Anda di halaman 1dari 5

Bahasa Melayu Tahun 6

Nama :
Kelas :

Sistem Bahasa
Praktis 1
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Mak Cik Nita berehat di kerusi itu kerana kakinya berasa amat
_______________ setelah meronda di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.
A letih
B lemau
C lenguh
D lembik

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.

2. Pokok-pokok bunga di halaman rumah itu akan _______________ jika tidak


disirami air.
A layu
B lemah
C kusam
D usang
3. Hubungan antara Profesor Zaid dengan pembantunya ______________ rapat.
A nian
B agak
C benar
D sekali

4. Menarik _____________ demonstrasi yang ditunjukkan dalam pameran


robotik itu.
A paling
B cukup
C terlalu
D sungguh

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini.

5. Kereta ayah dihantar ke bengkel Pak Cik Samad ___________________


mengalami kerosakan enjin.
A maka
B lantas
C kerana
D semasa

6. Telefon pintar itu mahal harganya ___________________ mudah rosak.


A dan
B atau
C tetapi
D malahan
Praktis 2

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betulnya.

1. I Pekerja itu mengorek lubang di tepi jalan itu dengan menggunakan jentera
pengorek.
II Janganlah kamu mengorek hati dan perasaan ibu bapa kamu dengan kata-
kata yang kasar.
III Cikgu Lim mengorek dinding makmal sains untuk menggantungkan poster
tentang peraturan-peraturan di makmal sains.
IV Ain mahu mengorek rahsia rakannya, Yati yang sering mendapat markah
tertinggi dalam mata pelajaran Sains.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

2. I Akibat perbezaan pendapat, hubungan antara kedua-dua orang ahli sains


itu menjadi jauh.
II Razali menggunakan kamera digital untuk merakamkan aksi para peserta
dalam pertandingan lompat jauh.
III Objek yang jauh dapat dilihat dengan jelasnya dengan menggunakan
teropong.
IV Kepantasan jet itu lebih jauh daripada kepantasan kapal terbang.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
Praktis 3

Pilih ayat yang betul.

1. I Terdapat pelbagai-pelbagai jenis peralatan elektrik dijual di kedai elektronik


itu.
II Telefon pintar itu merupakan telefon yang paling tercanggih di pasaran.
III Segelintir murid tidak meminati mata pelajaran Sains kerana
menganggapnya sebagai mata pelajaran yang sukar.
IV Cikgu Azimah meminta murid-muridnya menyiapkan projek sains yang
diberikannya itu dengan segeranya.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

2. A Enjin kereta akan cepat rosak kecuali tidak dijaga dengan baiknya.
B Pak Mat selalu turun laut untuk menangkap ikan.
C Puan Najihah membelek-belek bakul rotan yang cantik itu.
D Rumah yang selesa menggembirakan semua anak-anaknya.

3. A Puan Aniza penghiris nipis-nipis kentang itu untuk digoreng pada petang
nanti.
B Pak Cik Isham membaca berita tentang kejayaan ahli sains itu menerusi
akhbar.
C Yusri mengambil jurusan sains di universiti demi untuk menjadi penyelidik.
D Mesin basuh itu baru dibeli oleh Encik Taha pada bulan lepas walaupun
sudah rosak.

4. A Ayah menasihati kami agar sentiasa berhati-hati kerana melintas jalan


raya.
B Kak Mimi membasuh pinggan di singki manakala berbual-bual dengan ibu.
C Adik Izwani berasa gembira semenjak hari ini dia akan melawat ke
Petrosains.
D Kak Dona mengambil sehelai tuala kecil lalu mengelap mukanya.
Baca dan fahami petikan. Kemudian, tulis ulasan tentang kepentingan peralatan
elektrik dalam kehidupan.

Pentingnya Peralatan Elektrik

Puan Dahlia mahu mengadakan majlis kesyukuran bersempena dengan kejayaan


anaknya dalam peperiksaan UPSR. Sejak semalam, beliau sibuk menyediakan
hidangan untuk tetamu yang akan menghadiri majlis tersebut. Untuk memudahkan
kerjanya, beliau menggunakan pengisar untuk mengisar bawang, cili, halia dan
berbagai-bagai bahan yang lain. Anak perempuannya, Izz Zayani turut membantunya
di dapur. Izz Zayani membakar kek dan biskut di dalam ketuhar elektrik.

Adik Izz Zayani, iaitu Izzan Izwani, menyimpan buah-buahan dan sayur-sayuran
yang dibeli oleh ayahnya di dalam peti sejuk. Kemudian, dia membasuh beras bersih-
bersih sebelum menanaknya dengan menggunakan periuk nasi automatik. Suami
Puan Dahlia, iaitu Encik Rashid juga membantu keluarganya. Beliau membersihkan
permaidani di ruang tamu dengan menggunakan pembersih vakum.

Peralatan elektrik amat penting dalam kehidupan kita. Peralatan tersebut membantu
kita melakukan pelbagai kerja dengan mudahnya dan cepatnya. Sebagai contoh,
Puan Dahlia menggunakan pengisar untuk menyediakan hidangan. Anaknya, Izz
Zayani pula membakar kek dan biskut dengan menggunakan ketuhar elekrik.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai