Anda di halaman 1dari 27

Pensyarah :

DR DG. NORIZAH AG.KIFLEE

TAJUK :
PERKEMBANGAN SEJARAH DARI BAWAH

NAMA NO. MATRIK


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan…………………………………………………………. 1-10


1.1 Isi-isi penting.

A)CIRI-CIRI PENDEKATAN “SEJARAH DARI BAWAH”……………………… 11-12

B) SUMBANGAN DAN PENGORBANAN WANITA MELAYU


KEDAH DALAM MOBILITI SOSIAL……………………………………………………… 13

C) SUMBANGAN DAN PENGORBANAN WANITA


MELAYU KEDAH DALAM BIDANG PENDIDIKAN…………………………… 14

D) SUMBANGAN DAN PENGORBANAN WANITA


MELAYU KEDAH DALAM BIDANG KESIHATAN…………………………………… 15

E) SUMBANGAN DAN PENGORBANAN WANITA


MELAYU KEDAH DALAM PEMBANGUNAN TANAH………………………… 16

F) SUMBANGAN DAN PENGORBANAN WANITA


MELAYU KEDAH DALAM SEKTOR PEKERJAAN……………………………. 17

1.2 KEPENTINGAN “SEJARAH DARI BAWAH”


KEPADA SEJARAH NEGARA

A) MENDALAMI SEJARAH GOLONGAN BAWAHAN


DENGAN LEBIH TERPERINCI…………………………………………………… 18

B) MEMBERIKAN PENGIKTIRAFAN KEPADA GOLONGAN


BAWAHAN YANG TIDAK DIBERIKAN PERHATIAN UTAMA……………. 19

C) MEMBERIKAN PENGIKTIRAFAN KEPADA GOLONGAN


BAWAHAN YANG TIDAK DIBERIKAN PERHATIAN UTAMA………….. 20

1.3 KESIMPULAN………………………………………………………… 21-22

1.4 RUJUKAN……………………………………………………………… 23
1.0 PENGENALAN.

Sejarah awal manusia atau zaman pra-sejarah mempengaruhi


beberapa aspek kehidupan semasa seperti aspek keagamaan, sosial, budaya dan
teknologi. Zaman pra-celik dikenali sebagai zaman manusia tidak boleh menulis.
Zaman ini berlaku 3.3 juta tahun dahulu apabila manusia awal jenis Hominini mula
menggunakan alatan batu. Berdasarkan daripada sebuah buku History of Indonesia:
Records of Indonesian Tamadun Survey (2017: 3), cara mengenali kehidupan
preskriptif ialah dengan mengkaji sumber tinggalannya berupa fosil manusia purba,
alat hidup, fosil tumbuhan dan fosil kontemporari serta haiwan hidup. Manusia dalam
sejarah awal melalui beberapa corak kehidupan, seperti zaman memburu dan
mengumpul, zaman bertani, dan sebagainya. Manusia purba semasa zaman
memburu dan mengumpul tidak mempunyai budaya yang kompleks. Mereka
cenderung menggunakan tradisi lisan yang terus berkembang menjadi budaya
manusia hari ini. Semasa era pertanian, manusia awal mula menetap dan hidup lebih
kerap secara berkumpulan. Tradisi ini terus berkembang dan telah menjadi budaya
manusia hari ini. Kehidupan manusia semasa ini menjadi lebih sejahtera kerana
banyak keperluan mereka dipenuhi. Selain itu, kehidupan sosial semakin kompleks
dan kampung-kampung muncul dan mula mengenali sistem kehidupan dengan
sistem pemimpin yang mewujudkan ketertiban. Peristiwa ini lebih dekat dengan
corak budaya manusia moden. Pengaruh sejarah terhadap kehidupan awal manusia
pada hari ini lebih kurang mempengaruhi kehidupan awal manusia hari ini dan
pelbagai aspek termasuk aspek keagamaan, sosial, budaya dan teknologi.
Berdasarkan daripada sebuah modul Sejarah: Kehidupan Awal Manusia Indonesia
oleh Irma Samrotul Fuadah (2020: 12-13), tentang pengaruh kehidupan awal dalam
sejarah manusia semasa.

1
Aspek Kepercayaan Pada awal kehidupan manusia, pada zaman awal
mereka sudah mengetahui tentang kewujudan kuasa besar di alam semesta selain
kuasa individu. Ini kemudian menggalakkan kemunculan kepercayaan seperti
animisme, dinamisme dan totenisme. Kepercayaan manusia terus berkembang
sehingga mereka mula mengenali beberapa agama seperti Hindu, Buddha, Kristian
dan Islam. Walaupun kepercayaan telah berkembang menjadi satu bentuk agama,
ramai orang masih mempercayai (mengamalkan) kekuatan benda pusaka dan roh
nenek moyang. Selain itu, ada juga yang sering menjalankan upacara keagamaan
dan kepercayaan.

Salah satu kepercayaan yang diamalkan pada ketika itu antaranya


kepercayaan ananimisme. Kepercayaan animisme merupakan bentuk kepercayaan
paling awal sebelum kehadiran agamalain. kepercayaan ini berhubung kait dengan
alam semula jadi. Mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh
atau semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau
buruk.Roh atau semangat ini perlu dipuja agar membawa kebaikan dan
menambahkan rezeki. Keadaan ini telah mempengaruhi kehidupan mereka kerana
terdapatnya aktiviti-aktiviti memujapantai atau semangat padi bagi menjamin
keselamatan dan menambahkan hasil padi. Dengan ini timbullah konsep pantang
larang, adat istiadat, undang-undang, kebudayaan dansebagainya. Bagi memuja
semangat ini lahirlah tarian, nyanyian, drama, muzik ,unsur mainan, mentera, adat
menanam, adat kematian dan sebagainya yang ada hubungan dengan kepercayaan
itu. Kemunculan unsur budaya seperti tarian, nyanyian, unsur mainan
dan sebagainya sebenarnya berasaskan kepada kepercayaan kuasa ghaib seperti
memuja semangat padi, hantu laut dan sebagainya. Unsur ini menjadi hiburan dan
mainan yang pada asalnya merupakan upacara yangberkaitan dengan kuasa ghaib.
Contohnya Main Puteri, Main Dewa, memutus ubat dan sebagainya. Berkaitan
dengan unsur mainan dan tarian tadi maka lahirlah upacara jampi serapah yang
betujuan untuk melindungi permainan daripada segala bencana dan menghalau jin
dan hantudaripada menggangu persembahan. Setiap persembahan ada peraturan
dan pantang larang keranaasal usul sesuatu jenis persembahan selalunya
dihubungkait dengan kuasa ghaib.

2
Dengan wujudnya pelbagai kepercayaan tersebut maka wujud satu golongan
masyarakat yangdihubungkaitkan dengan upacara-upacara pemujaan seperti
dukun,tabib,pawang,nenek kebayandan sebagainya yang bertanggungjawab
memulih diri seseorang yang dipercayai disampuk atauhilang semangat.Terdapat
juga bentuk kepercayaan terhadap roh orang yang sudah mati. Mereka
percayaindividu yang semasa hidupnya mempunyai kuasa hebat apabila mati akan
tetap memberiperlindungan. Berdasarkan kepercayaan inilah masyarakat tempatan
memuja roh si mati agardapat member perlindungan.

Seterusnya, kepercayaan yang diamalkan pada ketika itu adalah agama


Hindu-Buddha Pengaruh agama Hindu pula dikatakan tersebar sejak abad ke 6
lagi yang dibawa oleh pedagang India. Penyebaran agama ini berkembang pesat
apabila kedatangan golongan Brahmindan penerimaan agama ini oleh golongan
pemerintah. Ajaran ini diterima oleh pemerintah kerana agama ini berpegang teguh
kepada konsep Dewaraja iaitu raja adalah tuhan dibumi yang sekaligus
memperkukuhkan kedudukan rajasebagai pemerintah. Sebagai contoh, terdapat dua
buah kerajaan Hindu di Tanah Melayu iaitu kerajaan Langkasukadan kerjaaan Kedah
Tua. Disamping itu terdapatnya penyembahan Dewa Siva dan Vishnu, yangdapat
dilihat daripada pembinaan Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Bukit Pendiat di
LembahBujang, Kedah.Agama Buddha pula turut tersebar di kalangan masyarakat
tempatan dan ia mempunyaipertalian dengan agama Hindu. Ini disebabkan agama
ini mengalami pengubahsuain denganunsur-unsur agama Hindu Agama ini diasaskan
oleh Sidharta Gautama di India. Agama ini melarang manusia melakukan kekejaman
kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Ajaran agama Buddha ini mudah
diterima kerana anggapan mereka bahawa pengasas agama Buddha merupakan
penjelmaan kembali salah satu daripada Dewa Hindu. Dengan inimasyarakat
tempatan mula menganuti pencampuran agama Hindu dan Buddha. Sesungguhnya
agama Hindu dan Buddha telah meninggalkan kesan yang besar
terhadapmasyarakat tempatan dari aspek
keagamaan,pemerintahan,pentadbiran,kesusasteraan dan bahasa. Dari segi
pemerintahan konsep raja mula digunakan. Amalan pertabalan di raja
mempunyaikaitan dengan unsur Hindu-Buddha yang disempurnakan oleh golongan
Brahmin.
3
Sehubungan dengan itu lahirlah konsep dewaraja, unsur kesaktian,mitos dan
lagenda untuk memperkukuhkan kedudukan raja. Contoh yang lain dapat dilihat
dalam bidang kesusasteraan dimana masyarakat tempatan mula terpengaruh
dengan epic Ramayana dan Mahabharata yang kemudiannya lahirlah
bentuk penceritaan lisan,mitos dan teater seperti wayang kulit.

Selain daripada kedua-dua kepercayaan yang disebut tadi, agama


islam juga merupakan salah satu kepercayaan yang masih kekal sehingga kini.
Kedatangan agama Islam pada abad ke 7 telah menghakis sebahagian amalan
kepercayaanHindu Buddha yang telah lama bertapak di Tanah Melayu Agama Islam
disebarkan oleh golongan pedagang dan pendakwah Islam dari Asia Barat. Ajaran
Islam menekankan dua aspek penting iaitu Akidah dan Syariah. Akidah
ialahkepercayaan seluruh jiwa raga terhadap keEsaan Allah manakala syariah
merupakanperundangan dan hukum Islam berdasarkan Al Quran dan Hadis. Ajaran
Islam berlandaskan kepada lima Rukun Islam dan enam Rukun Iman yang wajib
diketahui oleh penganutnya. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan
yang besar dalam politik, perundangan,ekonomi, dan budaya masyarakat Melayu.
Dari segi politik jelas dapat dilihat dengan penggunaan gelaran pemerintah iaitu raja
telah digantikan dengan gelaran sultan. Malahan sultan dianggap sebagai ketua
agama Islam. Segalaupacara rasmi didahului dengan doa. Pemimpin agama
merupakan penasihat sultan dalam hal-halmengenai hukum syarak atau hal
berkenaan dengan agama Islam. Dari segi perundangan hukum syarak digunakan
berpandukan al-Quran dan al-Hadis Dalam aspek perniagaan, Islam mengharamkan
riba dan menggalakkan umatnya mencari rezeki yang halal. Di samping itu amalan
zakat dan fitrah sedikit sebanyak telah membantu golongan yang kurang
berkemampuan untuk menjalani kehidupan Dari segi sosial pula wujudnya semangat
jihat bagi memilihara kesucian agama Islam daripada penjajahan Barat.
4

Malah Islam menggalakkan umatnya sentiasa bersyukur dengan


Kurniaan Allah. Dari segi adat pula didapati terdapat pengubahsuaian daripada unsur
Hindu-Buddha kepadaunsur keislaman seperti perkahwinan,adat turun
tanah,melenggang perut,berkhatan dansebagainya. Adat bercukur dimulakan dengan
berzanji dan marhaban iaitu bacaan mengenai kisah kelahiran dan kebesaran nabi
Muhammad. Upacara ini diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamatsebagai
mengucap syukur kepada Allah. Pada peringkat awal Islam, pengajian al-Quran
menjadi asas kepada system pendidikan awa ketika itu. Disamping itu mereka
belajar sembahyang dan fardu ain. Biasanya mereka belajar disekolah pondok.

Aspek Sosial Manusia moden memilih untuk hidup berkelompok


berbanding individu. Ini dilakukan untuk memudahkan realisasi matlamat hidup dan
pelaksanaan kestabilan keselamatan dalam masyarakat. Budaya hidup berkelompok
telah dijalankan oleh manusia awal sejak zaman pertanian. Masyarakat Melaka
merupakan masyarakat yang terdiri daripada beberapa golongan dan dikelaskan
mengikut keturunan masing-masing. Susun lapis ini menggambarkan status sosial
dan latar belakang orang tersebut. Menurut Mohd Koharuddin Mohd Balwi (2005:78),
masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan iatau kelas utama,
iaitu kelas aristokrat (golongan atasan atau pemerintah) dan golongan bawahan
(golongan rakyat jelata atau diperintah). Perkembangan sosial dalam masyarakat di
zaman kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat melalui struktur berbentuk piramid
yang berpuncakkan kuasa pada sultan. Terdapat empat susun lapis masyarakat di
Melaka iaitu golongan pertama ialah golongan yang tertinggi sekali iaitu gologan raja
yang terdiri daripada raja dan baginda. Raja merupakan autoriti atau pemerintah
tertinggi dalam pentadbiran. (Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2005: 38-39). Pada
zaman Melayu tradisional, raja dianggap sebagai pemerintah yang berdaulat dan
amat mulia. Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan kepercayaan tradisi. Melalui
pengagungan Raja ini maka timbul lah konsep Daulat dan Derhaka. Sesiapa yang
ingkar kepada perintah Raja akan dihukum bunuh akibat tulah yang mereka hadapi.
5
Contohnya, Tun Hussien yang merupakan seorang pembesar Sultan telah dibunuh
kerana didapati ingin menderhakai sultan, walhal, beliau bertindak atas dasar
kemanusiaan yang cuba untuk menegakkan keadilan untuk menuntut bela kematian
ayahnya.24 Oleh itu, timbul lah ungkapan ‘pantang anak Melayu menderhaka kepada
rajanya’. Golongan diraja dan kerabat menduduki strata sosial teratas.

Di Melaka dengan mengambil contoh pemerintahan Sultan Muhammad Syah,


golongan raja terdiri daripada sultan dan keluarganya. Kuasa pemerintahan terletak
dibawah baginda (Dr. Seri Lanang Jaya Haji Rohani et al, 2013:134). Keluarga dan
kerabat juga merupakan golongan yang mempunyai jurai keturunan raja yang
memerintah sesebuah kerajaan. Keluarga dan kerabat diraja mempunyai kedudukan
istimewa dan diberikan jawatan penting seperti bendahara dan temenggung.

Kedua ialah golongan bangsawan yang dikenali sebagai orang kaya-


kaya. Golongan ini merupakan pembesar dan pentadbir dalam sesuatu kawasan.
Pembesar mempunyai tugas dalam pentadbiran sam ada sebagai penasihat raja
ataupun pembesar daerah. Raja membenarkan pembesar daerah berkuasa penuh di
daerah-daerah berkenaan seperti Selangor (azmah Abdul Manaf, 2001: 55). Oleh
sebab itu, Pembesar mempunyai hak seperti raja untuk menyuruh rakyat
menjalankan kerja-kerja seperti membina jalan, parit, tali air, dan berkhidmat
sebagai tentera dalam peperangan yang dihadapi raja atau pembesarnya. (Mohd
Koharuddin Mohd Balwi, 2005: 38-41/79). Golongan ulama pula memainkan peranan
penting dalam kepentingan agama yang ditadbir oleh sesebuah kerajaaan. Ulama
merupakan golongan intelek dan alim ulama yang pakar dalam hal ehwal agama.
Pada dasarnya, ‘ulama’ diterima sebagai golongan sarjana Islam yang menjadi
pemelihara, penterjemah, penyampai ajaran meliputi aqidah serta undang-undang
Islam, bahkan mereka juga adalah penghulu agama yang berugas menjamin
kesinambungan perkembangan spiritual dan intelektual umat di sepanjang persada
sejarah masyarakat Islam. Mereka pada prinsipnya merupakan pewaris para nabi,
para wali Allah (Ibrahim Hilal, t.t, 252-253), penunjuk jalan kebenaran dan pengawal
kurniaan agama daripada sebarang bentuk penyelewengan. Ulama pada zaman
kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada masyarakat yang mempunyai keturunan
Arab-Melayu.
6
Ulama dilantik oleh Sultan untuk menjadi guru, ketua agama, kadi dan bertugas
menasihati Sultan dalam bidang hukum syarak. Pengislaman orang Melayu di rantau
ini berkait rapat dengan gerakan tasawuf terutamanya menerusi peranan yang
dimainkan oleh aliran tarekat terawal di alam melayu. Oleh itu, Pengajian tasawuf
telah menerima sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat tempatan Melaka
di mana pembelajaran ini pada kebiasaannya dijalankan di istana, masjid, madrasah,
dan zawiyah sufi atas anjuran Sayyid Abdul Aziz yang juga merupakan antara tokoh
terawal dakwah Islam di Melaka. Anak beliau, Sayyid Yusuf pula berperanan sebagai
kadi pada zaman Kesultanan Melaka dan bertanggungjawab terhadap perundangan
Islam agar dihormati serta dipatuhi oleh penduduk Melaka.

Ketiga ialah golongan yang kebanyakan atau orang awam. Rakyat


biasa bermaksud golongan merdeka yang tidak mempunyai keistimewaan tertentu
seperti ilmu agama yang tinggi (ulama), kekayaan, atau keturunan. Mereka ini biasa
terdiri daripada golongan petani, nelayan dan peniaga kecil yang merupakan
golongan paling ramai di dalam negara. Dalam Sulalatus Salatin di ceritakan ketika
pertama mendarat di bumi cucu Raja Suran telah sampai di Bukit Seguntang. Di situ
tinggal dua orang peladang yang bernama Wan Empuk dan Wan Malini. Ladang padi
mereka telah bertukar buahnya menjadi emas, daunnya perak dan batangnya suasa.
Ketika mula-mula sampai di Tanjungpura pula rakyat Tanjungpura telah meminta
supaya Sang Sapurba membunuh ular Saktimuna yang telah memusnahkan huma
mereka. Dalam kisah Badang juga diceritakan tentang seorang petani yang menjadi
tuan pemilik Badang ketika Badang belum mendapat kekuatan yang luar biasa.

