markah)
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

8
iii. Kegiatan menzalimi haiwan ialah satu kesalahan.
Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan untuk mencegah
kezaliman haiwan? (4 markah)
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

4. Dalam sesebuah novel pasti mempunyai peristiwa yang boleh dijadikan

pengajaran kepada pembaca. Berdasarkan novel yang anda kaji iaitu Pelari
Muda, karya Ghazali Ngah Azia, berikan 3 pengajaran berserta contoh
peristiwa yang sesuai. (10 markah)
______________________________________________________________

9
BAHAGIAN C
(15 markah)

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1. Lihat risalah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat

dalam risalah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.

10

2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis

sebuah ringkasan tentang punca-punca obesiti. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakan supaya
mengunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Di Malaysia, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi

(NHMS) 2019 mendapati 50.1 peratus daripada orang dewasa mempunyai
sama ada berlebihan berat badan atau obes. Dalam peratusan tersebut,
30.4 peratus berlebihan berat badan manakala 19.7 peratus adalah obes.
Obesiti terjadi apabila seseorang itu kurang mengamalkan aktiviti
bersenam. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat Malaysia gemar
menghabiskan masa dengan menggunakan telefon pintar berbanding
dengan aktiviti bersenam. Menurut kajian yang dijalankan oleh Hootsuit
dan We Are Social, rakyat Malaysia memperuntukkan masa sekurang-
kurangnya tiga jam sehari di laman sosial. Natijahnya, kandungan lemak
dalam badan yang tidak dibakar terus meningkat dan menebal.
Pengambilan makanan berlebihan yang tidak disertai penggunaan
tenaga melalui aktiviti fizikal juga menyebabkan tenaga berlebihan ini
disimpan sebagai lemak dalam badan. Perkara yang menakutkan
pemasalahan ini bukan sahaja menyerang orang dewasa bahkan juga
kanak-kanak. Data ini dapat dilihat daripada tinjauan NHMS 2019 yang
mendapati 29.8 peratus kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 17
tahun mempunyai berat badan berlebihan termasuk obes. Dilaporkan 14.8
peratus adalah obes manakala selebihnya merupakan berlebihan berat
badan.
Selain itu, tekanan semasa belajar dan bekerja membuatkan ramai
yang beranggapan bahawa pengambilan makanan secara berlebihan
merupakan langkah mudah untuk mengurangkan tekanan. Seterusnya,
percubaan menurunkan berat badan secara cepat dan keterlaluan boleh
menyebabkan masalah kenaikan berat badan yang lebih teruk. Hal ini
kerana proses metabolisme badan akan menjadi lebih perlahan. Di
samping itu, pengambilan minuman bergula yang tinggi dan pengambilan
makanan segera secara kerap juga merupakan punca utama obesiti. Hal
ini menyebabkan kolesterol meningkat dan diabetes. Kesannya, saluran
darah tersumbat dan seterusnya merencatkan pengaliran darah. Akhirnya,
menyebabkan serangan jantung.

11
Akhir sekali, obesiti juga berpunca daripada sikap ibu bapa yang
kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka. Kesibukan ibu bapa
bekerja menyebabkan mereka tiada pilihan lain selain menjamu anak dan
keluarga dengan makanan yang dibeli dari luar atau makanan segera
yang cepat dan mudah untuk disediakan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Obesiti di Manakah Silapnya?’,

Dewan Siswa, BIL. 05 2020
___________________________________________________________

12

Anda mungkin juga menyukai