Anda di halaman 1dari 16

Kepercayaan dan Agama masyarakat Melayu Tradisional di Tanah Melayu

Masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu sebelum kedatangan Barat mengamalkan pelbagai bentuk agama dan kepercayaan yang mempengaruhi kehidupan mereka. Bincangkan Pengenalan Amalan agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu membuktikan bahawa masyarakat Melayu ketika itu sudah memiliki tamadun yang tinggi. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat awalnya berbentuk animisme. Ia kemudiannya berkembang dengan meluas kepada kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Bagaimanapun kepercayaan ini mula merosot apabila Islam tersebar meluas di kalangan masyarakat Melayu. Isi-isi penting Kepercayaan animisme Kepercayaan animisme merupakan bentuk kepercayaan paling awal sebelum kehadiran agama lain. kepercayaan ini berhubung kait dengan alam semula jadi. Mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk. Roh atau semangat ini perlu dipuja agar membawa kebaikan dan menambahkan rezeki. Keadaan ini telah mempengaruhi kehidupan mereka kerana terdapatnya aktiviti-aktiviti memuja pantai atau semangat padi bagi menjamin keselamatan dan menambahkan hasil padi. Dengan ini timbullah konsep pantang larang, adat istiadat, undang-undang, kebudayaan dan sebagainya. Bagi memuja semangat ini lahirlah tarian,nyanyian,drama,muzik ,unsur mainan,mentera,adat menanam,adat kematian dan sebagainya yang ada hubungan dengan kepercayaan itu. Kemunculan unsur budaya seperti tarian,nyanyian,unsur mainan dan sebagainya sebenarnya berasaskan kepada kepercayaan kuasa ghaib seperti memuja semangat padi,hantu laut dan sebagainya. unsur ini menjadi hiburan dan mainan yang pada asalnya merupakan upacara yang berkaitan dengan kuasa ghaib. Contohnya Main Puteri, Main Dewa, memutus ubat dan sebagainya. Berkaitan dengan unsur mainan dan tarian tadi maka lahirlah upacara jampi serapah yang betujuan untuk melindungi permainan daripada segala bencana dan menghalau jin dan hantu daripada menggangu persembahan. Setiap persembahan ada peraturan dan pantang larang kerana asal usul sesuatu jenis persembahan selalunya dihubungkait dengan kuasa ghaib. Dengan wujudnya pelbagai kepercayaan tersebut maka wujud satu golongan masyarakat yang dihubungkaitkan dengan upacara-upacara pemujaan seperti dukun,tabib,pawang,nenek kebayan dan sebagainya yang bertanggungjawab memulih diri seseorang yang dipercayai disampuk atau hilang semangat. Terdapat juga bentuk kepercayaan terhadap roh orang yang sudah mati. Mereka percaya individu yang semasa hidupnya mempunyai kuasa hebat apabila mati akan tetap memberi perlindungan. Berdasarkan kepercayaan inilah masyarakat tempatan memuja roh si mati agar dapat memberi perlindungan. Agama Hindu-Buddha Pengaruh agama Hindu pula dikatakan tersebar sejak abad ke 6 lagi yang dibawa oleh pedagang India. Penyebaran agama ini berkembang pesat apabila kedatangan golongan Brahmin dan penerimaan agama ini oleh golongan pemerintah. Ajaran ini diterima oleh pemerintah kerana agama ini berpegang teguh kepada konsep

Dewaraja iaitu raja adalah tuhan dibumi yang sekaligus memperkukuhkan kedudukan raja sebagai pemerintah. Sebagai contoh, terdapat dua buah kerajaan Hindu di Tanah Melayu iaitu kerajaan Langkasuka dan kerjaaan Kedah Tua. Disamping itu terdapatnya penyembahan Dewa Siva dan Vishnu, yang dapat dilihat daripada pembinaan Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Bukit Pendiat di Lembah Bujang, Kedah. Agama Buddha pula turut tersebar di kalangan masyarakat tempatan dan ia mempunyai pertalian dengan agama Hindu. Ini disebabkan agama ini mengalami pengubahsuain dengan unsur-unsur agama Hindu Agama ini diasaskan oleh Sidharta Gautama di India. Agama ini melarang manusia melakukan kekejaman kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Ajaran agama Buddha ini mudah diterima kerana anggapan mereka bahawa pengasas agama Buddha merupakan penjelmaan kembali salah satu daripada Dewa Hindu. Dengan ini masyarakat tempatan mula menganuti pencampuran agama Hindu dan Buddha. Sesungguhnya agama Hindu dan Buddha telah meninggalkan kesan yang besar terhadap masyarakat tempatan dari aspek keagamaan,pemerintahan,pentadbiran,kesusasteraan dan bahasa. Dari segi pemerintahan konsep raja mula digunakan. Amalan pertabalan di raja mempunyai kaitan dengan unsur Hindu-Buddha yang disempurnakan oleh golongan Brahmin. Sehubungan dengan itu lahirlah konsep dewaraja, unsur kesaktian,mitos dan lagenda untuk memperkukuhkan kedudukan raja. Contoh yang lain dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan dimana masyarakat tempatan mula terpengaruh dengan epic Ramayana dan Mahabharata yang kemudiannya lahirlah bentuk penceritaan lisan,mitos dan teater seperti wayang kulit. Agama Islam Kedatangan agama Islam pada abad ke 7 telah menghakis sebahagian amalan kepercayaan Hindu Buddha yang telah lama bertapak di Tanah Melayu Agama Islam disebarkan oleh golongan pedagang dan pendakwah Islam dari Asia Barat. Ajaran Islam menekankan dua aspek penting iaitu Akidah dan Syariah. Akidah ialah kepercayaan seluruh jiwa raga terhadap keEsaan Allah manakala syariah merupakan perundangan dan hukum Islam berdasarkan Al Quran dan Hadis. Ajaran Islam berlandaskan kepada lima Rukun Islam dan enam Rukun Iman yang wajib diketahui oleh penganutnya. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar dalam politik, perundangan, ekonomi, dan budaya masyarakat Melayu. Dari segi politik jelas dapat dilihat dengan penggunaan gelaran pemerintah iaitu raja telah digantikan dengan gelaran sultan. Malahan sultan dianggap sebagai ketua agama Islam. Segala upacara rasmi didahului dengan doa. Pemimpin agama merupakan penasihat sultan dalam halhal mengenai hukum syarak atau hal berkenaan dengan agama Islam. Dari segi perundangan hukum syarak digunakan berpandukan al-Quran dan al-Hadis Dalam aspek perniagaan, Islam mengharamkan riba dan menggalakkan umatnya mencari rezeki yang halal. Disamping itu amalan zakat dan fitrah sedikit sebanyak telah membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk menjalani kehidupan Dari segi sosial pula wujudnya semangat jihat bagi memilihara kesucian agama Islam daripada penjajahan Barat. Malah Islam menggalakkan umatnya sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah. Dari segi adat pula didapati terdapat pengubahsuaian daripada unsur Hindu-Buddha kepada unsur keislaman seperti perkahwinan,adat turun tanah,melenggang perut,berkhatan dan

sebagainya. Adat bercukur dimulakan dengan berzanji dan marhaban iaitu bacaan mengenai kisah kelahiran dan kebesaran nabi Muhammad. Upacara ini diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat sebagai mengucap syukur kepada Allah. Pada peringkat awal Islam, pengajian al-Quran menjadi asas kepada system pendidikan awal ketika itu. Disamping itu mereka belajar sembahyang dan fardu ain. Biasanya mereka belajar di sekolah pondok Penutup Walaupun terdapat pelbagai bentuk kepercayaan di kalangan masyarakat tempatan, namun amalan animisme tetap subur dan terus dipercayai. Penyebaran agama Hindu-Buddha serta Islam telah memberi kesan yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya dalam aspek kesenian. Kedatangan Barat telah menambahkan lagi agama masyarakat di Tanah Melayu iaitu agama Kristian.

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab yang juga berasal daripada perkataan yunani philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran

Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah1. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri. Bagi rujukan umum, di sini kita hanya mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba: Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah.

Nilai dan Norma Melayu


Buku kecil menumpukan kepada nilai dan norma di kalangan orang-orang Melayu. Perbincangan ini memperlihatkan nilai dan norma dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan perubahan yang berlaku sehingga kini. Walaupun orang-orang Melayu pesat melalui proses perubahan, terutama dengan pendedahan kepada kemasukan unsur-unsur budaya asing yang kian meluas kini, warisan dan amalan tradisi itu turut juga dipertahankan. Mungkin, orang-orang Melayu di bandar telah mengalami berbagai-bagai perubahan, tetapi mereka yang tinggal di pendalaman masih mempertahankan warisan dan amalan tradisi itu. Tradisi dan Moden dalam Nilai dan Norma Apabila memperkatakan tentang nilai-nilai sosial tradisi bermakna kita merujuk kepada warisan tradisi yang dipertahankan dalam masyarakat, yang dapat dianggap sebagai menyatakan jatidiri Melayu itu. Nilai-nilai moden itu pula ialah kesan perubahan, bagi masyarakat menyesuaikan dengan perubahan dan perkembangan semasa. Walau bagaimanapun proses perubahan yang berlaku itu merupakan usaha penyesuaian antara yang lama dengan orang baru. Tetapi penerimaan sesuatu yang baru itu tidak bermakna melenyapkan yang lama. Perubahan yang berlaku, dalam perkembangan modenisasi itu merupakan suatu proses yang berlaku bagi memperbaiki dan meningkatkan pencapaian peradaban manusia. Konsep Nilai dan Norma Secara mudah, nilai itu boleh difahami sebagai ukuran tentang sesuatu, perlakuan dan seumpamanya yang menentukan baik buruk, cantik tidak cantik, tinggi rendah, dan halus kasar. Sebagai anggota masyarakat, seorang itu dipupuk dengan nilai-nilai sosial, iaitu nilainilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat. Nilai-nilai sosial itu dibina dan dipupuk secara bersama, yang seterusnya menentukan perlakuan-perlakuan yang diberikan pengesahan oleh masyarakat berasaskan kepada nilai-nilai sosial itu. Perlakuan-perlakuan yang telah menjadi kelaziman atau kebiasaan dalam masyarakat itu dikatakan norma. Walaupun individu mempunyai pemikiran dan penilaian sendiri tentang sesuatu, tetapi masyarakat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi nilai individu itu. Terdapat perbezaan nilai antara individu dengan individu lain, tetapi mereka sebagai anggota-anggota masyarakat, perbezaan itu tidak ketara, memandangkan nilai-nilai sosial memainkan peranan penting mempengaruhi mereka. Walau bagaimanapun, kedudukan nilai, misalnya antara baik dan buruk, bukanlah suatu yang bertentangan atau berlawanan. Ukuran nilai yang dinyatakan itu adalah berasaskan suatu penilaian yang bergerak dari satu hujung ke satu hujung yang lain. Dalam keadaan itu, masih terdapat ukuran nilai tentang kedudukan di antara baik buruk itu, misalnya kurang baik, terlalu baik dan sebagainya. Pemupukan Nilai-nilai Sosial Nilai-nilai sosial itu dipupuk secara formal, seperti sekolah, kelas agama dan seumpamanya, tetapi sebahagian besarnya dipupuk secara tidak formal, melalui berbagai-bagai saluran sosial. Penyampaian nilai-nilai sosial itu dapat dilakukan dengan berkesan melalui unsur-unsur hiburan dan mainan. Melalui cerita-cerita, seperti novel, filem, cerpen dan sebagainya turut memainkan

peranan dalam memupuk nilai-nilai sosial itu kepada anggota-anggota masyarakat. Misalnya, cerita-cerita yang disampaikan itu merupakan teladan dan ingatan kepada orang ramai. Pengalaman hidup bermasyarakat itu sangat penting dalam menyuburkan penyebaran dan perkembangan nilai-nilai sosial. Walau bagaimanapun, kerapkali pula anggota-anggota masyarakat itu berusaha mencapai nilainilai sosial itu dengan apa cara pun. Misalnya, untuk dihormati dan dipandang tinggi, orang sanggup melakukan sesuatu yang boleh membawa bahaya kepada dirinya. Sebagai contoh yang lain, bagi menjaga diri untuk dipandang cantik, orang sanggup melakukan sesuatu, walaupun boleh membawa kesan buruk kepada dirinya. Nilai: Individu, Masyarakat dan Budaya Individu dipupuk dengan nilai-nilai sosial. Individu sebagai anggota masyarakat menerima dan dipengaruhi, juga kemungkinan dapat memainkan peranan dalam mempengaruhi masyarakat. Nilai-nilai sosial itu mempengaruhi perlakuan dan tindakan individu dan anggota-anggota masyarakat. Budaya itu terbina berlandaskan nilai-nilai sosial, perlakuan individu dan masyarakat, peraturan sosial dan adat. Nilai-nilai sosial itu amat penting dalam membina dan membentuk budaya bagi sesuatu masyarakat. Proses Pemupukan Nilai-nilai Sosial Individu mengalami proses sosial sepanjang hayatnya. Ia mempelajari dan menyesuaikan diri selaras dengan nilai-nilai sosial. Dengan itu membolehkannya diterima oleh masyarakat. Dirinya dapat menyesuaikan dengan kehendak dan kepentingan masyarakat. Nilai-nilai sosial yang dipupuk kepada individu itu bersesuaian dengan peringkat-peringkat perkembangan individu itu. Seseorang itu berusaha menyesuaikan perlakuannya mengikut landasan nilai-nilai sosial itu. Saluran pemupukan nilai-nilai sosial dalam masyarakat Melayu tradisional terbatas. Antaranya yang penting ialah ibu bapa, keluarga, rakan-rakan sebaya, guru-guru agama dan kelompok sosial di keliling mereka. Suasana sosial yang seragam (homogenous) itu tidak banyak menimbulkan konflik nilai-nilai sosial. Dalam masyarakat Melayu moden saluran pemupukan nilai itu semakin bertambah dan meluas. Selain saluran tradisi itu, kini pendidikan moden memainkan peranan penting dalam pemupukan nilai. Selain itu melalui saluran teknologi media, seperti bahan-bahan bercetak, media elektronik dan komputer turut memainkan peranan dalam menyalurkan nilai-nilai sosial. Dengan itu kerapkali pula berlaku konflik atau pertentangan nilai. Nilai Individu dan Nilai Sosial

Individu membina ukuran nilai berasaskan pengalaman dan kebiasaannya. Adalah disedari ukuran nilai, citarasa atau anggapannya mungkin berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Walaupun terdapat perbezaan antara individu-individu itu, tetapi sebagai anggota masyarakat, individu itu dipengaruhi nilai-nilai masyarakat, yang dapat dianggap sebagai nilainilai sosial. Sebagai anggota masyarakat, seseorang itu menerima dan berusaha menyesuaikan diri dengan nilai-nilai sosial, bagi membolehkan dirinya diterima oleh masyarakat. Nilai-nilai sosial itu diterima berasaskan proses sosial, pengalaman dan pemelajaran yang dilalui dalam masyarakatnya. Penyelidikan Tentang Nilai-nilai Sosial Penyelidikan tentang pembinaan nilai-nilai yang terbina pada individu itu merupakan bidang yang menjadi tumpuan saikologi. Kajian boleh diberikan tumpuan kepada individu tertentu untuk memahami perlakuan, tindakan atau personalitinya. Tetapi bidang nilai-nilai sosial ini adalah berasaskan disiplin antropologi dan sosiologi, iaitu ilmu tentang hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan. Nilai-nilai sosial itu merupakan nilainilai yang dipupuk dan dibina dalam sesuatu masyarakat selaras dengan tradisi budaya yang diwarisi. Bidang yang menjadi tumpuan ini ialah untuk memahami nilai-nilai yang dikongsi bersama dalam sesuatu masyarakat, khususnya masyarakat Melayu. Tetapi tidak memberikan perhatian kepada individu. Kaedah Penyelidikan dan Disiplin Pengajian Untuk memahami nilai-nilai sosial, penyelidikan boleh diberikan tumpuan kepada perlakuanperlakuan sosial yang menjadi amalan dan kelaziman dalam kehidupan bermasyarakat. Bagi mendapat maklumat tentang nilai-nilai sosial ini, penyelidikan dilakukan dengan menggunakan kaedah penyelidikan dalam sains sosial, mengikut disiplin antropologi atau sosiologi. Berbagai cara/kaedah telah sekian lama menjadi amalan dalam penyelidikan yang dikatakan ilmiah, saintifik dan empirikal: Rujukan kepada bahan-bahan kajian yang lepas. Berasaskan kepada catatan bahan-bahan bertulis, bahan utama (primary). Penyelidikan lapangan soal-selidik responden, temuduga informan, pemerhatian, pengalaman, perlibatan dan seumpamanya. Penyelidikan antropologi mengutamakan kualitatif, sedangkan sosiologi pula mengutamakan kuantitatif. Namun penyelidikan itu berusaha untuk mendapatkan maklumat yang tepat bagi sesuatu kelompok yang menjadi tumpuan penyelidikan itu. Nilai dan norma sosial itu sebagai asas budaya, bersifat dinamiks, sentiasa berubah menyesuaikan dengan kehendak dan kepentingan masyarakat. Untuk memahami nilai-nilai sosial tradisi, penyelidikan dapat dilakukan terhadap teks/catatan lama. Nilai-nilai Tradisi dan Moden

Dalam memisahkan antara tradisi dan moden itu, melibatkan nilai-nilai sosial. Sesuatu yang tradisi itu tidak boleh diukur sebagai bertentangan dengan yang moden. Tradisi dan moden itu merupakan konsep yang kita bina berasaskan rangka pemikiran tentang perubahan yang berlaku kepada amalan yang telah sekian lama diwarisi. Orang Melayu peka kepada perubahan, dan mereka inginkan kemajuan dan kemodenan, tetapi mereka juga berusaha mempertahankan sebahagian daripada warisan tradisi. Tradisi itu tetap merupakan jatidiri/budaya kepada sesuatu masyarakat itu. Tradisi dan perubahan itu berlaku secara persambungan, yang adakala sukar dipisahkan antara kedua-dua itu. Masyarakat Melayu moden kini, dalam keadaan tertentu berusaha mempertahankan nilai-nilai tradisi, terutama yang berasaskan kepada Islam. Orang-orang Melayu yang tinggal jauh dari bandar masih kukuh mempertahankan tradisi. Nilai-nilai Ideal Masyarakat melakukan penyusunan tinggi rendah sesuatu nilai sosial itu. Sesuatu nilai yang sangat dipandang tinggi dan disanjung itu dapat dianggap sebagai nilai-nilai sosial yang ideal. Misalnya, perlakuan atau budi bahasa yang baik itu terdapat kedudukan yang paling baik yang ingin dicapai oleh setiap orang. Walau bagaimanapun nilai-nilai ideal itu boleh dicapai, bergantung kepada kemampuan seseorang. Tidak bermakna nilai-nilai ideal itu hanya menjadi harapan atau dorongan ke arah itu, tanpa mencapainya. Sebagai anggota masyarakat, setiap orang menyedari nilai-nilai ideal yang sepatutnya diusahakan dan dicapai oleh setiap orang. Nilai-nilai Universal Semua masyarakat dan agama berusaha mendorongkan anggota-anggotanya untuk mematuhi dan melakukan kebaikan berasaskan nilai-nilai sosial. Oleh itu terdapat nilai-nilai yang dianggap universal, iaitu yang diterima dan dipupuk dalam semua masyarakat. Misalnya, nilainilai sosial dalam menjaga kebersihan, hormat menghormati, amanah, ikhlas dan sebagainya. Nilai-nilai itu menjadi teras tradisi budaya yang dditerima oleh semua masyarakat di dunia ini. Cuma yang membezakan antara satu budaya dengan satu budaya yang lain ialah dari segi amalan dan ukuran nilai itu. Amalan/perlakuan anggota-anggota masyarakat bagi mengisi nilainilai sosial itu terdapat perbezaan antara satu dengan yang lain yang berasaskan kedudukan tradisi budaya yang diwarisi. Agama memainkan peranan penting dalam membina dan memupuk nilai-nilai universal itu. Budaya Melayu dan Nilai-nilai Islam Islam adalah teras kepada budaya Melayu. Orang-orang Melayu sentiasa merujuk kepada ajaran Islam apabila mereka menghadapi permasalahan. Misalnya, dalam pertembungan dengan berbagai-bagai unsur budaya yang dibawa dari luar, bagi menentukan dapat diterima atau tidak mereka merujuk kepada ajaran Islam. Malahan, mereka juga sentiasa menilai kembali unsurunsur budaya warisan dari segi kesesuaiannya dengan ajaran Islam. Mereka meletakkan ajaran Islam sebagai landasan dalam menentukan perjalanan hidup mereka.

Walau bagaimanapun, ilmu pengetahuan tentang Islam itu kian meningkat. Itulah dikatakan orang-orang Melayu itu sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan ilmu Islam. Proses Islamisasi yang berlaku sepanjang masa itu membolehkan orang-orang Melayu memperbaiki dan menyesuaikan perlakuan dalam kehidupan mereka dengan ajaran Islam. Dalam perkembangan budaya Melayu, tradisi budaya Melayu/ peradaban Melayu itu telah melalui beberapa tahap perubahan. Setiap tahap perubahan itu bermakna orang-orang Melayu melakukan proses penyesuaian antara tradisi dengan sesuatu yang baru itu. Apabila orang Melayu bertembung dengan pengaruh budaya asing, maka berlaku proses difusi budaya. Penerimaan pengaruh budaya asing sentiasa disesuaikan dengan kehendak-kehendak tradisi. Mengikut sejarah budaya Melayu, pengaruh peradaban dari India telah mempengaruhi kehidupan orang Melayu sebelum kedatangan Islam. Walaupun pengaruh budaya asing didapati sangat ketara, tetapi orang-orang Melayu berusaha mempertahankan tradisi. Apabila orang-orang Melayu menerima Islam, proses penyesuaian antara tradisi dengan ajaran Islam itu mengambil masa yang lama. Proses islamisasi itu berlaku secara berterusan. Kedatangan pengaruh barat itu juga disesuaikan dengan kehendak-kehendak ajaran Islam. Nilai-nilai Islam Islam itu agama Masyarakat yang melaluinya itu mempertahankan Islam. universal, yang berkembang luas merentasi berbagai bangsa dan budaya. menerima Islam itu tetap mempertahankan tradisi budaya tempatan, yang dapat menyatakan jatidiri tradisi budaya itu. Masyarakat Melayu tradisi budayanya asalkan tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak

Islam itu diturunkan lengkap dengan peraturan/hukum hakam yang merangkumi keseluruhan kehidupan ummah Islam. Islam telah menetapkan nilai-nilai sosial yang perlu diikuti dan dipatuhi. Ketetapan itu meliputi dalam membina keharmonian hubungan manusia sesama manusia dan alam sekitar. Tidak mematuhi nilai-nilai yang ditetapkan itu akan dikenakan tekanan, dosa dan pahala. Nilai-nilai yang telah ditetapkan dalam Islam itu merupakan ketetapan, namun dalam mempengaruhi perlakuan/tindakan itu adalah mengikut tradisi budaya masing-masing. Misalnya, Islam telah menetapkan nilai-nilai dalam menjaga aurat. Maka bagi menentukan cara atau kaedah untuk memenuhi nilai-nilai itu adalah berasaskan kepada budaya tradisi. Orangorang Melayu mempunyai tradisi pakaian mereka tersendiri sebagai menyatakan jatidiri pakaian Melayu. Nilai-nilai Islam itu telah ditetapkan oleh al-Quran dan Hadith, yang tidak lagi merupakan masalah dan persoalan. Adakala timbul persoalan memberi makna atau pengertian selaras dengan kepentingan hidup moden. Kelompok-kelompok Sosial dan Sub-budaya Adakala nilai-nilai sosial itu berbeza antara satu kelompok sosial dengan satu kelompok sosial yang lain, atau satu sub-budaya dengan satu sub-buddaya yang lain. Kelompok-kelompok sosial itu berasaskan: kedaerahan, jantina, generasi dan kelas sosial. Walau bagaimanapun, sebagai suatu masyarakat, maka perbezaan itu masih dalam lingkungan sebagai tradisi budaya yang

sama. Perbezaan itu tidak menunjukkan suatu yang amat jauh berbeza di antara kelompokkelompok sosial atau sub-budaya itu. Kelompok-kelompok sosial dalam masyarakat saling berhubung dan bekerjasama. Anggotaanggotanya masih berkongsi nilai-nilai yang sama. Melalui hubungan sosial, anggota-anggota masyarakat menyedari nilai-nilai sosial dominan. Misalnya, orang-orang muda mempunyai pandangan hidup dan nilai-nilai sosial yang tersendiri, tetapi apabila mereka meningkat dewasa, mereka berusaha mempertahankan nilai-nilai sosial yang dominan. Konflik Nilai Apabila terdapat banyak saluran yang memupuk dan menyebarkan nilai-nilai sosial dalam masyarakat, maka kerapkali pula berlaku konflik atau percanggahan nilai antara satu pihak dengan satu pihak yang lain. Dalam masyarakat Melayu yang pesat mengalami pembangunan, yang membawa kepada perubahan, maka terdapat penyebaran nilai-nilai moden yang tidak selaras dengan nilai-nilai tradisi. Keadaan ini boleh menimbulkan konflik nilai. Sebagai contoh, penyebaran bahan-bahan budaya yang dibawa dari luar adakala bercanggah dengan nilai-nilai tradisi dan nilai-nilai Islam. Adakala perbezaan generasi, antara orang-orang muda dengan orang tua, mempunyai nilai-nilai yang berbeza, antara satu dengan yang lain. Oleh itu, konflik nilai boleh timbul di antara generasi yang berbeza itu. Kelompok kanak-kanak selalu menghadapi masalah dalam menerima nilai-nilai sosial yang berbagai yang adakala menimbulkan konflik antara satu saluran dengan saluran yang lain. Konflik nilai itu selalunya tidak membawa kepada permasalahan sosial. Anggota-anggota masyarakat berusaha mencari keseimbangan dan keharmonian. Nilai-nilai Sosial Itu Ditentukan Mengikut Kesesuaian Peraturan Kedudukan sesuatu nilai sosial itu tidak terpisah daripada suasana yang terlibat, misalnya masa dan tempat. Sesuatu itu dianggap baik pada suatu ketika dan sebaliknya pada waktu lain. Misalnya, perlakuan membunuh itu sangat dipandang berat dan dikenakan hukuman berat pada orang yang melakukannya. Tetapi semasa perang, membunuh musuh itu dianggap sangat baik, yang diberikan pujian dan penghormatan. Ukuran nilai yang diberikan itu merupakan pengesahan yang dikongsi bersama, bersesuaian dengan kepentingan dan keperluan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Walau bagaimanapun, nilai-nilai sosial itu juga boleh berubah apabila masa berlalu. Sesuatu yang dipandang tinggi dan dihormati pada suatu masa itu, akan dipandang rendah pada masa yang lain. Begitu juga, sesuatu itu dilarang atau dipandang rendah pada sesuatu masa, akan diberikan nilai yang tinggi pada masa dan tempat yang berlainan. Anggota-anggota masyarakat yang terdedah kepada perubahan itu, boleh mengalami perubahan. Keadaan itu turut mempengaruhi nilai-nilai sosial. Hubungan Sosial

Masyarakat Melayu tradisional sangat menekankan ikatan atau hubungan yang erat di kalangan anggota-anggota kelompok. Mereka membina dan tinggal di kampung. Konsep kampung itu membawa pengertian yang mendalam tentang kepentingan hubungan sosial, berkampung. Mereka memupuk nilai-nilai sosial, berasaskan kepada kelompok orang kita. Ikatan kekitaan itu dapat diteliti kepada berbagai tindakan yang mereka lakukan. Mereka menyedari bahawa mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka menyedari bahawa sebagai anggota kelompok yang erat hubungan sosial, mereka dapat membina kepentingan bersama. Mereka saling mengenali, tinggal bersama dalam jangka masa yang lama, membolehkan mereka dapat mengenali dan membina ikatan sosial yang mendalam. Hubungan sosial yang tidak formal, bersemuka dan saling mengenali itu menyebabkan ikatan sosial dapat dijalin dengan erat. Selain itu kehidupan mereka yang seragam (homogenous) dapat membina minat dan kepentingan yang sama. Ikatan/hubungan sosial dalam kelompok itu juga diperkukuhkan oleh ikatan kejiranan. Konsep kejiranan itu menerangkan, mereka mewarisi adat berjiran mengambil tahu antara satu sama lain dan sentiasa bekerjasama/ bergotong-royong. Rasa kekitaan yang dibina dalam kelompok itu sangat kuat, iaitu rasa kekitaan sebagai orang kita dalam keluarga, orang kita yang tinggal setempat dan orang kita yang mempunyai kepentingan bersama. Kekuatan ikatan sosial dalam kelompok kekitaan itu dapat mengurangkan tekanan ego kepada individu. Nilai-nilai yang dipupuk demikian, maka orang Melayu memandang rendah kepada seseorang yang memperagakan diri atau selalu mengangkatkan diri. Nilai-nilai dipupuk demikian itu juga menjadikan individu-individu itu merasa rendah diri. Ikatan Kekeluargaan Ikatan sosial yang erat, baik di kalangan anggota-anggota kelompok mahupun anggota-anggota keluarga sangat dititikberatkan oleh ajaran Islam. Ikatan yang merupakan hubungan siratulrahim itu merupakan suatu kewajipan kepada semua orang Islam. Setiap orang menyedari peranan dan tanggungjawab dalam keluarga, mengikut kedudukan dan hubungan di kalangan mereka. Begitu juga tentang kesedaran kedudukan atau tempat dalam ruang keluarga itu. Anggota-anggota keluarga berusaha menjaga nama baik keluarga. Oleh itu, mereka sentiasa mengambil tahu dan mengawasi antara satu dengan yang lain. Seorang anggota keluarga melakukan penyelewengan, maka dengan itu menjejaskan kedudukan nama keluarga. Setiap orang menyedari peranan untuk menjaga nama baik keluarga. Bagi menyatakan hubungan erat dalam keluarga, mereka mempunyai nama panggilan, yang menerangkan kedudukannya dalam keluarga. Panggilan itu turut terbawa-bawa kepada seluruh anggota kelompok. Anak-anak sentiasa menghormamti dan memberikan taatsetia kepada ibu bapa. Ajaran Islam sangat menekankan anak-anak sentiasa menghormati atau tidak boleh membelakangkan ibu. Tidak berbuat demikian atau derhaka kepada ibu bapa dipercayai orang itu tidak diberkati atau akan menerima pembalasan yang sangat berat.

