Anda di halaman 1dari 3

CERPEN PUNGUT @ ZAHARA @ YAP SIEW HONG

Sinopsis Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil daripada keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal, Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut menjadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia. Tema Kesabaran seorang ibu angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota (pungut) Persoalan 1. Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial. 2. Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit. 3. Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir tuhan. Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat. Watak dan perwatakan Watak utama Mak Timah Perempuan tua Selalu sakit-sakit Ibu angkat Pungut Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup. Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minum dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit. Watak sampingan 1. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong Berusia 24 tahun. Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor. Anak angkat Mak Timah Bertubuh sangat kecik (pekak dan bisu). 2. Bibik Nenek Pungut Berbangsa Cina peranakan. Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.

Nilai 1. Nilai kasih sayang. Contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut. 2. Nilai keikhlasan. Contohnya Mak Timah mengurus dan menjaga Pungut dengan ikhlas. 3. Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya. Contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut. 4. Nilai setiakawan. Contohnya semangat setiakawan iaitu Mak Timah bertegur sapa dengan Bibik. 5. Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian anak mereka. Pengajaran 1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja. Contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun. 2. Kita hendaklah ikhlas memberikan pertolongan. Contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa. 3. Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya. Contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut. 4. Kita hendaklah mengamalkan setiakawan. Contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik. 5. Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa. Contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat. Watak dan Perwatakan Mak Timah: ibu angkat Pungut: penyayang / tegas / empati / ikhlas / kuat berdoa Zahara binti Muhamad @ Yap Siew Hong / Pungut: 24 tahun, cacat ( bisu / pekak / tidak mampu urus diri), ketinggian 0.6 meter: bergantung kepada orang lain sepenuhnya Bibik: nenek Pungut, keturunan Cina peranakan, tauke rumah sewa Mak Timah / jiran Mak Timah: percaya kepada telekan, licik anak lelaki bongsu Mak Timah: tempat Mak Timah menumpang / memelihara Pungut : ambil mudah / hormat ibu / penyayang

Sinopsis Cerpen (antologi Dirgahayu Bahasaku: muka surat 137 - 145, karya Mohamed latiff Mohamed) Pungut diambil sebagai anak angkat ketika berusia tidak sampai sebulan. Pungut lahir dengan tidak cukup bulan dan seluruh organ tubuhnya amat halus. Ramalan doktor bahawa Pungut hanya boleh bertahan setahun dua nyata meleset. Dari sebesar buah betik, Pungut hanya membesar setinggi satu kaki dan cacat segala-galanya. Mak Timah yang telah uzur menguruskan semua keperluan makan minum dan penjagaan Pungut yang hanya tahu merengek seperti bunyi nyamuk, menggeleng-geleng kepala dengan pantas dan keluar masuk bilik sambil bermain jari sendiri. Mak Timah sering berdoa supaya Tuhan mengambil nyawa Pungut sebelum nyawanya sendiri dicabut. Mak Timah tidak setuju dengan cadangan anak lelaki bongsunya supaya Pungut dihantar ke rumah kanak-kanak cacat. Mak Timah menganggap Pungut sebagai ujian Tuhan terhadap dirinya.

Peristiwa penting

1 Kelakuan dan pergerakan Pungut sama sahaja sepanjang masa. Dia tergigil-gigil, suara berdengung macam nyamuk, menggeleng-gelengkan kepala dengan pantas dan meluru keluar masuk bilik, bermain dengan jari sendiri, dan duduk di atas kerusi kecil. 2 Mak Timah yang uzur tetap membersihkan Pungut, memandikannya, dan menyuapkan Pungut makanan. Pungut tidak tahu menguyah, sebaliknya menelan makanan sekali gus seperti ular sawa. 3 Setelah Pungut (Yap Siew Hong) dilahirkan sebesar buah betik, neneknya Bibik mahu menyerahkannya kepada sesiapa yang mahu. Bibik mengatakan Pungut sebagai anak sial sebagaimana ramalan bomoh (loktang / datok) 4 Bibik memberitahu Mak Timah bahawa anak sulungnya Siew Lan mahu membuang Siew Hong jika tiada orang yang mahu mengambilnya. Bibik menawarkan Mak Timah bayaran angkat sumpah (mahkamah) dan duit seratus lima puluh ringgit. 5 Sangkaan Mak Timah bahawa Pungut akan membesar seperti gadis normal yang lain meleset. Harapan Mak Timah supaya apabila dia tua, Pungut akan memabntu dan menjaganya, tetapi perkara sebaliknya yang terjadi. 6 Bomoh Dollah memberitahu Mak Timah bahawa Pungut terkena kenan patung. Bibik juga memberitahu perkara yang sama bahawa ketika mengandung, Siew Lan pernah menonton wayang patung. 7. Mak Timah berleter, menyeranah, memaki Pungut apabila terpaksa bangun semasa sakit untuk membersihkan Pungut. Mak Timah terfikir Tuhan mahu membanyakkan dosanya dengan memanjangkan umur Pungut. 8. Mak Timah kesal dengan sikap anak lelaki bongsunya yang hanya tahu mengira duit dan untung rugi dalam memelihara anak. Mak Timah bertegas dengan pendiriannya sehingga anaknya itu terdiam apabila Mak Timah menyebut tentang mati.

Anda mungkin juga menyukai