Anda di halaman 1dari 15

Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Di Yellowstone Hawa dan

Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang hamil menghadapi konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan dia ingin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa berhalunisasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan yang diberikan olah janin dalam kandungannya, Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia. Tema Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga.Halunisasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malayisa mengikut suaminya Adam yang mahukan mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah. Persoalan 1. Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat.. 2. Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat.. 3. Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air sendiri. 4. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Latar Latar Masa 1. Lapan tahun menunggu zuriat. 2. Generasi kelapan Ahmad Abdullah. Latar tempat 1. Yellowstone. 2. Devils Tower. 3. Canyon Village. Latar Masyarakat 1.Masyarakat yang penyayang terhadap hubungan kekeluargaan, iaitu Hawa yang menyayangi janinnya. 2. Masyarakat yang memperjuangkan warisan keluarga, Contohnya Hawa yang berkeras mahu mempertahankan perusahaan keluarganya. 3. Masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan, Contohnya Perusahaan Taman Nasional Yellowstone yang sudah bertahan sehingga generasi kelapan. 4. Masyarakat yang percaya kepada kekuasaan Tuhan, Contohnya janin yang mendengar degupan jantung yang berzikir kepada Tuhan. Nilai 1. Nilai kasih sayang, Contohnya Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun. 2. Nilai kesabararan. Contohnya Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi pertentangan pendapat. 3. Nilai ketabahan. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di tempat orang. Pengajaran 1. Kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya Hawa yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone. 2. Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa. 3. Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.

Cerpen Pungut @ Zahara @ Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sinopsis Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.

Persoalan 1. Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial. 2. Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit. 3. Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan. Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat. 4. Persoalan kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Mak Timah selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya kerana dia tahu tidak ada sesiapapun akan memelihara Pungut.

Latar

Latar Masa 1. Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan 2. 24 tahun selepas Pungut dewasa Latar Tempat 1. Rumah sewaan Bibik tempat tinggal Mak Timah 2. Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah. Latar Masyarakat 1. Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an keluarga Mak Timah.

2. Masyarakat yang percaya kepada bomoh (ramalan Loktang). Bibik amat percaya dengan ramalan Loktang tentang Siew Lan. 3. Masyarakat yang simpati terhadap golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan dengan nasib Siew Lan yang akan di buang lalu sanggup memeliharanya

Nilai 1. Nilai kasih sayang, contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut. 2. Nilai keikhlasan, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas. 3. Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut. 4. Nilai setiakawan, contohnya semangat setiakawan di antara iaitu Mak Timah bertegur sapa dengan Bibik. 5. Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka.

Pengajaran 1 Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja, contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun. 2. Kita mestilah ikhlas memberikan pertolongan, contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa. 3. Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya, contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut. 4. Kita hendaklah mengamalkan setiakawan, contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik. 5. Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa, contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.

Penangguhan (Wijaya Mala) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM Sinopsis Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah. Persoalan 1. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami. 2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum,, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.. 3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung

oleh Masnah setelah kehilangan suami . 4. Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati. Latar Latar Masa 1. Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka bajunya. Latar Tempat 1. Rumah Kapten Mamat.Ketika itu membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin. 2. Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung. 3. Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri dan anakanak arwah Baharum. 2. Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan kerjanya akan membayar pampasan. 3. Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung... 4. Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat. Nilai 1. Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya. 2. Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya. 3. Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut. Pengajaran 1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum. 2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya. 3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.

Cerpen Pahlawan Buntung (S. Othman Kelantan) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat. Persoalan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Persoalan Persoalan Persoalan Persoalan Persoalan Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup. keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh. kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan. mengenang jasa tokoh yang telah berjasa. berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup. hormat kepada warga tua atau warga emas

Latar Masyarakat Masyarakat Masyarakat Masyarakat Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat nelayan yang bekerja menangkap ikan yang hormat menghormati sesama jiran tetangga yang setiakawan dalam memberi pertolongan

Nilai 1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun 2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun. 3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah. 4. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air. Pengajaran 1. 2. 3. 4. Kita Kita Kita Kita hendaklah hendaklah hendaklah hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri. bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah. menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga. mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri. Tema Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar. Persoalan 1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil . 2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa beranggan-anggan menjadi hero. 3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya. 4. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya. Latar Masa 1. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja. 2. Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang tengah malam. Latar Tempat 1. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung. 2. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah. Latar Masyarakat 1 .Masyarakat yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi pelakon pentas. 2. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga panggung. 3. Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung semasa pementasan. 4. Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin menjadi seperti hero. Nilai 1. Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan lakonannya. 2. Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil. 3. Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan. Pengajaran 1. Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan. 2. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Isteri Si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagong-agongkan hero. 3. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.

Cerpen Hutan Rimba ( Sasjira) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya. Persoalan 1. Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah memusnahkan kehidupan flora dan fauna. 2. Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah, 3. Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing.. 4. Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara.Pembangunan dalam bidang pertanian dapat memberi sumber pendapatan kepada negara. Latar Masa 1. 30 tahun yang lalu sepanjang usia Pak Tua membesarkan anak-anak. 2. Malam Jumaat . Majlis bacaan Yasin diadakan. Latar Tempat 1. Hutan tempat diteroka oleh Pak Tua 2. Sungai tempat Mak Tua mencari ikan 3. Sungai Kinabatangan, Sabah Latar Masyarakat 1.Masyarakat penyayang keluarga masing-masing Contohnya Pak Tua menyayangi semua ahli keluarganya. 2. Masyarakat beriman.., Contohnya Pak Tua yang rajin bersolat di masjid. 3. Masyarakat inginkan pendidikan bagi mencorakkan kehidupan baru, Contohnya anak-anak Pak Tua yang semuanya berpendidikan tinggi.. 4. Masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan penempatan, Contohnya Pak Tua yang tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin menjadikan kawasan dusun mereka sebagai kawasan pelancongan. Nilai 1. Nilai tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-masing.. 2. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. 3. Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya. 4. Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah meninggalkan kampung halamannya. Pengajaran 1. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk membesarkan dan member pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya.. 2. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik.Ini yang ditonjolkan oleh anak-anak Pak Tua yang sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan. 3. Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya. 4. Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup.Contohnya Pak Tua yang rajin bekerja sejak zaman mudanya lagi.

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka samasama menjemput Jumaat. Sabriah, Salmah, Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi. Persoalan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Persoalan Persoalan Persoalan Persoalan Persoalan Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi. sikap hormat menghormati antara ahli keluarga. simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang. jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat. sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Latar Latar masa Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri Senja di rumah Jimah Latar tempat Tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah. Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya Latar masyarakat Masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas. Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan, misalnya Pak Man yang datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat. Masyarakat yang berpendidikan, misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul sebagai akauntan. Masyarakat yang mementingkan kerjaya misalnya Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat cutinya. Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.

Nilai 1. Nilai kasih sayang kepada suami. Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan. 2. Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Misalnya Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang.

3. Nilai hormat-menghormati orang yang lebih tua. Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun kerap dimarahinya. 4. Nilai nasihat-menasihati. Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya. 5. Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari. Pengajaran 1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anaknya. Contohnya Pak Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti. 2. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja. 3. Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contohnya Sabariah insaf atas kesilapannya yang tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya. 4. Kita perlu bertsyukur dengan apa-apa yang kita miliki, misalnya Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan. 5. Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga. 6. Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Misalnya Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anakanaknya.

Drama DatoOnn (Othman Hj Zainudin) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato Onn dipecat dari jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura. Di sana Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union. Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru. Persoalan 1. Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Dato Onn yang sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan anak-anak buahnya dalam keadaan genting sekalipun. 2. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan amat penting untuk kesepakatan dan mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. Dalam drama ini, rakyat jelata khususnya orang Melayu bersatu padu bersama Dato Onn menentang penjajah demi mencapai kemerdekaan. Kesannya Malayan Union dibatalkan. 3. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Dato Onn sanggup dipecat daripada menjadi pemungut cukai lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah yang menindas rakyat Johor. Rumahnya dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang nelayan. 4. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan kerjasama. Banyak nyawa terkorban dan tidak kurang yang kehilangan harta benda.

5. Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan keluarganya dan demi menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato Onn sanggup mengahwini Halimah iaitu balu kepada arwah adiknya, Muhammad. Dia tidak sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup terbiar dan merempat. 6. Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini. Dalam drama ini, banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan wayang-wayang gambar. Orang ramai tidak mahu lagi menonton pementasan bangsawan. Secara tidak langsung ramai penggiat bangsawan pada ketika itu hilang pekerjaan. 7. Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai di negeri ini. Mana-mana rakyat yang gagal menjelaskan cukai akan ditindas. Rumah dan tanah keluarga DatoOnn di Bukit Senyum turut dirampas kerana kononnya bapanya banyak berhutang dengan kerajaan Johor sedangkan harta benda itu semuanya anugerah Sultan Johor kepada bapa Dato Onn. 8. Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat. Dato Onn berjaya membentuk fikiran bangsanya yang jauh ketinggalan melalui akhbar Warta Malaya. Melalui akhbar Warta Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Akhirnya mereka bangkit menentang Malayan Union. Latar Latar Masa 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1927, Dato Onn menjadi nelayan 21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM. 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union. 1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua 1951 Dato Onn berucap 31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan Singapura Dato Onn menjadi nelayan. Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM. Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua Hotel Majestic, KL, Dato Onn berucap Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah air

Latar Tempat

Latar Masyarakat 1. Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air Contohnya Dato Onn. 2. Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah, ditindas dan jauh ketinggalan. 3. Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang dijajah, contohnya DJ. Campbell dan Maxwell 4. Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan KMM Nilai 1. Nilai taat kepada ibu bapa. Contohnya , lantaran tidak mendapat restu keluarga, akhirnya perkahwinan Dato Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama. 2. Nilai bertanggungjawab. Contohnya Dato Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya. Dia sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan. 3. Nilai bersatu padu . Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat. Dato Onn menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah. 4. Nilai kesetiaan. Contohnya rakyat jelata perlu menyatakan kesetiaan pada tanah air tanpa berbelah bagi dalam apa keadaan sekalipun. Keadaan inilah yang ditunjukkan oleh orang-orang Melayu di bawah pimpinan Dato Onn 5. Nilai menghargai jasa. Contohnya Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat kelas Dua kepada Dato Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang berjasa kepada tanah air. 6. Nilai muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat amat penting. Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato Onn telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan.

Pengajaran 1. Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya. 2. Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk penjajahan. 3. Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah. 4. Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif. 5. Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan kekerasan yang banyak merugikan. 6. Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik berbanding perbincangan yang disertai emosi.

Drama 1400 (Nordin Hassan) (Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum) Sinopsis Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung. Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli. Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaanya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat. Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut. Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal. Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya. Persoalan 1. Persoalan 2. Persoalan 3. Persoalan 4. Persoalan 5. Persoalan Latar 1. Latar masa Lewat petang (sebelum Maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut Minggu depan Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau Petang di surau, Dollah berbual dengan Pak Long 2. Latar tempat Kampung Kuala dan Kampung Kenanga tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda-kuda Sungai Nenekairnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda

kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit penindasan kepada golongan yang lemah penipuan kepada orang yang kurang berilmu

Surau tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji Di rumah pawang Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya 3. Latar masyarakat Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan. Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki . Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan AlQuran sebagai petunjuk. Masyarakat yang mementingkan diri . Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah. Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah yang susah dengan mengajar anak-anak mereka. Nilai 1. Nilai kesabaran Contoh: Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung. 2. Nilai tolong-menolong Contoh: Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji. 3. Nilai menghargai barangan tempatan Contoh: Dollah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu mamar dari Itali. 4. Nilai kasih sayang antara suami isteri Contoh: Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik. 5. Nilai ketaatan Contoh: Intan Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya iaitu Dollah semasa mengandung. Pengajaran 1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan. 2. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin. 3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar.Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis kuda yang dipeliharanya. 4. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu. 5. Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung. Mereka berjanji akan memulangkan harta orang kampung semula.

Prosa Tradisonal (Hikayat Siak) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabalkan sebagai Yamtuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk . Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar oleh orang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telah membuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntut bela atas kematian ayandanya. Berita kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negari Johor menjadi perbualan rakyat. Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Dijulang , rakyat Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi air tawar. Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi air tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia. Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan daulat. Baginda kemudian menyerang Johor. Yang Dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam Istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda berasa sugul dengan berita tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. Prosa Tradisional ( Hikayat Langlang Buana) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri telah mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak berjaya. Apabila kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu, dayang mencadangkan Tuan Puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan hinggap pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asalusul bayan. Bayan menceritakan dia berasal dari Negeri Lela Gambar dan mempunyai tuan yang bernama Raja Indera Bumaya. Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin sekali bertemu dengan tuannya itu. Bayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. Berita tentang adanya suara lelaki di istana Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa menjadi murka. Baginda telah mengarahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan keselamatan Raja Indera Bumaya. Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang hulubalang yang dijelmakan daripada batu geliga. Raja Bahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalu mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang dahsyat.

Prosa Tradisional (Dua Geliga Hikmat) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayatmayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

Prosa Tradisional (Hikayat Opu Daeng Menambun) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Bab III Kisah bermula dengan pelayaran Upu Deang dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu Daeng disertai juga Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Upu Daeng dan lima saudaranya. Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin. Daeng Perani mencadangkan Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Upu Daeng Menambun bersetuju. Bab IV Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhamad Zainudin bertitah kepada Upu Daeng dan lima bersaudara menyerang Panembahan Agung. Upu Daeng dan lima bersaudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Upu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu Panembahan Agung, Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Upu Daeng berlima. Mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman. Upu Deang Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Upu Daeng berlima daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Hj Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Upu Daeng berlima telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa mengadap Sultan Muhamad Zainudin oleh Upu Daeng berlima. Bab V Upu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Upu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Upu Daeng berlima bersetuju dengan syarat apabila menjadi Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Maka berperanglah orang Siak dengan orang Bugis. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Upu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Upu Daeng Merewah dilantik menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Upu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan.

Bab VI Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Upu Daeng lima bersaudara. Upu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Upu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut untuk Upu Daeng. Upu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Upu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yam Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baru mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan saudara perempuan dan membayar tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada mereka. Bab VII Upu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Upu Daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama Upu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa Upu Daeng Menambun dan Upu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Upu Daeng Menambun mencadangkan agar Upu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Upu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas. Bab VIII Setelah sekian lama di negeri Sambas, Upu Daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini menggembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalu mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhamad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah. Bab IX Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat. Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besarann di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengirng raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak.

Anda mungkin juga menyukai