Nilai-nilai yang dipupuk dalam hubungan di kalangan anggota-anggota keluarga itu, adalah selaras dengan nilai-nilai yang dipupuk dalam memperkukuhkan ikatan sosisal dalam kelompok. Orang-orang muda sentiasa menghormati orang tua. Dan orang tua itu pula hendaklah sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada orang-orang muda. Ikatan sosial itu terjalin melalui perlakuan-perlakuan yang menyatakan kasih sayang antara seorang dengan seorang yang lain. Ikatan kekeluargaan itu berpanjangan dan tidak putus atau berakhir. Apabila ibu bapa telah meningkat tua, maka anak-anak tetap menjaga mereka. Pemilihan Pasangan Dalam Perkahwinan Dalam memilih pasangan perkahwinan, orang-orang Melayu mempunyai ukuran nilai sendiri. Dalam perkara ini, bukan sahaja melibatkan nilai-nilai yang diberikan dalam ajaran Islam, tetapi didapati pengaruh tradisi budaya itu sangat jelas. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan jodoh atau pasangan anak mereka. Perkara itu mempunyai nilai-nilai tertentu yang menjadi pertimbangan mereka. Misalnya, bagi mencari keharmonian dan kesetabilan pasangan yang berkahwin itu tidak dapat dipisahkan daripada hubungan ibu bapa, mertua dan besan dalam konteks ikatan sosial. Apabila masyarakat Melayu telah mengalami perubahan, maka nilai-nilai tradisi itu turut berubah, tetapi disesuaikan dengan keperluan-keperluan baru. Sebagai contoh, orang-orang muda yang berpindah bekerja di bandar, mereka turut mengalami perubahan nilai. Orang-orang muda itu sendiri yang menentukan pemilihan pasangan dan mereka mempunyai ukuran nilai tersendiri. Mereka menilai keharmonian itu tidak sangat ditentukan oleh hubungan sosial di kalangan orang-orang tua. Tradisi dan Perubahan dalam Ikatan Kekeluargaan dan Kelompok Beberapa perkara telah menjejas ikatan/hubungan sosial yang erat sebagaimana dalam masyarakat Melayu tradisional; Perpindahan orang-orang muda bekerja di tempat lain. Pembangunan dan proses urbanisasi telah membawa perubahah kepada gaya hidup. Nilai-nilai yang mementingkan diri dan kekayaan. Kehidupan menampakkan tidak lagi keseragaman, tetapi keragaman. Apabila mereka tidak tinggal setempat maka hubungan sosial itu tidak lagi sebegitu kukuh sebagaimana dalam suasana mereka tinggal setempat. Suasana hidup di bandar agak berbeza daripada di kampung. Misalnya, hubungan kejiranan di bandar tidak sebegitu kuat sebagaimana di kampung. Walau bagaimanapun, kepesatan perubahan yang dilalui orang-orang Melayu itu tidak dapat dianggap mereka meninggalkan nilai-nilai tradisi. Perubahan itu berlaku pada perkara-perkara tertentu, tetapi nilai-nilai asas yang berteraskan kepada ajaran Islam tetap dipertahankan.

Malahan perpindahan orang-orang Mealyu ke bandar tidak bermakna mereka berusaha menerima atau dipengaruhi nilai-nilai baru yang berkembang di bandar. Mereka turut membawa dan cuba dipertahankan amalan tradisi itu dalam kehidupan mereka di bandar. Misalnya, nilainilai yang mengeratkan hubungan kekeluargaan dan ikatan sosial sebagaimana yang diperkukuhkan oleh ajaran Islam, tetap mereka pertahankan. Nilai-nilai Sosial dan Gender Kedudukan lelaki dan wanita bukan sahaja dibezakan oleh kejadian fisikal meeka, tetapi juga diberikan nilai-nilai yang berbeza oleh budaya. Ajaran Islam telah menerangkan dengan jelas kedudukan lelaki dan wanita. Di sisi Allah lelaki dan wanita itu adlaah sama. Tetapi Islam telah memberikan garis perbezaan kedudukan dalam peranan dan tanggungjawab tertentu: lelaki sebagai suami dan bapa bertanggungjawab dalam menjaga nafkah keluarga, dan isteri/ibu mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu. Orang-orang Melayu memupuk nilai-nilai sosial kedudukan lelaki dan wanita itu berbeza berasaskan kepada tradisi buddaya yang mereka warisi. Antaranya, peranan wanita dalam rumahtangga, seperti memasak, membasuh, menjaga anak dan sebagainya. Wanita tidak digalakkan dalam berbagai kegiatan di luar rumah. Wanita itu juga sangat dititikberatkan tentang moral dan akhlak berbanding dengan lelaki. Walaupun kini wanita telah berjaya dalam berbagai bidang, bersaing dengan lelaki, tetapi wanita masih dipengaruhi nilai-nilai budaya tradisi. Selain itu, pengaruh perjuangan wanita di barat tidak banyak mempengaruhi wanita Melayu. Nilai-nilai yang dipupuk oleh ajaran Islam tetap kukuh dalam mempertahankan prinsip-prinsip menentukan kedudukan lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, wanita Melayu telah terlibat dalam berbagai bidang dan lapangan. Perubahan yang berlaku itu tidak bermakna kedudukan wanita itu dianggap sama sebagaimana lelaki. Penyebaran Nilai-nilai Sosial Dengan memupuk nilai-nilai sosial yang sewajarnya, ibu bapa mengharapkan anak-anak dapat diterima dan menyesuaikan diri dengan anggota-anggota masyarakat keliling. Anak-anak yang baik itu dengan sendirinya menyatakan ibu bapa telah berjaya mendidik anak-anak. Tetapi sebaliknya, apabila dikatakan anak-anak itu kurang ajar maka akan turut menjejaskan kedudukan ibu bapa. Oleh itu adalah menjadi harapan ibu bapa mendidik anak-anak agar menjadi orang. Anak-anak yang berpelakuan buruk itu turut menjejaskan kedudukan keluarga mereka. Kini dengan pembangunan pesat yang dilalui orang-orang Melayu, proses modenisasi dan urbanisasi turut membawa nilai-nilai sosial baru. Proses globalisasi, membawa penyebaran unsur-unsur budaya barat yang kian meluas bermakna turut menyalurkan niali-nilai mereka itu ke negara lain. Penyebaran nilai-nilai sosial yang berlaku secara global itu boleh membawa kesan kepada nilainilai sosial tradisi orang-orang Melayu. Adakala nilai-nilai yang dibawa itu bercanggah dengan nilai-nilai tempatan. Perkara ini telah lama menimbulkan kebimbangan kepada orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu kini kian terdedah kepada berbagai nilai-nilai sosial yang dibawa dari luar itu.

