Anda di halaman 1dari 15

DRAMA

HADIAH
SINOPSIS
Setelah kematian ayahnya, keluarga Hayati mengalami
masalah kewangan. Hayati tidak dapat membayar
bayaran asrama dan terpaksa pulang ke kampung.
Mereka hanya bergantung hidup daripada pencen Pak
Mail yang sedikit. Masalah mereka telah diadukan
kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka
berjanji akan membantu keluarga Hayati. Nasib
menyebelahi mereka apabila wakil daripada
Kementerian Pertahanan menyampaikan bantuan
sebanyak sepuluh ribu ringgit atas jasa ayahnya yang
terkorban semasa mempertahankan negara.
TEMA
Kegigihan menuntut ilmu.Buktinya, Hayati terpaksa
pulang ke kampung kerana tidak dapat membayar
yuran asrama sekolah.
PERSOALAN
Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya,
Akhbar, yang terkorban semasa bertugas di sempadan.
Gigih meneruskan pelajaran.
Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di
asrama bagi meneruskan pelajarannya.
Berusaha untuk menyelesaikan masalah.
Contoh: Pak Mail menceritakan masalah kewangan yang
dihadapi oleh keluarga mereka kepada penghulu.
WATAK & PERTWAKAN
1. HAYATI
Gadis yang berusia 15 tahun.
Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.
Gigih berusaha
 Contoh: Hayati menceritakan masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka
kepada guru besar.
Tabah.
 Contoh: Hayati tabah menghadapi kehilangan ayahnya.
Penyayang.
 Contoh: Hayati tetap merindui arwah ayahnya dan ingin menatap gambarnya
apabila dia pulang ke kampung.
Mementingkan pelajaran
 Contoh: Hayati berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan
pelajarannya
WATAK & PERWATAKAN
2. FAUZIAH
Ibu kepada Hayati.
Tabah.
Contoh: Tabah menghadapi kehilangan suami tercinta.
Penyayang.
Contoh: Fauziah sangat menyayangi suami dan anak-
anaknya.
WATAK & PERTWAKAN
3. PAK MAIL
Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid.
Tabah.
Contoh: Pak Mail tabah menghadapi musibah yang
menimpa keluarga mereka.
Bertanggungjawab.
Contoh: seorang yang bertanggungjawab menjaga anak dan
cucu-cucunya setelah mereka kehilangan ayah yang tercinta.
Penyayang.
Contoh: seorang yang penyayang terhadap anak dan cucu-
cucunya.
WATAK & PERWATAKAN
4. DATUK PENGHULU
Bertanggungjawab.
Contoh: seorang yang bertanggungjawab kepada aduan
yang disampaikan oleh Pak Mail.
Amanah
Contoh: seorang yang menjaga amanah dengan baik
apabila berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail.
WATAK & PERWATAKAN
5. ENCIK MUSA
Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas
Amanah
Contoh: Amanah menjalankan tugas apabila
menyampaikan cek penghargaan kepada keluarga Pak
Mail di atas sumbangan Akhbar dalam mempertahankan
tanah air.
LATAR MASA
Pagi
Contoh: Pak Mail menemui datuk penghulu bagi
menceritakan masalah yang sedang dihadapi oleh
keluarganya.
Petang
Contoh: Hayati pulang ke kampung dan kunjungan wakil
Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan
sumbangan penghargaan kepada keluarga Pak Mail.
LATAR TEMPAT
Rumah Pak Mail
Contoh: Pak Mail menerima kunjungan wakil Kementerian
Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan RM 10,000.
Pejabat guru besar
Contoh: Hayati bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh
keluarganya kepada guru besar.
Asrama sekolah
Contoh: Tempat Hayati tinggal semasa belajar di sekolah
tersebut.
 Perbatasan Negara
Contoh: Tempat Akhbar gugur ditembak oleh musuh negara.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat kampung
Contoh: Pak Mail menemui penghulu kampung untuk
menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Masyarakat yang berusaha gigih.
Contoh: Pak Mail berikhtiar mencari duit bagi membayar
yuran asrama Hayati.
Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air.
Contoh: Akhbar terkorban semasa menjalankan tugas di
sempadan.
Masyarakat yang percaya kepada Tuhan.
Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan
Tuhan dengan redha.
GAYA BAHASA
Bahasa istana
Contoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda
Kata ganda
Contoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga
Sinkope
Contoh: mak, tuk, nak, dah
Simpulan bahasa
Contoh: minta diri
Bahasa Arab
Contoh: assalamualaikum, waalaikumusalam.
NILAI
Nilai kasih sayang.
Contoh: Pak Mail amat menyayangi Fauziah, Hayati dan
Farid.
Nilai ketabahan.
Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya.
Nilai kegigihan.
Contoh: Hayati gigih berusaha mengatasi masalah
kewangan yang dihadapinya.
Nilai bekerjasama.
Contoh: Penghulu berjanji akan membantu keluarga Pak
Mail.
PENGAJARAN
Kita hendaklah mementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan.
Contoh: Hayati berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun
menghadapi masalah kewangan.
Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk
negara.
Contoh: Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000
kepada keluarga Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di
sempadan negara.
Kita hendaklah percaya kepada Tuhan
Contoh: Pak Mail percaya bahawa Tuhan akan membantu mereka yang
dalam kesusasahan.
Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.
Contoh: Guru besar berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan
kewangan

Anda mungkin juga menyukai