Golongan keempat pula golongan yang paling bawah ialah iaitu


golongan hamba. Intitusi perhambaan dalam masyarakat tradisional Melayu
dikaitkan dengan tradisi perhambaan di Tanah Arab atau Islam dan wujudnya
system kasta dalam kepercayaan Hindu. Hamba berfungsi sebagai menyediakan
tenaga manusia bagi menyokong dan menjalankan pelbagai jenis kerja yang wujud
dalam masyarakat. Hamba juga dikatakan mampu meningkatkan taraf hidup
pemiliknya kerana semakin ramai hamba yang dimiliki oleh seseorang, semakin
tinggi taraf hidup dan kukuh ekonominya. Sesuatu yang menarik dalam golongan
hamba ialah mereka dilindungi oleh Hukum Kanun Melaka yang menyebut bahawa
hamba terlindung daripada kezaliman.
7
Hamba bebas untuk bergerak seperti mengambil upah daripada orang lain.27 Hasil
pendapatan boleh disimpan sendiri atau diberikan kepada tuan mereka. Kedudukan
sosial hamba ini dibicarakan secara panjang lebar dalam Hukum Kanun Melaka.28
Hamba terdiri daripada tiga kelas, iaitu hamba raja, hamba abdi, dan hamba
berhutang. Pertama sekali adalah golongan hamba raja. Mereka terdiri daripada
orang yang merdeka yang telah melakukan kesalahan jenayah, kemudian tertangkap
lalu mendapat keampunan daripada sultan, dan berjanji akan menjadi 26 Bazrul
Bahaman, Konsep Rakyat dan Peranannya Dalam Negara.

Hamba turun temurun dengan cara ini mereka akan terlepas daripada menerima
hukuman atas kesalahan yang mereka lakukan. Selain itu, golongan ini juga terdiri
daripada tawanan perang atau banduan. Hamba raja juga dikenali sebagai
‘biduanda’ yang melakukan hampir kesemua jenis pekerjaan. Hamba raja ini
mendapat perlindungan daripada pihak pemerintah. Hamba yang kedua ialah hamba
abdi, umumnya, hamvba abdi ini terdiri daripada orang bangsa Afrika, orang Asli,
dan orang Batak yang bukan Islam. Hamba abdi juga merupakan hamba secara
mutlak oleh seseorang dan boleh dijual beli, mereka mempunyai peluang yang tipis
untuk dimerdekakan oleh tuannya. Hamba yang ketiga pula iaitu hamba berhutang
merupakan golongan yang tidak dapat membayar hutang kepada si pemiutang.
Golongan hamba berhutang ini pada asalnya merupakan golongan orang yang
merdeka. Oleh kerana tidak mampu membayar hutang, maka mereka terpaksa
menjadi hamba berhutang untuk melunaskan hutan-hutang mereka. Lebih
memeritkan lagi apabila bukan sahaja mereka yang menjadi hamba, tetapi turut
dialami oleh anak-anakdan isteri sebagai hamba tebusan. Tempoh perkhidmatan
hamba berhutang adalah sehingga hutang tersebut telah selesai dibayar seperti yang
telah dijanjikan.

Aspek Budaya Era moden membawa hasil budaya dalam pelbagai


bentuk seperti lukisan, lukisan, tarian, lagu, cerita dan sebagainya. Ini adalah bukti
perkembangan awal tamadun manusia yang semakin kompleks hari ini. Menurut Nik
Safiah Haji Abdul Karim (1963), perkataan budaya berasal daripada cantuman
perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya’. Perkataan 'budhi' yang
dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.
8
Perkataan 'daya' pula ialah perkataan melayu Polinesia yang bermakna kekuatan
kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut,
budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan
jiwa. Istilah budaya dalam bahasa Inggeris ialah ‘culture’ yang berasal daripada
perkataan bahasa Latin yang berbunyi ‘colere’. Ia bermaksud kehidupan manusia
yang sentiasa memelihara dan mengerjakan pelbagai tindakan yang boleh
menghasilkan tindakan budaya (Suwardi Endraswara, 2006:4). Menurut
John.J.Macionis (1987: 62) pula, budaya dilihat sebagai kepercayaan, nilai-nilai,
tingkah laku dan objek kebendaan yang dikongsi bersama oleh sekumpulan
penduduk yang tertentu. Sesungguhnya, “budaya” dapat diringkaskan sebagai satu
amalan hidup yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang diwarisi oleh nenek
moyang sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Orang Melayu kaya
dengan budaya bangsa yang mulia dan agung.

Menurut Almond dan Verba (1990:178), budaya dari sudut politik


merupakan sikap orientasi yang khas dari warga Negara terhadap sistem politik. Di
Malaysia, budaya dari aspek politik dapat dilihat dari aspek pemerintahan dan
pentadbiran negara. Kita dapat lihat kepelbagaian politik di negara kita yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Pluralisme masyarakat di Malaysia menjadikan negara ini
mempunyai banyak parti politik yang dipimpin mengikut kepelbagai
kaum. Walaupun begitu, hal ini masih dapat dikawal kerana masyarakat Malaysia
mempunyai semangat patriotisme, hormat menghormati, dan menghargai antara
satu sama lain. Namun begitu, Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dan
pentadbiran demokrasi kerana pengaruh penjajah sebelum ini.

Bangsa Melayu sangat mementingkan agama dan kepercayaan.


Semua orang Melayu beragama Islam. Walaupun begitu, masih terdapat unsur
agama Hindu dapat dilihat dalam sistem kepercayaan bangsa Melayu. Hal ini kerana
Islam masih tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayan tersebut.
Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat awal adalah animisme. Dalam
kepercayaan ini mereka menggangap benda-benda di sekeliling mempunyai
semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau
pemyembahan terhadap batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam
yang lain.
9
Kuasa ghaib itu ditafsirkan sebagai hantu, jembelang atau jin yang menjadi
penunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989: 26).

Seterusnya, masyarakat Melayu mempunyai adat istiadat tersendiri. Menurut


Norazit Selat (1993), adat merupakan satu bentuk tingkah laku dan cara manusia
berfikir. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1985) pula menjelaskan bahawa adat
sebenarnya adalah sebahagian daripada kebudayaan Melayu. Terdapat banyak
campuran unsur tempatan dan pengaruh luar seperti pengaruh Hindu, Islam Dan
Barat dalam adat istiadat Melayu sekarang. Unsur-unsur adat yang tidak
bertentangan dengan ajaran Islam adalah dibenarkan dalam Malaysia dengan
melalui “principle of co-existence”. Selain itu, masyarakat Melayu mempunyai budaya
kesenian yang indah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), seni
didefinisikan sebagai karya sajak, lukisan, muzik, dan sebagainya yang dicipta
dengan bakat, hasil daripada sesuatu ciptaan. Manakala kesenian bermaksud perihal
seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan dan kehalusan. Antara kesenian
Melayu ialah seni persembahan seperti tarian, nyanyian, persembahan pentas
seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, dan kuda kepang serta seni tampak
seperti seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dan
sebagainya. Permainan tradisional seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk
dalam kategori seni persembahan. Kesenian Melayu yang wujud menyebabkan
masyarakat Melayu mempunyai identiti tersendiri.
10
1.1 ISI-ISI PENTING.

A) CIRI-CIRI PENDEKATAN “SEJARAH DARI BAWAH”.

Ciri-ciri pendekatan penulisan “Sejarah Dari Bawah” ataupun searah


sosial ini di Malaysia telah bermula sejak 1950 iaitu selepas kemerdekaan secara
tidak langsung memerlukan pensejarahan yang tidak kolonial-sentris.- Menurut
Qasim Ahmad (2006). Tetapi pandangan daripada Durkheim (1893) di dalam
penulisan R.Suntharalingam (1987) , berkata bahawa fakta-fakta “Sejarah Dari
Bawah” ini merangkumi beberapa aspek salah satunya adalah perkahwinan,
penceraian, kekecohan dalam kalangan pekera kilang serta kegiatan sepreti bunuh
diri, jenayah, dan tindakan anti-sosial turut perlu diberikan perhatian dalam menulis
sejarah. Walau bagaimanapun, ciri-ciri pendekatan “Sejarah Dari Bawah” ini dapat
dilihat daripada pelbagai aspek antaranya adalah memiliki dasar bahawa sejarah
tidak perlu hanya memberikan fokus kepada tokoh-tokoh besar tetapi juga kepada
berfokuskan kepada masyarakat sekeliling. Perkara ini merupakan salah satu
perubahan yang amat besar dalam ilmu sejarah sepanjang abad ke-20. “Sejarah Dari
Bawah” ini juga merupakan “The History Of The People” yang membawa maksud
sejarah masyakarat dan perlu diambil kira dalam pensejarahan.- Menurut sejarawan
Belanda, P.J Blok.

“Sejarah Dari Bawah” turut dapat diteliti menerusi sejarah mikro atau
“microstoria” yang boleh didefinisikan sebagai salah satu usaha untuk mempelajari
tentang masyakarat kecil. Dalam konteks ini, masyarakat kecil boleh dikategorikan
sebagai sebuah desa, keluarga, atau bahkan individu. Oleh itu, pendekatan ini secara
ringkasnya memperlihatkan bahawa ciri-ciri “Sejarah Dri Bawah” ini berkait rapat
dengan aspek antropologi sosial yang mempelajari sesuatu berdasarkan sudut
pandang kaum peribumi serta menyelidiki kehidupan masyarakat bawahan.
Penulisan Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah (1881-1940) karya
Mahani Musa yang mengandungi 237 halaman muka surat dalam karya beliau. Hal
ini berpunca daripada, ilham yang beliau perolehi untuk menghasilkan karya beliau
serta menulis karya tersebut hasil daripada kesedaran tentang kehilangan kaum
wanita daripada rakaman sejarah.

11
Tambahan pula, berlakunya peralihan minat beliau dalam bidang sejarah politik
kepada sejarah sosial dan demografi serta percubaan untuk lari daripadas sejarah
yang berpandangan “dari atas” kepada penulisan berpandangan “dari bawah” secara
tidak langsung telah membuka peluang kepada kaum wanita untuk kembali ke
pentas sejarah. Dengan tindakan sedemikian, karya ini secara tidak langsung boleh
menghilangkan pandangan prejudis masyarakat terhadap kaum wanita yang
dianggap wanita lemah. Bukan itu sahaja, beliau juga menyatakan bahawa
sumbangan amatlah penting terhadap pertumbuhan ekonomi negeri Kedah
sebenarnya datang daripada golongan wanita biasa. Karya ini telah memfokuskan
sumbangan dan pengorbanan golongan wanita Melayu Kedah ini melalui aspek sosial
dan aspek ekonomi. Aspek sosial boleh dilihat dari segi mobiliti sosial, pendidikan
dan kesihatan manakala dari segi ekonomi pula boleh diteliti dari segi pembangunan
tanah dan sektor pekerjaan.

12
B) SUMBANGAN DAN PENGORBANAN WANITA MELAYU KEDAH DALAM
MOBILITI SOSIAL.

Pengorbanan wanita Melayu Kedah ini boleh dilihat menerusi mobiliti


sosial mereka daripada golongan rakyat biasa. Bagi orang yang berhutang dan
hamba waris iaitu merujuk kepada anak dan isteri hamba yang berhutang. Hal ini
dikatakan demikian kerana, mereka menghadapi tekanan hutang. Golongan ini akan
dikerah untuk melakukan pelbagai pekerjaan seperti kerja pertanian untuk tuan mas
dan keluarganya. Mereka ini akan dijadikan cagaran kerana hutang si suami. Di
samping itu, Mahani Musa telah berpandangan bahawa, “Wanita Melayu Kedah pada
zaman pra-penjajahan telah wujud dalam pelbagai ragam mengikut kategori sosial
masing-masing dan mereka telah memainkan peranan tertentu dari sudut ekonomi,
kemasyarakatan dan kuasa. Lain pula bagi kategori wanita kerabat diraja dan
bangsawan,wanita rakyat biasa lebih terdedah kepada tekanan sosial dan
dalam institusi kekeluargaan serta kemasyarakatan di kampung”. Situasi ini telah
jelas menunjukkan bahawa pengorbanan golongan wanita Melayu Kedah ketika itu
yang giat berusaha mencari rezeki terpinggir dan sedar akan tanggungjawab mereka
dalam mencari sumber kewangan atau ekonomi bagi menyara kehidupan
keluarganya tanpa mengharapkan bantuan daripada suami semata-mata. Selain itu,
karya ini juga telah menggariskan tentang kepentingan memiliki pendidikan terhadap
golongan wanita Melayu Kedah ketika itu.

13
C) SUMBANGAN DAN PENGORBANAN WANITA MELAYU KEDAH DALAM
BIDANG PENDIDIKAN.

Secara zahirnya, British telah menubuhkan bidang pendidikan untuk


kaum wanita ketika itu. Hal ini nertujuan untuk menjadikan mereka sebagai
suri rumah yang baik kepada lelaki Melayu yang berpendidikan. Walau
bagaimanapun, karya Mahani Musa ini telah menggambarkan wanita Melayu ketika
itu kelihatan sudah mempunyai idea atau pemikiran tersendiri tentang apakah
maksud kemajuan atau objektif yang perlu dicapai oleh mereka. Hal ini berpunca
daripada, sebuah bukti melalui esei-esei yang ditulis oleh kaum wanita yang
mendorong kepada penerbitan majalah Bulan Melayu. Melalui majalah tersebut,
didapati wanita Melayu sudah berani menganjurkan perjumpaan dan persidangan,
berani berpidato serta mengeluarkan pendapat melalui surat kiriman
dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pada awal abad ke-20, masayrakat Melayu
Kedah telah mula memikirkan tentang masa depan anak-anak perempuan. Malah,
masyarakat Melayu pada ketika itu telah menubuhkan sebuah sekolah perempuan di
kedah. Tujuan penubuhan sekolah tersebut ditubuhkan adalah untuk membentuk
golongan wanita yang cerdik pandai dan tidak mudah ditipu pada masa akan datang.
Pendek kata, karya ini telah menggambarkan tentang peranan dan pengorbanan
kaum wanita Melayu Kedah dalam membangunkan dan memperjuangkan isu
pendidikan bagi golongan wanita ketika itu. Perkara tersebut pernah dikatakan
bahawa bidang pendidikan ini hanya layak berada di rumah sekaligus menjadi suri
rumah yang hanya berbakti kepada suami sahaja.

14
D) SUMBANGAN DAN PENGORBANAN WANITA MELAYU KEDAH DALAM
BIDANG KESIHATAN.

Melalui karya Mahani Musa, aspek sumbangan dan pengorbanan


wanita Melayu Kedah dalam bidang kesihatan telah ditonjolkan. Di Kedah, secara
umumnya perkhidmatan perubatan dan kesihatan bermula dalam keadaan yang
tidak tersusun. Bukan itu sahaja, keadaan hospital pada waktu itu serba kekurangan
seperti keadaan bangunan hospital yang tidak memuaskan dan kakitangan yang
tidak mencukupi. Keadaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya
gejala kematian ibu dan keguguran bayi. Perkara tersebut telah muncul dalam
laporan tahunan kerajaan selepas tahun 1920. Tambahan pula, bilangan kematian
pada ketika itu semakin membimbangkan yang mana keguguran dan bersalin
semakin teruk serta ianya telah diklasifikasikan mengikut bangsa di Kedah. Pada
tahun 1920, banyak kajian dan jawatan kesihatan wanita telah ditubuhkan akibat
daripada jumlah kematian ibu dan bayi ketika itu. Peristiwa tersebut sememangnya
sangat membimbangkan serta pengawasan Pegawai Perubatan Wanita telah
dilaksanakan dalam menangani gejala tersebut. Usaha dalam menangani gejala ini
giat dijalankan kerana sumbangan wanita Melayu Kedah ketika itu sangatlah
penting dalam bidang pertanian dan sekiranya jumlah gejala tersebut makin
meningkat maka bidang pertanian juga akan merosot. Dalam erti kata lain, semakin
serius gejala tersebut berlaku, semakin merosot bidang pertanian berlaku.

Di samping itu, karya ini juga telah menggambarkan sumbangan


wanita Melayu yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan kesihatan dan
perbidanan di Kedah. Salah seorangnya ialah
Buang binti Mohammad Isa atau lebih dikenali sebagai Mak Buang. Mak Buang
ini merupakan bidan bertauliah yang pertama di Kedah yang telah banyak
berjasa sebagai bidan hospital dan bidan luar. Hal ini membolehkan beliau turut
menjadi bidan diraja dan masih menyelia kelahiran di istana sehingga tahun 1960
walaupun telah lanjut usia. Hal ini dikatakan demikian kerana, keupayaannya yang
membolehkan beliau menggabungkan kaedah adat perbidanan tradisional dengan
kaedah moden.

15
E) SUMBANGAN DAN PENGORBANAN WANITA MELAYU KEDAH
DALAM PEMBANGUNAN TANAH.

Berdasarkan karya ini, kaum wanita Melayu Kedah telah digambarkan


sebagai kaum wanita yang gigih berusaha dalam mengumpul kekayaaan malah
golongan ini begitu aktif terlibat dalam penguasaan tanah dan pemilikan harta.
Situasi ini juga boleh dikaitkan dengan artikel yang berkaitan dengan perjuangan
wanita Melayu terutamanya dari kelas bawahan yang menguasai aktiviti
ekonomi pada peringkat bawah terlebih dahulu secara tidak langsung kedua-dua
situasi melalui karya dan artikel itu sememangnya telah membuktikan bahawa
wanita Melayu khususnya telah cuba memberikan persaingan dan sumbangan
dalam kegiatan ekonomi negara ketika itu. Seterusnya, pemohon yang termuda
dalam pengusahaan tanah melalui karya Mahani Musa ini dikenali sebagai Siti
Hawa binti Ahmad yang berusia 16 tahun dan merupakan penanam padi. Siti Hawa
telah memohon lima relung tanah untuk dijadikan kebuh getah dan juga wanita yang
lain dalam berkeromponi untuk memiliki tanah.

Oleh itu, mengikut daripada pembacaan dan pemahaman penulis,


hal ini jelaslah bahawa golongan wanita Melayu Kedah ketika itu
telah menunjukkan inisiatif melalui pemilikan tanah demi menjamin masa depan diri
dan keluarga mereka. Di samping itu, karya ini juga secara tidak langsung telah
menonjolkan nilai sikap tekun berusaha kaum wanita desa untuk memajukan diri
mereka dalam sektor ekonomi.

16
F) SUMBANGAN DAN PENGORBANAN WANITA MELAYU KEDAH DALAM
SEKTOR PEKERJAAN.

Melalui karya ini, bidang pertanian merupakan salah satu mata


pencarian utama bagi orang Melayu Kedah termasuklah kaum wanita. Daripada
88,491 orang Melayu yang terlibat dalam aktiviti tersebut, 41, 715 orang atau 47%
adalah terdiri daripada kaum wanita. Walau bagaimanapun, di daerah tertentu
seperti Padang Terap, kaum wanita telah mengatasi bilangan penanam padi lelaki.
Pada tahun 1911, berlakunya perubahan dan perbezaan peratusan bilangan antara
penanam padi lelaki dan wanita Melayu Kedah. Selain itu, penguasaan wanita Melayu
Kota Setar begitu menonjol dalam beberapa jenis perniagaan seperti pekedai
runcit, pekedai kopi, pemborong rokok dan pemborong baju dan sarung. Hasil
nukilan Mahani Musa ini juga turut dinyatakan mengenai jumlah pemborong rokok
wanita Melayu mengatasi jumlah pemborong rokok lelaki Melayu di negeri Kedah
pada tahun tersebut. Secara jelas, karya ini serba sedikit telah menonjolkan sikap
dan pandangan dalam kalangan wanita Melayu untuk mencari pendapatan tanpa
perlu mengorbankan campur tangan urusan dalam rumah tangga kerana pekerjaan
tersebut tidak memerlukan mereka meninggalkan rumah. Seterusnya, wanita Melayu
Kedah juga aktif dalam sektor industri negeri Kedah pada tahun 1911. Jelaslah
bahawa kaum wanita Melayu Kedah ketika itu mempunyai jati diri yang cekal dan
bergiat aktif mencari sumber pendapatan atau mata pencarian sumber rezeki tanpa
melupakan atau meminggirkan tanggungjawab mereka sebagai seorang ibu dan
isteri.

17
1.2 KEPENTINGAN “SEJARAH DARI BAWAH” KEPADA SEJARAH NEGARA

A) MENDALAMI SEJARAH GOLONGAN BAWAHAN DENGAN LEBIH


TERPERINCI

Salah satu kepentingan memahami dan menghayati berkenaan


dengan “Sejarah dari Bawah” ini kepada sejarah negara ialah masyarakat dapat
mengetahui serta mendalami dengan lebih dekat lagi akan sejarah golongan
masyarakat bawahan. Hal ini dikatakan demikian kerana, penyelidikan “Sejarah dari
Bawah” juga dapat dikategorikan sebagai penyelidikan mengenai petani-
petani, pengganas-pengganas ataupun kelompok-kelompok masyarakat tertentu
yang menjadi fokus kajian seperti karya Mahani Musa ini yang mana hasil karya
beliau mengkaji berkaitan dengan kelompok wanita melayu Kedah yang merupakan
kelompok yang sebelum ini tidak mendapat perhatian mana-mana ahli sejarah pun
untuk dikaji sumbangan dan peranannya kepada negara. Sebagai contoh, karya ini
telah mempamerkan pengorbanan kaum wanita Melayu Kedah yang banyak
meninggalkan harta pusaka kepada generasi mereka. Perkara ini dapat dibuktikan
melalui Rekod Pejabat Setem Kedah yang menunjukkan bahawa golongan wanita
Melayu yang telah banyak dalam menguruskan harta pusaka demi masa depan anak-
anak mereka.

Mengikut daripada pembacaan penulis, sekiranya penulisan “Sejarah


dari Bawah” ini tidak diberikan perhatian sepenuhnya oleh ahli sejarah, maka
golongan ini yang terdiri daripada rakyat biasase perti guru, petani dan kaum wanita
yang bukannya daripada golongan bangsawan sememangnya tidak mendapat
perhatian dan sejarah tentang mereka juga tidak akan diketahui langsung oleh
masyarakat pada hari ini. Tambahan pula, menurut E.P. Thompson turut
mentafsirkan bahawa kajian sejarah ini haruslah dikaji daripada pelbagai sudut untuk
mendapatkan sesuatu yang tepat dan sahih serta secara tidak langsung penafsiran
beliau ini tepat dengan konsep “Sejarah dari Bawah” ini iaitu sejarah yang
merangkumi keseluruhan aspek dan memfokuskan lebih kepada masyarakat
bawahan yang turut mempunyai sejarah mereka tersendiri.

18
B) MEMBERIKAN PENGIKTIRAFAN KEPADA GOLONGAN BAWAHAN YANG
TIDAK DIBERIKAN PERHATIAN UTAMA.

Selain itu, penulisan “Sejarah dari Bawah” ini terutamanya di negara-


negara Asia dan Afrika boleh dilihat menerusi intipati penulisannya yang berfokuskan
kepada pemahaman sejarah tempatan daripada penglihatan orang tempatan itu
sendiri dan bukannya dari kaca mata penjajah atau orang Barat. Sehubungan
dengan itu, tema penulisan yang sememangnya dikaitkan dengan sejarah sosialini
seperti konsep ekonomi moral, pengganas sosial, dan golongan masyarakat yang
dianggap tertindas iaitu orang-orang yang tidak pernah ada sejarah seperti golongan
hamba, orang-orang nomad, wanita, penduduk setinggan, pekerja-pekerja kilang,
gerakan-gerakan melampau dalam masyarakat dan kaum-kaum dalam masyarakat
majmuk turut difokuskan oleh ahli sejarah dalam membuat kajian.

Di samping itu, konsep “Sejarah dari Bawah” ini berjalan seiring


dengan salah satu matlamat pendidikan sejarah iaitu ilmu sejarah ini akan meneliti,
memahami, menghurai, dan menginterpretasi dan seterusnya membina keseluruhan
mengenai sesuatu perkara, kejadian atau fenomena yang berkaitan dengan
kehidupan manusia pada zaman lampau dan kajian “Sejarah dari Bawah” ini amat
penting dalam mencapai aspek keseluruhan yang merangkumi semua sejarah
termasuk sejarah rakyat. Tuntasnya, “Sejarah dari Bawah” ini sememangnya dapat
memberikan penghargaan kepada golongan bawahan yang selamanya tidak pernah
dipedulikan seperti karya Mahani Musaini yang memfokuskan kepada golongan
wanita biasa Melayu Kedah yang mempunyai ruang tersendiri dalam sejarah
pembangunan sosioekonomi Kedah sebelum dan selepas kedatangan British sekali
gus mengelakkan sikap diskriminasi terhadap kisah kaum wanita yang dianggap
sebagai “tambahan” kepada sejarah aliran utama yang didokong oleh kaum
lelaki dan memberikan pengiktirafan kepada kaum wanita itu sendiri.

19
C) MEMBANTU DALAM MEMAHAMI TINGKAH LAKU MASYARAKAT
BAWAHAN.

Sejarawan yang menggunakan pendekatan “Sejarah dari Bawah” ini


telah menamakan diri mereka sebagai ‘sejarawan kaki ayam’ yang terdiri daripada
peserta-peserta bengkel ‘sejarah rakyat’ yang mencadangkan satu ‘sejarah pilihan’
iaitu tumpuan kajian mereka adalah orang-orang bawahan
biasa yang mereka anggap sebagai ‘mangsa’ sejarah. Fokus kajian mereka adalah
untuk mempopularkan sejarah supaya ia menjadi lebih terbuka kepada masyarakat
umum yang tidak terlalu akademik. Jika dilihat dalam karya Mahani Musa ini, beliau
turut memasukkan kisah tentang golongan wanita elit tetapi beliau lebih
memfokuskan tentang sumbangan dan pengorbanan golongan bawahan
iaitu golongan wanita biasa yang lebih mencabar dalam menjalani kehidupannya
sebagai seorang wanita. Oleh itu, konsep “Sejarah dari Bawah” yang diterapkan oleh
beliau dalam karyanya telah menggambarkan budaya dan cara hidup masyarakat
dahulu khususnya golongan wanita. Selain itu, karya ini secara tidak langsung telah
menonjolkan tentang peranan dan sumbangan golongan wanita alam meningkatkan
kemajuan negara walaupun sebelum ini golongan ini agak terpinggir dan dianggap
tidak membawa sebarang kepentingan kepada sejarah negara.

20
1.3 KESIMPULAN.

Perkembangan pengaruh sejarah merupakan satu proses dinamik di


mana peristiwa dan kejadian lampau mempengaruhi perkembangan dan evolusi
sesebuah masyarakat, budaya dan tamadun. Berikut adalah beberapa kesimpulan
tentang perkembangan pengaruh sejarah. Kepentingan Memahami Akar Sejarah
Mengetahui dan memahami sejarah membantu kita memahami akar budaya, norma
dan nilai yang membentuk masyarakat hari ini. Sejarah adalah asas yang
membolehkan kita melihat perubahan dan kesinambungan dalam masyarakat.
Pengaruh Terhadap Jati Diri dan Budaya Sejarah memainkan peranan penting dalam
membentuk jati diri sesuatu kumpulan atau bangsa. Tradisi, bahasa, kesenian dan
kepercayaan masyarakat banyak dipengaruhi oleh peristiwa sejarah yang telah
berlaku.
Corak Pembelajaran daripada Kesilapan dan Kejayaan Pengalaman
sejarah memberikan pengajaran yang berharga. Dengan memahami peristiwa lalu,
orang ramai boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dan membina
kejayaan sebelumnya. Sejarah Perubahan Sosial dan Politik sering mencatatkan
perubahan sosial dan politik yang membentuk hala tuju sesebuah masyarakat.
Revolusi, peperangan dan gerakan politik mempunyai kesan jangka panjang ke atas
organisasi dan struktur sosial.Globalisasi dan Kesalinghubungan Perkembangan
teknologi dan kemajuan dalam pengangkutan telah mempercepatkan proses
globalisasi, yang mengukuhkan pengaruh sejarah antara negara. Perkembangan
sejarah di satu tempat boleh memberi kesan besar di seluruh dunia.

Kepentingan Mengekalkan Warisan Budaya Mengekalkan dan


memelihara warisan budaya adalah amat penting dalam mengekalkan
kesinambungan tradisi dan nilai yang telah diwarisi daripada generasi terdahulu.
Pengaruh terhadap Pembuatan Keputusan Keputusan politik, ekonomi dan sosial
sering dipengaruhi oleh pengalaman sejarah. Analisis sejarah boleh memberikan
pandangan yang berharga untuk menyokong pembuatan keputusan yang lebih baik.
Perkembangan Sains dan Teknologi Sejarah turut merekodkan perkembangan sains
dan teknologi. Pengetahuan yang diperoleh dari masa lalu menjadi asas kepada
inovasi dan kemajuan dalam pelbagai bidang.

21
Dengan memahami dan menghayati pengaruh sejarah, manusia dapat membentuk
masa depan yang lebih baik dengan belajar daripada pengalaman lalu dan
mengekalkan kesinambungan nilai yang memberi impak positif.

22
1.4 RUJUKAN.

1. Nakatsu Suichi, Pengenalan Sejarah dari bawah telah membawa suatu


perspektif baru dalam penulisan sejarah, https://pdfcoffee.com/esei-sejarah-dari-
bawah-x27dari-kuala-ke-tanjung-memoir-seorang-guru-melayux27-pdf-free.htm l,
Diakses pada 1 Disember 2023.

2. Azizan Talib, Penulisan Sejarah Dari Bawah Sejarah Rakyat Dalam Masyarakat
Melayu Tradisional, https://azizantalib-sejarah4eva.blogspot.com/2017/01/penulisan-
sejarah-dari-bawah.html, Diakses pada 1 Disember 2023

3. Miss Najiha, SEJARAH DARI BAWAH,


https://www.academia.edu/40831581/SEJARAH_DARI_BAWAH, Diakses pada 1
Disember 2023.

23

Anda mungkin juga menyukai