Anda di halaman 1dari 7

Implikasi Pendidikan Wajib

Apa yang telah dipelajari selama ini pendekatan dipelajari untuk mengaplikasikan dalam kelas
untuk memberi impak kepada murid, masyarakat dan negara

Pengenalan

Implikasi Fakta, huraian, contoh

Penutup merumuskan (setengah m/s)

Rujukan 5

Membina modal insan/ melahirkan murid berilmu dan berdaya saing

Mengurangkan buta huruf

Peluang pendidikan yang sama rata

Kurangkan gejala sosial

Meningkatkan taraf hifup

Memupuk budaya belajar

Masyarakat yang harmoni

Membina insan yang seimbang dari segi jeris-

Merapatkan jurang

Pemikiran yang terbuka

Membawa nilai-nilai ke peringkat tinggi/ bidang yang ingin diceburi pada masa depan, duduk
sama aras, harmoni dan integrase dengan masyarakat luar

Bagaimana mengurangkan kes jenayah, apa yang berlaku dalam 13 tahun pendidikan wajib

Kanak-kanak yang berwatak- dapat mengurus, memimpin organisasi,bagaimana menggunakan


ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian
Pada tahun 1992, kerajaan telah memperkenalkan pendidikan umum selama 11 tahun iaitu
setiap rakyat Malaysia diwajibkan mengikuti sesi persekolahan bermula dari Tahun 1 sehingga
Tingkatan 5. Sementara itu, pemurnian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah berlaku dengan menggunakan akronim yang sama
iaitu KBSR. Usaha ini dilihat mampu meningkatkan mutu pendidikan dalam kalangan rakyat
Malaysia dalam menentukan hala tuju pembangunan insan dan negara di masa hadapan. Akta
Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) memperuntukan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah
yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 1 pada 1 Januari 2003.

Di Malaysia, matlamat dan hasrat pendidikan itu dapat dilihat dalam pembentukan
sebuah falsafah pendidikan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang digubal pada tahun 1987
dan dibuat semakan pada tahun 1996 serta telah ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) direncanakan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah
yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepada kepercayaan kepada Tuhan. Kurikulum sekolah yang digubal merupakan satu usaha
berterusan bagi membangunkan anak-anak secara menyeluruh, merangkum pelbagai dimensi,
iaitu intelek, rohani, emosi, dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Program dan inisiatif yang membangunkan komponen bukan akademik
dilaksanakan di dalam bilik darjah dan menerusi aktiviti kokurikulum. Sebagai contoh,
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral adalah wajib untuk semua murid Tahun 1 hingga
Tingkatan 5. Kementerian juga menetapkan setiap murid mengambil bahagian dalam sekurang-
kurangnya 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform bagi membina bakat dan memupuk minat,
di samping membentuk kemahiran kepimpinan.

Kurikulum di dalam rangka FPK menyusun pelbagai kaedah dan pendekatan


pengajaran dan pembelajaran serta penilaian bagi menepati teori ilmu. Maka, dalam
membangunkan intelektual murid, Ahmad Mohd. Salleh (2008) menyatakan terdapat beberapa
unsur yang diberi tumpuan kepada daya berfikir iaitu mempunyai kemahiran 3M, mendapat,
meningkat dan menyebarkan ilmu, berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta memanfaatkan
ilmu untuk diri dan orang lain. Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 telah menfokuskan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menentukan
kejayaan transformasi pendidikan seperti yang digariskan. Dalam hal ini, guru berkesan
merupakan seorang yang bermotivasi dan percaya dirinya berupaya untuk mengubah
kehidupan murid-murid serta memotivasikan mereka untuk menguasai standard akademik
tertinggi. Murid akan belajar dalam persekitaran yang mempunyai kepercayaan asas bahawa
semua murid boleh belajar, dan semua murid boleh berjaya. Oleh itu, pendidikan wajib memberi
kesan dalam pembangunan intelektual murid di mana guru memainkan peranan besar dalam
membantu murid menguasai ilmu yang dipelajari.

Fenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah negara kita telah membawa
pelbagai implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khasnya
kepada murid. Dalam usaha mencapai perpaduan, penting bagi setiap murid berinteraksi dan
belajar bersama-sama rakan sebaya dan guru daripada pelbagai etnik, agama, budaya dan
latar belakang sosioekonomi. Kementerian telah menyediakan program Rancangan Integrasi
Murid untuk Perpaduan (RIMUP) menerusi aktiviti kokurikulum bagi mengukuhkan interaksi
dalam kalangan murid di pelbagai jenis sekolah. Kajian semula yang dijalankan oleh Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati program RIMUP berjaya mewujudkan pergaulan
antara etnik di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh sebab kekurangan peruntukan, telah berlaku
penurunan yang ketara dari sudut pengisian dan bilangan aktiviti untuk program RIMUP.

Kesimpulannya, sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan sentiasa bergerak
maju ke hadapan. Proses pembangunan insan dan negara telah mengalami perubahan demi
perubahan mengikut zaman dalam usaha untuk memartabatkan sistem pendidikan sebagai
agen ke arah pembangunan masyarakat. Oleh itu, pendidikan wajib yang dilaksanakan di
Malaysia berorientasikan falsafah untuk melahirkan insan yang berjiwa besar dan seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan menentukan hala tuju pembangunan negara
pada masa hadapan. Justeru, dalam menguruskan pembangunan murid sebagai tonggak
negara untuk membentuk masyarakat madani bagi kelangsungan sebuah negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang, adalah mustahak bagi setiap pihak yang berkecimpung
dalam bidang pendidikan sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi
dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan
teknologi pesat. Hal ini demikian kerana jatuh bangun sesebuah bangsa dan negara itu
bergantung sepenuhnya kepada kualiti yang ada pada sumber manusianya. Agenda
pembangunan murid yang merupakan sumber manusia perlu diutamakan dalam proses
pembangunan sesebuah negara kerana ia adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap
kemajuan dan kemunduran bangsa itu. Unsur kemahiran dan nilai itu diadun bersama agar
murid yang bakal menerajui negara adalah sumber manusia yang mempunyai nilai dalam erti
kata sebenar.
Oleh itu kita sebagai warganegara Malaysia perlu menyemarakkan semangat
pembelajaran sepanjang hayat, senantiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan
melaksanakan kerja yang terbaik dan berkualiti. Kita juga harus mempraktikkan budaya kerja
cemerlang. Tugas kita untuk memastikan negara terus berada di landasan pertumbuhan
ekonomi yang kukuh adalah besar dan mencabar. Namun, kita akan menjadi sebuah negara
yang benar-benar maju dan kaya dengan nilai-nilai murni, jika kita mempunyai iltizam dan
berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu
bentuk cabaran dalam profesion keguruan.

Walau bagaimanapun, sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan sebagai satu
profesion bergantung pada tanggapan masyarakat. Adakah peranan guru semakin hilang
kewibawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf
sebagai profesional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek? Dalam konteks ini,
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Hal ini
termaktub dalam teras strategik kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu
memartabatkan profesion keguruan. Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang
besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan
pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PIPP.
Dari aspek pembangunan kerohanian dan emosi, Tajul Ariffin Noordin (1993)
menyatakan bahawa bangsa yang kuat serta mulia tidak hanya bergantung pada kekuatan
fizikal yang bercorak kebendaan dan teknologi. FPK menekankan pembangunan rohani dan
emosi secara seimbang dengan menerapkan nilai-nilai murni merentasi kurikulum (Ahmad
Mohd. Salleh, 2008). Berkaitan dengan pembangunan rohani dan emosi ini pula boleh
dihubungkan dengan afektif iaitu tentang perasaan dan kejiwaan. Guru berperanan penting
dalam membentuk sahsiah murid dan pengajaran mempunyai suatu tujuan moral kerana
sentiasa memberikan kepentingan kepada perwatakan murid. Maka, menjadi tanggungjawab
guru untuk mendidik murid ke tahap moral yang tinggi agar menjadi warganegara yang baik dan
berguna. Justeru itu, antara unsur-unsur rohani yang diterapkan dalam kurikulum pendidikan
ialah menyedari dan menginsafi daya Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian
Pencipta, menyedari dan menginsafi tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin kendiri
serta membentuk akhlak mulia (Ahmad Mohd Salleh, 2008).

Sehubungan dengan ini, kurikulum pendidikan juga mengambil kira aspek perubahan ini agar
pembangunan insan seiring dengan zaman. Berkaitan dengan hal ini penggunaan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran akan membantu kemahiran psikomotor
seseorang dalam mendapatkan maklumat-maklumat dengan mudah dan cepat.
Kesimpulannya, hakikat pembangunan insan dalam kerangka FPK itu sudah menampakkan
keinginan dan kemahuan pendidikan di Malaysia dalam menghasilkan insan yang berkualiti dari
semua aspek. FPK hanya sebagai garis panduan untuk kita mencapai maksud

pendidikan yang sebenarnya. Justeru itu, sudah tentu wujud cabarancabaran dalam
membangunkan insan menurut kerangka FPK kerana sistem pendidikan kini saling bersaing
dalam mengejar kemahuan

duniawi.

Namun, apa

yang dihasratkan oleh FPK ini hanya sekadar impian. Isu keruntuhan

akhlak terutamanya golongan pelajar dan remaja amat membimbangkan.


Rujukan

Ahmad Mohd. Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Alias Mat Saad, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff, dan Ruhizan Mohammad Yassin. Kajian
Kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Kurikulum Pendidikan Islam
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dimuat turun dari http://journalarticle.ukm.my/2315/1/6_alias_artikel.pdf pada 8 Julai
2017.

Azhar Hj. Wahid & Zawawi Jahya. (2009). Pendidikan Pembangunan Modal Insan. Tanjung
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mok Soon Sang. (2009). Pengurusan Kurikulum. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kementerian Pendidikan


Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai