Anda di halaman 1dari 1

Agama Hindu-Buddha Pengaruh agama Hindu pula dikatakan tersebar sejak abad ke 6 lagi yang dibawa oleh pedagang

g India. Penyebaran agama ini berkembang pesat apabila kedatangan golongan Brahmin dan penerimaan agama ini oleh golongan pemerintah. Ajaran ini diterima oleh pemerintah kerana agama ini berpegang teguh kepada konsep Dewaraja iaitu raja adalah tuhan dibumi yang sekaligus memperkukuhkan kedudukan raja sebagai pemerintah. Sebagai contoh, terdapat dua buah kerajaan Hindu di Tanah Melayu iaitu kerajaan Langkasuka dan kerjaaan Kedah Tua. Disamping itu terdapatnya penyembahan Dewa Siva dan Vishnu, yang dapat dilihat daripada pembinaan Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Bukit Pendiat di Lembah Bujang, Kedah. Agama Buddha pula turut tersebar di kalangan masyarakat tempatan dan ia mempunyai pertalian dengan agama Hindu. Ini disebabkan agama ini mengalami pengubahsuain dengan unsur-unsur agama Hindu Agama ini diasaskan oleh Sidharta Gautama di India. Agama ini melarang manusia melakukan kekejaman kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Ajaran agama Buddha ini mudah diterima kerana anggapan mereka bahawa pengasas agama Buddha merupakan penjelmaan kembali salah satu daripada Dewa Hindu. Dengan ini masyarakat tempatan mula menganuti pencampuran agama Hindu dan Buddha. Sesungguhnya agama Hindu dan Buddha telah meninggalkan kesan yang besar terhadap masyarakat tempatan dari aspek keagamaan,pemerintahan,pentadbiran,kesusasteraan dan bahasa. Dari segi pemerintahan konsep raja mula digunakan. Amalan pertabalan di raja mempunyai kaitan dengan unsur Hindu-Buddha yang disempurnakan oleh golongan Brahmin. Sehubungan dengan itu lahirlah konsep dewaraja, unsur kesaktian,mitos dan lagenda untuk memperkukuhkan kedudukan raja. Contoh yang lain dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan dimana masyarakat tempatan mula terpengaruh dengan epic Ramayana dan Mahabharata yang kemudiannya lahirlah bentuk penceritaan lisan,mitos dan teater seperti wayang kulit.

Anda mungkin juga menyukai