Anda di halaman 1dari 8

Nama: Sanisha A/P Chandrasagam

Unit: Bm SJKT

Tahun: PISMP Ambilan Jun 2016

Angka Giliran: 2016111340050

Soalan 1
Unsur agama Hindu dan animisma adalah kepercayaan yang sudah
wujud sekian lama dan sehingga kini ia masih diamalkan oleh masyarakat
di Alam Melayu itu sendiri. Animisme merupakan kepercayaan kepada unsur-
unsur alam seperti pokok, angin, bukit, roh dan unsur-unsur ghaib. Dalam
masyarakat yang sedang berkembang seperti suku bangsa melayu, ciri-ciri
animisme masih ada, terutama pada masyarakat pedalaman, walaupun sudah
ada gerakan modernisme dalam Islam yang memerangi kepercayaan lama ini.
Animisma ini adalah satu kepercayaan yang amat komplek dan subjektif.
Kepercayaan ini dapat mengatur tingkahlaku manusia terhadap alam sekeliling,
kerana mereka percaya bahawa setiap fenomena alam mengandungi satu
kekuatan ghaib yang masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan agama
Islam.

Kepercayaan animisme yang telah diamalkan oleh masyarakat Melayu yang


beragama Islam pada awalnya telah melahirkan konsep pantang larang, adat
istiadat, undang-undang, kebudayaan dan sebagainya. Bagi memuja semangat
ini, wujudnya tarian, nyanyian, drama, muzik, unsur mainan, mentera, adat
menanam dan adat kematian yang mempunyai hubungan dengan kepercayaan
itu yang mempunyai unsur Hindu. Perkaitan ini melahirkan suatu hiburan serta
permainan yang pada asalnya merupakan upacara yang berkaitan dengan kuasa
ghaib. Sebagai contoh, yang masih diamalkan adalah Main Puteri di negeri
Kelantan, Main Dewa dan memutus ubat. Beberapa upacara jampi serapah perlu
di amalkan sebagai syarat permulaan dalam unsur mainan dan tarian ini yang
bertujuan untuk melindungi permainan daripada segala bencana dan menghalau
jin dan hantu daripada menggangu persembahan. Dengan wujudnya pelbagai
kepercayaan tersebut maka wujud satu golongan masyarakat yang
dihubungkaitkan dengan pelbagai upacara pemujaan seperti
dukun,tabib,pawang,nenek kebayan yang mendakwa diri mereka sebagai
keturunan para wali yang mempunyai unsur agama Hindu yang memiliki kuasa
berhubung para dewa.

Kepercayaan ini mengatur tingkah laku manusia terhadap alam sekeliling,


karena mereka percaya bahawa setiap fenomena alam mengandungi kekuatan
gaib atau penunggu. Unsur agama Hindu yang diwarisi dalam sastera melayu
banyak membicarakan alam khayalan yang didiami oleh dewa-dewa yang
diketuai oleh Batara Guru, seperti Hikayat Seri Ramayana menceritakan watak
tokoh Seri Rama sebagai jelmaan dewa pemelihara sebagaimana hikaya-hikayat
ini masih diceritakan melalui medium Wayang Kulit.

Masyarakat Melayu yang beragama Islam juga percaya akan wujudnya orang
bunian yang dianggap sebagai masyarakat yang sama seperti manusia tetap
tetapi hidup dalam dimensi lain. Masyarakat Melayu juga percaya kepada
pawang atau bomoh yang selalunya menggunakan mantera atau jampi serapah.
Kepercayaan ini masih diamalkan di kawasan-kawasan kampung dan
pedalaman yang menekankan konsep mengharapkan kepada memohon rezeki
yang banyak dari hasil tanaman padi dan juga keselamatan di laut.

Apabila melihat dari segi unsur agama Hindu dalam kepercayaan agama Islam,
orang Melayu percaya bahawa upacara melenggang perut dilakukan untuk
memohon supaya sang dewa memberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada
anak tersebut serta seluruh anggota keluarganya.

