Anda di halaman 1dari 35

1.

1 a) Suku bangsa

Melalui lawatan ke Sekolah Kebangsaan Betau, saya didapati murid-murid Orang


Asli di situ kebanyakkanya suku bangsa Semai. Mereka hidup bermasyarakat dan Mereka
terkenal sebagai suku kaum yang aman. Suku Semai mengamalkan bercucuk tanam dan
amalan ekonomi bertukar hadiah. Mereka antara suku kaum asli yang berundur ke kawasan
hutan dan gunung dengan ketibaan penduduk yang memiliki teknologi lebih tinggi. Mereka
berpindah dari satu tempat ke tempat lain di dalam hutan kerana mencari tempat baru untuk
berladang ataupun berpindah atas sebab-sebab kematian, diganggu oleh orang luar,
binatang buas dan wabak penyakit hawar. Secara tradisinya mereka hidup dalam kumpulan
kecil yang terdiri daripada 10 hingga 50 kelamin.

Ketua keluarga atau orang tua dalam keluarga tersebut bangun lebih awal untuk
menghidupkan api bagi memanaskan badan dan memasak makanan seperti merebus ubi
kayu untuk bekalan ke ladang, ke rumah menuju ke destinasi masing-masing.

Mereka mengamalkan ekonomi tradisional berasaskan pertanian sara diri. Padi


huma, sekoi, jagung, ubi kayu, pisang, keladi dan berbagai jenis sayur-sayuran seperti labu,
kacang panjang, timun, kacang bendi adalah hasil tanaman mereka. Kaum Semai
mengamalkan sistem bertukar-tukar makanan, perkhidmatan dan keperluan lain secara
berkongsi. Tidak ada urusan jual beli dilakukan. Sistem ekonomi cara ini akan mengeratkan
lagi silaturahim dan semangat setia kawan di samping mewujudkan kemesraaan di kalangan
mereka.

Memburu dan menangkap ikan merupakan sebahagian daripada aktiviti yang


dilakukan kaum ini. Aktiviti memburu biasa dilakukan oleh lelaki sahaja. Peralatan memburu
seperti buluh sumpit, jerat, belatik dan perangkap mudah diperolehi di hutan. Antara jenis-
jenis binatang yang diburu ialah monyet, kera, babi hutan, burung, biawak, tupai dan
binatang kecil yang lain. Ikan adalah sumber utama protein. Ia ditangkap dengan
menggunakan lukah, kail, racun akar tuba, serampang, jaring, tuar dan juga dengan tangan.
Pekerjaan ini dilakukan oleh kaum lelaki dan perempuan. Hasil seperti rotan, damar, buluh,
cendana dan gaharu akan dijual. Mereka pulang pada waktu tengahari atau petang.

Pada waktu petang sebelum senja, mereka berehat di rumah duduk berbual-bual
tentang ladang, member dan sebagainya.Setengahnya membuat damak, mencuci buluh
sumpit atau membuat persediaan peralatan untuk esok harinya. Walau bagaimanpun
keadaan ini mungkin telah berubah mengikut peredaran masa. Kini ramai Kaum Semai yang
lemah bekerja dengan kerajaan, swasta dan berniaga seperti di kedai runcit dan kraftangan.

1.1 b) Kelas sosial

Suku kaum Semai di ketuai oleh Tok Raknak (Batin) yang memberi
pengertian orang tua yang bijak bestari, seorang yang berpengaruh, matang dan
dihormati seluruh lapisan masyarakat. Kebiasaannya dilantik di kalangan mereka
yang bijak berbicara dan berpengetahuan luas. Masyarakat menganggap peranan
dan tanggungjawab Tok Raknak (Batin) hanya terhad sebagai ketua puak dan
pemegang amanah lembaga adat bagi melaksanakan hukuman yang membabitkan
kes-kes cenarak (perbicaraan) sahaja dan bukan ke arah kepimpinan bercorak
pembangunan. Menyedari hakikat tersebut pihak tertentu telah menyelaras fungsi
Tok Rak Nak (Batin) dengan menubuhkan JKKK setiap kampung sebagai agen
penggerak modenasi.

Pertikaian dalam masyarakat Semai diselesaikan melalui mengadakan


bcaraa ("bicara")', atau perhimpunan umum, di rumah tok batin. Perjumpaan ini
mungkin berlangsung selama beberapa hari dan membabitkan perbincangan
menyeluruh mengenai punca, motivasi dan penyelesaian pertikaian oleh peserta dan
seluruh masyarakat, berakhir dengan tok batin mendakwa salah seorang atau kedua
yang bertikai agar tidak mengulangi tabiat mereka agar tidak membahayakan
masyarakat. Penghulu atau Tok Batin bertanggungjawab dalam menentukan sistem adat,
mentadbir kampung dari segi pembangunan dan keselamatan. Beliau juga
bertanggungjawab ke atas perhubungan dengan masyarakat luar dan agensi kerajaan
1.1 c) Kepercayaan

Suku Kaum Semai amat percayai kewujudan kuasa ghaib seperti kuasa iaitu
Nyenang (Tuhan) dan juga Nyanik (Tuhan dan Syaitan). Nyenang merupakan makhluk yang
yang tidak dapat dilihat, disentuh atau sebagainya dan dipercayai wujud di kalangan Kaum
Semai. Oleh kerana setiap keburukan dan kebaikan yang manusia lakukan pasti ada
balasannya, maka Ianya dianggap sebagai makhluk yang teragung, mempunyai sifat
pengasih, penyayang dan berkuasa. Orang Semai juga percaya bahawa semua kehidupan
di dunia ini tertakluk di bawah kuasa Nyenang. Walaupun tidak diketahui di mana Nyenang
berada tetapi kaum Semai tetap takut untuk melakukan kesalahan yang boleh
mengakibatkan tenghak (dosa) kerana dianggap yang bersalah akan menerima akibatnya
dari Nyenang.

Nyanik amat ditakuti oleh Orang Asli kerana Nyanik dipercayai boleh menyebabkan
seseorang itu sakit dan boleh membawa maut, juga dipercayai si mati akan menjadi
makanan Nyanik kerana Nyanik adalah makhluk jahat. Terdapat banyak Nyanik dan di
antaranya ialah Nyanik Keramat, Nyanik Pechnoch (Penunggu), Nyanik Ratah, Nyanik
Kickmock, Nyanik Mai Berlag Mat, Jeet, Nyanik Mai Cereg Song, Nyanik Cereg Teg, Mai
Tepas (Orang Bunian), Ludat dan Guning. Nyanik Keramat dipercayai mempunyai kuasa di
satu-satu daerah atau tempat. Nyanik Pechnoch dan Nyanik Ratah ada di bawah kuasa atau
Pengawasannya. Orang Asli Semai sentiasa meminta pertolongan dan perlindungan
keselamatan dari semua jenis wabak penyakit serta bencana alam. Permintaan ini dilakukan
pada tiap-tiap tahun melalui pawang dimana upacara ini dinamakan gengulang.

Nyanik Pechnoch (Penunggu), dipercayai Nyanik ini menjadi Penunggu atau


penghuni susuatu benda. Contohnya pokok besar dan rending. Pokok-pokok yang menjadi
kegemaran Nyanik ialah Pulai, Gelutong, Jawi, Terap, Sena dan sebagainya. Manakala
benda-benda yang lain ialah busut, lubuk, tasek,batu besar dan tinggi, gunung serta rumah
yang ditinggalkan. Nyanik jenis ini dianggap sebagai penunggu manusia. Selain itu, Nyanik
Ratah pula terdapat lima jenis iaitu Kicmoc, Mai Berlag Mat, Mai Cereg Teg dan Mai Cereg
Song. Nyanik-Nyanik ini suka menyakat atau mengganggu manusia terutama Nyanik Cereg
Song

Mai Tepas merupakan makhluk halus yang mana walahnya menyerupi wajah
manusia. Ia tinggal di bukit-bukit atau gunung-gunung di hutan atau pedalaman. Makhluk ini
tinggal berkumpulan atau bermasyarakat. Walau bagaimanapun Mai Tepas ini amat sukar
dilihat oleh orang biasa kecuali bomoh atau orang perseorangan yang kebiasaannya Orang
Asli yang sering berburu atau mencari rotan di man bermalam di pedalaman dan terus
mengikut makhluk tersebut dan menyebabkan ianya tersesat. Kesesatan tersebut
disebabkan oleh ajakan makhluk halus tersebut. Ini menyebabkan orang berkenaan akan
hilang terus masyarakatnya atau bila kembali ia akan hilang ingatan, letih lesu dan akhirnya
sakit dan terus meninggal. Kejadian ini dipercayai ia telah dijadikan oleh makhluk tersebut
sebagi ahli keluarganya. Mai Tepas tidak memakan manusia tetapi hanya
memperdayakannya sahaja.

Ludat tinggal di batu-batu, busut terutama di tempat tinggi dan sejuk. Seperti juga
Mai Tepas ia tidak memakan manusia, ia sering merayau-rayau dalam hutan dengan
membawa buluh sumpit. Ia mencari rezeki dengan menyumpit binatang-binatang atau
kehidupan di atas pokok. Ia jarang sekali menyumpit atau memperdayakan manusia kecuali
jika perlu, maka ia bergerak atau berjalan pada waktu siang.

Guning bertuankan Mai Halaq (bomoh). Kebiasaan Guning adalah dari kumpulan
Nyanik Ratah, Ludat, Mai Tepas dan lain-lain lagi. Peranan Guning untuk memujuk Nyanik
yang menyebabkan manusia sakit. Guning boleh memulihkan orang sakit.Bagi Tok Halaq
untuk mengubat pesakit, beliau memanggil Guningnya melalui Ramol (berbumbum).
Penyakit penyakit yang boleh diubati oleh Guning ialah terkena sampuk, hilang semangat
dan lain-lain penyakit yang disebabkan oleh Nyanik.
1.2 d) Adat resam

Kelahiran:-

Semasa mengandung suami isteri akan mematuhi pantang larang dan menjaga
pemakanan mereka. Perkara-perkara yang dilarang ialah:

1. Mendekati binatang-binatang yang boleh memudaratkan kandungan dan bayi dalam

kandungan ( kura-kura, beruk, ular)

2. Kaum keluarga bapa tidak dibenarkan memasang, memaku(rumah)

3. Tidak dibenarkan menghampiri orang mati.

4. Tidak dibenarkan memakan daging rusa, kancil, babi, ayam hutan dan lain-lain.

5. Dilarang memakan pisang yang patah tengkuk.

Bagi menentukan tarikh kelahiran dan kandungan sihat, silbu akan menemui bidan di
kampung berkenaan. Apabila tiba masa kelahiran semua jiran wanita akan diberitahu. Di sini
bidan memainkan peranan utama. Beliau akan bersama ibu hingga bayi selamat dilahirkan.
Di samping itu, juga beliau akan menyediakan air mandian bayi dan sembilu buluh yang
telah diikat dengan kain hitam serta dijampi bagi tujuan memotong pusat bayi. Selepas
bersalin ibu tersebut akan berpantang selama sebulan.

Semasa dalam pantang ibu berkenaan tidak dibenarkan memakan syuran-sayuran ,


ikan yang berbisa dan tidak bersisik, cili, minyak masak dan kelapa, air sejuk kecuali air kopi
atau air suam. Mereka cuma makan nasi berlaukan ikan panggang atau digoreng tanpa
minyak. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk. Selepas habis pantang ibu tersebut boleh
mandi sungai dengan syarat ditangkal terlebih dahulu.Alat-alat atau bahan-bahan yang
diperlukan ialah:

1. Sedikit batu-batu kecil

2. Kunyit tirus

3. epung dari beras yang digiling (mengikut setengah daerah)


Bahan tersebut akan dijampi dan ibu berkenaan akan mengunyah separuh hancur
kunyit tirus berkenaan dan disembur ke kai dan sungai tersebut. Manakala batu-batu kecil
tadi di tabur ke hulu dan ke hilir sungai. Selepas itu barulah ibu berkenaan boleh mandi dan
mencuci lampin anak di sungai.

Mandi Putus Ubat

Selesai pantang, bayi berkenaan akan dimandikan dengan air daun dan bunga-
bungaan yang wangi yang dijampi dan di peram semalaman untuk pemutus ubat. Bahan-
bahan yang digunakan untuk tujuan ini adalah daun lebak hutan muda yang dicarik-carik,
daun-daun wangian dan duit syiling melebihi 25 sen,bunga kemboja, bunga melor, bunga
ros cina dan lain-lain bunga yang wangi, sejenis akar (cincong) buluh/buyung, buyung/buluh
dua ruas, bedak buku, buah kesumber, arang campur minyak dan juga kemenyan.

Apabila bahan ini telah disediakan, bomoh atau bidan yang terlibat akan
menjampinya. Pada keesokan harinya kemenyan akan dibakar dan diasap pada buluh di
tebuk dan anak berkenaan pun dimandikan. Di samping itu, bidan memohon restu semoga
bayi berkenaan selamat dan tidak diganggu oleh hantu/syaitan. Dalam upacara ini ibu bayi
berkenaan tidak dibenarkan berpanas atau berdiang(matahari/palang api), luka, jatuh dan
mengupas benda-benda yang mengeluarkan cahaya putih (ubi kayu) selama tujuh hari.

Mandi Bidan (Buang Banir)

Seorang ibu yang telah bersalin masih dianggap berhutang dengan bidan yang
menyambut kelahiran bayi. Sebagai membayar hutang, beliau akan membuat “mandi bidan”.
Dalam perkara ini, ibu tersebut perlu menyediakan bahan-bahan seperti mandian pemutus
ubat dengan tambahan perkara seperti kain batik atau terpulang kepada kehendak bidan,
wang tunai sejumlah RM 1.25dan juga hadiah mengikut kemampuan.
Cara memandikannya adalah sama seperti mandi pemutus ubat begitu juga dengan
pantang. Bidan berkenaan tidak boleh membuat kerja-kerja diluar rumah dan berpanas
selama tiga hingga tujuh hari. Bidan akan jatuh sakit dan tidak akan pulih selagi upacara
tersebut tidak dilaksanakan.

Kematian:-

Apabila terdapat kematian di sesebuah kampung, biasanya sanak saudara jauh dan
dekat akan diberitahu. Penduduk tempatan akan menziarahi dan membantu upacara
pengkebumian. Ahli masyarakat akan menangguhkan semua kegiatan harian mereka
kerana dikhuatiri roh simati akan marah atau menegurnya dan akibatnya orang yang terlibat
akan ditimpa malang. Kebiasaannya mayat tidak kebumikan pada hari kematian dengan itu
tujuan memberi peluang kepada saudara mara simati yang jauh datang memberi
penghormatan terakhir.

Pada malam tersebut penduduk kampung akan berjaga di rumah simati sehingga pagi
untuk mengelakkan mayat tersebut daripada diganggu oleh hantu atau dilangkah oleh
kucing kerana dipercayai boleh menyebabkan mayat tersebut bangun dan mengacau. Api
akan dinyalakan di sekeliling rumah untuk mengelak atau menghalau hantu yang
menyebabkan kematian itu. Kanak-kanak akan ditangkalkan dengan menconteng arang di
kedua-dua belah kening atau kedua-dua belah tapak kaki dan juga pada daun-daun yang
dipercayai ditakuti oleh hantu.

Sebelum upacara pengkebumian, mayat tersebut akan dimandikan dan dibungkus


dengan kain baru atau kain putih dan seterusnya dibungkus dengan tikar, diikat kemas-
kemas supaya senang diusung. Liang lahad digali sedalam 1 meter. Mayat dimasukkan ke
dalam liang lahad. Sebelum di kambus, tiga kepal tanah bercampur arang yang telah dijampi
akan diletakkan di kedua-dua belah telinga dan bahagian dada untuk memutuskan
hubungan si mati dengan keluarganya. Jika tidak, keluarga yang hidup akan jatuh sakit dan
boleh membawa mati.

Setelah dikambus, kayu yang diukir (ala kadar) dicacak di atas kubur sebagai
penanda dan diikuti dengan upacara meletakkan makanan, minuman dan rokok yang telah
dinyalakan diatas kubur selama enam hari berturut-turut.
Pada hari keenam, kayu yang telah dibakar akan dialih untuk memberitahu simati
bahawa dia sudah berada di alam lain. Upacara ini dilakukan dalam rumah simati. Setelah
masuk hari ketujuh, keluarga serta penduduk kampung akan bergotong-royong menambak
atau memadatkan tanah kubur tersebut agar tidak jerlus. Penanda sementara tadi diganti
dengan batu nisan yang kekal. Sebelum meninggalkan kubur, makanan, minuman dan
rokok akan dilekatkan diatas kubur berkenaan. Salah seorang ahli keluarganya akan
memegang batu nisan serta memanggil nama simati seolah-olah menggerakkannya untuk
menjamu makanan dan minuman, di samping berpesan bahawa perjalanannya ke alam lain
adalah selamat dan memohon supaya tidak mengganggu ahli keluarga yang masih hidup.
Adat Perkahwinan:-

Biasanya seorang lelaki dan gadis yang telah mencapai umur di antara 17 hingga 18
tahun mula mencari pasangan hidup. Kelazimnya penyatuan mereka sama ada
pilihan keluarga atau pilihan sendiri (suka sama suka). Penyatuan ini dilakukan
mengikut proses adat istiadat yang telah ditetapkan seperti berikut:

a) Merisik (berkenalan)

Setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk berkahwin, mereka akan ditemukan dalam
satu pakatan sulit antara pihak lelaki dan pihak perempuan.

b) Istiadat Meminang

Pihak lelaki akan menghantar alat adat meminang kepada pihak perempuan. Alat-
alat berkenaan seperti berikut:

Sebutan
Alat/banyaknya
adat
1. Sepanjang persalinan pakaian pengantin perempuan
Salin tiga
2. Warna sebarangan tanpa corak
Belanja tubuh wang RM60.25
Selendang Sehelai
Cincin perak Sebentuk
1 tepak ( digunakan waktu memulakan perbualan semasa
Sirih Pinang
meminang )

c) Tanggung Nafkah
Ketika masih dalam alam pertunangan pihak lelaki dikenakan tanggung nafkah bakal
pengantin perempuan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan dipersetujui
bersama seperti memberikan wang tunai sebanyak RM15.00 sebulan ataupun jika
berbentuk material, barang-barang makan dihantar ke rumah pengantin perempuan.

d) Bertunang

Melalui proses pertunangan pihak lelaki dikehendaki menyediakan alat-alat seperti


sebuah kelamin, satu set kelambu bantal/tilam, sepasang salinan pakaian
pengantin lengkap berwarna tanpa corak bagi tujuan salin tiga dan juga sepasang
kasut pengantin perempuan kepada bakal pengantin perempuan untuk digunakan
pada hari perkahwinan. Selain itu pihak lelaki juga dikehendaki membuat persiapan
diri seperti sebuah kupiah/songkok yang berwarna hitam, sehelai kain selempang
dada/selendang, sepasang pakaian Melayu (lengkap - bersamping) dan juga
sepasang kasut.

e) Hari Perkahwinan

Sebelum bersanding, kedua-dua pengantin dikenakan adat-adat berikut:

- Berinai di rumah masing-masing


- Bergandik bagi pengantin perempuan
- Gunting rambut bagi pengantin lelaki
- Mandi limau (wajib) - kedua-dua pengantin di arak dan
- Dimandikan limau (berjampi) untuk mengelakkan malapetaka

Selepas itu kedua-dua pengantin akan dihias dengan pakaian cantik. Pengantin
perempuan akan memakai pakaian salin tiga yang disediakan oleh pihak lelaki.
Pihak lelaki akan berhias di rumah yang berasingan.
f) Keberangkatan Pengantin Lelaki Ke Rumah Pengantin Perempuan

Istiadat Berarak

Pengantin lelaki diapit oleh ibu wali dan waris-waris diarak berjalan kaki di rumah
pengantin perempuan. Jika pengantin lelaki berketurunan anak penghulu atau batin,
ia akan dijulang hingga ke rumah pengantin perempuan. Perarakan tersebut diiiringi
muzik biola, paluan rebana, paluan gong, serta mereka berbalas pantun. Sementara
itu, pengantin perempuan menunggu ketibaan pengantin lelaki di atas pelamin.

Merenjis/Menabur

Hujung atap di bahagian pintu biasanya ditudungi daun pisang (cucur atap).
Setibanya pengantin lelaki di muka pintu, sebelum dibenarkan naik tangga , air
direnjis di atas daun pisang dan bertih ditabur. Pengiring-pengiring dengan serentak
menyebut selamat kepada pengatin lelaki sebanyak tiga kali. ”Selamat datang…
Selamat datang…Selamat datang”.

Memohon tanda

Muka pintu biasanya dihadang dengan tirai kain. Disebalik tirai inilah Ibu Mas Wali
menunggu ketibaan pengantin lelaki dan rombongannya. Ibu Mas Wali akan
memohon Tanda sebagai kebenaran masuk ke perkarangan pelamin. Kebenaran
hanya diberi setelah dibuat sebanyak tiga kali. Permohonan tersebut kadang kala
dalam bentuk pantun. Ibu Wali dan rombongannya memberi tanda sebilah keris
sebagai tanda bahawa yang diarak masuk itu adalah pengantin lelaki yang
sebenarnya.

Bersanding
Selepas menerima tanda masuk, Mas Wali akan membuka tirai di mana pengantin
perempuan sedang menunggu diatas pelamin. Pengantin lelaki yang diiringi oleh
pengapit-pengapitnya dibawa duduk di sisi sebelah kanan pengantin perempuan
.Istiadat menyuap Nasi Kunyit/Nasi Damai dan Maka Daun Sirih akan
disempurnakan. Upacara ini disaksikan oleh kedua-dua belah wali dan saudara
mara terdekat.

Kedua-dua mempelai akan meneruskan persandingan di halaman rumah untuk


memenuhi permintaan ramai belum puas menatap wajah pengantin.

Menyembah (Menerima nasihat)

Kedua-dua pengantin akan dibawa ke rumah untuk istiadat seterusnya.Istiadat


menyembah wali, wakil, ibubapa mertua dan waris-waris. Nasihat-nasihat tentang
kerukunan hidup berumahtangga dan seterusnya dengan membentangkan adat
istiadat di hadapan kedua-dua wali, maka perkahwinan yang dijalankan ini telah sah
daripada segi adat istiadat kaum Semai.
JENIS PERAYAAN

Kaum Semai mempunyai hari perayaan sendiri seperti Hari Genggulang/


Menyambut Tahun Baru, Hari Menuai atau Menggulung dan Hari Membuka Ladang Baru.

Hari Genggulang

Kebiasaannya disambut oleh Suku Kaum Semai yang tinggal di kawasan Perak
Tengah, Hilir Perak dan Selatan Perak pada akhir tahun iaitu akhir bulan Disember atau di
awal tahun pada bulan Januari atau Februari. Ia merupakan upacara tahunan yang paling
meriah dan penuh tradisi. Mengikut kepercayaan turun-temurun Suku Kaum Semai, Hari
Genggulang diadakan untuk kesejahteraan dan keselamatan kampung. Namun begitu pada
masa kini upacara tersebut sudah beransur berubah mengikut peredaran masa.

Perayaan dimulakan oleh pawang atau bomoh dengan mentera dan jampi,
“cenagoh” untuk memanggil roh, keramat dan penunggu yang dipercayai wujud sejak zaman
nenek moyang mereka. Pawang atau bomoh akan melaksanakan upacara tersebut di balei
(rumah pemujaan) yang telah disediakan dalam satu kawasan khas. Balei ini dihias dengan
anyaman daun serdang, mengkuang hutan, bunga-bungaan dan lain-lain. Di hadapan Balei
terdapat dua buah sangkak di mana di kiri kanannya diisi dihidang dengan “jamuan hantu”
yang mengandungi pulut, wajik periong (sejenis makanan seperti gulai bercampur sayur ubi,
keledek, keladi, labu dan abu, pulut kuning dan telur ayam yang sedang diram dan berdarah
di dalamnya). Setelah selesai upacara di balei, tok pawang akan mengikat pantang.
Kemuncak upacara adalah di mana setiap penduduk mengadakan kenduri di rumah
masing-masing dan orang ramai dipelawa sama. Untuk meriahkan lagi perayaan itu, ia
disambut dengan joget orang asli atau Modek dan di setengah tempat mereka
menggunakan muzik pengiring. Upacara ini biasanya berlarutan hingga ke pagi hari.

Menuai Dan Menyulung Tahun

Suku Kaum Semai menyambut hari menuai padi dengan mengadakan kenduri pada
hari pertama padi dituai. Hari itu merupakan hari yang paling sibuk kerana setiap orang
menjalankan berbagai-bagai aktiviti seperti menangkap ikan, memburu, mengutip sayur,
menuai dan menumbuk padi sebagai persediaan untuk kenduri besar.

Membuka Ladang Baru

Membuat ladang merupakan tugas yang mesti dilakukan oleh Orang Asli kerana ia
adalah punca pendapatan mereka. Setiap tahun mereka akan membuka ladang baru untuk
mendapatkan makanan. Mengikut kepercayaan setiap hutan tebal, gunung, gaung, bukit,
dan anak sungai ada keramat dan penunggu yang boleh mendapatkan bencana atau bala.
Oleh itu untuk keselamatan diri dan tapak ladang, mereka akan mengadakan kenduri
sebagai menjamu penunggu atau keramat di daerah itu. Kenduri ini biasanya diiringi oleh
sewang diwaktu malam hingga ke siang hari.
1.1 e) Bahasa

Suku kaum Senoi bertutur dalam bahasa yang jauh berbeza dengan Bahasa


Melayu. Walaupun begitu, bahasa Semai moden pada hari ini telah terpengaruh
dengan bahasa Melayu melalui pinjaman kata, imbuhan dan sebagainya sehingga
mengurangkan ciri-ciri Mon-khmer dalam bahasa itu.  Bahasa Semai kini telah
diajarkan di sekolah-sekolah terpilih di Malaysia.

Dibawah merupakan sedikit kosakata yang terdapat dalam bahasa Semai dan
padanannya dalam bahasa Melayu.

 Saya = eng
 Makan = Cak
 Minum = Ngaut
 Mandi = Mehmu
 Bersih = Parlain
 Bagus = Bor
 Ayam = Bafung/Fung
 Kenapa = Jalek
 Bagaimana = Rahalook
 Adih = ini
 Aguk = Jangan
 Imai = itu
 Bah = Anak
 Bok = Siapa.
 Eng = Saya
 Gah = Berita
 Huj = Naik
 Juke = Balik
 Jek/Jok = Kami
 Jenang = Tuhan
 Lass = Semut
 Leap = sejuk
 Mai = Orang
 Tuluk = Tolong
IMPLIKASI SOSIO BUDAYA

Kepelbagaian sosio-budaya sememangnya merupakan suatu unsur yang


tidak dapat dielakkan dalam negara kita. Keadaan ini berpunca daripada masyarakat
Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain agi. Setiap kaum ini
mempunyai warisan tradisi yang sangat berbeza antara satu sama lain. Selain faktor
kaum perbezaan kelas social juga menjadi penyebap utama berlakunya
kepelbagaian sosio - budaya di Negara kita.

Sebelum berbincang mengenai implikasi sosio-budaya, apakah sebenarnya


yang dimaksudkan dengan perkataan sosio-budaya? Menurut kamus dewan edisi ke
- 3, budaya ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga merujuk kepada
kemajuan fikiran atau akal budi seseorang. Manakala sosio budaya pula membawa
maksud amalan yang mengubah gaya hidup masyarakat yang lain daripada
pegangan sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang hidup. Implikasi Kepelbagaian
sosio - budaya dapat diatasi melalui pelbagai cara. Antaranya ialah guru, murid,
sekolah dan juga kurikulum tersirat.
Dalam mengimbangi perbezaan kelas sosial dan mewujudkan suasana
pembelajaran yang guru menjadi ejen utama dan sangat penting. Mereka harus
berusaha dan menolong dalam mengatasi masalah ini. Sebagai langkah pertama
guru tidak harus mengelompokkan murid. Guru tidak harus membezakan murid dari
aspek kaum, kelas social mahupun latar belakang keluarga. Guru tidak hars
utamakan murid yang sekaum dengan mereka dan member layanan yang tidak adil
kepada murid kaum lain. Sebagai penyampai ilmu, guru seharusnya tidak pilih kasih
terhadap anak muridnya. Selain itu murid yang berasa daripada kelas social atasan
bukan murid cemerlang dan murid rasa kelas bawahan bukan murid lemah. Guru
seharusnya sedar perkara tersebut semasa mengajar dengar memberikan peluang
yang sama rata kepada semua murid untuk belajar. Guru harus memastikan bahawa
murid - muridnya tidak tersa terpinggir kerana siapa diri mereka. Setiap murid layak
menerima layanan yang setimpal daripada guru mereka. Contohnya, semasa
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran guru seharusnya bertindak
mencampuradukan murid tanpa mengira siapa mereka. Di sekolah yang yang lawati
99% murid terdiri daripada murid golongan asli. Guru - guru di sekolah tersebut pula
terdiri daripada kaum Melayu dan India. Namun factor kaum tidak menjdi
penghalang kepada guru - guru di sekolah sana untuk mengajar anak - anak murid
mereka. Mereka melayan semau murid secara sama rata dan mendidik mereka
dengan sempurna. Kebanyakkan murid di sekolah tersebut mempunyai hubungan
yang baik dengan guru - guru sekolah sana dan tidak segan untuk bergaul dengan
guru mereka.

Seterusnya, guru juga harus membantu murid memahami kekuatan dan


kelemahan diri mereka. Guru harus mendorong dan memotivasikan murid untuk
terus berusaha dan tidak berhenti apabila gagal. Guru harus menyedarkan murid
bahawa setiap kegagalan adalah langkah pertama kearah kejayaan dan setiap
kejayaan pendorong kepada kejayaan yang sebenar. Guru tidak seharusnya
mempertikaikan kekuatan murid; sebaliknya mendorong mereka ke arah
kecemerlangan. Guru harus meyakinkan murid-murid beliau bahawa setiap seoang
daripada mereka merupakan pemenang dan lahir untuk mencatat sejarah. Guru
harus mambawa keluar bakat seseorang murid dan membantunya memperbaiki diri
dan jiwa mereka supaya dapat mencapai kejayaan yang lebih optimum. Guru tidak
harus putus asa terhadap diri muid. Guru harus menolong murid untuk membentuk
konsep kendiri positif agar mereka menjadi insane yang berguna di hari kelak.
Sikap-sikap negative yang ada dalam diri murid harus dibuang dan menjadikan
mereka insane yang lebih positif. Selain itu guru juga harus mendidik murid -
muridnya supaya mengejar impian mereka untuk mendapat kerjaya yang setaraf
dengan keupayaan mereka. Contonhya, murid yang pandai Sains harus diberi
galakkan dan dorongan supaya menjadi doctor mahupun saintis di hari kelak., Guru
- guru di SK Betau berupaya mendidik anak murid mereka mengikut kemampuan
mereka. Ramai murid di sekolah tersebut mahir dalam menari tarian tradisional
kaum asli iaitu sewing. Guru - guru sekolah tersebuat memberi peluang kepada
murid - murid mereka mengembangkan lagi bakat mereka dengan membantu
mereka membuat persembahan dan mendorong mereka menari. Guru - guru juga
tidak kekok menari bersama murid - murid kerana mereka sedia belajar daripada
ank murid mereka supaya mereka lebih berminat untuk belajar.

Seterusnya, guru juga harus menggunakan kaedah pengajaran yang


berkesan dan menarik semasa mengajar murid - murid mereka. Guru seharusnya
mempelbagaikan kaedah - kaedah yang digunakan agar murid berminat untuk
belajar dalm kelas. Guru harus menilai murid dari semasa ke semasa supaya
mereka dapat mengesan kelemahan yang terdapat dalam sesi P&P mereka dan
strategi yang digunakan oleh guru dalam mengajar sesuatu kemahiran. Apabila
mereka dapati kaedah yang digunakan guru harus berusaha mengubahnya dan
menyesuaikannya dengan kebolehan murid. Guru juga harus memestikan kaedah
yan digunakan adil kepada semua murid dan tidak mengirtik perbezaan seseorang
muri. Guru juga harus pastikan contoh-contoh yang digunakan berhubungkait
dengan kehidupan murid yang sebenar agar mereka mampu memahami sesuatu
konep dengan lebih mendalam. Guru tidak harus memaksa murid belajar sebaliknya
membantu mereka berminat untuk belajar agar proses P&P berjalan dengan lebih
lancar. Guru juga seharusnya menggunakan bahasa standard dengan tidak
menggunakan dialek agar setiap orang dapat memehami apa yang ingin
disampaikan oleh guru. Guru juga harus memastikan strategi yang digunakan oleh
mereka berpihak kepada satu jantina sahaja. Murid lelali dan perempuan harus
diberi peluang yang sama rata supaya kedua-dua pihak dapat mengambil bahagian.
Di SK Betau, murid - murid dii sana tidak mempunyai asas dalam bahasa
kebangsaan. Mereka tidak didedahkan dengan bahasa kedua kerana mereka hidup
dalam kelompok mereka sahaja. Namun, kesungguhan guru menggunakan strategi
pengajaran yang berbeza menyebabkan mereka pandai bercakap dan membaca
dalam bahasa kebangsaan.

Guru juga seharusnya mewujudkan suasana bilik darjaha yang mesra


budaya. Guru harus memastikan murid tidak disinggung oleh murid lain mengenai
kaum dan kepercayaan mereka dimana ia boleh mewujudkan pergaduhan antara
kaum. Guru juga tidak harus menyinggung perasaan murid degan mempertikaikan
kepercayaan kaum lain hanya kerana sikap pentingkan diri mereka. Guru harus
pastikan suasana bilik darjah sentiasa aman dan murid bergaul tanpa mengira kaum
dan kelas social mereka. Guru harus mewujudkan suasana yang boleh mengeratkan
hubungan antara murid aga mereka menjadi lebih bertanggungjawab dan
menghormati kaum lain. Semasa berada di sekolaha Betau kami diberitahu bahawa
secara dasarnya kaum oaring asli sangat sensetif dan mudah tersinggung serta
mudah berputus asa. Guru - guru sekolah sana telah berusaha mempelajari sedikit
sebanyak mengenai gaya hidup mereka dan menghormati pengamalan mereka dan
dunia mereka. Ia dapat dilihat daripada hubungan positif yang terjalin antara guru-
guru dan murid-murid sekolah tersebut.

Selain itu, guru juga harus menjadi teladan kepada murid - murid mereka.
Mereka harus menunjukkan nilai-niai yang positif agar ia mendorong murid-murid
mengikutinya. Guru harus berusaha menepati masa ketika menjalankan sesi P&P.
guru harus dating ke kelas denagn cepat agar tidak tergesa-gesa menghabiskan
pengajaran pada hari tersebut secara cepat. Guru juga harus dating cepat ke kelas
agar tiada perkara yang diingni berlaku semasa ketiadaan guru seperti pergaduhan
antara kaum dan lain - lain lagi. Guru harus menjadi ‘role model’ kepada anak
muridnya. Contonya, di SK Betau guru-gurunya sangat menghormati tetamu mereka
yang datang ke sekolah dan bersedia menolong mereka apabila mereka
memerlukannya. Murid-murid sekolah tersebut juga membantu kami dalam
menyiapkan dewan untuk persembahan dan membantu mencari pelatan yang
diperlukan. Mereka tidak berasa jemu membantu kami sama seperti guru-guru
sekolah tersebut yang ringan tulang.
Maka guru sebagai pembenteras perbezaan sosio -budaya harus berusaha
mengikuti jejak langkah guru-guru SK Betau agar proses P&P menjadi lebih lancar
dan berkesan.

Ejen kedua yang terlibat secara langsung dalam masalah ini adalah murid.
Murid merupakan asset penting guru yang perlu dijaga dan dipelihara dengan
terperinci. Setiap kesilapan yang dilakukan oleh guru akan menyebabkan murid
menjadi mangsa.

Langkah pertama yang harus dilakukan adalah hati murid perlu dibersihakan.
Mereka harus disedarkan bahawa perbezaan yang ada dalam kalangan mereka
hanya akan mewujudkan perbalahan. Guru harus menjalankan tugas ini semasa
menjalankan proses P&P dalam. Dalam memberikan pendidikan guru juga harus
memberikan hati yang suci dan tulus dalam diri murid. Guru harus memahami setiap
tindakan dan tingkah laku murid agar tindakan yang dilakukan oleh guru menjadi
dorongan kepada murid. Di SK Betau murid - muridnya saling hormat menghormati
antara satu sama lain. Walaupun sebilangan daripada mereka terdiri daripada
peenganut Islam ianya tidak menghalang mereka daripada berinteraksi antara satu
sama lain dengan jujur dan ikhlas.

Seterusnya, guru juga harus perlu menyenaraikan maklumat dan peraturan


yang harus dipatuhi oleh murid semasa berada di dalam kelas. Guru harus
memerikan gambaran yang jelas dan tegas mengenai tindakan yang tidak wajar
dilakukan oleh murd semasa berada di dalam kelas. Guru harus mahir mengawal
keas dimana murid-muridnya sedia mengikuti arahan dan peraturan yang harus
diikuti oleh murid-murid. Guru harus mengawal murid agar mereka tidak melalukan
sesuatu diluar jangkaan yang boleh mendatangkan masalah kepada guru mahupun
murid-murid lain di dalam kelas. Selain itu guru juga harus menumpukana perhatian
yang lebih kepada murid - murid yang tidak mengikuti peraturan serta
mendatangkan masalah dalam kelas. Iana penting, agar murid lain tidak mengikut
jejak murid yang bermasalah. Guru harus membimbing murid bermasalah kea rah
jalan yang betul supaya suasana kelas tidak tercemar. Contohnya, di sekolah Betau
murid-muridnya diwajibkan mengambil makanan dalam barisan dan duduk di tempat
masing-masing. Seterusnya mereka harus membaca doa kesyukuran ke atas
makananan yang diberikan oleh tuan seterusnya, murid-muridnya juga harus
membersihkan pinggan dan cawan yang digunakan oleh mereka. Langkah ini
bertujuan membentuk murid yang mementingkan kebersihan dan menyedarkan
mereka bahawa setiap yang diperolehi diberi oleh Tuhan.

Selain itu,guru tidak harus mempertikaikan kepercayaan murid dengan


mengejek atau mengutuk amalan mereka. Ini hanya akan menyukarkan sesi P&P
yang dijalankan oleh guru. Guru harus memastika tiada murid yang tersinggung.
Murid harus meyakinkan murid untuk mempercayai antara satu sama lain samaada
murid atau guru. Guru harus memastikan murid bergaul antara satu sama lain tanpa
mengira kaum dan kelas social yang hanya menimbulkan masalah. Murid perlu
diyalinkan bahawa kesemua mereka adalah sama dan mempunyai keperluan yang
sama walaupun dating daripada latar belakang dan kebudayaan yang berbeza.
Mereka tidak harus dianiyai hanya kerana mereka tidak berasal daripada rumpun
yang sama. Bagi memperkukuhkan kenyataan in, murid - murid SK Betau yang
dating daripada kelas social yang berbeza serta agama yang berbeza bergaul
dengan mesra antara satu sama lain tanpa mengira status mereka. Mereka gembira
berada disamping mereka tanpa menghiraukan perbezaan yang wujud antara
mreka. Kreditnya perlu diberikan kepada guru-guru sekolah tersebut yang Berjaya
menghilangkan perbezaan tersebut.

Seterusnya guru harus menguruskan Hal Ehwal Murid dengan penuh rasa
saying dan keprihatinan. Guru harus menunjukkan perasaan sayangkan murid
mereka dengan membentuk diri murid dengan rasa saying. Guru tidak harus
memarahi atau menghina murid apabila mereka melakukan kesalahan. Malah
mereka harus ditegah daripada mengulangi perkara tersebut secara lembut. Guru
harus memotivasikan murid mereka supaya menunjukkan bakat mereka daripada
menjadi seseorang yang tidak disukai oleh orang lain. Murid harus dididik untuk
mempercayai kebolehan diri mereka serta bakat mereka. Guru sendiri harus menjadi
teladan kepada murid untuk menjadi seseorang yang berani dengan tidak berpaling
tadah apabila menghadapi masalah. Guru harus dating awal ke kelas supaya murid
mengkuti langkah guru dengan berada di kelas pada masa yang ditetapkan. Guru
harus menyayangi semua murid agar murid - murid juga belajar menjadi insan
penyayang yang tidak menyakiti orang lain demi kepentingan sendiri. Guru harus
menjadi sumber kekuatan murid untuk terus berjuang bagi mencapai kejayaan di
masa kelak. Semasa berada di sekolah Betau murid-murid sekolah tersebut sangat
sopan ketika bertutur dengan guru pelatih dan membantu guru pelatih. Mereka tidak
sombong sama seperti guru - gurunya yang peramah dan sedia menghulurkan
bantuan semasa memerlukan. Murid-mrid sentiasa menepati masa dalam semua
aktiviti dan menolong guru pelatih menjayakannya. Guru - guru mereka menjadi
teladan kepada murid -murid tersebut untuk menjadi insan yang disayangi oleh
semua orang.

Selain daripada itu, kemahiran komunikasi guru juga sangat penting dalam
membentuk diri murid yang sempurna. Guru harus menggunakan bahasa yang betu
semasa berkomunikasi dengan murid dan tidak mengunakan kata-kata kesat. Guru
seharusnya bijak memujuk dan menasihati murid. Guru harus komunikasi dengan
murid secara terbuka. Kemahiran komunikasi guru dapat dilihat melalui pertuturan,
bahasa badan penggunaan alat seperti komputer dan telefon dan sebagainya.
Kemahiran komunikasi yang optimum mampu memotivasikan murid untuk belajar
dengan lebih dedikasi. Guru juga harus memuji murid yang berjaya menepati
kehendak guru agar murid lain terdorong untuk mengikut jejak langkah murid
tersebut supaya mereka juga mendapat pujian guru. Di SK Betau gurunya sentiasa
ceria dan bersikap terbuka semasa bergaul dengan murid - murid mereka. Ini
menjadi dorongan kepada murid- murid asli disana yang mudah berputus asa
apabila gagal mencapai sesuatu. Mereka suka apabila guru - guru mereka
mendekati mereka dan berkomunikasi kepada mereka.

Suasana bilik darjah turut memainkan peranan dalam hal ini. Suasana bilik
darjah yang ceria menambahkan minat murid untuk belajar dengan lebih rajin. Ini
juga membantu murid berfikir secara positif dan kreatif belajar. Keadaan bilik darjah
yang mesra budaya juga mengurangkan kadar murid yang ponteng kelas kerana
kerana mereka berminat untuk berada dalam kelas. Murid juga akan berusaha
dating ke kelas dengan cepat sekiranya kaedah pengajaran seperti induksi guru
menarik minat murid untuk belajar. Guru harus berusaha dengan gigih untuk
menarik perhatian murid bagi mengikuti P&P supaya dapat meningkatkan prestasi
murid. Bilik darjah di sekolah Betau, sangat ceria dan merupaya mendorong murid
untuk berada di dalam kelas. Kelas dihias cantik mengikut citarasa murid yang
sememangnya sukakan warna dan kartun. Strategi P&P juga lebih menggunakan
bahan manipulatif atau konkrit yang menarik minat dan merangsang minda muird.
Guru besar sekolah tersebut berkata beliau sentiasa menekankan guru-gurunya
untuk mengubah dan mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka.