Dalam perkembangan itu, Islam merupakan benteng utama kepada orang-orang Melayu bagi mempertahankan nilai-nilai tradisi. Di samping pesatnya proses globalisasi, kesedaran untuk mempertahankan tradisi budaya tidak dinafikan. Nilai-nilai Ekonomi Kegiatan ekonomi itu dipengaruhi perkara-perkara yang berkaitan dengan faktor bukan ekonomi, terutama nilai-nilai sosial dan world-view. Pekerjaan: Pekerjaan itu bukan sahaja merupakan daya usaha untuk mendapatkan nafkah dan seterusnya untuk hidup, tetapi turut dipengaruhi berbagai-bagai perkara. Pekerjaan sebagai usaha mendapatkan rezeki adalah selaras dengan kehendak-kehendak Islam rezeki itu hendaklah bersih, dan dibersihkan dengan mengeluarkan zat. Pemilihan pekerjaan dan nilai-nilai sosial yang diberikan terhadap pekerjaan itu melibatkan nilai-nilai sosial sebagaimana yang dibina dalam tradisi budaya. Beberapa perkara selalu diberikan perhatian oleh orang-orang Melayu kuasa, kedudukan sosial, gaya hidup, kemudahan kerja, ganjaran persaraan, jaminan pekerjaan dan keselesaan kerja. Sejak pemerintahan kolonial, orang-orang Melayu memandang tinggi pekerjaan makan gaji dengan kerajaan. Keutamaan dalam pekerjaan itu kepada orang-orang Melayu bukan sahaja ditentukan oleh pendapatan atau pulangan kewangan. Pemilihan pekerjaan itu adalah berasaskan kepada nilai-nilai sosial. Kini, apabila suasana ekonomi telah berubah, orang-orang Melayu turut melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan pembuatan. Nilai-nilai sosial yang berubah itu kini lebih mementingkan kepada pulangan pendapatan, bukan lagi kerja makan gaji dengan kerajaan. Orang-orang Melayu telah melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi perdagangan, maritim semasa kerajaan Melayu tradisi dahulu. Apabila kedatangan pemerintah kolonial, tekanan dikenakan, yang menghindar minat orang Melayu dalam kegiatan itu. Ini membuktikan bahawa orang Melayu boleh berjaya dalam bidang itu apabila diberikan peluang. Nilai-nilai Sosial: Kekayaan dan Harta Image/gambaran tentang orang-orang Melayu selalunya dikaitkan dengan masalah kemiskinan. Pegawai-pegawai kolonial British selalu menganggap orang Melayu itu malas, tiada inisiatif, tetapi suka berpoya-poya. Dalam keadaan itu, orang-orang Melayu sangat jauh ketinggalan dalam ekonomi berbanding dengan orang-orang bukan Melayu. Berbagai-bagai faktor bukan ekonomi, yang melibatkan nilai dan sikap orang Melayu sendiri yang menyebabkan mereka lemah dalam ekonomi. Kemiskinan mereka itu selalu dikaitkan dengan tradisi budaya mereka, yang tidak mendorongkan mereka untuk maju. Terdapat pandangan sarjana barat yang membincangkan masalah kelemahan orang Melayu itu berasaskan kepada faktor-faktor bukan ekonomi seperti berikut: Kepercayaan kepada konsep rezeki, nasib dan takdir yang menyebabkan mereka tidak mempunyai usaha untuk meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.

Menganggap harta itu suatu maslaah, harta itu dianggap sebagai sesuatu yang boleh membawa kemusnahan dan permasalahan kepada seseorang. Tidak mahu mengubah tradisi. Misalnya, mereka mengutamakan tinggal dalam kelompok hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, mereka berpendapat lebih baik di negeri sendiri. Kurang dorongan untuk mencuba sesuatu yang baru yang boleh membawa perubahan kedudukan ekonomi. Faktor-faktor yang pernah dikemukakan itu selalunya merupakan sebab musabab yang dikaitkan bagi memberikan rasional tentang kelemahan ekonomi orang-orang Melayu. Adakala sarjana barat itu cuba mengaitkan dengan agama Islam sebagai penghalang kepada kemajuan ekonomi orang-orang Melayu. Sedangkan perkara ini boleh dibincangkan dengan mendalam. Islam mendorongkan ummah supaya berusaha untuk meningkatkan kekayaan. Islam bencikan kemiskinan kemiskinan itu boleh menggugat keimanan. Kekayaan itu membolehkan orangorang Islam berkedudukan yang tinggi. Peradaban Islam yang tinggi itu adalah didorongkan oleh pencapaian ekonomi orang-orang Islam. Kekayaan itu dapat memberikan berbagai kemudahan untuk melakukan kekayaan. Tentang rezeki dan nasib itu adakala kurang tepat dalam memberikan pengertian menyebabkan seseorang itu kurang dorongan untuk meningkatkan kegiatan ekonomi. Masalah kemiskinan orang Melayu itu boleh dibincangkan dari berbagai pendekatan. Budaya kerja mereka tidak memberikan mereka kekuatan untuk meningkatkan ekonomi. Mereka rajin bekerja, tetapi kurang pandai bekerja. Walau bagaimanapun, perbincangan tentang perkara ini telah banyak diperkatakan oleh orang ramai. Kepercayaan warisan, misalnya berkaitan dengan pantang larang dan petua tradisi itujuga dapat dianggap mempunyai kesan terhadap kedudukan ekonomi orang Melayu. Umumnya, orang-orang Melayu tidak menolak kekayaan, malah telah berubah nilai-nilai sosial. Mereka berusaha untuk mengubah kehidupan mereka. Mobiliti/untuk memperbaiki melalui pendidikan. Perpidnahan orang-orang muda mencari pekerjaan di bandar. Perubahan nilai, turut memberikan peluang kepada anak-anak perempuan seperti anak-anak lelaki. Menerima dan terlibat dalam berbagai rancangan pembangunan kerajaan. Turut berusaha dalam berbagai-bagai bidang misalnya dunia koporat. Bersaing dengan kumpulan-kumpulan ethnik bukan Melayu. Berubah gaya hidup. Orang-orang Melayu mahukan kekayaan, misalnya mereka mahukan kekayaan yang cepat seperti terlibat dalam skim cepat kaya, yang membawa kepada penipuan. Susunlapis Sosial dan Kepimpinan Penyusunan sosial ditentukan oleh nilai-nilai sosial yang dibina dan dipupuk oleh anggotaanggota masyarakat. Terdapat berbagai-bagai faktor yang menentukan kedudukan seseorang