Orang beragama Islam masih lagi memilih perubatan secara tradisional apabila
ditimpa sesuatu penyakit yang tidak dapat di pulihkan secara rawatan moden. Di
dalam warisan perubatan tradisional misalnya, penggunaan jampi dan mentera
yang memuji serta memuja semagat ‘roh’ bagi mengubati sesuatu penyakit
merupakan salah satu bentuk kepercayaan animisma yang juga mempunyai
unsur agama Hindu yang menggunakan mantera sebagai rawatan untuk
memulihkan sesuatu penyakit. Pujian serta pujaan ini juga turut disertakan
dengan pelbagai bentuk tarian seperti tarian main puteri yang berasal dari negeri
Kelantan, tarian ulek mayang dari Terengganu dan juga tarian kuda
kepang/lumping yang berasal dari tanah Jawa yang kemudiannya juga
diamalkan di Johor. Tarian permainan puteri merupakan salah satu bentuk
upacara perubatan diketuai oleh bomoh atau pawang serta didalangi dengan
bacaan mentara dan jampi bagi membangkitkan semangat pesakit. Penyakit
mental seperti gila terkena hantu, gila disebabkan buatan orang mahupun otak
miring lazimnya diubati melalui main puteri yang menunjukkan juga kepercayaan
animisme.
Soalan 2

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan


etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan
dan identiti yang sama. Asimilasi menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula
A+B+C =A (A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C
mewakili kumpulan etnik minoriti). Terdapat beberapa faktor yang menghalang
proses asimilasi berlaku dalam konteks negara kita yang berbilang kaum.
Dalam aspek politik, politik pada masa kini lebih berasaskan kepada
kepentingan kaum masing-masing yang mempunyai perbezaan kepentingan
antara pelbagai kaum. Sebagai contoh, setiap kaum mempunyai perbezaan dari
segi matlamat, jangkaan, kemahuan dan cara pendekatan antara rakyat dan
parti politik.
Dari segi aspek sosial, faktornya adalah perbandingan kaum yang
mengakibatkan timbulnya perasaan bahawa budaya sesuatu etnik lebih tinggi
daripada etnik lain. Faktor ini dikatakan sebagai salah satu faktor penghalang
proses asimilasi berlaku apabila satu kumpulan etnik menilaikan kebudayaan lain
berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kumpulan
etnik lain mempunyai nilai yang lebih rendah yang menunjukkan rasa kekitaan
sesuatu kumpulan etnik tersebut. Ini bermaksud suatu perspektif yang melihat
kelompok etnik lain menerusi kaca mata etnik sendiri. Hasilnya, golongan majoriti
tidak akan bersanggup untuk menerima golongan lain. Faktor seterusnya adalah
kurang pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut
terhadap budaya lain. Kelompok etnik yang tidak mengkaji kebudayaan etnik lain
akan mengalami satu kejutan budaya yang membuatkan mereka tidak
menghadapi perbezaan yang wujud. Jadinya, sesuatu kelompok etnik tersebut
tidak akan mempunyai peluang untuk memahami kebudayaan kaum lain.
Faktor seterusnya dari aspek ekonomi pula, penguasaan dalam bidang
ekonomi khususnya oleh etnik minoriti yang akan menyukarkan proses asimilasi
untuk membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan indentiti yang sama.
Jadinya, berlaku ketidakseimbangan taraf ekonomi antara kaum berdasarkan
penguasaan mereka. Selain itu, di Malaysia, adanya syarat pekerjaan
berasaskan kaum yang menggagalkan kumpulan minoriti menyertai alam
pekerjaan masyarakat dominan atau disebaliknya disebabkan mereka tidak
bersedia untuk menerima identiti etnik lain dalam sektor ekonomi.
Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang menjadi penghalang
daripada berlakunya proses asimilasi. Jadinya, semua pihak harus berusaha
untuk mengamalkan dasar-dasar seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan serta
Dasar Ekonomi Baru untuk membolehkan proses asimilasi berjaya di Malaysia.
Soalan 3

Bagi memudahkan ‘pembangunan jiwa’ dalam konteks Malaysia, mesyuarat tersebut


telah menubuhkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) dengan tiga prinsip iaitu

(1) Berteraskan Kebudayaan Rakyat Asal Rantau

(2) Unsur-unsur Kebudayaan Lain yang Sesuai dan Wajar Diterima

(3) Islam menjadi unsur pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

Dasar ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein telah
ditubuhkan sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan
identiti negara yang melahirkan beberapa proses seperti interaksi, pengenalan,
penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas
iaitu budaya Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan perlu diadakan sebagai
pegangan asas bagi masyarakat Malaysia untuk hidup dengan aman dan damai.

