Anda di halaman 1dari 39

Penulisan ilmiah 7m/s 1500 pp Letak soalan

1. Huraikan Konsep budaya, masyarakat, kebudayaan melayu

Lihat dari sudut Politik- umno mca mic mewujudkan kebudayaan kaum, sosial, ekonomi
pelbagai sumber

Apa itu,

2. Pengaruh luar dlm masyarakat melayu jelaskan & Bukti yg kukuh

Gambar makan- perempuan bersimpul, lelaki bersila

Budaya barat- makan duduk di atas lelaki

Baju- tanjak, baju melayu, - jubah (arab), sari (india)

Aspek sosial merupakan satu item penting dalam membuktikan ketertinggian


kebudayaan Melayu dengan kehadiran Undang-undang Melayu Tradisi atau bertulis iaitu
sejak abad ke-15 lagi. Hal ini kerana, aspek sosial secara umumnya merupakan satu aspek
yang menjadi pelengkap kepada sesebuah kebudayaan mahupun undang-undang.
Berdasarkan undang-undang Melayu tradisi ini maka ianya dapat membuktikan bahawa
pemerintah pada ketika itu sudah mengambil berat tentang keadaan sosial masyarakatnya.
Situasi ini dapat dilihat melalui penelitian yang dilakukan terhadap fasal nikah kahwin yang
menunjukkan keprihatinan penggubal undang-undang tentang mewujudkan institusi
kekeluargaan dengan sempurna.

Contoh undang-undang yang berkaitan dengan fasal nikah kahwin ini dapat
dibuktikan menerusi Hukum Kanun Kedah. Berdasarkan Hukum Kanun Kedah ini
menjelaskan tentang peringatan agar tidak terlalu cerewet dengan soal belanja mas kawin.
Hal ini bertujuan untuk memastikan tidak berlakunya kesulitan dan juga tidak membebankan
rakyat sekiranya mas kawin ditetapkan dengan harga yang tinggi. Fasal ini terkandung

1
didalam fasal 16 yang menetapkan bahawa mas kahwin tidak boleh melebihi setahil sepaha.
Penetapan ini dilakukan kerana kesemua penggubal undang-undang ingin membentuk dan
melahirkan istitusi keluarga yang aman dan harmoni di dalam kehidupan masyarakat
melayu khususnya di Kedah.

Kebudayaan berkaitan dengan keseluruhan sistem kehidupan yang dipraktikkan oleh


sesuatu masyarakat. Kebudayaan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi
daripada satu generasi kepada satu generasi yang berikutnya.

Pendidikan lebih kepada memahami Khaliq atau Maha Pencipta, seperti pengenalan
ilmu Tauhid, Fekah, Muamalat, Usuluddin dan Syariah. Kanak-kanak mula mempelajari al-
Quran sebagai asas utama, kelas-kelas al-Quran dibuka oleh guru-guru agama dan imam-
imam. Surau, Masjid, Rangkang dan Pondok didirikan bagi memberi ruang kepada
masyarakat mempelajari agama dengan lebih luas lagi. Peranan institusi pendidikan ini juga
bukan sahaja terhad kepada bidang keilmuan, tetapi lebih kepada pusat pentadbiran dan
perbincangan. Istana turut dijadikan medan pembicaraan keilmuan yang turut melibatkan
pihak pemerintah pada masa itu. Semangat jihad juga turut didedahkan kepada masyarakat,
kesannya masyarakat sanggup mempertaruhkan diri demi mempertahankan agama Islam.

Tasawur bererti memberikan suatu tanggapan kepada rupa yang dapat dikhayalkan.
Tasawur juga memberikan gambaran sebenar ke atas apa yang disampaikan kepada akal
fikiran dan seterusnya menjadi sebati dalam diri untuk difahami.

Sistem politik bertujuan untuk menentukan peraturan siapa yang berkuasa dan siapa pula
yang dikuasai, wilayah yang dikuasai, hak bertindak dan dasar-dasar legitiminasi sesuatu
kuasa. Sistem politik juga memberi pengesahan terhadap kuasa undang-undang, corak
pemerintahan kuasa, birokrasi, organisasi menjalankan kuasa dan juga persaingan
mendapatkan kuasa.

2
Kebanyakan daripada mereka masih mengamalkan adat dan peraturan Cina tradisional
tetapi adat dan kebudayaan Melayu masih lagi dominan mempengaruhi kehidupan sosial
masyarakatnya. Mereka harus belajar cara terbaik melayan orang-orang yang lebih tua, cara
berpakaian yang sempurna dan berkeyakinan serta bagaimana dan bila harus memohon
sembah. Mereka juga harus berjalan dengan lemah-lembut dan apabila duduk tidak boleh
bersilang kaki.

Makanan kaum ini adalah mengikut cita rasa masakan Melayu, Cina, India dan Serani.
Terdapat juga sesetengah hidangan istimewa masyarakat Baba yang dikenali sebagai
makanan Nyonya iaitu gabungan masakan Cina dan Melayu tetapi mengikut cara Baba
yang tersendiri. Biasanya, masakan Nyonya adalah pedas dan menggunakan banyak cili.
Malah mereka sentiasa menyediakan sambal untuk dimasak bersama daging atau ikan atau
udang bersama-sama dengan sayur, sup dan nasi sebagai hidangan harian. Mereka juga
menggunakan perencah yang biasa digunakan oleh orang Melayu iaitu belacan, asam, buah
keras, lengkuas, dan serai di samping bahan masakan orang Cina mengikut kesesuaian
jenis makanan.

Kuih Ku Merah misalnya merupakan kuih kaum Cina yang dibuat dari pulut dan kacang
hijau. Ia biasanya dihidangkan semasa anak yang dilahirkan mencapai umur satu bulan.
Kuih dodol, kuih karas, dan kuih wajik adalah kuih tradisional Melayu tetapi menjadi
hidangan istimewa masyarakat Baba. Kuih mereka yang asal adalah seperti kuih koci dan
kuih talam.

Ia dilakukan beberapa minggu sebelumnya, di mana rumah-rumah dibersih, dikemas dan


dicat. Kain langsir dan alas meja ditukar baru dan kain chyee kee iaitu kain merah yang
panjang digantung di hadapan pintu besar sehari sebelum Tahun Baru tiba. Pada malam
tersebut, semua anggota keluarga berkumpul bersama untuk makan malam dengan diiringi
oleh bunyi petas (mercun) untuk mengirimkan hari terakhir tahun lama. Ia akan dibunyikan
sehingga keesokan pagi. Pintu rumah sentiasa dibuka hingga lewat malam untuk
menyambut tahun baru. Membakar petas dan bunyi-bunyi meriah akan mengusir tanda dan
niat jahat keluar.

Pada hari pertama Tahun Baru, mereka akan memakai pakaian baru. Pada pagi hari lagi
saudara- mara akan mengunjungi dan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Kanak-kanak
atau orang dewasa yang belum berkahwin akan diberi ang pow. Pada hari ini, mencuci dan
menyapu sampah tidak dibenarkan bagi mengelakkan rezeki baik yang dibawa oleh Tahun
Baru diusir keluar. Pada hari kelima belas, perayaan Chap Goh Mei disambut bagi

3
menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Bunyi petas akan kedengaran untuk
kali yang terakhir. Mereka akan ke kuil-kuil Cina untuk bersembahyang dan membawa
pulang abu-abu suci untuk disimpan. Manakala, anak-anak dara akan melemparkan buah
limau kedalam sungai dengan harapan untuk mendapat suami yang baik.

Pada peringkat awal, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, pihak lelaki akan
menghantar wakil bagi merundingkan hal perkahwinan. Pihak perempuan akan menetapkan
masa yang tertentu untuk memberikan persetujuan. Pasangan ini tidak dibenarkan berjumpa
antara satu sama lain sehingga hari perkahwinan. Pada hari perkahwinan, pengantin
perempuan akan memakai baju yang disulam indah, menarik dan berwarna-warni yang
dikenali sebagai kuah.

Pada hari perkahwinan juga hanya pihak lelaki yang akan mengadakan kenduri. Pihak lelaki
bersama-samapengantin lelaki akan menjemput pengantin perempuan kerumah persatuan
dimana diadakan jamuan the bagi menjalani istiadat perkahwinan mereka. Upacara
dimulakan dengan pemberian Chiu-thau yang dianggap suci dan disusuli pula dengan
Chim-Pong apabila kedua-dua pengantin bertemu buat pertama kalinya semasa
menziarahi Dewa Syurga, Bumi dan Manusia di hadapan tempat pemujaan khas bertingkat
tiga yang dipanggil Sam Kai.

Pada umumnya, China kaya dengan bahasa. Bangsa Han mempunyai tujuh jenis loghat;

-Loghat Bei Fang Hua atau loghat utara


-Dialek Wu
-Dialek Xiang
-Dialek Gan
-Dialek Kejia atau Hakka
-Dialek Yue atau Kantonese
-Dialek Min atau Hokkien

Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi atau tulisan Han. Ada dua jenis tulisan yang utama;

-Wen (gambar-gambar mudah)


-Zi (huruf-huruf campuran)

Seni lukis dalam tamadun China merupakan kesenian yang penting kerana mendapat
naungan dari istana. Terdapat beberapa jenis seni lukis Cina, antaranya seni potret yang

4
memaparkan dewa-dewi, bangsawan, gadis dan rakyat biasa. Ciri kesenian lukisan Cina
ialah dihasilkan secara spontan. Perbuatan spontan ini dibuktikan dengan gerakan berus
yang digunakan. Dakwat hitam yang berair membolehkan tangan bergerak dengan lebih
bebas dan pantas. Lukisan Cina juga menunjukkan makna sajak.

Dari aspek pendidikan pula, kokurikulum yang digubal dan dijalankan adalah satu
kokurikulum yang menyatakan atau menerapkan tentang kebudayaan. Contohnya, terdapat
suatu tema kebudayaan yang diterapkan dalam sukatan pelajaran yang memberi
pendedahan awal kepada murid-murid tentang kepelbagaian kaum di Malaysia dan secara
tidak langsung, murid-murid telah mengetahui budaya pelbagai kaum dan menghormati
serta menghayati budaya.

Apabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian
dan kebudayaan adalah cabang yang membawa kepada hiburan. Pemikiran konvensional
sebegini menghalang kita daripada meneroka kesenian dan kebudayaan Melayu dengan
lebih mendalam lagi, sedangkan sedar atau tidak pemikiran ini telah membuatkan Melayu
kian lupa akan kesenian dan kebudayaan bangsa sendiri.

Kesenian dan kebudayaan mendapat atau menghadapi kekangan kerana apabila


menyentuh soal Melayu, secara automatiknya atau majoritinya adalah beragama Islam.
Apabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, persoalan yang timbul ialah adakah
Islam mengharamkan kesenian dan kebudayaan secara total? Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi
(2005) dalam tulisannya mengenai Seni dan Hiburan Dalam Islam menyatakan bahawa
perkara-perkara yang melibatkan seni dan budaya dibolehkan selagi perkara-perkara
tersebut tidak melalaikan dan tidak bertentang dengan tuntutan agama Islam.

Katanya lagi, seni dan budaya akan mengurangi keimanan dan memasukkan seseorang ke
lembah kelalaian dan seterusnya menjadi haram adalah disebabkan oleh sikap manusia itu
sendiri yang berlebih-lebihan sewaktu menikmati keindahan sehingga menyebabkan
kenikmatan yang dinikmati itu bertentangan dengan tuntutan Islam.
Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan Inilah
prinsip yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada
sahabatnya. (Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, 2005)

Imam Al-Ghazali dalam ulasannya yang dipetik daripada kitab Ihya menyatakan bahawa
Allah mengurniakan manusia akal dan pancaindera di mana tiap-tiap pancaindera itu ingin

5
menikmati sesuatu yang menurut naluri masing-masing. Umpamanya pelihat (penonton atau
khalayak), ingin menikmati sesuatu yang cantik, pendengar pula ingin mendengar suara
yang merdu dan berirama. Jadi tidaklah diterima akal bahawa semua perkara yang
melibatkan kesenian dan kebudayaan dilarang Allah kerana Allah telah menjadikan
pancaindera untuk tidak digunakan sewenang- wenangnya. Ianya hendaklah dikawal dan
disalurkan kepada jalan yang baik(Prof H.M TohaYahya Omar M.A.2002).

Islam juga tidak menolak bahawa persembahan kesenian dan kebudayaan ada yang
bersifat kemasyarakatan. Persembahan sebegini melambangkan kekuatan kerjasama
kelompok dan perwujudan saling hormat-menghormati, sesuai dengan tradisi masyarakat
tersebut. Kesenian dan kebudayaan yang dipersembahkan merupakan ekspresi suatu
gagasan, emosi dan kisah (Abdurrahman Al-Baghdadi, 2005).

Menyentuh perpaduan Melayu melalui kesenian dan kebudayaan, dilihat bahawa program
atau upacara yang berkait rapat dengan kesenian dan kebudayaan mampu mewujudkan
persefahaman dan kekuatan kerjasama sesama kita. Kesenian dan kebudayaan
masyarakat atau bangsa Melayu bukan sahaja tinggi nilai estetikanya dalam seni drama tari
sahaja (merujuk kepada persembahan Mak Yong yang merupakan seni budaya yang
originalitinya dari Malaysia) malahan keindahannya juga dapat dilihat melalui seni tari, seni
suara, lukisan, seni hiasan dan fesyen, dan filemMelayudansebagainya.

Kesemua kesenian dan kebudayaan yang disebutkan di atas sememangnya mampu


memperkukuhkan perpaduan bangsa Melayu sekiranya penglibatan secara serius dan
bersungguh-sungguh melalui medium ini dilakukan. Ini kerana, aktiviti-aktiviti dan program-
program yang melibatkan kesenian dan kebudayaan memerlukan penglibatan lebih
daripada seorang bagi menjayakan. Dengan penglibatan menjayakan aktiviti-aktiviti dan
program- program sebegini bangsa Melayu akan lebih bersatu dan saling hormat
menghormati antara satu sama lain. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti dan program-program
sebegini secara tidak langsung akan menganjurkan perpaduan bangsa kita melalui aktiviti
bergotong-royong, bertukar-tukar pendapat atau idea serta persefahaman dan
persepakatan. Sesuatu pertunjukkan atau persembahan kesenian dan kebudayaan akan
berjaya dengan adanya sifat-sifat yang dinyatakan. Jadi, jelaslah bahawa penganjuran
aktiviti-aktiviti dan program-program sebegini mampu memupuk nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian.

Kita perlu ada identiti sendiri untuk masyarakat dunia mengenali kita, begitulah teguran
yang disuarakan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang mengingatkan karyawan

6
filem tempatan untuk supaya tidak menghasilkan karya yang bercanggah dengan agama
walaupun sesuatu filem itu tidak semestinya mempromosikan agama (Akmal Abdullah, 12
Jun 2008). Dr. Asri juga mahukan imej filem Melayu seharusnya mempunyai pemikiran yang
besar, berbangga dengan jati diri bangsa sendiri dan lebih penting mempunyai ciri
kebudayaan dan jiwa sebagai orang Melayu yang berpegang kepada nilai norma dan jati diri
Malaysia.

Bangsa Malaysia ialah pelbagai kaum yang diterajui dengan kebudayaan Melayu dan kita
perlu berkongsi budaya bagi mempamerkan jati diri kita yang sebenar. Untuk maksud filem
Melayu, ia menyentuh mengenai pembikinan filem yang bercakap mengenai sikap,
keperibadian, peradaban, jiwa dan cara Melayu berfikir. Melalui filem, umat Melayu patut
berbangga kerana Dasar Perfileman Negara meletakkan Bahasa Melayu sebagai imej filem
Malaysia. Di sinilah kejayaan bangsa Melayu sekiranya perpaduan antara kita sentiasa erat
dan kukuh.

Secara umumnya, terdapat tiga teori dalam melihat kedatangan Islam ke mlam Melayu. Tiga
punca ini termasuklah Islam dibawa dari Tanah Arab, dari China dan dari India. Terdapat
satu persamaan dalam ketiga-tiga teori ini iaitu agama Islam berkembang melalui
perdagangan.

Islam dari Tanah Arab. John Crawford mengatakan agama Islam datang secara langsung
dari Tanah Arab pada abad ke-7M. Bukti yang dikemukakannya ialah pedagang Arab sudah
lama berdagang di alam Melayu iaitu sejak Zaman Jahiliyah sehinggalah ke Zaman
Islam. S.M. Naquib al-Attas pula menegaskan bahawa kandungan persuratan Melayu Islam
dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab
atau Timur Tengah sebagai puncanya kedatangan Islam. Selain itu, Islam turut disebarkan
melalui perkahwinan seperti perkahwinan antara Ali bin Muhammad ibn Jaafar iaitu salah
seorang daripada ahli rombongan Muhamad bin Jaafar al-Siddiq dengan Puteri Makhdum
Tanshuri iaitu adik perempuan raja Perlak. Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telah pun
diislamkan pada tahun 531 H/1136 M oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri
seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman.

Islam dari India. Pada zaman pemerintahan Kesultanan Delhi (abad ke-13), agama Islam
sudah bertapak di India. Kota Baghdad telah merosot kerana ditawan oleh tentera Mongol.
Kerajaan Islam di Sepanyol pula menghadapi Perang Salib. Akibatnya, banyak orang Islam

7
yang berhijrah ke Timur (alam Melayu). Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison,
RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India
memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Snuck
Hurgronje dan Brian Harisson (orientalis Barat) telah menyatakan, Masyarakat alam Melayu
memandang India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan termasuklah akhirnya
dalam persoalan agama. Penemuan batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428M dan di
Gerisik yang bertarikh 1419M oleh Morquette merupakan bukti Islam dibawa ke Pasai
melalui perdagangan. Bentuk fizikal kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan
dengan batu nisan di Gujerat. Realiti ini membawa pada kesimpulan sejarah oleh sejarawan
iaitu Islam sampai ke alam Melayu pada awal kurun ke-15M. Selain itu, persamaan mazhab
iaitu mazhab Shafie menyebabkan Thomas Arnold dalam bukunya The Preacing of
Islam meletakkan bahawa Islam di Asia Tenggara dibawa oleh pedagang dan pendakwah
dari Malabar.

Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke nusantara dari
China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 masihi. Pendapat ini terbukti dari hasil
penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah
Melayu. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, pemberontakan di Canton (878 masihi)
telah menyebabkan para pedagang Islam berhijrah ke Kedah dan Palembang demi
mendapatkan perlindungan. Kedatangan mereka ke Kedah dan Palembang ini dijadikan
asas teori Islam datang dari China.

Pedagang-pedagang Arab telah singgah di beberapa pelabuhan di alam Melayu untuk


mendapatkan bekalan makanan dan minuman sebelum meneruskan perjalanan ke negara
China. Semasa singgah di alam Melayu, mereka berpeluang mengenal adat resam
penduduk tempatan. Sebilangan dari mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan
dan mengislamkan isteri serta keluarga pihak isteri. Perkampungan Arab telah wujud
dengan banyaknya di Campa, Kemboja dan Sumatera. Ini menyebabkan Islam dapat
disebarkan dengan mudah dan meluas.

Raja serta golongan bangsawan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap penduduk
tempatan. Penduduk tempatan akan mengikut segala tindakan raja atau ketua mereka. Ini
menyebabkan penduduk tempatan memeluk agama Islam.

Raja yang memeluk agama Islam akan mengamalkan pentadbiran bercorak Islam seperti
Melaka di Tanah Melayu. Kerajaan Islam telah meluaskan jajahan takluk dan menyebarkan
agama Islam kepada penduduk tempatan. Contohnya, Bendahara Tun Perak di Melaka

8
telah meluaskan kuasanya ke Pahang, Pattani, Terengganu, Johor, Bangkalis, Siak,
Kampar, Rokan dan Inderagiri. Penduduk tempatan dapat menerima kemasukan Islam dan
telah memeluk Islam tanpa sebarang paksaan.

Banyak tokoh mubaligh muncul pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota
Alam (1505-1535). Antaranya ialah Abdul Rauf Singkel, Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-
Raniri. Tokoh-tokoh tersebut menyebarkan Islam secara berhikmah dengan akhlak yang
mulia, rasional dan bijaksana. Mubaligh menyebarkan Islam melalui ceramah (khutbah) dan
penulisan kitab. Mubaligh yang terkenal di Demak ialah Wali Songo atau Wali Sembilan
yang sangat giat menyebarkan Islam.

