Anda di halaman 1dari 9

AGAMA DAN KEPERCAYAAN YANG DIPRAKTIKKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU DI NUSANTARA SEBELUM KEDATANGAN AGAMA ISLAM

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD ASHRAF BIN MOHD. JASMI (19/7/2010)

PENGENALAN:
Amalan agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu membuktikan bahawa masyarakat Melayu ketika itu sudah memiliki tamadun yang tinggi. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat awalnya berbentuk animisme. Ia kemudiannya berkembang dengan meluas kepada kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Bagaimanapun, kepercayaan ini mula merosot apabila Islam mula tersebar meluas di kalangan masyarakat Melayu.

KEPERCAYAAN ANIMISME

Kepercayaan animisme merupakan bentuk kepercayaan paling awal sebelum kehadiran agama lain. kepercayaan ini berhubung kait dengan alam semula jadi. Mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk. Semangat ialah jiwa yg terdapat pada sesuatu benda,sama ada bernyawa atau tidak bernyawa.Masyarakat Melayu mempercayai bahawa kuasa-kuasa ghaib ini harus ditakuti & dipuja bg membawa kebaikan dan rezeki kpd mereka. Keadaan ini telah mempengaruhi kehidupan mereka kerana terdapatnya aktiviti-aktiviti memuja pantai atau semangat padi bagi menjamin keselamatan dan menambahkan hasil tanaman.

Dengan ini timbullah konsep pantang larang, adat istiadat, undangundang, kebudayaan dan sebagainya. Bagi memuja semangat ini lahirlah tarian,nyanyian,drama,muzik ,unsur mainan,mentera,adat menanam,adat kematian dan sebagainya yang ada hubungan dengan kepercayaan itu. Kemunculan unsur budaya seperti tarian,nyanyian,unsur mainan dan sebagainya sebenarnya berasaskan kepada kepercayaan kuasa ghaib seperti memuja semangat padi,hantu laut dan sebagainya. unsur ini menjadi hiburan dan mainan yang pada asalnya merupakan upacara yang berkaitan dengan kuasa ghaib. Contohnya Main Puteri, Tarian Kuda Kepang ,Main Dewa, memutus ubat dan sebagainya. Dengan wujudnya pelbagai kepercayaan tersebut maka wujud satu golongan masyarakat yang dihubungkaitkan dengan upacara-upacara pemujaan seperti dukun,tabib,pawang,nenek kebayan dan sebagainya yang bertanggungjawab memulih diri seseorang yang dipercayai disampuk atau hilang semangat.

Dengan wujudnya pelbagai kepercayaan tersebut maka wujud satu golongan masyarakat yang dihubungkaitkan dengan upacara-upacara pemujaan seperti dukun,tabib,pawang,nenek kebayan dan sebagainya yang bertanggungjawab memulih diri seseorang yang dipercayai disampuk atau hilang semangat. Terdapat juga bentuk kepercayaan terhadap roh orang yang sudah mati. Mereka percaya individu yang semasa hidupnya mempunyai kuasa hebat apabila mati akan tetap memberi perlindungan. Berdasarkan kepercayaan inilah masyarakat tempatan memuja roh si mati agar dapat memberi perlindungan. Kepercayaan ini amat tebal di kalangan orang Melayu dan kepercayaan ini mula beransur-ansur hilang setelah kedatangan agama Islam

AGAMA HINDU-BUDDHA

Masyarakat Melayu menganut agama Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam. Pengaruh agama Hindu yang dibawa oleh pedagang India dan Mubaligh Hindu/Buddha pula dikatakan tersebar sejak abad ke 4M berikutan wujudnya 2 kerajaan Hindu iaitu Langkasuka dan Kedah Tua.

Disamping itu terdapatnya penyembahan Dewa Siva dan Vishnu, yang dapat dilihat daripada pembinaan Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Bukit Pendiat di Lembah Bujang, Kedah. Penyebaran agama ini berkembang pesat apabila kedatangan golongan Brahmin dan penerimaan agama ini oleh golongan pemerintah. Ajaran ini diterima oleh pemerintah kerana agama ini berpegang teguh kepada konsep Dewaraja iaitu raja adalah tuhan dibumi yang sekaligus memperkukuhkan kedudukan raja sebagai pemerintah.

Agama Buddha pula turut tersebar di kalangan masyarakat tempatan & ia mpunyai pertalian dgn agama Hindu. Ini disebabkan agama ini mengalami pengubahsuaian dgn unsur2 agama Hindu gama ini diasaskan oleh Sidharta Gautama di India. Agama ini melarang manusia melakukan kekejaman kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan. . Ajaran agama Buddha ini mudah diterima kerana anggapan mereka bahawa pengasas agama Buddha merupakan penjelmaan kembali salah satu dpd Dewa Hindu. Dgn ini, masyarakat tempatan mula menganuti pencampuran agama Hindu & Buddha. Sesungguhnya agama Hindu & Buddha telah meninggalkan kesan yg besar terhdp masyarakat tempatan dr aspek keagamaan,pemerintahan,pentadbiran,kesusasteraan,bahasa serta kebudayaan mereka.Ini telah ditambah dgn perkahwinan campur org asing dgn masyarakat Melayu. Kesannya,byk adat & budaya Melayu lama dipengaruhi oleh kepercayaan Hindu-Buddha spt adat istiadat & upacara perkahwinan.

Dari segi pemerintahan konsep raja mula digunakan. Amalan pertabalan di raja mempunyai kaitan dengan unsur Hindu-Buddha yang disempurnakan oleh golongan Brahmin. Sehubungan dengan itu lahirlah konsep dewaraja, unsur kesaktian,mitos dan lagenda untuk memperkukuhkan kedudukan raja.

Contoh yang lain dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan dimana masyarakat tempatan mula terpengaruh dengan epic Ramayana dan Mahabharata yang kemudiannya lahirlah bentuk penceritaan lisan,mitos dan teater seperti wayang kulit.

Pengamalan agama dan kepercayaan merupakan satu lambang peradaban serta ketamadunan sesebuah organisasi masyarakat.Kepercayaan Animisme dan penyebaran agama HinduBuddha serta Islam telah memberi kesan yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional dan seterusnya

Anda mungkin juga menyukai