Berkenaan dengan prinsip pertama iaitu berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau,
titik perdebatan adalah pada konsep ‘budaya rantau asal’. Rantau ini yang merangkumi
pelbagai kawasan tamadun Melayu merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan
warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai oleh kegemilangan
dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa iaitu (linguafranca). Kebudayaan
serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang
berasaskan keluarga bahasa Melayu iaitu Austronesia, kedudukan geografi,
pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian serta nilai-nilai keperibadiannya.
Sebagai contoh, Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan digunakan
dalam pertuturan serta tulisan kerana difahami oleh pelbagai kaum di negara ini.
Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran
keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun
bahasa yang sama. Jadinya, kebudayaan rakyat asal rantau ini merupakan kebudayaan
Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.
Berkenaan dengan prinsip kedua iaitu unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan
wajar diterima bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi
pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India, Islam, Barat dan lain-lain
yang sesuai serta wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan. Unsur-unsur kebudayaan lain yang telah diterima oleh
masyarakat Melayu telah dibahagikan kepada beberapa aspek seperti aspek makanan,
pakaian, kesenian serta seni bina. Sebagai contoh, dalam aspek makanan, selepas
prinsip kedua diperkenalkan, masyarakat Melayu mula untuk menerima unsur budaya
lain dalam makanan seperti orang Jawa yang dimigrasikan dari Indonesia telah
mempengaruhi makanan Melayu yang mempunyai rasa manis dan masam iaitu sweet
and sour. Selain itu, masakan Baba Nyonya yang dipengaruhi masakan Melayu
campuran budaya Melayu dan Cina seperti acar ikan, laksa Nyonya serta ayam
Pongteh. Walaupun budaya lain dalam aspek makanan diterima oleh masyarakat
Melayu, apa yang tidak wajar dengan amalan mereka tidak diterima seperti makanan
yang mengandungi khinzir dan juga minuman arak.

Dalam aspek pakaian pula, pereka pakaian Melayu mulai menyerapkan ciri-ciri budaya
lain yang dianggap sesuai dengan pakaian tradisional Melayu. Baju kurung mengalami
perubahan dan dikembangkan ke pemakaian baju kurung moden yang mempunyai
jahitan kekek dan pesak pada bahagian sisi baju namun, pakaian ini masih berlengan
panjang dan dipakai dengan sarung. Selain itu, baju kurung cekak musang juga
merupakan inspirasi daripada potongan leher pakaian orang Cina iaitu cheoangsam
dan samfu. Bagi lelaki pula, baju dipadankan dengan seluar potong Melayu serta kain
samping dagang luar. Pemakaian seluar pula diperkenalkan oleh Arab, serta India
Muslim sebagaimana orang Melayu mula memakai dua jenis potongan seluar iaitu
‘gunting Melayu’ dan juga ‘gunting Cina’.

Berkenaan dengan prinsip ketiga iaitu Islam menjadi unsur pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan, Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan
Malaysia adalah berdasarkan rasional kedudukannya sebagai agama rasmi negara
yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di bawah perkara 3 sebagaimana
setelah kenyataan ini telah ditetapkan, maka pihak kerajaan mendapat kebebasan dan
keistimewaan untuk menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi
Islam, melaksanakan ajaran Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan
untuk tujuan berikut. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam
mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan
fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi
negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia
didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.

Sebagai contoh, Di dalam aspek Islam, peraturan hidup ini dinamakan sebagai syariah
yang meliputi peraturan hidup individu, masyarakat dan negara. Secara etimologi,
syariah bermaksud pandangan dan jalan yang lurus. Dr. Isacco Ensepato secara
objektif menegaskan bahawa syariah Islam dalam banyak hal telah melebihi
perundangan negara-negara Eropah yang juga merupakan perundangan yang paling
lengkap di dunia. Tambahan pula, setelah prinsip ketiga diberi perhatian, Y.A.B. Dato’
Sri Dr. Mahathir Mohamad telah menubuhkan sebuah dasar iaitu Dasar Bersih, Cekap
dan Amanah yang menjadi amalan kepada semua di negara ini pada tahun 1982.
Bersih berkonsepkan mempunyai moral yang tinggi, tatatertib dan berdidiplin, tidak
menyeleweng dan tidak rasuh manakala Cekap pula berkonsepkan berani dan cekap
membuat keputusan. Sifat-sifat ini adalah asas yang penting dalam mewujudkan
masyarakat Malaysia yang bertamadun dan bermoral bersesuaian dengan Islam
sebagai agama rasmi.

Kesimpulannya, penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan


adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai
penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat
menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang
bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai