Anda di halaman 1dari 9

Pungut, Alias Zahara, Alias Yap Siew Hong

Cerpen Mohamed Latiff Mohamed

Sinopsis
Mak Timah memelihara anak angkat berbangsa Cina, iaitu Siew Hong. Mak Timah menamainya Zahara tetapi anak angkatnya itu digelar Pungut. Pungut sebenarnya anak Siew Lan yang kelima dan cucu Bibik. Mak Timah menyewa di rumah Bibik.
Bibi memberikan RM150 kepada Mak Timah supaya memelihara Pungut kerana Siew Lan tidak mahu memelihara Pungut yang cacat. Dia pekak, bisu dan badanya kecil. Pada mulanya Mak Timah sanggup memelihara anak istimewa ini kerana kasihan akan nasibnya dan ingin menambah pahala. Lama-kelamaan Pungut sukar dijaga dan akhirnya Mak Timah sering berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut sebelum mengambil nyawanya kerana yakin suatu hari nanti tiada siapa yang mahu menjaganya.

Tema:
Pengorbanan seorang wanita menjaga anak angkat yang cacat dan nilai kemanusiaan dalam jiwa masyarakat.

PERSOALAN:
1- Amalan dan kepercayaan masyarakat Cina kepada tukang tilik -menilik nasib bayi yang akan lahir

-Persoalan nasib golongan kurang upaya-Pungut ingin 2 dibuang oleh ibu dan neneknya kerana dianggap tidak sempurna.
3- Persoalan belas kasihan dan keprihatinan sesama manusiaMak Timah menerima Pungut seikhlas hati. 4-Persoalan ajal maut di tangan Tuhan dan kesabaran menempuh cabaran hidup.

5- Kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan pendaftaran anak angkat di mahkamah

6- Sikap tidak menyayangi golongan kurang upaya.

dan

mengasihani

NILAI:
1- Kasih-sayang Contoh: Mak Timah amat menyayangi anak angkatnya, Pungut walaupun pungut cacat.
2-Bertanggungjawab Contoh: Mak Timah menjaga Pungut dengan penuh tanggungjawab seperti menjaga anak sendiri. 3- Keikhlasan Contoh:Mak Timah menjaga Pungut dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

4- Belas kasihan Contoh: Mak Timah setuju menjaga Pungut kerana beliau kasihan melihat Pungut yang akan dibuang. 5-Semangat bermasyarakat Contoh:Mak Timah menziarahi Siew Lan yang baru keluar dari hospital setelah melahirkan anak.

PENGAJARAN:

1-Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja. Contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun. 2-Kita hendaklah ikhlas memberikan pertolongan. Contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.

3-Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya. Contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut.

4-Kita hendaklah mengamalkan setiakawan. Contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik. 5-Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa. Contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.

Anda mungkin juga menyukai