Setiap kerajaan Islam yang kuat dan masyhur akan memainkan peranan penting sebagai
pusat kebudayaan Islam di alam Melayu. Pada mulanya peranan ini dimainkan oleh Perlak
dan Pasai, kemudian diambil alih oleh Melaka, Acheh dan Riau. Pusat tersebut juga
terkenal sebagai pusat perdagangan dan pusat intelektual. Pusat tersebut mempunyai
institusi pendidikan seperti pondok sekolah. Banyak pusat kegiatan intelektual didirikan
untuk masyarakat setempat mendalami ajaran Islam.

Kedatangan Islam memberi kesan terhadap sistem ekonomi, di mana penggunaan mata
wang Dinar juga melambangkan pengaruh Islam. Selain itu, sistem perdagangan yang
diamalkan terutama di Melaka pada masa itu banyak merujuk kepada perniagaan yang
berlandaskan Islam. Contohnya, Hukum Jual Beli dan Hukum Riba turut dikuatkuasakan.
Kesan terhadap sistem ekonomi yang berlandaskan Islam ini telah menjadikan Melaka
sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Para pedagang luar datang ke Melaka untuk
menguruskan perniagaan mereka, antaranya China, India (Gujerat), Arab, Parsi dan negara-
negara di Nusantara sendiri. Keselamatan di perairan Nusantara juga turut mempengaruhi
kegiatan ekonomi Islam, terutama Selat Melaka yang telah membantu merancakkan lagi
hubungan perdagangan serta kegiatan ekonomi rantau Nusantara.

Sistem politik Melayu adalah bersifat musyawarah yang dijalankan oleh ketua atau
pemangku adat setempat. Musyawarah yang dijalankan biasanya membahas mengenai
pengelolaan sistem tanah adat berdasarkan budaya dan adat setempat. Hal ini
menunjukkan bahawa masyarakat Melayu telah mengenal sistem politik menjurus kepada
budayanya. Maka tidak hairan bahawa masyarakat Melayu mempunyai ikatan persaudaraan

9
yang kuat, sebab musyawarah memaknakan adanya tolong-menolong dan kesetiakawanan
sosial sebagai suatu permufakatan.

Kini, aspek politik di Malaysia berasaskan kaum seperti MCA, MIC, UMNO, dan
sebagainya terus kukuh sehingga sekarang. Banyak parti-parti yang telah bergabung dan
membentuk suatu pakatan besar contohnya Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.
Perkara ini mencerminkan bahawa dasar politik dapat juga menyatukan pelbagai unsur
budaya menjadi sebuah kebudayaan kebangsaan dan bekerjasama dalam membangunkan
negara. Hal ini dapat dibuktikan melalui dasar wasatiyah yang diamalkan dapat difahami
oleh semua. Apabila berlakunya Pilihan Raya, mereka tidak berebut tetapi mengadakan
satu mesyuarat untuk memutuskan calon mana yang lebih layak untuk bertanding di
sesuatu kawasan yang dipertandingkan dan dipersetujui oleh parti-parti yang lain. Apabila
calon telah dipilih, maka rakyat menyokong sebulat suara. Buktinya kemenangan majoriti
berpihak kepada kerajaan sekarang ini yang dipimpin oleh Barisan Nasional. Dalam
berkempen, ahli adun atau ahli parlimen yang dipilih ialah seorang yang memahami budaya
pelbagai kaum di sesuatu tempat yang mempunyai pelbagai latar belakang. Jika berlakunya
masalah perkauman, ahli yang dipilih akan turun padang untuk menyelesaikan masalah.

Masyarakat Melayu sejak dahulu lagi amat menitikberatkan soal kebudayaan. Oleh itu,
persepakatan telah diambil antara ketiga-tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, kaum Cina
dan kaum India dimaterikan di dalam perlembagaan Malaysia seperti yang berikut:

a) Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Negara adalah contoh penerapan
unsur kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan kebangsaan negara ini kerana
institusi Yang di-Pertuan Agong adalah unsur kebudayaan Melayu. Begitu juga
dengan gelaran sultan bagi negeri-negeri di Malaysia.
b) Peruntukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam perkara 152 (1)
yang menyebutkan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan
hendaklah ditulis dalam apa-apa juga tulisan yang diperuntukkan oleh undang-
undang parlimen.
c) Kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan adalah mencerminkan corak
budaya Melayu tradisional kerana agama itu menjadi asas masyarakat Melayu
tradisi.

10
Perkaraperkara di atas jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya kebudayaan
terhadap masyarakat itu sendiri sehinggakan pembentukan perlembagaan yang
mengandungi unsur budaya di dalamnya.

3. Menganalisis Bagaimana kosmologi melayu dan


Tasawur
Kebudayaan kebangsaan
Bagaimana kebudayaan melayu berkembang- dpt diguna dlm semua aspek

Masyarakat Melayu luar bandar yang paling baru dibentuk pada tahun 1956 ialah
perkampungan FELDA (Federal Land Development Authority atau Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan untuk penduduk Melayu luar bandar yang berpendapatan rendah.

Agama Islam telah membentuk pemikiran politik yang berdasarkan prinsip-prinsip ajaran
Islam, dan antaranya ialah wujudnya kerajaan Melayu yang menggunakan undang-undang
Islam sebagai undang-undang negara, Contohnya kerajaan Melaka dan Aceh. Kerajaan
Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomasi kerajaan China. Ketika Melaka muncul
sebagai kerajaan yang tersohor, hubungan dengan kerajaan China terutama semasa
pemerintahan Maharaja Yung Lo semakin erat kerana pada ketika itu Islam sistem Islam
banyak memainkan peranan dalam pentadbiran. Kemunculan empayar Melaka dan Aceh
telah meluaskan lagi pengaruh Islam di sekitar kepulauan Nusantara dan dilihat oleh barat
sebagai halangan utama terhadap cita-cita mereka.

Sistem Politik Masyarakat Melayu


Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British dibahagikan
kepada tiga unit politik yang utama. Unit politik yang paling besar ialah negeri yang diketuai
oleh seorang raja, sultan ataupun Yang Dipertuan Besar. Ini diikuti oleh unit politik
seterusnya, iaitu daerah yang diketuai oleh seorang pembesar daerah.Unit politik yang
paling kecil ialah kampung yang diketuai oleh seorang penghulu atau penggawa.

11
Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, unit politik yang paling besar ialah
negeri. Pada abad ke-19, negeri merujuk kepada satu kawasan yang merdeka di bawah
pemerintahnya sendiri. Secara umumnya, sesebuah negeri tertaluk di kawasan muara
sungai besar.Kedudukan yang strategik ini sangat berguna untuk membolehkan seseorang
pemerintah mengawal setiap pergerakan keluar masuk penduduk ataupun pedagang luar.

Negeri dikawal oleh seseorang pemerintah yang biasanya digelar Raja, Sultan ataupun
Yang Dipertuan Besar mengikut negeri masing-masing.Contohnya, gelaran Raja digunakan
untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk Negeri Sembilan. Negeri-
negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran sultan. Mereka merupakan pemimpin negeri
yang paling penting.Mereka berfungsi sebagai lambang perpadauan rakyat serta kebajikan
negeri.Mereka selalunya dibantu oleh kerabat diraja ataupun sekumpulan pembesar.

Mereka mempunyai keistimewaan tertentu untuk bezakan daripada rakyat biasa.Misalnya,


warna kuning, cop mohor, permainan nobat, penggunaan bahasa istana, serta alat
kebesaran yang hanya dikhaskan untuk mereka. Rakyat biasa tidak dibenarkan sama sekali
menggunakannya. Kesemua benda ini adalah untuk mengukuhkan kedaulatan mereka
sebagai ketua unit politik negeri.Mereka adalah lambang perpaduan rakyat.Oleh sebab
konsep daulat dan derkaha, rakyat sentiasa menjalankan perintah mereka tanpa sebarang
persoalan. Rakyat tidak berani menderhaka kerana takut akan terkena tulah. Rakyat
sangat taat kepada mereka.

Unit politik yang kedua ialah daerah.Daerah merupakan kawasan yang dihadkan oleh
penggunaan sungai sebagai alat perhubungan.Sesebuah daerah mungkin meliputi sebelah
atau kedua-dua belah tebing sungai negeri itu.Unit politik daerah selalunya diletakkan
dibawah kawalan seorang pemerintah yang bergelar pembesar daerah. Pembesar daerah
ini akan membentuk satu kumpulan pemerintah yang bersatu bagi seluruh negeri.

Pembesar daerah ini diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang memerintah negeri
tersebut melalui surat tauliah. Penganugerahan kawasan pentadbiran ini merupakan ini
merupakan satu cara Sultan mengukuhkan sokongan pembesar daerah terhadap baginda.
Selain mentadbir, pembesar daerah mejalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan
daerah, mengutip cukai, menjalankan perdagangan, dan merupakan penghubung antara
rakyat biasa dengan Sultan.

Terdapat juga pembesar daerah yang mempunyai kuasa politik yang jauh lebih besar
daripada Sultan sendiri.Sebagi contoh, pembesar di Negeri Perak yang terlalu berkuasa

12
disebabkan kekayaan ekonomi mereka.Majlis Pembesar Negeri Perak terlalu berpengaruh
sehingga pembesar daerah boleh campur tangan dalam sistem pewarisan takhta negeri
Perak.Mereka boleh meletakkan calon sendiri ataupun mengenepikan seseorang
calon.Walau bagaimanapun, pembesar daerah yang dilantik oleh Sultan tetap memerlukan
institusi kesultanan kerana mereka memerlukan sokongan Sultan untuk penganugerahan
lencana dan gelaran.

Unit politik yang paling kecil ialah kampong.Sesebuah kampong boleh merupakan satu unit
penguasaan politik, tempat tinggal biasa, atau sebagai satu unit kerjasama ekonomi dan
kekeluargaan.Ketua kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di Negeri
Sembilan.Ketua Kampung ini merupakan orang yang penting kerana mereka merupakan
orang perantaraan antara orang kampong dengan pembesar daerah.Mereka selalunya
dipilih daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat yang lebih tinggi. Ketua kampong
dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan akan melantik mereka melalui surat tauliah.

Ketua kampung menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan kampong.


Mereka juga akan mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi pembesar daerah
atau Sultan semasa peperangan. Merekalah yang mendorong rakyat untuk taat setia
kepada pemerintah.Biasanya, orang kampung lebih rapat dengan ketua kampung
berbanding pembesar daerah.

Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British sememangnya
kemas dan teratur dengan lapisannya yang mencerminkan kedudukan dan tanggungjawab
pemerintahan sendiri. Setiap unit politik ini saling melengkapi dan saling bergantung antara
satu sama lain dalam menjalankan tugas. Namun, sistem politik ini melalui banyak
perubahan selepas British campur tangan.Misalnya, tanggungjawab pembesar daerah telah
diambil oleh pegawai daerah yang merupakan pegawai British.

Selain itu, kementerian pula akan dilihat sebagai agen pembangunan kebudayaan
yang relevan. Jika dilihat pada masa kini, kerajaan telah menjalankan aktiviti rumah terbuka
pada setiap perayaan yang disambut, mengadakan pameran kebudayaan untuk rakyat,
kerajaan telah mengadakan pertandingan yang melibatkan budaya. Sebagai contoh,
pertandingan permainan wau adalah budaya Melayu tetapi melibatkan semua kaum.
Pertandingan memasak kuih bulan yang melibatkan semua kaum. Apabila wujudnya
interaksi antara kaum, perpaduan dapat dieratkan. Apabila rakyat dapat disatukan dalam

13
satu kelompok melalui aktiviti, pameran, kempen dan penglibatkan rakyat maka satu
perpaduan dapat diwujudkan antara meraka. Oleh itu,isu-isu sensitif dapat dikurangkan dan
tidak timbul soalan-soalan yang boleh mencetuskan provokasi.

Sistem Ekonomi Masyarakat Melayu

Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan
kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil.
Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem
pemerintahan pada masa dahulu.Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang;
pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya.

Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk
menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan
untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut
akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas
keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah
bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak
memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.

Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British
pada abad ke-19.Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut
memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan
duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu
perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan
perlombongan.

Pertanian
Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu tradisional
yang sangat penting. Merujuk kepadanya, padi pula merupakan tanaman utama
memandangkan ia adalah makanan asasi masyarakat di rantau ini.
Di Malaysia, dua jenis padi telah diusahakan iaitu padi sawah dan padi huma (bukit). Padi
sawah ditanam di kawasan rendah dan di lembah-lembah sungai yang subur dengan tanah
alluvium.Penanaman padi sawah dipercayai diperkenalkan oleh orang Thai di negeri-negeri
Melayu Utara dan orang Minangkabau di negeri-negeri Selatan.

14
Negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu ialah Kedah,
Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.Antara negeri ini, Kedah merupakan negeri yang
terkenal sebagai jelapang padi negara kita.Menjelang abad ke-18, dataran Perlis dan
Seberang Perai juga turut menjadi kawasan penanaman padi yang utama.Penanaman padi
sawah ini berkembang dengan pesat adalah dipengaruhi oleh sistem pengairan yang
digunakan sejak abad ke-19.

Air telah dibawa masuk ke sawah padi melalui tali air dan terusan.Antara terusan yang
terkenal ialah Terusan Wan Mat Saman yang dibina pada tahun 1885 di Kedah.Di Negeri
Sembilan pula, kincir telah dibina untuk membawa air masuk ke sawah padi.Berbanding
dengan penanaman padi sawah, padi huma ditanam secara berpindah-randah setiap kali
penanaman dijalankan kerana kesuburan tanah telah hilang atau berkurangan.Biasanya,
padi huma ditanam di kawasan yang bergunung-ganang.Sebagai contoh, suku kaum Dusun
dari Murut di Sabah dan Sarawak yang tinggal di kawasan pedalaman melakukan kegiatan
penanaman padi huma.Walau bagaimanapun, terdapat juga tanaman-tanaman lain sebagai
pelengkap kepada hasil padi seperti ubi, sayur-sayuran dan sebagainya. Penanaman
tanaman ini menjadi penting kerana ia merupakan makanan selang. Selain itu, ubi juga
dapat dijadikan sebahagian makanan utama sewaktu bekalan beras tidak mencukupi.

Perikanan
Ikan merupakan sumber makanan kepada masyarakat Melayu tradisional.Kegiatan
perikanan merupakan pekerjaan utama bagi masyarakat Melayu yang tinggal di tepi laut dan
sungai. Hasil tangkapan akan dijadikan keperluan diri sendiri dan lebihan hasil akan dijual.
Kegiatan perikanan dapat dilihat khasnya di negeri Terengganu dan Pahang.Mereka
menjalankan aktiviti mereka di antara bulan Mac hingga bulan Oktober dan dihentikan
antara bulan November hingga Februari kerana masa itu merupakan musim tengkujuh.

Pada musim tengkujuh, nelayan-nelayan di negeri ikan akan menangkap ikan di kolam,
sungai dan sawah padi. Selain itu, mereka juga cuba memperbaiki alat-alat penangkapan
mereka pada masa ini. Di laut, nelayan menggunakan pukat, jala, jaring, bubu, kelong dan
rawai untuk menangkap ikan.Di sungai pula, pancing, jala, tangguk, kai, lukah, tomak dan
serampang digunakan untuk menangkap ikan.Pada masa kini kegiatan perikanan hanya
dijalankan oleh golongan yang tinggal di pinggir laut dan golongan yang kurang
berpendidikan.

Selain itu, masyarakat Malaysia pada masa kini juga kurang berminat untuk berkecimpung
dalam kegiatan perikanan kerana kerjanya yang amat sukar dan pandapatan yang

15
rendah.Pihak kerajaan juga menggalakan supaya golongan muda berkecimpung dalam
kegiatan ini. Untuk menarik minat, pihak kerajaan telah berusaha dalam pelbagaai cara
antaranya ialah menubuhkan persatuan-persatuan nelayan dan banyak lagi.Perikanan juga
terbahagi kpd 2 iaitu perikanan air masin dan air tawar. contoh ikan air masin ialah kerapu
kerabong,tenggiri manakala contoh ikan air tawar ialah talapiah,keli,haruan,patin

Kita tidak boleh menafikan bahawa masalah penguasaan ekonomi di kalangan orang
Melayu yang lemah adalah kerana mereka lebih cenderung makan gaji daripada berniaga.
Tidak ada lain untuk menguasai ekonomi selain membabitkan diri dalam keusahawanan.
Walaupun sebahagian besar orang Melayu menguasai Kabinet dalam kerajaan dan jawatan
dalam sektor awam, ia bukan dikira penguasaan dalam ekonomi.

Mungkin kerana persekitaran budaya dan sosial orang Melayu, keusahawanan masih dilihat
sebagai sesuatu yang asing.Masyarakat Cina sangat memandang tinggi mereka yang
berniaga.Orang berniaga dianggap lebih matang daripada yang makan gaji.Kerja makan gaji
dianggap sebagai sesuatu yang dilakukan untuk mendapat pengalaman sementara
menunggu masa sesuai memulakan perniagaan.

Sebenarnya perancangan yang dibuat kerajaan sejak selepas Merdeka lagi sepatutnya
sudah cukup untuk membolehkan orang Melayu untuk bangun menjadi masyarakat
perdagangan dan perindustrian berjaya. Jika orang Melayu tidak mahu menukar cara berfikir
dan masih dengan pegangan lama, maka keadaan tidak akan berubah biar pun berpuluh-
puluh dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dirangka untuk orang Melayu.

Remaja dan belia hari ini harus dididik supaya minat dengan bidang
keusahawanan.Generasi baru orang Melayu perlu mengubah mentaliti dan persepsi mereka
terhadap budaya makan gaji.Jangan salahkan orang lain jika bangsa kita terus miskin.
Jangan lagi merungut mengenai lemahnya bangsa kita dari segi penguasaan ekonomi
sekiranya kita sendiri tidak mencari jalan keluar dan berusaha mengubahnya. Persepsi
kebanyakan masyarakat Melayu menganggap keusahawanan sebagai sesuatu yang tidak
menjamin masa depan harus dikikis.

Jika tidak, kita terus lemah dan bangsa kita akan sinonim sebagai penghuni rumah kos
rendah dan setinggan. Jika kita teliti sejarah Melayu suatu masa dulu orang Melayu menjadi
pedagang terkemuka berniaga sehingga ke Asia Barat membawa barang dagangan mereka.

16
Alam Pemikiran
Penyebaran Islam juga turut memberi kesan kepada alam pemikiran masyarakat Nusantara.
Sebelum Islam, masyarakat lebih terikat dengan faham agama Hindu yang banyak
memasukkan unsur-unsur mistik sebagai anutan. Apabila Islam datang, segala kekhurafatan
dan ketahyulan dapat dijelaskan dan dirungkai dalam pemikiran masyarakat. Melaka dan
Aceh telah menjadi pusat keilmuan dengan lahirnya tokoh-tokoh ilmuan Nusantara seperti
Hamzah Fansuri, Nurudin Ar-Raniri, Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel dan lain-
lainnya. Kegiatan para ilmuan ini telah mendorong pemikiran masyarakat Melayu Nusantara
kepada realiti pentauhidan dan kekhalikan Maha Pencipta.

Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti
kegiatan gotong royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah
terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kendui
majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang
sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu
kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia,
hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat
Malaysia yang teguh.

Berdasarkan pemahaman mengenai masyarakat yang dihuraikan tadi ternyata bahawa


Malaysia ialah sebuah masyarakat yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.
Dari segi sejarahnya, masyarakat Malaysia juga telah terbukti mempunyai asas kukuh untuk
mewujudkan masyarakat berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni bangsa Malaysia
berteraskan konsep negara bangsa.

Hal ini telah dimanifestasikan oleh pemimpin dan rakyat melaui pemikiran, nilai sosiobudaya,
perlambangan dan jiwa kemanusiaan serta kerohanian tinggi yang diamalkan oleh mereka
sehingga hubungan etnik yang harmonis terus bertahan dengan baik.

17
Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya:
budaya material seperti Tembok Besar China dan Piramid di Mesir; dan budaya bukan
material sepeti sistem kepercayaan dan agama, falsafah dan kesusasteraan, dan pemikiran
sains serta kemampuan mencipta teknologi.

Paduan kedua-dua komponen budaya inilah yang menjadi pemacu kepada perkembangan
dan kemajuan sesebuah masyarakat. Penglibatan setiap anggota masyarakat diperlukan
bukan setakat untuk mengatur kehidupan berlandaskan undang-undang, sistem politik,
ekonomi dan pentadbiran tetapi juga dari segi nilai, norma, emosi dan semangat mencintai
masyarakat atau sesebuah negara, yang seterusnya pula mengandungi pelbagai rupa
bentuk masyarakat.

Namun begitu, konsep masyarakat Malaysia tidak boleh disamakan dengan konsep bangsa
Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza, walaupun merujuk
kepada sebuah entiti politik yang sama, iaitu Malaysia. Masyarakat Malaysia adalah sebuah
konsep yang lebih luas skopnya, atau boleh dianggap sebagai sebuah konsep payung, yang
merangkumi konsep bangsa malaysia yang merujuk pula kepada satu cita-cita politik,
seperti yang diungkapkan dalam Wawasan 2020.

Melalui Wawasan 2020, para pemimpin Malaysia bersama-sama masyarakatanya telah


menggariskan cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun
2020 yang berasaskan satu bangsa bersepadu yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. Dari
satu segi, bangsa Malaysia merupakan satu bangsa idaman yang kita kehendaki. Tentunya
bangsa malaysia yang kita idamkan itu berteraskan hubungan etnik yang harmonis.

Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur berpandukan tiga perspektif utama :


kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat kenegaraan perlu ditanam dan
dipupuk dalam diri setiap rakyat demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat
ini boleh ditanam melalui simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera malaysia,
lagu kebangsaan dan rukun negara.

Daripada aspek kewarganegaraan, bangsa melayu, cina, india dan lain-lain dapat disatukan
melalui kewarganegaraan yang sama, iaitu warganegara malaysia. Aspek kebangsaan pula

18
dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam
menguatkan semangat kebangsaan dan menjadi batu asas kepada pembentukan bangsa
malaysia.

Pada hakikatnya, hubungan antara kebudayaan kebangsaan dengan semangat kebangsaan


adalah bertimbal balik kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara
satu sama lain.

Tidak dinafikan pertembungan dengan India banyak meninggalkan kesan budaya


dan politil dalam struktur sosial dan politik alam Melayu. Sehubungan dengan pengaruh
Hindu, takhta raja dalam masyarakat Melayu feudal adalah diwarisi.

Walau bagaimanapun, pengaruh Hindu ini tidak menguasai struktur asas masyarakat
Melayu, sama ada yang bersifat politik mahupun sosial. Pengaruh Hindu ini adalah lapisan
budaya semata-mata dan tidak sama sekali mengubah struktur feudal masyarakat Melayu
dulu dalam apa cara sekalipun.Ia masih wujud dengan utuh dalam hierarki raja dan
rakyat.Islam tiba di rantau ini pada abad 11 dan didapati sudah bertapak dengan mantapnya
pada abad ke-13. Pada masa itu, Pasai dan kemudian Aceh di Sumatera menjadi pusat
penyebaran Islam yang masyhur. Walaupun Sumatera Utara adalah pusat pengajian Islam
di Asia Tenggara pada bahagian awalnya, sesungguhnya Melaka adalah pusat di mana
Islam tersebar ke seluruh alam Melayu kemudian.

Sejarah Melayu, menyebut gunung Si guntang-guntang di Palembang, Sumatera


mewakili konsep gunung Mahameru yang menurunkan anak raja kayangan yang
kemudiannya menjadi raja di Minangkabau.Kisah ini kemudiannya diungkapkan dalam
mentera oleh pawang Melayu untuk dibacakan bagi tujuan tertentu.Setiap bangsa dalam
dunia, walaupun primitif, mempunyai kosmologi tersendiri.Setiap bangsa, sama ada
berdasarkan kitab wahyu, mitos, atau falsafah pemikiran warisan turun temurun, mempunyai
tanggapan tersendiri tentang penciptaan alam semesta dan pemikiran yang berkaitan
dengannya.Walaupun kosmologi Melayu moden lebih dipengaruhi oleh kosmologi Islam,
meskipun tamadun Melayu pernah berada dibawah pelbagai pengaruh budaya sebelum,

19
maka kosmologi tersebut turut mengambil tempat dicelah-celah pentafsiran kosmologi
Melayu Islam.

Orang Melayu Asli di negara ini ada yang menganut kepercayaan animism yang
mempercayai kuasa ghaib atau semangat yang mengawasi tempat-tempat tertentu seperti
sungai, bukit, gunung, paya, tasik, pokok dan yang seumpamanya.Kejadian alam seperti
gerhana matahari dan bulan dilihat oleh mereka sebagai kemurkaan semangat
tertentu.Mereka percaya bahawa ada semangat yang baik dan ada pula semangat yang
jahat.Mereka mempercayai bahawa alam ini dijadikan dalam bentuk yang berlapis-lapis.Ada
suku kaum Melayu Asli yang mempercayai bahawa dunia ini dijadikan dalam tiga lapisan
iaitu Tanah Julang, Tanah Kelam dan Tanah Lirang.Manusia, semangat, dan nenek moyang
menurut mereka, mendiami Kelam manakala Lirang pula didiami oleh roh orang yang telah
mati.Mereka mempercayai alam roh dan alam akhirat.

Orang Melayu silam turut mempunyai konsep kosmologi yang dipengaruh oleh
budaya animisme, Hindu dan Buddha.Mereka memuja semangat, dan penunggu.Mereka
membaca mentera yang menyebut asal kejadian alam dan makhluknya.Mereka memohon
perlindungan daripada penunggu pokok dan gua. Mereka meminta pertolongan jin dan
syaitan dalam perubatan dan sihir.Mereka juga mempunyai banyak mitos yang menyebut
balik tentang mitos kayangan ini seperti peranan yang dimainkan oleh Sri Rama, Siti Dewi,
Raja Muda Laksmana, Hanuman Kera Putih. Di dalam plot ceritanya yang jelas
menunjukkan terdapat unsur kehinduan di dalam persembahan itu.Wayang kulit yang
merupakan warisan budaya silam menjadikan watak tersebut sebagai latar belakang
persembahannya.Pandangan masyarakat tentang penciptaan alam bukanlah timbul tanpa
asal usul yang tersendiri.Mereka kebanyakannya menerima perkhabaran tentang alam dan
manusia menerusi generasi terdahulu.

Generasi ini pula mewarisinya daripada generasi yang lebih awal.Seseorang


pengkaji akan dapat memerhatikan bahawa dalam falsafah kosmologi antara kaum dan
masyarakat di dunia ini terdapat banyak persamaan konsep khususnya tentang kewujudan
kuasa mutlak yang menciptakan alam semesta.Walau apa pun nama yang diberikan kepada
kuasa itu, kesemua ahli falsafah bersetuju bahawa kuasa itu berbentuk ghaib dan maha
berkuasa.Orang Melayu tradisional menghayati satu cara hidup yang dianggap unggul dari
segi kaca mata pandangan moden semasa. Antara manifestasi keunggulan tersebut ialah
apa yang terkandung dalam pandangan alam) dan budaya alam bangsa Melayu.Bagi orang
Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini sebagai penuh dengan makna, simbolisme,
gurindam dan syair.Pandangan mereka sekali-kali tidak terhad kepada manifestasi material
alam, bahkan bagi mereka dimensi fizikal yang amat penting bagi sains dan teknologi

20
moden hanyalah satu manifestasi kecil fenomena alam ini yang kewujudannya sebenarnya
bergantung kepada dimensi hakikat dan rohyang maha seni. Penghayatan pandangan ini,
misalnya, dapat diperhatikan secara praktis dalam kehidupan seharian dan kemasyarakatan
mereka.

Ritual dan manifestasi kebudayaan biasanya digariskan oleh semiotik tabii dan
kosmologi kebudayaan yang diwarisi dan dimantapkan generasi demi
generasi.Perkembangan semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan generasi-generasi
tersebut menyerap pelbagai unsur yang datang dari luar ruang budaya Melayu asli.Unsur-
unsur luar tersebut datang daripada timur dan barat. Hindu, Buddhis, Islam dan Barat
merupakan pengaruh yang memberi kesan kepada pembentukan semiotic dan kosmologi
Melayu.Namun demikian, intipati semiotik dan kosmologi Melayu masih terpelihara.Pada
asasnya intipati semiotik Melayu ada hubungannya dengan pelbagai dimensi pandangan
alam Melayu.Intipati ini, antara lain, ialah mengenai kepercayaan bahawa alam fizikal ini
hanyalah manifestasi kecil atau hijab bagi alam metafizik.Dalam kosmologi Melayu, alam
tabii dianggap penuh dengan unsur-unsur ghaib dan mistik.Haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan
bahkan batu-batan dilihat lebih daripada sudut simbolisme berbanding daripada sudut
manifestasi fizik dan duniawinya.

Oleh itu dalam "alam Melayu," haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan mampu
bercakap, bahkan bermadah secara bernas setanding dengan sebarang pujangga manusia.
Alam Melayu juga dimana manusia contohnya pawang,bomoh, sufi dan wali Allah
berinteraksi dengan haiwan, tumbuhan dan batu-batan padatingkatan yang sukar diterima
dan untuk dibayangkan oleh manusia sekular.Kemampuan bertinterkasi tersebut juga
merupakan landasan yang membuka jalan bagi manusia Melayu mampu hidup berharmoni
dengan alam tabii. Bagi kebanyakan manusia moden, khususnya dari barat, bercakap
dengan mahluk lain selain sesama manusia hanyalah dalam cerita dongeng. Dalam dunia
Melayu, hal tersebut tidak dianggap dongeng atau fiksyen. Hampir tidak ada langsung
manusia Melayu tradisional yang akan menidakkan kosmologi mereka.Walaupun
kepercayaan dan pandangan alam mereka dianggap bertentangan dengan kenyataan
moden atau pandangan sains.

Pada masa itu wujud suatu penempatan yang dikenali sebagai Kampung Keling sebagai
penempatan para pedagang India bagi memudahkan mereka berurus niaga. Menurut

21
seperti yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, perkataan keling
berasal daripada Kaling Gappatinam atau Kalinggam yang dikenali sebagai Benua Keling.

Di Pulau Pinang perkahwinan campur antara India Muslim dengan wanita Melayu telah
melahirkan komuniti Peranakan Jawi.

Kebanyakan daripada mereka masih mengamalkan adat dan peraturan Cina tradisional
tetapi adat dan kebudayaan Melayu masih lagi dominan mempengaruhi kehidupan sosial
masyarakatnya. Mereka harus belajar cara terbaik melayan orang-orang yang lebih tua, cara
berpakaian yang sempurna dan berkeyakinan serta bagaimana dan bila harus memohon
sembah. Mereka juga harus berjalan dengan lemah-lembut dan apabila duduk tidak boleh
bersilang kaki.

Makanan kaum ini adalah mengikut cita rasa masakan Melayu, Cina, India dan Serani.
Terdapat juga sesetengah hidangan istimewa masyarakat Baba yang dikenali sebagai
makanan Nyonya iaitu gabungan masakan Cina dan Melayu tetapi mengikut cara Baba
yang tersendiri. Biasanya, masakan Nyonya adalah pedas dan menggunakan banyak cili.
Malah mereka sentiasa menyediakan sambal untuk dimasak bersama daging atau ikan atau
udang bersama-sama dengan sayur, sup dan nasi sebagai hidangan harian. Mereka juga
menggunakan perencah yang biasa digunakan oleh orang Melayu iaitu belacan, asam, buah
keras, lengkuas, dan serai di samping bahan masakan orang Cina mengikut kesesuaian
jenis makanan.

Kuih Ku Merah misalnya merupakan kuih kaum Cina yang dibuat dari pulut dan kacang
hijau. Ia biasanya dihidangkan semasa anak yang dilahirkan mencapai umur satu bulan.
Kuih dodol, kuih karas, dan kuih wajik adalah kuih tradisional Melayu tetapi menjadi
hidangan istimewa masyarakat Baba. Kuih mereka yang asal adalah seperti kuih koci dan
kuih talam.

Ia dilakukan beberapa minggu sebelumnya, di mana rumah-rumah dibersih, dikemas dan


dicat. Kain langsir dan alas meja ditukar baru dan kain chyee kee iaitu kain merah yang
panjang digantung di hadapan pintu besar sehari sebelum Tahun Baru tiba. Pada malam
tersebut, semua anggota keluarga berkumpul bersama untuk makan malam dengan diiringi
oleh bunyi petas (mercun) untuk mengirimkan hari terakhir tahun lama. Ia akan dibunyikan
sehingga keesokan pagi. Pintu rumah sentiasa dibuka hingga lewat malam untuk
menyambut tahun baru. Membakar petas dan bunyi-bunyi meriah akan mengusir tanda dan
niat jahat keluar.

Pada hari pertama Tahun Baru, mereka akan memakai pakaian baru. Pada pagi hari lagi
saudara- mara akan mengunjungi dan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Kanak-kanak
atau orang dewasa yang belum berkahwin akan diberi ang pow. Pada hari ini, mencuci dan
menyapu sampah tidak dibenarkan bagi mengelakkan rezeki baik yang dibawa oleh Tahun
Baru diusir keluar. Pada hari kelima belas, perayaan Chap Goh Mei disambut bagi
menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Bunyi petas akan kedengaran untuk
kali yang terakhir. Mereka akan ke kuil-kuil Cina untuk bersembahyang dan membawa
pulang abu-abu suci untuk disimpan. Manakala, anak-anak dara akan melemparkan buah
limau kedalam sungai dengan harapan untuk mendapat suami yang baik.

Pada peringkat awal, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, pihak lelaki akan
menghantar wakil bagi merundingkan hal perkahwinan. Pihak perempuan akan menetapkan
masa yang tertentu untuk memberikan persetujuan. Pasangan ini tidak dibenarkan berjumpa
antara satu sama lain sehingga hari perkahwinan. Pada hari perkahwinan, pengantin

22
perempuan akan memakai baju yang disulam indah, menarik dan berwarna-warni yang
dikenali sebagai kuah.

Pada hari perkahwinan juga hanya pihak lelaki yang akan mengadakan kenduri. Pihak lelaki
bersama-samapengantin lelaki akan menjemput pengantin perempuan kerumah persatuan
dimana diadakan jamuan the bagi menjalani istiadat perkahwinan mereka. Upacara
dimulakan dengan pemberian Chiu-thau yang dianggap suci dan disusuli pula dengan
Chim-Pong apabila kedua-dua pengantin bertemu buat pertama kalinya semasa
menziarahi Dewa Syurga, Bumi dan Manusia di hadapan tempat pemujaan khas bertingkat
tiga yang dipanggil Sam Kai.

Pada umumnya, China kaya dengan bahasa. Bangsa Han mempunyai tujuh jenis loghat;

-Loghat Bei Fang Hua atau loghat utara


-Dialek Wu
-Dialek Xiang
-Dialek Gan
-Dialek Kejia atau Hakka
-Dialek Yue atau Kantonese
-Dialek Min atau Hokkien

Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi atau tulisan Han. Ada dua jenis tulisan yang utama;

-Wen (gambar-gambar mudah)


-Zi (huruf-huruf campuran)

Seni lukis dalam tamadun China merupakan kesenian yang penting kerana mendapat
naungan dari istana. Terdapat beberapa jenis seni lukis Cina, antaranya seni potret yang
memaparkan dewa-dewi, bangsawan, gadis dan rakyat biasa. Ciri kesenian lukisan Cina
ialah dihasilkan secara spontan. Perbuatan spontan ini dibuktikan dengan gerakan berus
yang digunakan. Dakwat hitam yang berair membolehkan tangan bergerak dengan lebih
bebas dan pantas. Lukisan Cina juga menunjukkan makna sajak.

1.0 KONSEP DAN UNSUR YANG MEMBENTUK KEBUDAYAAN MELAYU DAN


KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

1.1 Konsep kebudayaan Melayu

Dari segi etimologi, Melayu ditakrifkan dalam pelbagai maksud dan makna
oleh tokoh-tokoh seperti Werndly yang mengatakan Melayu berasal dari
perkataan Melaju yang diambil dari perkataan laju, cepat dan deras. Selain itu,
beliau juga mengatakan bahawa masyarakat melayu merupakan satu
masyarakat yang bersifat tangkas, dan cerdas. Berlainan pula pendapat yang
dikemukakan oleh Van Der Tuuk yang mengatakan perkataan Melayu ini
bermaksud penyeberang yang mengatakan Melayu ini menyererang atau
menukar agama iaitu dari agama Hindu ke agama Islam.

23
Selain itu, bangsa melayu juga mempunyai pengertian yang tersendiri.
Antaranya ialah, lazimnya orang Melayu ini bertutur menggunakan bahasa
Melayu, kebudayaan Melayu dan beragama Islam. Selain itu, pengertian yang
diberikan oleh UNESCO pula lebih kepada bentuk fizikal masyarakat Melayu itu
sendiri. Antaranya, orang Melayu merupakan satu keluarga bahasa yang
mempunyai bentuk badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, berambut
lurus, dan tinggi yang sederhana dan mereka di kawasan asia tenggara. Terdapat
dua jenis budaya yang boleh dikenalpasti.

Budaya

Bukan
Material
Material
Rajah 1 : Jenis budaya yang boleh dikenalpasti.

Budaya material ialah Kebudayaan material berkaitan dengan semua ciptaan


masyarakat yang nyata dan konkrit. Juga meliputi bahan-bahan fizikal
kebudayaan serta cara-cara penggunaannya. Selain itu, Penemuan-penemuan
yang dihasilkan dari suatu penggalian arkeologi seperti mangkuk tanah liat,
perhiasanan, senjata dan sebagainya. Contoh-contoh lain budaya material ini
ialah barang-barang seperti televisyen, pesawat terbang, stadium olahraga,
pakaian dan sebagainya. Budaya bukan material pula ialah ciptaan-ciptaan
abstrak yang diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya. Hal ini termasuk
juga kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, cerita dongeng,
cerita rakyat dan lagu atau tarian tradisional.

24
Akomod
asi

Kebudaya
an Melayu
Akultura
Asimilasi
si

Rajah 2 : Konsep-konsep yang mempengaruhi pembentukan budaya

Proses pembentukan kebudayaan Melayu juga dipengaruhi oleh konsep-


konsep pembentukan budaya iaitu seperti akomodasi, asimilasi dan akulturasi.
Ketiga-tiga konsep ini menjadi ukuran atau proses kepada sesuatu budaya itu
terjadi.

B
AB
C
C

Rajah 3 : formula yang menunjukkan konsep akomodasi.

Akomodasi ialah satu keadaan yang mana kelompok yang berkonflik


bersetuju untuk menghentikan konflik apabila adanya interaksi secara aman.
Proses melalui konsep akomodasi ini menyebabkan setiap kumpulan etnik
menyedari dan dapat menghormati kumpulan etnik lain. Namun begitu mereka
masih tetap dapat mempertahankan budaya hidup masing-masing.

25
B A
C

D
Rajah 4 : formula yang menunjukkan konsep asimilasi.

Konsep asimilasi pula merupakan satu proses percantuman dan penyatuan


antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Untuk lebih jelas proses asimilasi ini
ialah A + B + C = D iaitu D mewakili golongan dominan, A, B dan C mewakili
kumpulan etnik minoriti. Contoh yang dapat ditunjukkan ialah di Malaysia,
masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh
berlakunya proses asimilasi apabila mereka menerima budaya Melayu.

i(AB
i(A) B C
C)

Rajah 5 : formula yang menunjukkan konsep akulterasi.

Terakhir ialah akulturasi iaitu proses yang terjadi apabila satu kelompok manusia
dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan
asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan

26
diolah dalam kebudayaan sendiri. Dalam sejarah tamadun manusia, sering
berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan.
Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Contohnya di
Malaysia seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan
sebagainya.

1.2 Unsur kebudayaan Melayu

berdasarkan pendapat tokoh-tokoh pengkaji sejarah, sesebuah kebudayaan


dikaji daripada beberapa unsur kebudayaan untuk kepentingan ilmiah. Antara
unsur tersebut ialah Cultural Universal, Cultural Activities, Trait complexes, Traits
dan Items.

Cultural
universa
l

Cultural
items
activities
Unsur
Kebudaya
an
Melayu

Trait
Traits complex
es

Rajah 6 : Unsur kebudayaan melayu

Unsur kebudayaan pertama iaitu Cultural Universal yang bermaksud


kebudayaan sejagat. Unsur ini merupakan unsur yang terbesar dalam sesuatu
kerangka sesuatu masyarakat. Ada tujuh elemen penting dalam unsur ini iaitu
sistem mata pencarian, sistem peralatan, sistem susunan masyarakat sistem
penggunaan bahasa, lisan, tertulis atau sistem kata-kata, sistem bentuk
kesenian, sistem pendidikan dan sistem agama.

27
Dalam unsur yang kedua iaitu Cultures Activities pula bermaksud kegiatan
kebudayaan setempat yang terdapat dalam kelompok masyarakat tersebut
contohnya bermain permainan tradisional semasa waktu lapang.

Unsur ketiga ialah Trait Complexes yang dikenali sebagai unsur-unsur yang
rumit. Kompleks unsur ini ialah alat yang melengkapi aktiviti kebudayaan.
Contohnya ialah sistem pengolahan tanah, pemilikan tanah dan sebagainya.

Unsur yang keempat ialah traits yang menjadi unsur pelengkap yang lebih
kecil daripada kompleks unsur yang masih boleh diuraikan satu persatu. Untuk
melihat dengan labih jelas sebagai contoh dapat kita melihat dari pengangkutan
iaitu kereta lembu. Unsur pelengkapnya ialah kereta, pemandu dan binatang
penarik kenderaan.
Unsur yang terakhir ialah items iaitu unsur-unsur yang terkecil yang tidak
boleh diuraikan atau dipecah-pecahkan lagi. Sebagi contoh kita melihat kereta
lembu terdiri daripada lembu itu yang menjadi sumber tenaga kepada kenderaan
tersebut. Binatang memerlukan tenaga untuk menarik kereta tersebut. Tenaga
itu merupakan komponen terkecil tersebut.

Unsur dalam sesuatu budaya sangat penting bagi menunjukkan sistem yang
terdapat dalam satu-satu masyrakat. Begitu juga dengan masyarakat Melayu. Ia
juga mempunyai unsur-unsur yang terdapat dalam budaya melayu itu sendiri.

1.3 Konsep kebudayaan Kebangsaan

Penggubalan Kebudayaan Kebangsaan adalah satu perkara yang penting


dalam memimpin satu negara yang mempunyai keunikan yang tersendiri seperti
Malaysia iaitu kaya dengan penduduk berbilang bangsa etnik dan agama dasar.
Dasar ini dapat dijadikan garis panduan dalam menjadikan sesebuah negara
hidup dalam perpaduan yang utuh dan mengekalkan sehingga ke generasi yang
akan datang. Pembangunan budaya harus dilihat sejajar dengan arus
modenisasi ekonomi supaya seimbang dari segi rohani dan jasmani.
Kebudayaang Kebangsaan sesebuah negara yang kuat dapat menghindar dari
pengaruh-pengaruh budaya asing yang negatif dan mengekalkan budaya zaman
berzaman ini sehingga ke generasi akan datang.

28
Perancangan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara yang kaya dengan
kepelbagaian kaum seperti Malaysia harus dititikberatkan supaya ciri-ciri budaya
yang lahir ialah merupakan cara hidup bangsa Malaysia itu sendiri. Selain itu,
supaya dapat mengekalkan keistimewaan yang terdapat dalam budaya
masyarakat Malaysia itu sendiri. Perancangan Kebudayaan Kebangsaan juga
akan menentukan sifat-sifat yang terbaik, nilai yang mulia serta dominan bagi
pembinaan bangsa Malaysia.pembangunan kebudayaan kebangsaan ini penting
supaya apa yang telah diwarisi sejak zaman berzaman tidak hilang ditelan
zaman malah dikekalkan dan diwarisi menjadi tradisi dan sejarah kepada
generasi akan datang.

Kebudayaan kebangsaan ini bertujuan sebagai satu medium untuk


merapatkan jurang perbezaan antara pelbagai kaum dan etnik di negara
Malaysia. Keunikan yang terdapat dalam Malaysia merupakan satu identiti yang
dibawa ke persada dunia. Keunikan inilah yang menjadikan malaysia dapat
menempah nama di antara-antara negara luar yang lain. Kebudayaan
kebangsaan inilah dapat menaikkan semangat kenegaraan bukan pekauman
yang ingin ditunjukkan sesama kita sendiri. Dengan pelbagai budaya yang ada ini
dikongsi bersama untuk dipelajari dan letak di dalam hati seiap rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, perancangan kebudayaan kebangsaan ini penting dalam


menyeragamkan dan mewujudkan satu organisasi yang menjaga pergerakan
kebudayaan di negara ini.

1.4 Unsur kebudayaan kebangsaan

Terdapat tiga unsur dalam kebudayaan kebangsaan. Unsur-unsur ini menjadi


panduan dalam memastikan perpaduan di Malaysia terpelihara. Antara unsur-
unsurnya ialah kebudayaan Kebangsaan negara ini hendaklah berteraskan
kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan
wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur Kebudayaan Kebangsaan dan Islam
merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
itu.

29
Teras
buday
an
serant
au

Unsur
Kebudaya
an
Kebangsa
an
Unsur
Agama
buday
Islam
a luar

Rajah 7 : Unsur Kebudayaan kebangsaan

Unsur yang pertama iaitu teras budaya seratau. maksudnya di sini ialah
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah berteraskan kebudayaan rakyat
setempat rantau ini. Rantau membawa maksud alam Melayu, iaitu warisan
tradisi kebudayaan Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya
terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan
lain-lain lagi.

Unsur yang kedua ialah unsur-unsur budaya luar. Contohnya ialah budaya
pedagang-pedagang yang berniaga di tanah Melayu dengan kebudayaan
tempatan. Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum
pribumi terjadi melalui pelbagai proses seperti asimilasi, akomodasi dan
akulturasi. Sebagai contoh, proses asimilasi wujud hasil daripada kekerapan
perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan bahasa dari negera
China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa Sanskrit,
Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu.

Unsur yang ketiga ialah Islam sebagai unsur pembentukan Kebudayaan


kebangsaan. Ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama
tersurat dan diterima oleh Perlembagaan. Segala unsur budaya yang mewarisi
pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah menjadi status Kebudayaan

30
Kebangsaan secara automatis. Ia haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan
ciri-ciri atau nilai universal Islam.

2.0 KEDUDUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN PADA MASA KINI

Kebudayaan kebangsaan telah menjadi milik semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum, Bahasa dan agama. Kedudukan kebudayaan kebangsaan yang telah kukuh
dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan disebabkan kesepaduan tiga unsur iaitu
kebudayaan yang berteraskan kebudayaan asal rakyat rantau ini, unsur kebudayaan lain
yang sesuai diterima dan Islam sebagai unsur penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.

Maka tahun 1971 dianjurkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang akhirnya


merangka Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini adalah kesepakatan kita dalam
hal budaya yang ternyata sangat luas ruang litupnya. Budaya melampaui hal-hal
kesenian malah cara hidup pada umumnya termasuk soal bahasa. Walaupun Dasar
Kebudayaan Kebangsaan bukan satu akta, tetapi inilah acuan untuk menerima
sesuatu dari luar yang sesuai dengan norma hidup masyarakat pelbagai kaum negara
ini.
(Utusan Online 23/03/2009)

31
Jadual 1 : Artikel daripada Utusan Online

Impian orang Melayu ingin membina budaya kebangsaan telah tercapai selepas 13
Mei 1969. Kerajaan menerima usul untuk menubuhkan budaya kebangsaan
sebagaimana mengikut keputusan Kongres Budaya Kebangsaan pada tahun 1970.
Kementerian yang berkaitan ditubuhkan yang bertujuan untuk membina budaya
kebangsaan. Budaya kebangsaan itu dilihat sebagai suatu aspek yang sangat penting
dalam usaha melahirkan perpaduan dalam kalangan bangsa. Pembinaan budaya
kebangsaan ini dapat dianggap sebagai satu lagi kejayaan orang Melayu membina jati
diri sebagai lambang kebangsaan. Prinsip penting dalam pembinaan budaya
kebangsaan itu kepada orang Melayu ialah budaya kebangsaan adalah berasaskan
kepada budaya penduduk asal negara ini dan berteraskan kepada Islam. Prinsip budaya
kebangsaan telah banyak menimbulkan kontroversi, terutama di kalangan orang bukan
Melayu. Walhal, terdapat juga satu lagi prinsip yang membolehkan unsur-unsur budaya
lain, yang bukan Melayu diterima apabila orang ramai menerimanya sebagai rasmi dari
masa ke masa.

Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kesenian telah berusaha untuk


mewujudkan pelan pembaikan agar kebudayaan Melayu dan kebangsaan tidak akan
terus lupus. Kerajaan melalui badan-badan tertentu, seperti Perbadanan Kraftangan
Malaysia memainkan peranan dalam mendorongkan perkembangan kegiatan seni
tampak tradisi itu. Penghasilan seni itu cuba dipertahankan keasliannya bagi
melambangkan identiti bangsa Melayu. Walaupun terdapat sebahagian hasil seni
tampak tradisi itu telah hilang fungsi di zaman moden, tetapi fungsi barunya sebagai
perhiasan tetap dipertahankan. Oleh itu, keaslian seni tampak tradisi itu dapat dihayati
bersama oleh generasi akan datang.

Perpaduan antara kaum pada masa akan datang hanya dapat dikukuhkan melalui
persefahaman dan tolak ansur antara kaum. Pembentukan masyarakat dan bangsa
Malaysia baharu haruslah berupaya mewujudkan identiti masyarakat yang kukuh,
bersatu padu dan bersefahaman, taat setia, terhindar daripada kemiskinan pemikiran
semangat, tenaga, bermoral dan mempunyai suatu kehidupan kebangsaan yang boleh
dibanggakan. Oleh yang demikian, matlamat pembinaan kebudayaan kebangsaan
memang menepati hasrat dan konsep pembangunan serta kemajuan bangsa di
Malaysia.

32
3.0 RAMALAN MASA DEPAN DARIPADA ASPEK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Kebudayaan terus kukuh dan utuh kerana Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah Berjaya
dijalankan dan member impak kepada aspek kebudayaan. Maka isu-isu yang
membawakan kepada perbalahan sesama kaum tidak wujud kerana masyarakat
Malaysia majmuk ini telah memahami budaya antara satu sama lain. Sikap tolak ansur
yang dipupuk dalam dasar kebudayaan kebangsaan dilihat satu dasar yang berjaya dan
boleh dicontohi oleh negara-negara majmuk yang lain.Contohnya, Myanmar yang kiri
dilanda krisis perpaduan kaum disebabkan dasar kerajaan komunis Myanmar adalah
untuk menghapuskan etnik yang menjadi daripada wilayahnya. Malaysia akan menjadi
contoh kepada negara-negara lain khususnya dalam pembangunan modul kebudayaan
negara. Hal ini dapat memetik kemungkinan bahawa Malaysia akan dilantik menjadi
perunding damai atau ahli jawatankuasa dalam merangka satu pelan induk budaya atau
perpaduan untuk menyelesaikan masalah perpaduan dalam negara.

Dalam bidang politik, perkara ini turut memberi sumbangan dalam pembentukan
kebudayaan. Parti-parti politik di Malaysia sekarang yang berasaskan kaum contohnya
MCA, MIC, DAP, UMNO, PAS dan sebagainya terus kukuh sehingga sekarang. Banyak

33
parti-parti yang telah bergabung dan membentuk suatu pakatan besar contohnya
Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Perkara ini mencerminkan bahawa dasar
politik dapat juga menyatukan pelbagai unsur budaya menjadi sebuah kebudayaan
kebangsaan dan bekerjasama dalam membangunkan negara. Hal ini dapat dibuktikan
melalui dasar wasatiyah yang diamalkan dapat difahami oleh semua. Apabila
berlakunya Pilihan Raya, mereka tidak berebut tetapi mengadakan satu mesyuarat
untuk memutuskan calon mana yang lebih layak untuk bertanding di sesuatu kawasan
yang dipertandingkan dan dipersetujui oleh parti-parti yang lain. Apabila calon telah
dipilih, maka rakyat menyokong sebulat suara. Buktinya kemenangan majoriti berpihak
kepada kerajaan sekarang ini yang dipimpin oleh Barisan Nasional. Dalam berkempen,
ahli adun atau ahli parlimen yang dipilih ialah seorang yang memahami budaya pelbagai
kaum di sesuatu tempat yang mempunyai pelbagai latar belakang. Jika berlakunya
masalah perkauman, ahli yang dipilih akan turun padang untuk menyelesaikan masalah.

Dari aspek pendidikan pula, kokurikulum yang digubal dan dijalankan adalah satu
kokurikulum yang menyatakan atau menerapkan tentang kebudayaan. Contohnya,
terdapat suatu tema kebudayaan yang diterapkan dalam sukatan pelajaran yang
memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang kepelbagaian kaum di Malaysia
dan secara tidak langsung, murid-murid telah mengetahui budaya pelbagai kaum dan
menghormati serta menghayati budaya.

Selain itu, kementerian pula akan dilihat sebagai agen pembangunan kebudayaan
yang relevan. Jika dilihat pada masa kini, kerajaan telah menjalankan aktiviti rumah
terbuka pada setiap perayaan yang disambut, mengadakan pameran kebudayaan untuk
rakyat, kerajaan telah mengadakan pertandingan yang melibatkan budaya. Sebagai
contoh, pertandingan permainan wau adalah budaya Melayu tetapi melibatkan semua
kaum. Pertandingan memasak kuih bulan yang melibatkan semua kaum. Apabila
wujudnya interaksi antara kaum, perpaduan dapat dieratkan. Apabila rakyat dapat
disatukan dalam satu kelompok melalui aktiviti, pameran, kempen dan penglibatkan
rakyat maka satu perpaduan dapat diwujudkan antara meraka. Oleh itu,isu-isu sensitif
dapat dikurangkan dan tidak timbul soalan-soalan yang boleh mencetuskan provokasi.

34
4.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN

Pelbagai langkah telah dirangka oleh kerajaan bagi mewujudkan satu suasana yang
harmonis, aman dan damai. Maka, wujudlah pelbagai dasar yang menjadi pemangkin
perpaduan yang dikecapi pada zaman kini. Seperti tersedia maklum bahawa
perancangan demi perancangan yang dibuat mungkin mempunyai kelemahan-
kelemahannya tersendiri. Namun begitu, perancangan yang dibuat atau dirangka ini
bermatlamatkan untuk mengatasi masalah persengketaan kaum serta mengekalkan
budaya agar terus kekal dengan keharmonian yang ada pada hari ini. Penambahbaikan
dilakukan dari semasa ke semasa mengikut peredaran waktu dan zaman.

Sebagai contohnya, Dasar Pendidikan terus diubah dan ditambahbaik untuk


memperbaiki kelemahan sedia ada dan memantapkan kurikulum sekaligus
memantapkan perpaduan antara kaum. Kerajaan telah memperkenalkan kurikulum
standard sekolah rendah bagi menggantikan kurikulum bersepadu sekolah rendah.
Dalam kurikulum yang dirangka dan dirancang telah menerapkan pelbagai pemahaman
kebudayaan setiap kaum bagi setiap tahun dan menekankan tentang semangat
perpaduan. Oleh yang demikian, pada hemat saya pelaksanaan Dasar Pelan Pendidikan
2013-2025 masih perlu diperbaiki. Maka, pihak kerajaan haruslah mengambil kira

35
pandangan serta cadangan penambahbaikan yang dicdangkan oleh pelaksana dasar
iaitu golongan guru. Hal ini kerana dilihat tidak bersikap terbuka dalam menerima kritikan
oleh para pelaksana. Pihak kerajaan disarankan dan dicadangkan untuk menjemput
cendiakawan yang mahir dalam bidang masing-masing untuk turut bersama kerajaan
membincang perkara-perkara atau merangka sesuatu dasar. Perkara ini dilihat satu jalan
terbaik bagi mengelakkan suatu pandangan yang bersifat sehala dari pihak kerajaan.
Jika pandangan ahli cendiakawan ini diambil kira, maka bidang tidak akan diperjudikan
nasibnya. Dengan kata lain, bidang pendidikan ini tidak dipolitikkan atau diasing
daripada politik bagi membendung campur tangan ahli politik yang dilihat hanya mampu
membantut proses pertumbuhan dalam bidang pendidikan.

Selain itu, dasar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan haruslah


meletakkan syarat kepada pemaju untuk menjual rumah kepada pelbagai kaum. Hal ini
baik bagi sosialisasi rakyat. Dengan adanya pelbagai kaum dalam satu taman atau
kampung tersusun, maka rakyat akan berinteraksi antara mereka dan akan dapat
mengenali budaya antara satu sama lain dengan lebih dekat dan rapat. Di samping itu
juga, Program Rukun Tetangga haruslah melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa
mengira had umur muda atau tua. Lebih-lebih lagi melibatkan pelbagai kaum harus
ditekankan. Hal ini kerana program ini banyak didominasi oleh satu kaum sahaja iaitu
kaum Melayu dan kaum-kaum lain dilihat tidak mahu terlibat dan merasa selesa dengan
kedudukannya sekarang. Oleh itu, kerajaan haruslah mewajibkan penglibatan semua
kaum dalam program sebegini. Kadang-kala program yang disusun oleh kerajaan sudah
baik namun pelaksanaannya tidak begitu baik atau mantap.

Kempen harus yang dijalankan oleh kerajaan melalui media massa. Oleh yang
demikian, Kementerian Penerangan dan Komunikasi haruslah memainkan peranan dan
memanfaatkan peluang yang ada secara optimum. Kawalan terhadap media massa
swasta haruslah dilakukan agar tidak memainkan isu sensitif. Penerbit akhbar dan
majalah digalakkan memberi sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan
negara berdasarkan pengamalan etika kewartawanan menerusi sikap bertanggungjawab
dan kepekaan apabila menyentuh dan melapork perkara-perkara yang boleh
menjejaskan perpaduan dan perhubungan antara kaum dan agama. Mereka perlu
memastikan bahawa kegaitan dan laporan media cetak termasuk laporan media cetak
asing dan laporan melalui internet tidak melanggar Akta Cetak, Mesin Cetak dan Akta
Hasutan serta tidak menjejas atau menggugat ketenteraman awam dan keselamatan
negara.

36
5.0 REFLEKSI

Syukur kehadrat Illahi kerana dapat untuk saya menyelesaikan tugasan subjek BMM
3114 ini. Dalam proses pelaksanaannya saya dikehendaki menghurai suatu isu berkenaan
kebudayaan negara ini berdasarkan soalan tugasan yang diberi. Soalan yang pertama
adalah berkenaan konsep dan unsur yang membentuk kebudayaan Melayu dan
kebudayaan Kebangsaan. Oleh itu saya telah mencari maklumat yang berkenaan dalam
buku-buku rujukan yang dipinjam. Selain itu, rujukan terus daripada internet juga telah saya
ambil sebagai sandaran hujah penulisan saya. Namun, bahan dan maklumat daripada
internet perlu saya teliti terlebih dahulu bagi memastikan ketulenan dan kesahannya.

Seterusnya penghasilan idea yang kritis terhadap kedudukan kebudayaan


kebangsaan pada masa kini dan ramalan masa depan daripada aspek perpaduan kaum di
Malaysia. Bagi menjawab persoalan tugasan ini saya telah berfikir melalui pembacaan yang
dibuat. Untuk itu, idea yang dihasilkan dicatat dahulu pada sebuah kertas draf. Kemudian
saya bersama beberapa orang rakan telah duduk semeja dan berbincangan mengenai idea-
idea yang dihasilkan. Melalui perbincangan, lebih banyak idea yang dapat dihasilkan dan
dihuraikan secara langsung. Dengan ini, ia dapat membantu saya dalam membuat
penulisan ilmiah dalam tugasan.

37
Melalui kedudukan kebudayaan yang telah difahami, beberapa langkah
penambahbaikan ditambah sebagai cadangan dalam penulisan. Langkah-langkah yang
difikirkan adalah berpandukan kepada usaha-usaha kerajaan dalam memelihara
kebudayaan dalam negara ini. Oleh itu, pelbagai contoh yang berkaitan usaha kerajaan
telah saya muatkan dalam penulisan ilmiah ini. Sedikit sebanyak dapat membantu pembaca
memahami dan menyedari langkah dan tidakan kerajaan dalam memandang serius perkara
ini. Selain itu saya turut menyelitkan cadangan saya sendiri sebagai usaha saya member
pandangan dan cadangan untuk memelihara budaya Melayu pada zaman yang mencabar
ini.

BIBLIOGRAFI

Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu dan Budi Anto Mohd Tamring (2011).
Hubungan Etnik Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd : Selangor.

Nik Safiah Haji Abdul Karim. (1963). Kajian Kebudayaan Melayu. Kelantan:
Pustaka Dian Press.

Rejal Arbee. (Ogos 2007). Mengungguli Semangat Patriotik. Dewan


Masyarakat, 24-25.

Ruslan Zainuddin ( 2000). Sejarah Malaysia. Penerbitan Fajar Bakti Sdn.


Bhd: Kuala Lumpur.

Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr. (2007). Modul Hubungan Etnik.
Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA)

38
LAMPIRAN
39

Anda mungkin juga menyukai