Anda di halaman 1dari 5

1

ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH – DRAMA HADIAH

A. SINOPSIS

Setelah kematian ayahnya, keluarga Hayati mengalami masalah kewangan. Hayati tidak dapat
membayar bayaran asrama dan terpaksa pulang ke kampung. Mereka hanya bergantung hidup
daripada pencen Pak Mail yang sedikit. Masalah mereka telah diadukan kepada penghulu
kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu keluarga Hayati. Nasib menyebelahi
mereka apabila wakil daripada Kementerian Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak
sepuluh ribu ringgit atas jasa ayahnya yang terkorban semasa mempertahankan negara.

B. TEMA
Kegigihan menuntut ilmu.Buktinya, Hayati terpaksa pulang ke kampung kerana tidak dapat
membayar yuran asrama sekolah.

C. PERSOALAN

i. Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.


Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar, yang terkorban semasa
bertugas di sempadan.
ii. Gigih meneruskan pelajaran.
Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan pelajarannya.
iii. Berusaha untuk menyelesaikan masalah.
Contoh: Pak Mail menceritakan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka
kepada penghulu.

D. WATAK & PERWATAKAN

a. Hayati
i. Gadis yang berusia 15 tahun.
ii. Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.
iii. Gigih berusaha
Contoh: Hayati menceritakan masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada
guru besar.
iv. Tabah.
Contoh: Hayati tabah menghadapi kehilangan ayahnya.
v. Penyayang.
Contoh: Hayati tetap merindui arwah ayahnya dan ingin menatap gambarnya
apabila dia pulang ke kampung.
vi. Mementingkan pelajaran
Contoh: Hayati berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan
pelajarannya.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH
2

b. Fauziah
i. Ibu kepada Hayati.
ii. Tabah.
Contoh: Tabah menghadapi kehilangan suami tercinta.
iii. Penyayang.
Contoh: Fauziah sangat menyayangi suami dan anak-anaknya.

c. Pak Mail
i. Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid.
ii. Tabah.
Contoh: Pak Mail tabah menghadapi musibah yang menimpa keluarga mereka.
iii. Bertanggungjawab.
Contoh: seorang yang bertanggungjawab menjaga anak dan cucu-cucunya setelah
mereka kehilangan ayah yang tercinta.
iv. Penyayang.
Contoh: seorang yang penyayang terhadap anak dan cucu-cucunya.

d. Datuk Penghulu
i. Bertanggungjawab.
Contoh: seorang yang bertanggungjawab kepada aduan yang disampaikan oleh Pak
Mail.
ii. Amanah
Contoh: seorang yang menjaga amanah dengan baik apabila berusaha sedaya upaya
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail.

e. Encik Musa
i. Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas
ii. Amanah
Contoh: Amanah menjalankan tugas apabila menyampaikan cek penghargaan
kepada keluarga Pak Mail di atas sumbangan Akhbar dalam mempertahankan tanah
air.

E. LATAR

a. Latar Masa

i. Pagi
Contoh: Pak Mail menemui datuk penghulu bagi menceritakan masalah yang sedang
dihadapi oleh keluarganya.

ii. Petang
Contoh: Hayati pulang ke kampung dan kunjungan wakil Kementerian Pertahanan
untuk menyampaikan sumbangan penghargaan kepada keluarga Pak Mail.
© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN
PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH
3

b. Latar Tempat

i. Rumah Pak Mail


Contoh: Pak Mail menerima kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk
menyampaikan sumbangan RM 10,000.

ii. Pejabat guru besar


Contoh: Hayati bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh keluarganya kepada
guru besar.

iii. Asrama sekolah


Contoh: Tempat Hayati tinggal semasa belajar di sekolah tersebut.

iv. Perbatasan Negara


Contoh: Tempat Akhbar gugur ditembak oleh musuh negara.

c. Latar Masyarakat

i. Masyarakat kampung
Contoh: Pak Mail menemui penghulu kampung untuk menceritakan masalah yang
dihadapi oleh mereka.

ii. Masyarakat yang berusaha gigih.


Contoh: Pak Mail berikhtiar mencari duit bagi membayar yuran asrama Hayati.

iii. Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air.


Contoh: Akhbar terkorban semasa menjalankan tugas di sempadan.

iv. Masyarakat yang percaya kepada Tuhan.


Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan Tuhan dengan redha.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH
4

F. GAYA BAHASA

i. Bahasa istana
Contoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda

ii. Kata ganda


Contoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga

iii. Sinkope
Contoh: mak, tuk, nak, dah

iv. Simpulan bahasa


Contoh: minta diri

v. Bahasa Arab
Contoh: assalamualaikum, waalaikumusalam.

G. NILAI

a. Nilai kasih sayang.


Contoh: Pak Mail amat menyayangi Fauziah, Hayati dan Farid.

b. Nilai ketabahan.
Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya.

c. Nilai kegigihan.
Contoh: Hayati gigih berusaha mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya.

d. Nilai bekerjasama.
Contoh: Penghulu berjanji akan membantu keluarga Pak Mail.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH
5

H. PENGAJARAN
 Kita hendaklah mementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan.
Contoh: Hayati berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun menghadapi masalah
kewangan.

 Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk negara.
Contoh: Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada keluarga
Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di sempadan negara.

 Kita hendaklah percaya kepada Tuhan


Contoh: Pak Mail percaya bahawa Tuhan akan membantu mereka yang dalam kesusasahan.

 Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.


Contoh: Guru besar berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan kewangan.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 1 – ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai