Anda di halaman 1dari 17

ADAT DALAM MASYARAKAT MELAYU

Struktur sosial tradisi


1) Berasaskan keturunan dalam menentukan warisan kedudukan sosial.
2) Secara teratur dan tersusun, boleh berubah melalui perkahwinan.
3) Golongan memerintah mempunyai hubungan yang rapat dengan hubungan yang
diperintah.
Susun lapis Masyarakat melayu:
RAJA
BANGSAWAN
RAKYAT JELATA (MERDEKA)
HAMBA( PELBAGAI JENIS)
Peraturan Sosial:
1) Kepentingan sosial
2) Peraturan yang berkait rapat dengan adat meliputi segala kepentingan kehidupan anggota
masyarakat.
3) Melahirkan anggota yang memahami perlakuan sosial.
4) Peraturan sosial meliputi pelbagai bidang kehidupan sosial.
Norma dan Nilai:
1) Norma dibentuk daripada nilai-nilai sosial yang dianggap baik dan bersesuaian dengan
bentuk keperluan dan kepentingan masyarakat.
2) Kita dapat mengenalpasti norma-norma sosial dengan nilai-nilai sosial.
3) Nilai-nilai sosial yang menentukan yang baik atau tidak baik.
4) Nilai sosial lebih memberi penekanan kepada kelakuan.
Adat
Pengertian: Menurut kamus dewan, adat adalah peraturan yang diamalkan turun temurun iaitu
sejak dahulu kala di dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum yang perlu dipatuhi.
Adat juga adalah tentang tatacara perlakuan yang betul dan halus, sesuatu kehidupan yang
bermatlamatkan kesejahteraan sosial.
@ Adat dapat melambangkan identity tradisi budaya melayu
@ Warisan peraturan sosial mencakupi keseluruhan kegiatan hidup harian anggota masyarakat
@ Budi dibina dan dibentuk serta diberikan pengesahan anggota-anggota masyarakat.
@ Adat bermula dengan kelahiran sampailah kematian
Tradisi Adat:
1) Disampaikan secara lisan dari semasa ke semasa.
2) Pengalaman secara langsung kerapkali dilakukan.
3) Tradisi selalunya disesuaikan dengan perubahan yang membolehkan anggota-anggota
masyarakat dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan terbaru.
4) Menjaga moral keseimbangan dengan keharmonian.
Adat Sebagai Identiti Budaya.
1) Peraturan sosial warisan, nilai sosial dan disesuaikan dengan nilai nilai islam.
2) Mengenali bangsa melayu dengan adatnya.
3) Tanggungjawab anggota-anggota masyarakat adalah menjaganya.
4) Adat boleh difahami menurut aspek budaya.
Fungsi Adat:
1) Keteraturan dan bentuk masyarakat.
2) Kestabilan dan kesejahteraan.
3) Pembentukan jati diri serta keharmonian dan kebertanggungjawaban.

ADAT DALAM MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

Dalam masyarakat melayu, adat mempunyai banyak makna dan perkataannya wujud dari
perkataan arab yang bermaksud kebiasaan. Menurut kamus dewan, adat adalah peraturan
yang diamalkan turun temurun iaitu sejak dahulu kala di dalam sesuatu masyarakat
sehingga menjadi hukum yang perlu dipatuhi. Adat dalam kehidupan sesebuah masyarakat
adalah satu amalan yang dapat mengikat setiap individu dalam kelompok itu dan lebih tepat
dikatakan sebagai budaya perlakuan atau tatacara dalam kehidupan.Lazimnya para
pengkaji adat mengklasifikasikan adat kepada lima aspek iaitu adat yang sebenarnya adat,
adat yang diadatkan, adat yang teradat,adat istiadat dan adat resam.

Lazimnya para pengkaji adat mengklasifikasikan adat kepada lima aspek iaitu:

1)Adat yang sebenarnya adat,


hukum tabii yang dicipta oleh Allah. Contohnya, “adat ayam berkokok, adat api membakar
dan adat air membasah”

2)Adat yang diadatkan,


hukum adat iaitu peraturan-peraturan hidup yang diwujudkan oleh nenek moyang kita
untuk memastikan wujud suasana harmoni dalam kehidupan bermasyarakat. Sebagai
contoh, orang yang beradat ialah orang yang tertib, berhemah tinggi dan tahu membawa
dirinya dalam majlis-majlis tertentu
3)Adat yang teradat,
aturan hukum atau kebiasaan yang tercipta dengan sendirinya dan diterima oleh masyarakat
sebagai kebiasaan hidup sehari-hari tanpa ditetapkan lebih dahulu. Seperti seseorang yang
meminjamkan sesuatu benda daripada orang lain wajib mengembalikan semula barang
yang dipinjamnya itu.

4)Adat istiadat
adalah ritual-ritual yang sering dilakukan untuk mengiringi sesuatu majlis yang dianggap
rasmi. Contohnya, “adat istiadat menjejak kaki di tanah, adat potong jambul, berkhatan”

5)Adat resam.
kebiasaan manusia atau kelaziman dari segi perbuatan termasuklah cara makan, menghias
diri, bertegur sapa dan seumpamanya

Kepercayaan Dalam Masyarakat Melayu

Animisme

Kepercayaan warisan ini juga sering dikaitkan dengan kepercayaan masyarakat melayu itu
kepada kewujudan makhluk ghaib ataupun makhluk luar biasa yang hidup di alam ghaib
juga. Taib Osman melihat kepercayaan ini sebagai kepercayaan animisme. Kepercayaan
animisme dikatakan kepercayaan yang tertua di kepulauan melayu.Menurut kamus dewan
edisi ke empat, animisme itu bermaksud bahawa setiap benda seperti batu, kayu dan
sebagainya itu mempunyai roh atau semangat. Asal perkataan animisme itu adalah
daripada bahasa latin iaitu ‘anima’ yang bermaksud roh. Kepercayaan ini juga adalah suatu
kepercayaan yang membawa maksud segala sesuatu yang ada dibumi itu baik hidup
ataupun mati pastinya mempunyai roh. Oleh itu, masyarakat melayu tradisional pada ketika
itu percaya kepada kuasa-kuasa ghaib dan kewujudan makhluk-makhluk ini kerana pada
pandangan mereka, setiap yang mempunyai semangat itu perlu dipuja serta dihormati.

Tambahan lagi, kewujudan golongan-golongan yang dikenali sebagai ‘Local


genius’ yang berperanan sebagai orang perantaraan yang mempunyai kemahiran untuk
berkomunikasi dengan dengan kuasa ghaib dan makhluk halus ini telah menguatkan lagi
kepercayaan mereka. Hal ini kerana mereka yakin bahawa orang biasa tidak mampu untuk
berhubung dengan kuasa-kuasa ini. Golongan ‘Local genius’ atau orang perantaraan yang
dimaksudkan ialah mereka yang terdiri daripada bomoh, dukun atau pawang yang boleh
memberikan jampi serapah, azimat, tangkal dan sebagainya yang dipercayai boleh menjadi
pelindung kepada kehidupan seseorang. Ini yang menjadikan peranan mereka sangat
penting dan tanpa mereka upacara berkenaan tidak dapat dijalankan.
Jampi serapah atau disebut juga mantera merupakan satu rangkaian kata yang disusun
dalam bentuk puisi atau prosa. Perbezaan antara mantera dengan puisi dan prosa yang biasa
seperti pantun dan syair, ia adalah suatu pengucapan yang mengandungi tujuan atau
konotasi magik, pengubatan dan perbomohan. Mantera juga selalu disebut jampi, serapah,
tawar, sembur, seru, tangkal dan sebagainya bergantung kepada suasana kegunaanya.
Sebagai contoh, apabila ia digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit, ia disebut tangkal
atau tawar. Dengan sifat dan peranannya itu, wajarlah mantera diberi perhatian sebagai
salah satu elemen penting dalam pengkajian sejarah budaya dan kepercayaan masyarakat
melayu tradisional kerana ia boleh dianggap sebagai satu keinginan masyarakat melayu
untuk menunjukkan rasa syukur mereka serta memohon perlindungan kepada roh atau
semangat tertentu.
Selain itu, mereka juga percaya bahawa semua makhluk ghaib ini boleh diseru,
dihubungi serta dipujuk. Malahan, makhluk ini juga boleh menunaikan segala permohonan
para pemohon dan pemujanya. Makhluk atau semangat ini juga dipercayai hidup di merata-
rata tempat iaitu sama ada di kawasan pertanian iaitu (sawah padi atau kebun), di kawasan
laut, pantai, hutan, rimba, rumah dan dalam diri manusia itu sendiri. Sebagai contoh, hasil
tuaian padi dikatakan mempunyai “semangat padi” dimana semangat tersebut ditugaskan
untuk menjaga padi tersebut. Namun demikian, semangat padi ini perlu dijaga supaya tidak
merajuk ataupun marah kerana dipercayai sekiranya kemarahan semangat padi itu
ditimbulkan, maka mutu serta hasil padi itu akan berkurangan.

Kepercayaan semangat padi juga dipercayai adalah daripada seorang wanita. Oleh
itu, mereka menyediakan sebuah rumah yang dikenali sebagai rumah padi dengan
menghiaskan dan dibekalkan alat-alat solek seperti cermin, sikat rambut dan sebagainya.
Semangat tersebut diberi nama Sri Danggolami. Semangat ini dijaga rapi oleh masyarakat
melayu dengan mengadakan pelbagai pantang larang. Contoh pantang larangnya ialah,
padi harus diambil oleh wanita kerana wanita mempunyai sifat kelembutan dalam
kehidupan mereka. Mereka menjaga semangat padi ini dengan sebaik mungkin iaitu
apabila padi ini masak menguning, mereka akan memanggil pawang untuk melaksanakan
upacara menghormati semangat padi.

Dengan ini, upacara-upacara, peraturan serta pantang larang telah diwujudkan


sebagai syarat atau cara pemujukan semangat- semangat ini. Upacara ini telah meletakkan
golongan ‘Local genius’ sebagai orang tengah untuk mengetuai upacara pemujaan iaitu
bomoh atau pawang yang dipercayai boleh menghubungkan manusia dengan makhluk
ghaib. Sekiranya berlaku sesuatu keuzuran atau ditimpa penyakit, secara tidak langsung
mereka juga akan meminta pertolongan melalui bomoh dan mempercayai bahawa setiap
masalah itu akan selesai.
Selain itu, semangat ini juga dipuja melalui tarian, nyanyian, drama, muzik, unsur-
unsur mainan dan sebagainya yang mempunyai hubungan dengan kepercayaan itu.
Beberapa unsur ini yang menjadi hiburan dan mainan pada asalnya adalah merupakan
upacara yang berkaitan dengan kuasa ghaib. Sebagai contoh ‘Main puteri’. Main puteri
adalah satu aktiviti perubatan yang dipenuhi dengan dialog-dialog perbomohan, nyanyian
dan tarian malah disertakan dengan cerita-cerita dan lakonan yang secara miripnya
memiliki ciri-ciri sebuah drama. Permainan ini juga adalah bertujuan pengubatan semangat
dan jiwa. Permainan-permainan ini sangat berkat rapat dengan kuasa ghaib. Keadaan ini
juga telah mewujudkan upacara jampi serapah, mantera dan sebagainya dengan tujuan
melindungi permainan daripada terkena bencana dan kekacauan.

Tambahan lagi, masyarakat melayu pada ketika itu juga mempercayai bahawa roh
semua makhluk sesudah mati akan terus hidup. Roh ini akan bertebaran pada tempat-
tempat yang jarang dikunjungi oleh manusia seperti gunung, pokok-pokok besar, batu dan
sebagainya. Roh-roh ini pula boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu roh baik dan roh
jahat. Roh baik atau ‘good magic’ berasal daripada jasad orang yang sudah mati, tetapi
pada masa hayatnya orang tersebut selalu melakukan kabajikan. Roh sebegini selalunya
dipuji untuk mendapatkan sesuatu. Contohnya, apabila berlaku kezaliman atau kejahatan
di sesuatu tempat, maka roh baik akan merasa marah dan memberi hukuman dalam bentuk
bencana. Manakala roh jahat atau ‘black magic’ pula berasal daripada jasad orang yang
sudah mati dan semasa hayatnya adalah orang yang selalu membuat kejahatan. Roh begini
amat ditakuti oleh masyarakat. Oleh itu, bagi mengelakkan diri dari gangguan roh jahat ini,
maka mereka akan mengadakan upacara-upacara tertentu yang bertujuan untuk menghalau
roh tersebut.

Di samping itu, masyarakat melayu tradisional juga mempercayai tentang


kewujudan kekuasaan roh nenek moyang yang juga dikenali sebagai Hyang. Roh nenek
moyang ini dikatakan mempunyai kuasa atau tenaga yang kuat dan boleh mempengaruhi
kehidupan seseorang. Oleh itu, roh nenek moyang ini perlu ditenangkan melalui upacara
pemujaan dan penyajian. Hyang ini juga dianggap sebagai jelmaan tuhan yang perlu
disembah dan dipuja maka timbullah istilah sembahyang iaitu menyembah roh jelmaan
tuhan. Dalam upacara ini, dukun dan bomoh berperanan sebagai perantara yang
menghubungi Hyang tersebut.

PENGARUH DALAM ADAT MELAYU

Namun begitu apabila berbicara mengenai adat dalam masyarakat melayu, ramai
sarjana mengatakan bahawa adat melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang bercampur.
Terdapat tiga bentuk pengaruh besar dalam pembinaan adat melayu. Pertama, adat yang
dipengaruhi oleh adat Hindu dan Buddha. Kedua, adat yang dipengaruhi oleh adat Hindu-
Buddha dan islam serta yang ketiga iaitu adat yang betul-betul berteraskan islam.

Adat melayu awal yang dipengaruhi oleh unsur-unsur hindu dan Buddha yang
diperoleh melalui kitab-kitab lama seperti “Ramayana” dan “ Mahabrata”. Semasa adat ini
diamalkan, Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat semasa zaman
hindu-buddha ini masih diamalkan sehinggalah hari ini. Contohnya upacara persandingan
dalam majlis perkahwinan masyarakat melayu. Selain itu, pemujaan raja secara berlebihan
dalam masyarakat melayu suatu ketika dahulu juga merupakan cerminan kepada pengaruh
Hindu dan Buddha bahkan perkataan “Raja” itu sendiri sudah memperlihatkan pengaruh
hindu yang tebal. Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat istana melayu, ,masih
terlihat kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat melayu itu.

Peringkat kedua ialah pengaruh unsur campurtangan hindu-buddha dan islam. Pada
zaman ini, islam sudah wujud di nusantara dan majoritinya orang melayu itu sudah
memeluk agama islam. Namun pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan Buddha
masih lagi diamalkan. Oleh kerana itulah peringkat ini dikenali sebagai zaman campuran.
Walaupun masyarakatnya sudah memeluk islam, namun mereka masih lagi mengamalkan
adat-adat yang dianggap menyimpang dari ajaran islam. Sebagai contoh, masyarakat
melayu yang mengamalkan adat mandi safar yang dianggap sebagai usaha untuk
membuang sial pada bulan safar. Begitu juga dengan adat memuja kampung, pantai dan
sebagainya. Usaha ini jelas bertentangan dengan islam kerana dianggap khurafat.

Peringkat ketiga iaitu adat yang betul-betul berteraskan islam. Pengaruh islam
merupakan pengaruh yang sangat kuat dalam kebudayaan dan adat melayu. Bagi
masyarakat melayu, adat adalah kepatuhan yang kedua selepas agama. Mereka juga telah
menjadikan agama islam sebagai teras kepada pembentukan sesuatu adat. Antara adat yang
bercirikan islam merangkumi adat ketika seseorang itu dilahirkan, meningkat remaja,
dewasa, adat kehidupan sehari-hari sehinggalah adat seseorang itu meninggal dunia. Adat-
adat yang diamalkan ini juga disebut sebagai perkara sunat dalam ajaran islam.

Sebagai petunjuk kepada pengaruh islam didalam adat melayu ialah adat ketika
seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat
ke telinga bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal
bayi sehingga botak. Aktiviti ini kebiasaanya diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari
ketiga dan ketujuh dan seterusnya. Tujuan bercukur ini dilakukan ialah untuk membuang
rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan ditumbuh dengan baik. Oleh itu, ini
sangat bersesuaian dengan ajaran islam yang mementingkan aspek kebersihan dan
kesihatan.

