Anda di halaman 1dari 4

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya.

Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain.

1. Adakah anda tahu ada berapa jenis etnik dan kaum di Malaysia ?
Bolehkan anda menyenaraikan 2 kaum yang paling anda kenali
termasuk kaum diri anda?
Saya rasa lebih daripada 15 kaum dan etnik di Malaysia.
Kaum Cina, dan Kaum Iban.

Kenapa memilih
2. Berapa jauhkah anda memahami kaum anda dalam pelbagai
aspek seperti adat, pakaian, hari-hari perayaan dan kepercayaan?
Terdapat banyak hari perayaan yang disambut oleh kaum Cina seperti
Tahun Baru Cina, Mooncake festival, Tomb-sweeping festival dan
sebagainya. Kaum Cina suka pakaian yang berwarna merah dengan
corakan naga di atasnya kerana mereka mempercayai naga adalah
penjaga mereka. Mereka biasanya akan memakai pakaian Cheongsam
yang merah pada perayaan tersebut. Bagi peringatan, semasa masa
Tomb-sweeping festival, kaum Cina tidah digalakkan memakai pakaian
yang merah kerana mereka mempercayai hantu suka warna merah
dan mereka akan mengikuti sesiapa yang berbaju merah pada masa
itu serta akan membahayakan nyawa orang tersebut demi mencari
pergantian mereka ADAT sebelum tahun baru kita buang segala
barang lama tua bukan sahaja fizikal tetapi dari segi fikiran apa fikiran
dan pengalaman lama yang tidak baik sakit hati membawa tuah
kurang baik akan dibuang dalam hari itu. Bagaimanapun mereka
dilarang menyapu rumah pada tahun baru cina kerana ia dipercayai
akan menghalau tuah.

Masyarakat CINA juga akan PAKAI pakaian baru pada hari


berkenaan sebagai simbolik permulaan tahun baru pada Tahun Baru
Cina, masyarakat Cina akan mengelak daripada bercakap kasar atau
kesat kerana ia dipercayai membawa malang.

"Biasanya budah nakal ahli keluarga tidak akan marah atau kalau
budak buat salah supaya mungkin budak pecah gelas ibu bapa
mungkin cakap pecah itu tanda bagus untuk mencantikkan keadaan
yang kurang baik hari itu semua cakap baik sahaja." katanya lagi.
Antara pantang-larang lain yang diamalkan adalah tidak memakai
warna hitam atau putih yang merupakan warna berkabung.
3. Selain daripada aspek-aspek yang dinyatakan, saya juga
berminat tentang latar belakang kaum Cina. Seperti yang saya
tahu, kebanyakkan nenek moyang bagi kaum cina adalah berasal
dari china. Boleh anda menceritakan juga sedikit tentang latar
belakang etnik anda?
Masyarakat Cina di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, iaitu
masyarakat Cina Hokkien, Kantonis, Hailam, Teochew dan fu zhou. Kajian yang
dilakukan mendapati bahawa tidak banyak perbezaan dalam kebudayaan,
kepercayaan dan budaya yang diamalkan. Etnik Cina lebih dibezakan melalui
dialek pertuturan mereka dan terdapat juga sedikit keistimewaan bagi setiap etnik
ini yang membezakan mereka antaranya ialah masyarakat Hokkien
asyarakat Cina Hokkien yang berasal dari Fujian telah datang ke Tanah
Melayu sejak abad ke-15. Terdapat pelbagai faktor penarik yang menyebabkan
mereka datang untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka membawa bersama
kebudayaan, kepercayaan dan bahasa mereka ke Tanah Melayu.

Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, mereka


mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat
dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di
bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit dan Miri
4. kaum Iban merupakan kaum yang terbesar di sarawak . Bolehkah
anda berbincang sedikit tentang pelbagai aspek dan latar
belakang bagi kaum ini.

Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat


,pantang-larang, tolak-ansur (toleransi), dan berteraskan perhubungan
persaudaraan yang erat antara satu sama lain.Kebanyakan masyarakat iban pada
hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama
masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi
lambang tradisi masyarakat Iban.

Kaum iban menyambut perayaan yang di kenali sebagai perayaan hari


Gawai. Perayaan ini disambut setiap tahun iaitu pada 1 dan 2 jun. Perayaan
ini disambut sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi. Perayaan ini
dianggap bermula apabila masyarakat Iban berkumpul di serambi umum
rumah panjang di mana terletaknya ranyai iaitu pokok istiadat. Pada hari
perayaan, kaum Iban akan mengenakan pakaian tradisional yang diperbuat
daripada manik-manik yang diwarisi turun-temurun. Hari gawai disambut
dengan meriah di kampung-kampung mahupun bandar-bandar. Pada hari
tersebut mereka akan berkumpul dan bersukaria di samping pelbagai
makanan tradisional. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perayaan,
contohnya, persembahan tari-menari, meminum arak beras atau dikenali
sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang menghiburkan. Pada perayaan
tersebut juga kaum Iban akan menyembahkan makanan dan arak kepada
dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas hasil tuaian
yang baik. Upacara penyembahan ini perlu mengikut adat iaitu wakil
masyarakat Iban akan membacakan mantera dan seterusnya darah ayam
akan direnjiskan pada persembahan tersebut. sejak zaman dahulu sehingga ke
hari ini, masyarakat Iban di kawasan penyelidikan ini masih mengamalkan kediaman di
rumah panjang. . Sebuah rumah panjang mempunyai seorang ketua yang dikenali
sebagai Tuai Rumah atau Ketua Kampung. Tuai Rumah adalah bertanggungjawab
untuk menentukan kelancaran dan kejayaan dalam mentadbir pelbagai kegiatan
seharian yang dijalankan di sesebuah rumah panjang itu. Selain itu, Tuai Rumah
berperanan penting bagi menguatkuasakan adat dan peraturan rumah panjang, dan
menjadi pemimpin utama dalam usaha menyelesaikan sebarang permasalahan yang
timbul dalam kalangan rakyatnya yang dipimpin beliau, sekiranya berlaku salah faham
antara penghuni di rumah panjang itu.

5. Di antara kaum-kaum yang anda nyatakan, cuba anda huraikan


persamaan bagi aspek adat resam .

Cina terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya mereka tidak
dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami
kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat
dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Di samping itu mereka
juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin.

Iban mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka dilarang
memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang
berterusan semasa melahirkan anak. Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau
atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara


kita akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan
secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Implikasi
kepelbagaian sosio-budaya ini melibatkan murid, guru,sekolah dan kurikulum
tersirat .

Di dalam bilik darjah, para guru berdepan dengan murid yang


terdiri daripada pelbagai ras, etnik dan budaya yang tersendiri
dan berbeza-beza. Setiap murid juga berbeza antara satu sama
lain dari aspek komunikasi, latar belakang keluarga dan dan tahap
ekonomi. Kepelbagaian yang wujud antara murid ini perlu dikaji
dan difahami dengan sebaiknya oleh seorang guru agar dapat
membantu guru memahami gaya pembelajaran setiap murid
melalui penggunaan strategi pengajaran yang lebih berkesan.
6. Bolehkah ada memberi beberapa contoh tentang kesan ini dan
selepasnya menerangkan cara anda sebagai seorang bakal guru
untuk mengatasi masalah ini?

Terdapat masalah perhinaan antara kaum-kaum. Peristiwa ini telah


berlaku sejak abad awal-awal lagi, ia telah mengakibatkan keamanan dan
keselamatan hidup kaum-kaum Malaysia yang banyak ini. Dalam kawasan
sekolah, pelajar hanya berkumpul dengan kaum diri sendiri dan tidak
berkaum dengan kaum yang lain. Ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak
dapat berkaum dengan kaum yang lain dan peluang demi memahami
adat istiadat mereka dan menghormati mereka.

berpendapat seseorang guru itu hendaklah mengendalikan kelas dengan adil


supaya murid dapat bergaul dan berinteraksi dengan sihat
Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua
kepercayaan, nilai dan agama murid. Di dalam aktiviti yang dirancang itu mestilah
diselitkan dengan nilai-nilai murni dan unsur-unsur perpaduan. Murid boleh diberi
peluang untuk melibatkan diri di dalam setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka
dapat menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran.
Sebagai bakal guru, saya seharuslah menggabungkan setiap kaum dalam
aktiviti berkumpulan dan memberi peluang bagi mereka untuk
berkomunikasi antara satu sama lain saling hormat-menghormati. Saya
juga akan memberi peluang kepada setiap kaum pelajar boleh
mengkosingkan pengetahuan tentang kaum atau budaya diri sendiri
melalui aktiviti pengajaran anda. Oleh itu, semua kaum pelajar boleh
mempelajari dari sesi perkongsian ini.

Anda mungkin juga menyukai