Ejen berikutnya adalah sekolah. Sekolah memainkan pelbagai peranan dalam


mengimbangkan kepelbagaian sosio-budaya di Negara kita. Terdapat pebagai aliran
sekolah seperti SK, SJK, SKO, SBP, SMT, SMKA, Sekolah Model Khas, SMK
Harian dan lain - lain lagi. Kesemua sekolah ini diwujudkan bagi suatu tujuan khas
yang mampu membantu perkembangan Negara.

SK Betau merupakan salah satu Sekolah Orang Asli yang terdapat di


kawasan yang terpencil. Murid - murid sekolah tersebut terdiri daripada masyarakat
orang asli yang hidup di sekitar kawasan tersebut. Walaupun terpencil sekolah itu
mempunyai kemudahan yang sama seperti sekolah - sekolah lain. Sekolah tersebut
mempunyai kemudahan asrama, bilik darjah yang serba lengkap, kantin, makmal,
perpustakaan, padang, air dan elektrik. Disebabkan kawasan tersebut terpencil
kemudahan komunikasi dengan masyarakat luar terhad. Walaubagaimanapun,
kerajaan telah menyediakan kemudahan internet agar guru-guru sekolah tersebut
mampu berhubung dengan masyarakat di luar. Selain itu, makan dan minum murid -
murid asli yang belajar di sekolah tersebut juga diuruskan oleh pihak kerajaan
dimana ibu bapa pelajar di sana tidak perlu mengeluarkan sesen pun. Selain
daripada makanan, pakaian, tempat tinggal dan uran sekolah juga ditanggung
kerajaan. Langkah ini bertujuan menarik minat kaum asli untuk menuntut pendidikan
dan dapat mengikuti perkembangan ere moden ini. Disebabkan murid - murid
mengalami kesukaran untuk dating ke sekolah jika balik ke rumah aspuri dan aspura
disediakan untuk penginapan murid. Mereka boleh menginap di sana dari hari Isnin
hingga jumaat dan dibenarkan pulang pada hujung minggu. Walaupun susah untuk
membekalkan elektrik di kawasan tersebut kerajaan tetap membekalkan elektrik
pada hari minggu. Sumber air pula datang dari air bukit. Perpustakaan juga
disediakan di aspura dan aspuri agar murid dapat mengisi masa lapang mereka
dengan berfaedah. Bilik yang diberikan kepada murid - murid pula sangat besar dan
dilengkapi dengan katil, almari, kipas dan lampu. Di dalam satu bilik seramai 6 orang
murid ditempatkan. Seterusnya makmal juga disediakan untuk kemudahan murid.
Terdapat sebanyak 10 buah komputer di makmal tesebut dan mempunyai
kemudahan LCD dan juga PA system. Laluan ke sekolah juga dinaik taraf agar tidak
terlalu sukar untuk dilalui. Kawaan sekolah juga dilengkapi dengan laluan bertar.
Seterusnya, persekitaran sekolah juga Nampak angat ceria dengan mural -
mural yang mengiasi dinding sekolah. Kawasan sekolah juga sangat bersih dan
indah dengan pokok - pokok yang menghiasi kawasan tersebut. Kelas - kelas juga
ceria dengan hiasan yang mampu menarik minat murid - murid. Udara segar yang
tidak tercemar memberikan kelegaan dan pemandanganya juga sangat menarik
perhatian. Bangunan sekolah juga terdiri daripada batu dan Nampak sempurna
tanpa sebarang kerosakkan. Sekolah tadika juga dihiasi dan dilengkapi dengan
taman permainan bagi menarik minat anak - anak kecil yang suka bermain. Terdapat
juga pentas untuk tarian sewing kerana murid - murd sekolah tersebut
sememangnya pandai dalam tarian tersebut.

Selain daripada itu, aktiviti - aktivi tambahan seperti kokurikulum juga


dijalankan di sekolah - sekolah tersebut murid - murid di sekolah tersebut sangat
berbakat dalam acara balapan dan telah memenangi pingat dalm beberapa acara.
Guru - guru sekolah tersebut memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada murid -
murid sekolah tersebut untuk terus mengasak bakat yang terdapat dalam diri
mereka. Pengurusan sekolah tidak berputus asa sekiranya murid tidak hadir ke
sekolah. Sebaliknya mereka turun ke kampung orang asli dan menyeru ibu bapa
mereka untuk menghantar anak - anak ke sekolah. Murid - murid sekolah tersebut
juga pandai daam tarian sewing dan mempunyai rekod yang baik dalam kawasan
tersebut. Murid - murid sekolah tersebut selalu dibawa untuk mempersembahkan
tarian mereka di majlis - majlis rasmi. Mereka juga pernah menari di hadapan
Perdana Menteri kita YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak semasa
lawatan beliau ke sekolah tersebut. Murid - murid sekolah tesebut tidak pernah dihalang
daripada menunjukkan bakat mereka. Ketika malam pesembahan semasa kami pergi
sekolah tersebut, murid - murid tersebut telah mempersembahankan tarian mereka dengan
baik dan alatan muzik dikendalikan oleh guru - guru sekolah tersebut sendiri.

Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik


merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk
dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan
yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di sekolah. Diperingkat
pelaksanaan, kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan yang telah
disusun dalam kurikulum itu sendiri. Diperingkat penilaian pula, pengukuran serta
pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat.
 
Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa
yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainya bukanlah
setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus
tetapi merangkumi  kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut
semasa belajar. (Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994). Ini lah yang dikatakan
Kurikulum Tersirat.

Dari segi kurikulum tersirat Sekolah Kebangsaan Betau memberi penekanan


kepada beberapa perkara yang memberikan kesan ke atas murid dimana mereka
mempelajari sesuatu perkara secara tidak langsung dalam bilik darjah mahupun luar
bilik darjah. Selain itu, pengurusan dan pentadbiran sekolah serta bilik darjah dan
kurikulum dan kokurikulum turut diberi perhatian oleh pihak sekolah SK Betau.

Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di


kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah dikatakan sebagai kurikulum
tersirat. Kurikulum tersirat juga dilaksanakan melalaui aktiviti ko-kurikulum seperti
aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya. Badan beruniform yang
dipraktikkan di SK Betau adalah PBSM, BrassBand, Pengakap, dan juga TKRS.
Didapati bahawa unit beruniform Pengakap menjadi johan merentas halangan, johan
perkhemahan terbaik, johan malam kebudayaan, johan pertandingan membina gajet
dan juga naib johan kawat kaki. Sebagai pencapaian yang mengharumkan nama
sekolah unit pengakap ini juga menjadi johan keseluruhan dan seorang pelajar
perempuan mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan ke Kuala Selangor. Ini
bermakna murid sekolah mempelajari perkara-perkara yang tidak termasuk dalam
kurikulum seperti, kelab dan persatuan serta unit dan beruniform. Mereka
memperolehi ilmu asas untuk menjalani kehidupan seharian mereka.

Dari segi olahraga dan sukan pula, SK Betau memberikan latihan seperti bola
jarring, bola baling,olahraga, sepak takraw, hoki dan juga bola sepak. Walaupun ini
sekolah yang kecil namun, pencapain murid orang asli memang mengagumkan
dimana mereka menjadi johan kebangsaan, johan negeri dan johan negeri piala
KDYMM sultan Pahang. Mereka diberi pendedahan yang secukupnya dan kesemua
ini menunjukkan bahawa pelajar mempelajari banyak perkara di dalam dan juga luar
bilik darjah. Mereka juga berbakat dalam pelbagai bidang seperti tarian sewang,
silat, nasyid dan sebagainya.

Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah


sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya
dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru,
guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah
dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di
dalam persekitaran sekolah memberi kesan secara tidak langsung kepada murid
dan amat bermakna terhadap amalan hidup murid. Pemupukan nilai-nilai murni,
pengetahuan dan kefahaman diamalkan melalui kurikulum dan juga kurikulum
sekolah tersebut.

Melalui pemerhatian terhadap SK Betau didapati pihak sekolah mengadakan


program jejak kasih dan keciciran pelajar sejak tahun 2000 lagi. Pihak sekolah
mengadakan satu lawatan ke kampung bagi mengeratkan lagi hubungan antara
sekolah dan masyarakat kampung. Hasil yang diperolehi amat membanggakan
melaui program tersebut kerana bilangan murid yang datang telah bertambah dan
minat murid serta kesedaran tentang pentingnya pelajaran dapat disemaikan dalam
diri murid dan ibubapa. Sehubungan dengan itu program ini secara tidak langsung
memberi peluang kepada pihak sekolah dalam memberi penerangan tentang
pentingnya pendidikan yang berterusan dalam kehidupan seseorang. Selain itu juga
dapat menyelesaikan masalah keciciran pendidikan dalam kalangan masyarakat
Orang Asli. Melalui program ini juga segala masalah berkaitan dengan pendidikan
anak-anak Orang Asli dapat ditinjau secara lebih dekat lagi dan ia juga memberi
peluang kepada pihak sekolah untuk mencari jalan dalam meningkatkan lagi mutu
pendidikan dan membasmi masalah keciciran dikalangan masyarakat yang
memerlukan pendedahan daripada masyarakat luar.

Selain itu, aktiviti –aktiviti seperti gotong- royong, program nilam, program
rimup,dan juga program-program berkaitan dengan kurikulum murid. Kesemua
program yang dilaksanakan mempunyai objektif dan matlamat tertentu di mana
mengutamakan keperluan murid orang asli di sekolah dan membantu mereka untuk
menjadi warganegara yang bermutu tinggi pada masa hadapan. Mereka juga
dibimbing untuk menjadi budaya yang membaca untuk meningkatkan taraf hidup
mereka. Selain itu, mereka belajar untuk peningkatan dan pembinaan ilmu, tingkah
laku serta nilai murni.

Guru- guru di SK Betau memainkan peranan yang penting dan memberikan


perhatian kepada kurikulum tersirat supaya bersifat positif ke arah membina keadilan
sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat.
Kurikulum tersirat atau kurikulum yang tersembunyi daripada kurikulum asas KPM
dipraktikkan di SK Betau dan menjadikan murid orang asli berpengetahuan untuk
menjalani kehidupan mereka dalam apa jua keadaan. Nilai murni yang dipelajari
akan menjadikan mereka warga yang berbudi bahasa. Ilmu yang dipelajari
membantu mereka sewaktu mengalami kesusahan. Manakala kemahiran yang
dipelajari akan mencungkilkan bakat mereka. Dalam pada itu, pengurusan sekolah
tidak jemu untuk melaksanakan program-program yang membantu membina akhlak
mulia dalam kalangan murid orang asli.

Sebagai contoh lawatan guru pelatih ke SK Betau juga merupakan satu


program yang bermanfaat kepada murid orang asli kerana mereka mempelajari
untuk mendekati kami, berinteraksi dengan semua guru pelatih yang berbilang kaum
dan juga memindahkan pengetahuan ilmu mereka dengan kami. Ini adalah kerana,
mereka jarang berhubung dengan masyarakat luar dan lebih-lebih lagi dengan
masyarakat yang berbeza kaum dan agamanya.

Akhir sekali kurikulum terisirat merangkumi semua pengalaman pembelajaran


yang murid peroleh di mana mereka belajar dan boleh menjadi objektif pembelajaran
tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relative dan agak sukar diukur secara
kuantitatif merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum
itu sendiri iaitu murid dan guru.
REFLEKSI INDIVIDU

Terlebih dahulu saya mengucapkan Terima kasih kepada pensyarah


Budaya dan Pembelajaran iaitu Cik Rusini binti Kamaluddin yang membimbing saya
dan ahli kumpulan saya selama ini dalam menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Saya Pavitirha Maniam ingin mengkongsi pengalaman saya semasa
berada di SK Betau dan juga perkara baru yang diperhatikan mengenai murid orang
Asli. Bagi menyiapkan tugasan ini dengan baik kami guru pelatih semester 5
mengadakan lawatan ke SK Betau selama 2 hari 1 malam. Sebelum mengikuti
lawatan tersebut kami diberikan taklimat mengenai tugasan kerja kursus pendek ini
dan diberikan penerangan tentang apa yang harus kami lakukan sebelum pergi ke
sekolah tersebut dan juga semasa berada di SK Betau. Taklimat tersebut diberikan
oleh En. Fazli bin Basin pada 9 februari 2011.
Setelah mendengar taklimat saya dan ahli kumpulan saya merancang
perkara-perkara yang melaksanakan dengan murid orang asli dan mengagihkan
tugasan kami. Kami mengadakan lawatan tersebut pada 12 hingga 13 februari 2011.
Kami guru pelatih dari unit Pem Bt, Mt, Bm dan Psv mengikuti lawatan ke Sk Betau.
Kami bertolak dari IPG pada pukul 7.30 pagi dan tiba di sekolah pada pukul 9 pagi.
Setelah tiba di sekolah kami minum pagi dan diikuti dengan ucapan daripada pihak
sekolah dan juga taklimat daripada Guru besar Sk Betau iaitu Tn. Haji Sakhaban Bin
Salamat. Beliau menerangkan keadaan sekolah dan latar belakang sekolah
tersebut.

Selepas itu, kami diberikan ceramah mengenai orang asli dan kehidupan
mereka di Negara ini. Beliau menceritakan asal usul oaring asli di Negara kita dan
menerangakan bagaimana cara hidup, kepercayaan, adat resam, bahasa dan juga
pantang larang mereka. Saya mempelajari banyak perkara melalui ceramah beliau
kerana sebelum ini saya tidak tahu perkara-perkara tersebut. Setelah habis ceramah
kami makan tengah hari dan diikuti dengan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti adik
angkat. Murid sebanyak 52 orang diagihkan kepada 4 unit dan unit kami mendapat
12 orang murid orang asli. Setiap kumpulan mendapat 2 orang murid dan begitu
juga dengan kumpulan kami. Kami mendapat murid bernama Sofia a/p Ghani dan
Musi a/l Rahman.
Mereka berdua kaum Senoi dan suku semai. Mereka belajar di tahun 5
dan pada mulanya mereka sukar untuk berinteraksi dengan kami. Kami diberikan
seorang pembantu yang merupakan guru pelatih asli yang bernama Alween dari
semester 2. Dia turut membantu kami untuk berinterasi dan komunikasi dengan
mereka berdua. Kemudian kami mengajak mereka untuk bermain dengan kami.
Melalui bermain kami dapat mendekati mereka dan berjaya meningkatkan
komunikasi mereka dengan kami. Kami juga menari tarian Sewang mereka dengan
pimpinan murid dan kemudian mengajar mereka tarian tradisional kami kepada
mereka. Mereka sangat gembira dengan aktiviti yang kami laksanakan dan setelah
melibatkan diri dengan aktiviti yang kami laksanakan mereka tidak takut lagi untuk
berkomunikasi seperti dahulu.

Selepas itu, kami bersedia untuk aktiviti ketiga iaitu riadah bersama murid
orang asli dan kampung orang asli. Kami melawat kampung berhampiran Sk Betau
dan pergi ke sungai untuk bermandi. Ia merupakan pengalaman yang baru bagi
saya. Selepas bermandi dalam sungai kami pulang ke Sk Betau dan bersedia untuk
makan malam dan malam beramah mesra. Kami diberikan tugas untuk
mengendalikan malam kebudayaan bagi program ini. Oleh itu pelatih unit kami
membuat persediaan untuk menari dan membuat peragaan pakaian di Malaysia.

Malam kebudayaan bermula pada pukul 9 malam dan selain persembahan


tarian kaum india, tarian kaum melayu, nasyid oleh murid asli dan juga tarian
sewang diadakan. Setelah habis kesemua persembahan tarian sewang
ddipersembahan kali kedua atas permintaan para pensyarah. Setelah habis malam
kebudayaan kami diberikan sedikit taklimat mengenai aktiviti bagi hari seterusnya.
Kemudian kami membersihkan tempat itu dan balik untuk tidur.

Pada hari seterusnya, kami membuat senaman pagi bersama murid orang
asli dan selepas itu kami mengemas tempat penginapan kami dan bersedia untuk
majlis penutup. Kemudian membuat persiapan untuk majlis penutup. Setelah minum
pagi kami menghadiri majlis penutup. Kemudian kami duduk bersama adik angkat
kami dan memberikan mereka hadiah dan mengambil gambar sebagai kenagan
bersama mereka. Walaupun 2 hari sahaja kami sayang semua murid orang asli di
sekolah tersebut. Mereka bersalam dan sedih akan kepulang kami ke Ipg. Ia
sememangnya minit-minit yang indah dalam kehidupan di institute pendidikan ini.

Lawatan ini membantu saya untuk menghabiskan tugasan kerja kursus


pendek ini dengan sebaik mungkin. Saya dan ahli kumpulan saya memperoleh
banyak maklumat bagi menyiapkan tugasan ini dan juga memperoleh banyak ilmu
pengetahuan tentang kaum asli semai. Selain itu juga, saya mempelajari banyak
perkataan baru dalam bahasa semai. Saya bangga terhadap diri saya kerana
memperoleh sedikit sebanyak ilmu mengenai kehidupan kaum semai di Pahang dan
bahasa merekanya.

Bukan ini sahaja, lawatan ini juga membantu saya untuk meneliti
kepelbagaian sosio budaya yang terdapat di Sk Betau seperti peranan guru, murid,
sekolah dan juga kurikulum tersirat yang diaplikasikannya. Pada masa yang juga
saya dapat memerhatikan ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid
orang asli kawasan Betau. Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan telah
wujud di sekolah tersebut kerana kesemua murid yang belajar di sekolah tersebut
adalah golongan bawahan seperti petani dan orang kampung. Maka mereka terus
ketinggalan dalam bidang pelajaran. Oleh itu, pihak sekolah dan juga KPM haruslah
mengambil langkah-langkah yang inisiatif untuk memupukan minat belajar dalam
mereka.

Sepertimana kita sedia maklum, latar belakang akademik kaum asli rendah
dan mencatat kadar keciciran yang tinggi. Begitu juga dengan Sk Betau dimana
pihak sekolah mengadaka program jejak kasih dan keciciran pelajar dari yahun 2000
lagi. Ini kerana kebanyakan orang asli ditipu peraih semasa melakukan kerja
berkaitan perniagaan sehingga menyebabkan pendapatan mereka terus merosot
dan mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan. Untuk menangani masalah ini
pihak sekolah dan KPM haruslah bertungkus lumus untuk menyemaikan perasaan
belajar untuk mengetahui kepentingan pendidikan dalam kalangan orang asli.

Selain itu pendapatan ibu bapa dan pencapaian tahap pendidikan ibu bapa
juga saling berkaitan dalam bidang pelajaran kerana terbuktinya bahawa semakin
tinggi pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa maka semakin tinggi tahap
akademik anak- anak mereka juga. Dalam kes ini, sebilangan besar murid di Sk
Betau dalam tahap ekonomi yang rendah. Maka kementerian pendidikan Malaysia
dicadangan untuk memberikan bantuan kepada kaum asli bagi memdapatkan tahap
pendidikan yang secukupnya agar tahap ekonomi mereka terus bertambah baik dan
mengelakan wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan mereka.
Kerajaan juga harus mengambil berat terhadap kaum asli bagi meningkatkan
pendapatan mereka supaya kekayaan Negara ini dapat dikongsi secara kolektif bagi
semua kaum dan tidak ada yang dianiaya.

Pada masa yang sama ibu bapa murid juga kurang mengambil berat
terhadap pendidikan anak-anak mereka. Ini secara tidak langsung mendorong anak
mereka juga berhenti sekolah dan mengikut ibu bapa mereka ke hutan untuk
bekerja. Ini menyebabkan keciciran pelajaran yang agak serius. Maka pihak sekolah
harus mengambil perhatian kepada isu ini supaya ibu bapa mereka memahami
betapa pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka pada masa hadapan untuk
mengharungi kehidupannya. Mereka turut boleh mengadakan kempen dan juga
bengkel kepada ibu bapa dan kaum asli mengenai kepentingan pendidikan kepada
bangsa mereka.

Ketaksamaan peluang pendidikan wujud juga dalam kalangan orang asli


kerana ada yang masih tidak mempunyai infrastruktur dan prasarana yang kurang
lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan-kemudahan seperti bekalan
air, elektrik, jalan masih tidak dipenuhi dengan sempurna. Begitu juga dengan Sk
Betau, bekalan elektrik tidak mencukupi, janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa
rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan teknologi maklumat
( ICT) di sekolah. Sk Betau juga meghadapi masalah dalam mendapatkan bekalan
diesel. KPM hendaklah membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi dan juga
pembekalan diesel agar Sk Betau dapat memanfaatkannya penggunaan ICT
sepenuhnya untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Selain pihak sekolah dan
KPM bantuan dari badan badan swasta juga diperlukan untuk meningkatkan taraf
sekolah murid orang asli.
DISEDIAKAN OLEH,
( )

REFLEKSI INDIVIDU

Saya Indrani Masilamani telah mengikuti satu lawatan sambil belajar ke

Sekolah Kebangsaan Betau yang mengambil masa selama satu jam perjalanan

pada 12 dan 13 Februari. Lawatan ini bertujuan memenuhi kehendak kerja khusus

kami yang meminta kami mengumpul maklumat mengenai masyarakat orang asli

dan gaya hidup serta peluang pendidikan yang diberikan kepada kami. Pensyarah

kami Cik.Rusini binti Kamaluddin telah membimbing kami sepanjang tempoh kerja

khusus kami.

sebelum pergi ke sana kami telah membuat beberapa persediaan awal.

Selaku AJK Peralatan program ini saya dan rakan saya Barbagara Validiner telah
mandapatkan barang - barang keperluan daripada logistic dan juga telah ke Bandar

untuk membeli tag nama kepada pelajar. Seterusnya kami juga dikehendaki

menyediakan fail untuk peserta dan juga guru pelatih. Dua hari sebelum pergi ke

sekolah tersebut En.Fazli bin Basin telah memberikan taklimat mmengenai tugasan

yang harus kami lakukan sepanjang lawatan ini. Seterusnya kami diminta

menyediakan aktiviti untuk mengembangkan kemahiran komunikasi dengan adik

angkat dalam kumpulan bertiga. Kami juga diminta menyediakan hadiah untuk adik

angkat kami bagi mengeratkan hubungan dengan mereka.

Semasa berada disana, kami telah mengikuti ceramah mengenai latar

belakang sekolah tersebut diberikan oleh guru besar sekolah tersebut

Tn.HJ.Shakbah bin Salamat dan adat resam masyarakat orang asli. Kebanyakkan

murid sekolah tersebut terdiri daripada suku kaum semai. Adat dan kebudayaan

mereka sangat unik dan menarik minat. Seterusnya kami telah diberi tugasan untuk

bergotong royong di sekolah tersebut. Kami dikehendaki menyiapkan dewan untuk

malam persembahan. Seterusnya kami diberikan adik angat. Kumpulan kami

mendapat dua orang adik angkat iaitu Sofia a / p Rahman dan Musi a / l Ghani.

Kemudian kami menjalankan aktiviti kumpulan bersama adik angkat. Selepas itu

aktiviti dijalankan secara keseluruhan melibatkan semua murid yang ada dalam

kelas kami. Kami sangat seronok sepanjang aktiviti tersebut. Seterusnya kami telah

pergi ke sungai yang ada di kampung orang asli. Mandi sungai menjadi satu

pengalaman yang sangat berharga dan mencabar kepada saya. Pada malam pulan

persembahan guru pelatih dan murid sekolah Betau dipersembahan. Keesokkan

harinya kami telah membuat majlis perasmian penutupan yang dihadiri oleh guru

besar sekolah tersebut dan pensyarah IPG. Selepas itu kami mengambil gambar

kenangan bersama warga sekolah. Kami bertolak dari sana pada jam 2 petang.
Saya mendapati walaupun sekolah tersebut terletak di kawasan pedalaman

ianya masih mendapat kemudahan yang sama rata seperti sekolah lain. Setiap

prasarana yang disediakan pada tahap optimum walaupun sedikit kesulitan dihadapi

dalam beberapa perkara seperti kemudahan telekomunikasi. Walaubagaimanapun

sekolah tersebut disediakan dengan kemudahan internet supaya pihak pengurusan

mampu berurusan dengan pihak luar. Bangunan sekolah juga cantik dan sekolah

mempunyai kemudahan asas seperti perpustakaan, makmal, padang dan lain-lain

lagi. Saya berasa bangga dengan kerajaan kita yang tidak mengabaikan sesiapa

yang hidup di Negara ini.

Dar sudut lain pula, saya mendapati murid - murid ini mengalami kesukaran

untuk mempelajari bahasa kebangsaan dari kecil kerana kurang pendedahan

dengan masyarakat luar. Maka kerajaan harus memastikan pembangunan Negara

kita dinikmati oleh mereka dengan membawa mereka ke kawasan yang lebih maju

dibandingkan dengan tempat tinggal mereka. Kerajaan harus memastikan mereka

belajar di sekolah yang mempunyai murid - murid dari golongan lain seperti Cina,

Melayu, India dan lain-lain. Kerajaan juga boleh menjalankan Program pertukaran

pelajar antara murid sekolah asli dengan murid sekolah lain agar mereka dapat

belajar gaya hidup masyarakat Malaysia lain dan berusaha mempertingkatkan

kebolehan diri. Mereka juga harus diberi pendedehan yang berterusan dari semasa

ke semasa mengenai perubahan dalam dunia pendidikan dan kepentingan

mengikutinya.

Saya mendapat peluang yang sangat berharga dan saya berharap dapat

menimpa pengalaman sebegini di hari kelak. Saya bersyukur kerana diberi peluang

yang sukar ditimpa sekiranya saya berada di tempat lain.


Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

pihak yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan

kerja khusu ini.

m.indrani

Anda mungkin juga menyukai