Tambahan lagi, seperti yang diketahui dalam kalangan orang melayu, mereka
sangat mementingkan adat perkahwinan. Adat ini sangat disayangi dan disanjungi oleh
kebanyakan masyarakat melayu. Sebagai contoh di Melaka, unsur-unsur kebudayaan
dalam perkahwinan orang melayu Melaka berjalan mengikut peringkat dan tertib.
Ketertiban yang diamalkan itu telah menjadikan warisan adat resam ini sesuatu yang unik.
Adat perkahwinan dipecahkan pula kepada beberapa bahagian iaitu adat merisik, adat
meminang, adat bertunang, adat berinai dan acara-acara lain iaitu akad nikah dan majlis
perkahwinan. Adat orang melayu dari sebelum masuknya islam sehingga masuknya islam
tidak jauh bezanya. Sebagai contoh, mereka masih lagi mengamalkan adat merisik. Dalam
erti kata lain, adat ini disebut adat meninjau iaitu adat untuk menengok bakal calon yang
hendak dijadikan pasangan hidup.
Selain itu, adat lain yang diamalkan oleh masyarakat melayu ialah adat menyambut
kelahiran. Adat ini sebenarnya diamalkan secara turun temurun dari dahulu sehingga
sekarang yang merangkumi adat sewaktu kelahiran, adat bersalin dan juga adat selepas
melahirkan anak. Sewaktu kelahiran, ibu itu akan diserikan dengan adat melenggang perut
. Adat ini dalam erti kata lain bermaksud adat kirim perut atau adat mandi tian. Adat ini
biasanya dilakukan oleh seorang bidan kepada perempuan mengandung yang usia
kandungan sulungnya dalam lingkungan tujuh ke lapan bulan. Adat ini bertujuan untuk
membuang segala bala bencana dan kesulitan kepada wanita mengandung tersebut malah
bertujuan juga untuk memperbetulkan kedudukam bayi yang berada dalam kandungan itu.
Tambahan lagi, adat dapat difahami juga sebagai peraturan yang diamalkan oleh
masyarakat turun temurun sehingga menjadi sesuatu hukum yang perlu dipatuhi oleh
semua orang dan sesiapa yang melanggar hukum adat ini boleh dihukum bila-bila masa
sahaja. Hukum adat ini dikendalikan oleh satu badan yang dikenali sebagai Majlis Orang
Tua. Majlis ini akan diketuai oleh seorang ketua adat. Terdapat dua jenis hukum adat yang
diamalkan di negeri-negeri melayu iaitu adat perpatih dan adat temenggung.

ADAT PERPATIH
Adat perpatih berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera dan diasaskan oleh Datuk
Perpatih Nan Sebatang yang menjaga kawasan tanah sebelah darat dan diamalkan di Negeri
Sembilan. Adat ini merupakan adat yang tidak bertulis dan diwariskan secara lisan. Hukum
adat ini berasaskan dua hukum iaitu adat resam atau adat turun temurun yang diwarisi dan
hukum syarak mazhab syafie. Adat ini dihafal oleh ketua adat. Adat perpatih bersifat
matrilineal iaitu lebih mementingkan nasab sebelah ibu. Sebagai contoh dari segi peraturan
kediaman. Selepas berkahwin suami dikehendaki tinggal bersama- sama keluarga isteri.
Walaubagaimanapun keadaan ini hanya bersifat sementara sebelum pasangan tersebut
mendirikan rumah mereka sendiri di kawasan rumah ibu mertua yang akan diwarisi oleh si
isteri. Walaupun begitu, tanggungjawab ketua keluarga masih lagi di tangan lelaki atau
suami. Adat ini mulanya dibawa bersama untuk diamalkan dan lama-kelamaan menjadi
sebahagian adat resam masyarakat tempatan.

Bentuk dan Pelaksanaan Adat Perpatih

Adat Perpatih merupakan satu peraturan atau undang-undang yang tidak bertulis
dalam bentuk pepatah yang dihafal oleh ketua adat dan diperturunkan kepada generasi
lain.Susunan hukum ini dikenali sebagai tambo atau kata perbilangan adat.Hukum adat ini
didasarkan kepada dua jenis sumber,iaitu resam dan adat turun-temurun,dan hukum syarak
yang diambil daripada mazhab Shafie.Kedua-dua sumber ini telah disesuaikan tetapi
biasanya hukum adat ini tidak mengatasi hukum syarak.
Adat Perpatih mengandungi susunan peraturan yang lengkap meliputi setiap sudut
kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan.Adat ini memberi panduan tentang
susunan pentadbiran dan pembahagian kuasa politik,aturan kekeluargaan dan
perkahwinan, pembahagian harta,undang-undang jenayah serta hal ehwal kemasyarakatan.
Aspek Pemerintahan

Adat Perpatih mengamalkan pemerintahan secara demokrasi dengan kedaulatan


berada di atas tangan rakyat.Pemerintahan dijalankan secara muafakat melalui wakil-wakil
daripada setiap suku.Pemerinthan mesti mematuhi undang-undang dan tidak boleh
bertindak sesuka hati.Tiada siapa yang boleh menguasai teraju pemerintahan secara mutlak
kerana setiap jawatan akan dilantik oleh jawatan lain.
Seseorang lelaki tidak mempunyai hak dalam mentadbir.Mereka yang melanggar
adat akan dibicarakan dan dihukum.
Ketua pentadbir dan pemerintah yang tertinggi ialah Yang Dipertuan Besar atau
Yamtuan Besar (Raja). Ini diikuti oleh Undang. Lembaga, Buapak dan Anak Buah.
Yamtuan dilantik oleh empat Undang, Undang dipilih oleh Lembaga. Lembaga dipilih oleh
Buapak dan Buapak pula dipilih oleh Anak Buahnya.Ini bermakna sistem pelantikan
mengikut Adat Perpatih dibuat berasaskan peringkat dari bawah ke atas.
Aspek Kekeluargaan dan Perkahwinan

Adat Perpatih mengamalkan hidup secara bersuku-suku yang membawa maksud


hidup secara berkeluarga daripada sebuah keluarga yang besar.Setiap suku mempunyai
nama yang tersendiri untuk memudahkan mereka mengetahui pertalian darah antara satu
sama lain.Setiap suku dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil,iaitu Perut.Setiap Perut
dipecahkan kepada Ruang dan setiap Ruang kepada Rumpun.
Susunan keluarga masyarakat berdasarkan matrileneal;di susur galur kepada
keturunan sebelah ibu.Hubungan antara anggota masyarakat sangat rapat dan dianggap
bersaudara.Adat Perpatih tidak membenarkan sesama suku kerana suku yang sama
dianggap bersaudara.Perkahwinan hanya dibolehkan dalam suku yang berbeza.Sistem ini
dikenali sebagai eksogami.

Aspek Pembahagian Harta

Adat Perpatih memberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan


menurunkan harta melalui keturunan wanita,iaitu daripada pihak ibu(sebagai pengasa
kelurga)kepada anak perempuan.Sekiranya ibu tidak mempunyai anak perempuan,harta
akan diwariskan kepada adik perempuan,anak adik-adiknya atau cucu-cucunya.
Harta pasangan suami isteri dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu Harta
carian-harta yang diperoleh oleh pasangan suami isteri sepanjang perkongsian hidup
Mereka, Harta dapatan-harta yang sedia dimiliki oleh isteri sebelum berkahwin. Jika
berlaku perceraian harta kekal milik isteri, Harta pembawaan-harta yang sedia dimiliki oleh
si suami sebelum berkahwin dan Harta sebelah-harta asal kepunyaan suami dan isteri yang
diberi oleh ibu bapa sebelum mereka berkahwin.
Undang-Undang Jenayah

Hukuman dalam Adat Perpatih dilaksanakan dengan tujuan memperbaiki keadaan


dan tidak menghukum pealah.Pesalah dihukum mengikut kesalahan yang
dilakukan.Undang-undang jenayah dalam Adat Perpatih lebih menekankan sifat
bertimbang rasa.Seseorang yang melakukan kesalahan didenda mengikut kesalahannya
dan masa diberi ganti rugu.Contohnya,hukuman atas kesalahan mencuri.Pesalah akan
dihukum dengan memulangkan barang yang dicuri atau membayar ganti rugi.
Kemasyarakatan

Adat menetapkan bahawa perbincangan antara anggota masyarakat harus dibuat


terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara dilakukan.Tindakan menyelesaikan masalah
teebut digelar sebagai muafakat. Setiap anggota masyarakat harus bersikap bertimbang rasa
serta menekankan nilai-nilai yang menunjukkan tentang hidup bermasyarakat. Adat ini
menetapkan satu peraturan hidup yang berlandaskan kepentingan hidup bersama,
bergotong-royong, dan bekerjasama. Setiap anggota masyarakat dalam Adat Perpatih
dianggap mempunyai kebolehan dan kemampuan tertentu.
Apabila sesuatu yang diusahakan itu berjaya, adat tidak menekankan kepada
kejayaan orang perseorangan sahaja tetapi kejayaan kelompok masyarakat.Begitu juga
sebaliknya berlaku, semua anggota perlu menanggung kerugian atau kegagalan itu.
Penutup
Penghijrahan orang-orang Minangkabau ke Tanah Melayu telah membawa masuk
adat Perpatih yang telah banyak membantu untuk mengurus dan mentadbir masyarakat
Tanah Melayu dengan lebih teratur dan sistematik.

ADAT TEMENGGUNG

Adat temenggung pula berasal dari Palembang, Sumatera dan diasaskan oleh Datuk
Ketemenggungan yang menjaga kawasan pantai dan persisiran laut. Adat ini diamalkan
oleh semua negeri-negeri melayu kecuali Negeri Sembilan. Adat ini pula tidak bersifat
matrilineal malah patrilineal iaitu lebih mementingkan nasab keturunan sebelah lelaki.
Sebagai contoh, selepas berkahwin si isteri perlu mengikut suami dan boleh tinggal
bersama keluarga suami. Adat Temenggung
Bentuk dan pelaksanaan adat Temenggung.
Adat merujuk kepada peraturan tidak bertulis tetapi menjadi undang-undang yand
diamalkan oleh masyarakat secara turun-menurun sehingga menjadi hukum yang mesti dipatuhi
oleh semua masyarakat.
Undang-undang ini disebut hukum adat dan terdapat dua jenis hukum adat iaitu
adat perpatih dan adat temenggung yang mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan. Adat
Temenggung merupakan adat yang Berasal dari sumatera.

Aspek Politik
Sistem Pemerintahan
Bercorak autokratik dan kuasa tertinggi terletak di tangan raja atau sultan. Puncak
struktur politik ialah raja atau sultan menjadi Ketua pentadbir, agama dan simbol
kedaulatan dan perpaduan rakyat, diikuti oleh kerabat diraja, pembesar negeri dan daerah
atau jajahan. Mereka dilantik oleh raja dan memerintah sebagai wakil raja. Pembesar
bertugas pada peringkat mukim dan lapisan paling bawah ialah ketua kampung yang
memerintah kampung.
Pelantikan raja berdasarkan warisan dan raja yang mangkat akan digantikan oleh
putera sulung. Jika tidak ada putera, adindanya akan mengambil alih takhta dan jika kedua-
duanya tidak ada, raja bendahara akan dilantik menjadi raja.
Perundangan / Hukuman
Berpegang kepada perinsip pembalasan dan hukuman mati adalah hukuman paling
berat. Dijatuhkan ke atas kesalahan berat seperti membunuh, memfitnah atau menderhaka
terhadap raja.
Undang-undang dalam adat Temenggung memerlukan bukti yang kukuh terhadap
sesuatu kesalahan. Dalam suatu kes, saksi amat penting.

Aspek Ekonomi
Pembahagian Harta
Harta ialah hak individu dan melibatkan pembayaran cukai kepada penguasa
tampatan. Sistem perwarisan menjadi hak milik tetap bagi seseorang individu.
Harta diwarisi oleh anak lelaki.

Aspek Sosial
Kekeluargaan
Sistem kekeluargaan mengikut sebelah ibu dan ayah.
Selaras dengan hukum syarak, lelaki diberikan keutamaan kerana mereka menjadi
ketua keluarga dan nasab keturunan dikira daripada sebelah bapa.
Perkahwinan
Isteri akan mengikuti suaminya dan tinggal bersama dengan ibu bapa suaminya.
Isteri akan menjadi keluarga suaminya.
Adat Temenggung mengamalkan perkahwinan endogami (selari dengan hukum
syarak). Perkahwinan hanya boleh dilangsungkan sekiranya: Tidak melanggar hukum
agama Islam, Tidak ada pertalian darah atau perkahwinan, Pasangan tidak berkahwin
dengan orang lain, Pasangan bukan daripada saudara susun dan Larangan berkahwin
dengsn dua orang perempuan yang bersaudara.

Kemasyarakatan
Pengelompokan seperti dalam adat perpatih tidak wujud.
Kesimpulan
Hukum berdasarkan dua sumber, iaitu resam atau adat turun-temurun dan hukum
syarak mengikut mazhab Syafie.Hukum ini tidak pernah ditulis tetapi dihafal oleh ketua
Adat.

Bandingkan pelaksanaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung dalam


masyarakat Melayu tradisional.

Pengenalan

Hukum Adat merupakan amalan tradisi yang merangkumi peraturan hidup serta
diwarisi sejak turun-temurun lagi. Hukum Adat menjadi satu peraturan atau undang-
undang yang perlu dipatuhi oleh masyarakat Melayu. Pada peringkat awal, ianya hanyalah
sebagai rutin harian dan seterusnya menjadi satu kebiasaan dan akhirnya berubah menjadi
peraturan yang harus dan wajib dipatuhi.
Hukum Adat ini tergolong dalam kategori undang-undang lisan iaitu undang-
undang atau hukum yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi lain tanpa ditulis
atau dibukukan, sebaliknya dihafal oleh Ketua Adat. Hukum Adat adalah berdasarkan dua
sumber utama iaitu resam atau adat turun- temurun dan pengaruh agama Islam melalui
penerapan hukum syarak berdasarkan al-Quran dan diambil daripada mazhab Shafie.

Isi-isi penting:
Persamaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung
Hukum Adat yang paling awal wujud di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan
Adat Temenggung.
Kedua-dua adat ini berasal dari satu keturunan yang sama iaitu keturunan darah
diraja yang mewarisi pemerintahan di Sulawesi.
Kedua-dua hukum adat ini berasal dari sebelah barat Pulau Sumatera.

Perbezaaan Adat Perpatih dan Adat Temnggung


a. Asal-usul dan pengasasan
Adat Perpatih dibawa dari Pagar Ruyung, Sumatera dan diasaskan oleh Datuk
Perpatih Nan Sebatang. Beliau menjaga kawasan tanah sebelah darat dan pusat
pemerintahannya terletak di Pagar Ruyung.Orang Minangkabau dikatakan
bertanggungjawab membawa masuk adat ini ke Negeri Sembilan dan wilayah Naning pada
kurun ke-17.
Manakala menurut Terombo atau ‘lagu asal usul adat’, Adat Temenggung
diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang menjadi pemerintah di Palembang, Sumatera.
Beliau menjaga kawasan persisiran pantai dan laut dan pusat pemerintahannya terletak di
Palembang. Adat ini kemudiannya dibawa masuk ke Tanah Melayu pada kurun ke-15 dan
diamalkan di semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan dan
wilayah Naning.
b. Bentuk dan pelaksanaan
Adat perpatih merupakan adat yang tidak bertulis. Ianya merupakan pepatah yang
diwariskan secara lisan. Susunan hukum dalam adat ini dikenali sebagai tambo atau
perbilangan adat. Adat Perpatih berdasarkan dua sumber, iaitu resam atau adat turun-
temurun yang diwarisi dan hukum syarak daripada mazhab Shafie. Adat ini dihafal oleh
Ketua Adat.
Manakala Adat Temenggung pula, pada peringkat awal penyebarannya di Tanah
Melayu, adat ini mempunyai pengaruh agama Hindu terutamanya Undang-undang Manu.
Adat ini kemudiannya menerima pengaruh Islam dan hukum syarak mengikut Mazhab
Shafie. Adat Temenggung dihafal dan dilaksanakan oleh Tok Sidang, penghulu atau
penggawa.
c. Pentadbiran dan pemerintahan
Adat Perpatih mengamalkan pemerintahan berbentuk demokrasi. Kuasa
pemerintah dilaksanakan secara muafakat melalui wakil daripada setiap suku. Kuasa
pemerintah tertinggi ialah Yam Tuan Besar dan diikuti oleh Undang, Lembaga, Buapak
dan Anak Buah (Perut). Ketua pada setiap peringkat dipilih dan dilantik oleh kumpulan
ketua daripada peringkat bawah hingga atas iaitu bermula dari Perut, Buapak, Lembaga,
Undang dan Yam Tuam Besar. Perlantikan Yam Tuan Besar adalah ditentukan oleh empat
orang Undang yang menjadi ketua pemerintah di luak atau daerah utama iaitu Luak Sungai
Ujung, Rembau, Johol dan Jelebu. Sementara pemilihan Undang pula ditentukan oleh
Lembaga. Manakala Lembaga pula akan dipilih oleh Buapak. Buapak pula dipilih oleh
Perut
Sebaliknya, Adat Temenggung mengamalkan sistem autokrasi iaitu kuasa
pemerintahan terletak di tangan pemerintah iaitu raja atau sultan yang berkuasa mutlak.
Buktinya ialah perlantikan sultan dan pembesar adalah secara monarki iaitu warisan.
Sultan juga bertanggungjawab dalam segala aspek iaitu merangkumi aspek politik,
ekonomi mahupun dari segi sosial. Adat ini mementingkan golongan raja atau golongan
yang memerintah. Rakyat wajib menurut segala titah perintah sultan tanpa
mempersoalkannya.
d. Undang-undang perkahwinan
Adat Perpatih melarang perkahwinan sesama suku. Hal ini kerana ahli dalam satu
suku mempunyai pertalian erat dan justeru itu mereka dianggap bersaudara. Perkahwinan
sesame suku juga tidak digalakkan kerana dianggap tidak mengembangkan keturunan.
Perkahwinan sesama suku akan menyebabkan mereka hilang kepentingan dalam suku
tersebut. Oleh itu, perkahwinan mestilah dengan suku yang berbeza. Sistem perkahwinan
ini dikenali sebagai eksogami. Selepas berkahwin, si isteri akan membawa suaminya
tinggal di rumah pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina berhampiran
dengan rumah pusaka ibunya.
Keadaan berbeza dalam Adat Temenggung yang lebih menjurus kepada
perundangan Islam. Menurut Adat Temenggung, perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa
sahaja asalkan tiada pertalian darah atau muhrim. Bermakna perkahwinan di antara
saudara seibu sebapa adalah dilarang. Setelah berkahwin, si isteri akan tinggal bersama
keluarga suami.
e. Undang-undang keluarga
Undang-undang keluarga Adat Perpatih pula bersifat matriarchal iaitu memberi
keutamaan kepada kaum wanita yang menjadi asas wujudnya suku. Bagi Adat Perpatih,
ibu dianggap sebagai ketua keluarga. Suami dikehendaki tinggal bersama keluarga isteri.
Dari segi hubungan kekeluargaan pula, keluarga sebelah ibu lebih diberi keutamaan
berbanding keluarga sebelah bapa.
Sementara undang-undang keluarga Adat Temenggung pula bersifat patriarchal
iaitu lebih mengutamakan kaum lelaki. Ini kerana kaum lelaki diangggap melanjutkan
keturunan sesebuah keluarga. Bapa merupakan ketua keluarga. Oleh itu, nasab keturunan
dikira daripada sebelah keluarga. Keadaan ini bersesuaian dengan hukum Islam. Dari segi
hubungan kekeluargaan, keluarga di sebelah bapa dan ibu dianggap sama penting.
Seseorang isteri dikehendaki tinggal bersama keluarga suaminya kerana ia telah menjadi
ahli keluarga si suami setelah berkahwin.
f. Pembahagian harta pusaka
Adat Perpatih menetapkan bahawa harta pusaka dalah diturunkan melalui
keturunan iaitu diwarisi daripada ibu sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuan.
Hal ini kerana, kaum wanita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam
masyarakat dan menjadi asas wujudnya suku. Adat Perpatih menjadikan wanita kaya dan
berkuasa. Suami tidak boleh memiliki harta pusaka. Sekiranya tidak mempunyai anak
perempuan, hartanya akan diwariskan kepada adik perempuannya atau menjadi hak suku.
Sementara pembahagian harta pusaka Adat Temenggung pula berlandaskan syarak
di mana anak lelaki berhak mewarisi dua pertiga daripada harta keluarganya. Selebihnya
akan diberikan kepada anak perempuan. Pemberian harta yang lebih kepada anak lelaki
adalah kerana berdasarkan kepada tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam
keluarga berbanding dengan anak perempuan. Hal ini bermakna Adat Temenggung
memberi keadilan kepada semua pihak, tidak kira lelaki atau wanita.
g. Undang-undang jenayah
Hukum jenayah Adat Perpatih adalah bersifat pemulih. Hal ini kerana adat ini tidak
bertujuan menghukum pesalah, sebaliknya berusaha memperbaiki keadaan. Kesalahan
membunuh dapat diselesaikan apabila salah seorang ahli suku mengambil alih
tanggungjawab tempat si mati menanggung nafkah keluarga dan sebagainya.
Sedangkan Adat Temenggung, hukum jenayahnya adalah lebih keras dan bersifat
pembalasan. Contohnya, kesalahan membunuh akan dikenakan hukum bunuh. Walau
bagaimanapun, hukuman yang dikenakan oleh pemerintah kepada golongan rakyat adalah
lebih berat berbanding hukuman yang dijatuhkan kepada golongan atasan. Golongan
pembesar yang melakukan kesalahan membunuh hanya dikenakan hukuman buang negeri
sahaja.

Kesimpulan
Kesimpulannyanya, Hukum Adat memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu
tradisional. Meskipun ia dilaksanakan secara lisan, namun ketelusannya tidak pernah diragui.
Kewujudan Hukum Adat menjadi panduan kepada penulisan undang-undang moden yang
dihasilkan dalam bentuk dokumen. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
merupakan undang-undang bertulis yang tertua di Tanah Melayu. Dari sinilah wujudnya undang-
undang yang diamalkan di seluruh Tanah Melayu.
Kedatangan kuasa barat telah mengubah perlaksanaan undang-undang tradisional
masyarakat Melayu. Meskipun demikian, adat-adat lama masih kekal wujud hingga kini.
Adat dan sistem nilai melayu.
Konsep Nilai
- Nilai sosial ialah sebuah konsep yang wujud dalam fikiran masyarakatnya. Nilai yang
disanjung masyarakat adalah sistem yang amat baik dan pedoman tertinggi bagi kelakuan
masyarakat. Panduan konkrit seperti undang-undang terbina berpandukan sistem nilai yang
ada.
- Nilai- nilai melayu dapat dibahagikan kepada dua iaitu nilai individu dan nilai komuniti.
Nilai Individu ialah nilai seperti berbudi bahasa, rendah diri, pemurah, jujur dan kesabaran.
Manakal, nilai komuniti pula ialah nilai seperti bergotong royong, mentaati ibu bapa dan
orang tua dan lain2.
- Contoh2 Nilai:

1) Memuliakan Yang Tua:

Dalam masyarakat melayu,menghormati dan memuliakan orang tu adalah satu nilai


yang jelas sekali berlaku.Nilai ini berkaitan dengan pemahaman msayarakat melayu
bahawa orang yang lebih berusia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding
orang muda.Menghormati dan mendengar nasihat orang tua,orang muda tidak akan
melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup.Akhirnya,nilai kerjasama antara
orang muda dengan orang tua harus dipupuk untuk menjamim keharmonian
masyarakat.Memuliakan yang tua juga menunjukkan nilai masyarakat melayu yang
bersopan-santun kerana bila seorang yang muda berbicara dengan yang tua,budi bahasa
yang tinggi diamalkan.Bila ada percanggahan pendapat antara yang tua dan muda,maka
yang tua tidak akan menganggap yang muda bersikap kurang ajar atau biadab kerana
budi bahasa serta sopan santun yang ada serta nilai memuliakan yang tua ada dalam
orang yang lebih muda kerana diterap daripada kecil lagi.

2) Bertimbang Rasa:

Masyarakat melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai


keadaan.sikap bertimabang rasa menjadikan masyarakt melayu tidak memntingkan
perasaannya semata-mata.Pemikiran ini memrlukan kita tidak mengikut perasaan
sahaja,ia memerlukan pertimbangan perasaan orang lain.nilai bertimbang rasa ini
adalah sifat terpuji dalam islam.Setiap permintaan dan kelakuan harus ada dan
bertimbang rasa.Nilai inilah yang diterapkan daripada kecil lagi dalam kalangan
masyarakat melayu tradisional yang akhirnya menjadi bekalan generasi dan
berkesinambunagn.Nilai bertimbang rasa yang ada dalam masyarakat melayu
merupakan toleransi antara satu sama lain yang digunakan sama ada dalm membuat
keputusan dalam perbincangan dan sebagainya.

ADAT DAN PEMULIHARAAN


Pemuliharaan – Proses untuk memulihara sesuatu warisan supaya keaslian dan kepentingannya
dapat dikekalkan.
Warisan – Warisan merupakan sesuatu yang bernilai yang diwariskan daripada satu generasi
kepada generasi yang lain merangkumi adat resam, kebudayaan, bahan arkib, landskap,
bangunan dan bahan-bahan bercetak lain.
Konsep Warisan
1) Warisan Budaya
2) Warisan semulajadi
3) Warisan Tokoh

?
Sesungguhnya adat bagi sesuatu masyarakat itu wujud dan berkembang dalam proses kehidupan
mereka. Dalam proses perkembangannya, setiap ciri adat itu sentiasa mengalami ujian tentang
kewibawaan dan keutuhannya. Kepercayaan agama, falsafah dan pegangan hidup masyarakat
memberi nilai kepada sesuatu adat yang diamalkan. Akhirnya adat akan menjadi ciri terpenting
dalam kehidupan mereka dan dengan sendirinya menjadi pegangan dan panduan hidup yang
diikuti dan dipatuhi oleh anggota masyarakat seluruhnya.

Namun begitu, pada masa sekarang istilah adat sudah disempitkan kerana dianggap tradisi.
Malah, sesuatu yang ketinggalan zaman, kolot dan tidak sesuai dengan kehidupan moden. Dalam
kalangan ahli agama itu sendiri seringkali berlaku salah tafsir dan memandang rendah terhadap
sistem adat melayu. Salah faham ini berlaku kerana kurangnya fahaman terhadap konsep adat
serta prinsipnya. Antara prinsip adat adalah adat itu dinamik iaitu sentiasa berubah-ubah
berdasarkan permuafakatan dan kehendak semasa, sesuailah dengan pepatah adat ‘tegak adat
kerana muafakat’. Walaupun adat telah diwarisi sejak sebelum kedatangan islam lagi, namun
setelah islam datang adat telah disesuaikan kedudukannya dengan agama islam. Ini bermakna
adat juga adalah berteraskan agama sesuai dengan pepatah yang berbunyi “Adat bersendikan
hukum, hukum bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullah”.

TAMBAHAN KONSEP
1) Orang Semenda-
Perkataan Semenda pada awalnya bermula dengan perkataan “ sando” yang membawa
maksud gadai. Orang semenda ialah lelaki suku lain yang mengahwini perempuan dari
suku yang berlainan dan menguruskan tanah. Ini bermaksud, si suami tinggal di tempat
isteri tetapi tidak mempunyai kuasa ke atas suku isterinya. Bahkan hanya menguruskan
sahaja harta si isteri. Orang semenda juga dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu
Lapik Buruk (Boleh dibuang Bila-bila masa sahaja) , Langau Hijau (menumpang makan),
kacang Miang (tak sedap Makan) dan Nenek Mamak ( Kesayangan Mertua).

2) Perkahwinan Eksogami- angota kelompok mesti berkahwin dengan suku lain. Dalam erti
kata lain, perkawinan di luar lingkungan sendiri.Perkawinan Eksogami bebas memilih
jodoh diluar klan,kerabat,atau etnisnya.Suku bangsa yang menganut bentuk perkawinan
ini adalah suku bangsa Ambon dan Batak.

3) Perkahwinan Endogami– pasangan kawen dengan suku sendiri. Dalam erti kata lain,
perkawinan yang hanya dilakukan didalam klan,kerabat,maupun etnisnya.Seseorang yang
menggunakan sistem ini tidak diperbolehkan menikah dengan orang diluar klan,kerabat
ataupun etnisnya.

4) Nilai-nilai sosial- Nilai sosial adalah nilai yang dianut oleh suatu masyarakat, mengenai
apa yang dianggap baik dan apa yang dianggap buruk oleh masyarakat.
Oleh itu, Untuk menentukan sesuatu itu baik atau buruk, pantas atau tidak pantas, jadi ia
haruslah melalui proses menimbang. Hal ini tentu dipengaruhi oleh kebudayaan yang
dianut oleh sesetengah masyarakat itu. Jadi tidak hairanlah apabila wujud perbezaan dari
segi tatanilai antara masyarakat yang satu dan masyarakat yang lain.

Anda mungkin juga menyukai