dalam suatu stesyen hidup yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial itu. Nilai-nilai sosial itu dapat mendorongkan anggota-anggota masyarakat untuk mencapainya. Kedudukan sosial yang tinggi itu dihormati dan disanjung oleh orang ramai. Dalam masyarakat Melayu tradisional terdapat beberapa faktor yang menentukan kedudukan sosial itu. Berasaskan Umur. Ilmu Kebolehan dan Peribadi/perlakuan. Kekayaan. darah keagamaan keahlian yang dalam sesuatu keturunan. tinggi. bidang.

Walau bagaimanapun dalam masyarakat Melayu tradisional itu, pergerakan/mobiliti sosial dalam ruang sosial sangat terbatas, yang dipengaruhi darah keturunan/ascribed. Dalam masyarakat Melayu moden, yang lebih terbuka dan dipengaruhi berbagai-bagai nilai sosial yang dibawa dari luar, maka faktor-faktor yang menentukan kedudukan seseorang itu dalam ruang sosial turut mengalami perubahan. Faktor keturunan tidak lagi begitu dominan. Orang biasa juga turut berpeluang untuk memperbaiki kedudukan sosial. Mobiliti dalam ruang sosial itu didapati lebih terbuka. Antara faktor-faktor penting dalam menentukan kedudukan sosial dalam masyarakat Melayu kini adalah seperti berikut: Pendidikan Kebolehan Kekayaan Pekerjaan Keagamaan Peribadi/perlakuan dan keahlian

Anggota-anggota masyarakat berusaha mencapai kedudukan sosial yang baik, kerana dengan itu juga menyatakan pencapaian seseorang dalam hidup. Pemimpin ialah orang yang dapat memainkan peranan dalam memberikan kepimpinan, seperti memberikan nasihat, bimbingan, dan membawa pengikut-pengikut atau anak buahnya kepada kehidupan yang lebih baik. Kepimpinan itu bermula dalam keluarga dan kemudian di kalangan kekerabatan, sebelum terlibat kepimpinan di kalangan anggota-anggota kelompok dan seterusnya masyarakat. Terdapat dua kumpulan pemimpin, iaitu pemimpin rasmi/formal yang dilantik diberikan kuasa oleh pihak pemerintah, dan pemimpin tidak rasmi/formal yang diberikan pengesahan oleh anggota-anggota kelompok atas dasar-dasar tertentu. Dalam menentukan pemimpin itu, nilainilai sosial sebagai mana yang telah diterangkan tentang kedudukan sosial itu sangat penting menjadi pertimbangan. Sebagai pemimpin yang berkesan, adalah berasaskan kepada sejauhmana pemimpin itu dapat memenuhi jangkaan peranan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, pemimpin-pemimpin di peringkat kampung adalah seperti berikut: Pemimpin rasmi yang dilantik oleh golongan pemerintah, iaitu penghulu dan imam.

Pemimpin tidak rasmi Orang-orang yang ahli dalam agama seperti guru agama. Orang-orang yang ahli dalam magis seperti bomoh, dukun. Orang tua dalam keluarga. Apabila masyarakat Melayu mengalami perubahan terdapat pemimpin-pemimpin baru di peringkat kampung, seperti guru, pegawai-pegawai kerajaan, orang kaya, orang politik dan seumpamanya. Kepimpinan di peringkat yang lebih luas, perlu dilihat dalam konteks penyusunan politik. Dalam masyarakat Melayu tradisional, kedudukan golongan memerintah dan rakyat jelata ditentukan oleh keturunan darah. Raja mempunyai kuasa yang mutlak. Hubungan raja dan golongan memerintah dengan rakyat itu melibatkan nilai-nilai sosial. Nilai-nilai sosial yang terbina antara golongan memerintah dan rakyat. Taatsetia pembesar dan rakyat Konsep daulat Keistimewaan raja darah keturunan, Gaya hidup raja kuasa dan kekayaan. kepada kuasa, raja yang memerintah. dan derhaka. ilmu, kebolehan dan sebagainya.

Hubungan raja dan rakyat itu memerlukan keharmonian dan kesetabilan. Islam sebagai teras atau asas tradisi budaya Melayu itu, secara simbolis apabila seorang raja itu ditabalkan maka ia berjanji dengan berpegang kepada ajaran al-Quran untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna. Rakyat memberikan taatsetia kepada pemimpin. Pemimpin juga menyedari tanggungjawab dan peranannya. Seorang rakyat yang engkar kepada suruhan raja bermakna ia derhaka. Tetapi raja yang zalim, tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna akan dikenakan pembalasan sewajarnya oleh Allah. Nilai-nilai sosial dan world-view itu sangat penting dalam menjamin keharmonian dan kesetabilan sosial.

Anda mungkin juga menyukai