Anda di halaman 1dari 19

BUDAYA DAN FUNGSINYA DALAM MASYARAKAT

PENGENALAN Seorang manusia itu dari segi biologinya tidak banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Hal ini juga telah mendorong Darwin dan para penyokong evolusi lain mengemukakan teori bahawa manusia berkembang daripada haiwan, dan haiwan adalah moyang manusia. (seperti gambar di bawah). Walaubagaimanapun telah terbukti bahawa teori tersebut ternyata salah. Perbezaan terbesar di antara seorang manusia dan seekor haiwan ialah manusia mempunyai jiwa dan haiwan tidak. Manusia mempunyai kesedaran: mereka berfikir, bercakap dan meluahkan pandangan mereka, membuat keputusan, berperasaan, meningkatkan citarasa, mengenali seni, melukis, menyanyi dan penuh dengan perasaan cinta dan nilai-nilai murni. Semua kemampuan ini berpaksi kepada jiwa manusia. Haiwan tidak mempunyai jiwa (atau roh). Tiada makhluk selain manusia yang mempunyai sifat unik ini. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pembelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan. Maka dengan kelebihankelebihan manusia yang dicipta Allah ini lahirlah budaya dan tamadun dalam kelompok manusia tersebut.

Definisi : i) Budaya: Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan. ii) Fungsi: Fungsi dalam pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan sesuatu tujuan tertentu;peranan, dan menerangkan hubungan variable antara satu dengan yang lain; dan fungsi juga menerangkan jalinan hubungan antara satu hal dengan hal yang lain dalam sistem yang bulat atau sistem yang lebih luas. iii) Masyarakat: Secara umum, masyarakat itu definisikan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. iv) Tamadun: Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan

dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Fungsi budaya dalam masyarakat bertamadun Tamadun mempunyai hubungan yang rapat dengan budaya kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan sesuatu masyarakat yang bertamadun. Masyarakat yang berbudaya tinggi mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri masyarakat bertamadun. Namun begitu terdapat perbezaan antara tamadun dan budaya iaitu pengaruh atau natijah tamadun berkekalan lebih lama dan tamadun mempunyai batas-batas kenegaraan dan wilayah. Prof. Wan Hashim Wan The berpendapat yang membezakan keduanya ialah tahap pencapaian. Budaya lebih umum manakala tamadun merujuk kepada pencapaian yang tinggi dari aspek tertentu dalam budaya.

Fungsi Budaya Dalam Masyarakat di Malaysia Sesutu kebudayaan boleh dilihat melalui nilai dan norma yang merangkumi perkara seperti peraturan-peraturan undang-undang, adat resam, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai-nilai keagamaan dan bersopan santun. Berikut merupakan beberapa fungsi budaya terhadap masyarakat khususnya di Malaysia: (i) (ii) Budaya sebagai simbol perpaduan Budaya sebagai lambang/identiti bangsa

(iii) Budaya sebagai tunjang kesenian.

Budaya sebagai simbol perpaduan Perpaduan merupakan elemen yang paling penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Maka tidak hairanlah pada tahun 1978, kerajaan telah mengumumkan tema Hari Kebangsaan iaitu, "KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN". Logo yang digunakan menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia). Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru seolah-olah bersendi dan bercantum yang mendedahkan perpaduan rakyat. Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan. Ringkasnya logo pada tahun itu memberikan penerangan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang

keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyatnya hidup bersatupadu. Budaya sebagai lambang/identiti bangsa Aspek kebudayaan juga menjadi teras yang patut dipertahankan sebagai asas jati diri bangsa dalam sesebuah masyarakat itu. Dalam hal ini budaya sebagai identiti bangsa boleh dihuraikan dalam beberapa aspek ,iaitu: Budaya dalam perayaan Budaya masyarakat di Malaysia boleh dilihat melalui perayaan-perayaan yang disambut oleh kaum-kaum tertentu. Misalnya orang Melayu yang beragama Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, orang Cina menyambut Tahun Baru Cina dan orang India menyambut Deepavali. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung. Perayaan Tahun Baru Cina pula disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri. Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi 'angpau' kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau' membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina. Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke

rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

Deepavali pula adalah salah satu perayaan yang disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama aippasi pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, rangoli iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah. Budaya dalam kelahiran bayi Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Ia sama bagi masyarakat cina dan juga india. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir

i-

Sewaktu Bersalin

Bagi masyarakat melayu apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua

belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini seperti potong tali pusat,azan atau qamat,membelah mulut dan berpantang. Bagi masyarakat Cina pula mereka perlu menjauhi pantang larang seperti menjaga tingkah laku,digalakkan bekerja ,dilarang memberi nama yang belum lahir dan sebagainya. Masyarakat india pula Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. Masyarakat india hendaklah membisikkan nama Tuhan mereka,potong tali pusat dan menyapu madu. iiSelepas lahir

Bagi masyarakat melayu beberapa adat-adat tertentu perlu dijalankan antaranya tanggal pusat atau cuci lantai dan terdapat barang-barang tertentu yang digunakan untuk menjalankan adat ini. Selain itu adat lain ialah member nama,mencukur jambul,naik buah, jejak tanah dan bersunat manakala bagi masyarakat cina pula golongan ibu hendaklah berpantang dan selain itu menjalankan aktiviti kenduri, mencukur rambut dan memberi nama.Bagi masyarakat india pula adat-adat yang perlu dijalankan ialah membawa bayi pulang ke rumah,mandi selepas bersalin,mendodoi bayi dan memberi nama.

Budaya Pemakaian Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket DiRaja yang antic. Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Apabila munculnya tamadun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Apabila munculnya pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini...

Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas. Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang. Bagi masyarakat Cina pula pakaian cheongsam atau baju panjang yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut. Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakanakan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah. Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

Budaya sebagai tunjang kesenian. Kesenian juga turut menjadi elemen terpenting kepada kebudayaan sesebuah masyarakat sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat itu lebih terserlah dan dikenali ramai. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pebagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat di Malaysia. Kesenian dalam kepelbagaian bangsa yang terdapat di Malaysia telah diakui dunia sebagai unik dan menarik terutamanya seni tari dan seni muzik. Keunikan Tarian Malaysia Jenis Tarian Gambus Bharat Natyam Canggung Baghra Kuda kepang Inang Sumazau Ngajat Kipas Singa Balai Wau Bulan Zapin Negeri/Kaum Perak Semua Negeri (Orang India) Perlis Sikh Johor Melaka Sabah Sarawal Cina Cina Terengganu Kelantan Johor

TARIAN MELAYU Mak Yong Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu

Kuda Kepang Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.

Zapin Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para

mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

Tarian Lilin Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan

Tarian Gamelan Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu

Joget Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.

TARIAN CINA Tarian Singa Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

TARIAN

INDIA

Tarian Bharat Natyam Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan. Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).

Kesimpulan Pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan tradisi kaum-kaum di Malaysia. Kerajaan khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti kebudayaan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk memdedahkan kepada rakyat tentang keunikan budaya yang terdapat di Malaysia. Pesta Kebudayaan dan Kesenian boleh diadakan di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa untuk menunjukkan pelbagai aktiviti kebudayaan yang terdapat di Malaysia yang meliputi tarian, muzik, makanan, pakaian dan sebaginya. Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan rumah terbuka secara besar-basaran bagi setiap parayaan yang di sambut di Malaysia seperti Perayaan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Gawai, dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan rakyat malaysia tanpa mengira kaum apabila semua kaum disatukan di bawah satu bumbung. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan kerajaan amat penting dalam usaha untuk mengekalkan budaya rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek sama ada di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa. Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen-kempen untuk menggalakkan masyarakat untuk terus memartabatkan budaya masing-masing sama ada dalam negara mahupun sehingga ke luar negara. Kempen-kempen yang diadakan oleh pihak swasta mahupun pihak kerajaan akan dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya usaha untuk mengekalkan budaya yang masih diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia. Kempen-kempen yang akan dilakukan haruslah dibuat secara berterusan supaya tidak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Contoh kempen yang boleh dilakukan ialah Bersama Kita Mengekalkan Budaya Kita atau Budaya Melambangkan Bangsa. Selain itu, pihak-pihak sasterawan juga boleh menyumbang tenaga dengan mengadakan majlis pembacaan puisi-puisi yang

berkaitan kebudayaan Melayu, Cina dan India mahupun menulis puisi-puisi yang indah mengenai kepentingan dan keunikan kebudayaan Malaysia. Semua pihak boleh mendapat kerjasama daripada media cetak atau elektronik untuk menjayakan lagi kempen-kempen yang akan dijalankan. Kesimpulannya, budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan untuk generasi yang akan datang supaya generasi baru juga turut mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak amatlah diperlukan supaya segala usaha yang akan dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan semua pihak.

Rujukan http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%201%20Pengenalan%20ilmu%20ketamadunan.pdf http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/ciptaan/ciptaan15.php http://pmr.penerangan.gov.my

(2898 Patah Perkataan)

Anda mungkin juga menyukai